Ini adalah doa yang sering kita baca ketika bulan Ramadan dan semakin diperbanyakkan ketika sampai ke penghujungnya.
Doa ini ialah wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Aishah r.a. andai beliau bertemu dengan Lailatul Qadar. HR Ibn Majah 3805.
Doa yang sangat indah.
Antara keindahan doa ini:
1/ Disebutkan secara khusus nama Allah SWT العفو (Yang Maha Pengampun) dalam doa ini merupakan isyarat bahawa Lailatul Qadar ialah malam yang akan diampunkan segala dosa-dosa.
2/ Pada doa ini juga terkandung pengiktirafan diri hamba yang lemah yang telah melakukan dosa kepada Tuhan yang maha agung.
Dengan mengakui kesilapan dan kekurangan ini menjadikan hamba itu merendah diri memohon keampunan dari Allah SWT.
Disunatkan berpuasa 3 hari setiap bulan supaya seseorang terbiasa dengan amalan sunat & dapat memudahkan puasa fardhu.
Ramadan semakin menghampiri. Manfaatkan untuk ganti puasa & untuk persediaan.
Puasa 3 Hari Setiap Bulan
Kata Abu Hurairah r.a:
“Kekasihku SAW berwasiat kepadaku tiga perkara yang aku tidak akan tinggalkan sehingga aku mati; iaitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, solat dhuha dan solat witir sebelum tidur.”
-Sahih Bukhari nombor 1178.
Terdapat khilaf dalam kalangan ulama tentang bilakah 3 hari yang disunatkan berpuasa pada setiap bulan.
Menurut Imam Ibn Battal:
1) Pendapat pertama adalah hari putih; 13,14 & 15 setiap bulan. Ini diriwayatkan dalam hadis riwayat al-Nasaie no 2741. Dinilai hasan oleh al-Albani.
Dalam Al-Quran ada disebutkan tentang rasuah. Tapi Al-Quran tidak menggunakan perkataan رشوة (rasuah) tetapi perkataan lain iaitu هدية (hadiah).
Ini hakikat sebenar rasuah yang cuba dihalalkan oleh manusia yang melakukannya iaitu dengan menjadikannya sebagai 'hadiah'.
[1/11]
Perkataan هدية disebutkan dua kali dalam Al-Quran; dalam surah yang sama (Al-Naml) & kisah yang sama iaitu kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba'.
Iaitu ketika burung Hudhud diperintahkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyampaikan surat baginda kepada Ratu Saba' agar beriman.
[2/11]
Setelah surat itu diterima, Ratu Saba' merasa takut & bimbang maka beliau bertanyakan pendapat pembesar tentang perkara tersebut tetapi mereka menyerahkan keputusan kepada beliau.
Maka beliau menggunakan 'senjata hadiah' (baca : rasuah) untuk menundukkan Nabi Sulaiman.
3- Peringkat terendah : melakukan ibadat kerana Allah SWT BERSAMA NIAT untuk mendapat ganjaran dunia seperti kekayaan, kehidupan yang baik & kesejahteraan.
Peringkat kedua & ketiga adalah masih dalam lingkungan ikhlas walaupun berbeza dari sudut darjat dengan yang pertama. W/A.
Terjemahan tepat untuk laa ikraaha fiddin bukan 'tidak ada paksaan dalam Islam' tetapi 'tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam'. Ayat ini untuk bukan Islam; mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Adapun orang Islam mereka wajib mentaati perintah Allah SWT. Rujuk kitab² tafsir.
Menurut Imam Ibn Ashur :
Ayat ini datang selepas ayat yang memerintahkan jihad :
وقاتلوا في سبيل الله
واعلموا أن الله سميع عليم
“dan berperanglah di jalan Allah dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mendengar & Maha Mengetahui.”
[Al-Baqarah : 244]
Jadi perintah berjihad ini seolah olah memberikan gambaran kepada pendengar bahawa tujuan disyariatkan jihad adalah untuk memaksa manusia memeluk Islam.