#Ramadan 20

Ini adalah doa yang sering kita baca ketika bulan Ramadan dan semakin diperbanyakkan ketika sampai ke penghujungnya.

Doa ini ialah wasiat Nabi Muhammad SAW kepada Aishah r.a. andai beliau bertemu dengan Lailatul Qadar. HR Ibn Majah 3805.

Doa yang sangat indah.
Antara keindahan doa ini:

1/ Disebutkan secara khusus nama Allah SWT العفو (Yang Maha Pengampun) dalam doa ini merupakan isyarat bahawa Lailatul Qadar ialah malam yang akan diampunkan segala dosa-dosa.
2/ Pada doa ini juga terkandung pengiktirafan diri hamba yang lemah yang telah melakukan dosa kepada Tuhan yang maha agung.

Dengan mengakui kesilapan dan kekurangan ini menjadikan hamba itu merendah diri memohon keampunan dari Allah SWT.
3/ Pada lafaz تُحِبُّ الْعَفْوَ (engkau suka memberi keampunan) merupakan sebuah husnuzzan (sangka baik) kepada Allah.

Maka baginda menyuruh agar hati orang orang beriman ini bersangka baik dan berharap kepada pengampun-Nya walaupun sebesar mana dosa yang pernah dilakukan.
4/ Penekanan kepada doa ini oleh Nabi SAW merupakan penzahiran kefakiran dan kerendahan diri seorang hamba kepada Tuhannya dan kebergantungan yang sentiasa kepada rahmat-Nya.
5/ Andai kita perhatikan kepada lafaz العفو ia bermaksud keampunan.

Di sana terdapat satu lagi perkataan yang juga membawa maksud keampunan iaitu المَغفِره.

Tetapi dalam doa ini kenapa digunakan perkataan العفو tidak المَغفِره?
Kalimah المَغفِره bermakna pengampunan tetapi dosa tersebut masih lagi tertulis di buku catatan amal.

Manakala العفو bermakna pengampunan yang disertai penghapusan dari buku catatan amal dan menjadikan seolah olah dosa tersebut seperti tidak pernah wujud!
Kata Sheikh Muhammad Munir al-Dimasyqi:

العفو في حق الله تعالى عبارة عن إزالة آثار الذنوب بالكلية فيمحوها من ديوان الكرام الكاتبين، ولا يطالبه بها يوم القيامة، وينسيها من قلوبهم، لئلا يخجلوا عند تذكيرها، ويثبت مكان كل سيئة حسنة،
والعفو أبلغ من المغفرة، لأن الغفران يشعر بالستر، والعفو يشعر بالمحو، والمحو أبلغ من الستر.

'' Al-Af'wu العفو di sisi Allah SWT adalah menghilangkan kesan dosa secara keseluruhan dan menghapuskannya dari catatan para malaikat pencatat dan tidak bertanyakannya di hari akhirat
dan melupakannya dari hati hati mereka agar mereka tidak merasa malu ketika peringatannya di hari akhirat dan agar digantikan setiap kesalahan dengan kebaikan.

Seterusnya al-Af'wu lebih mendalam maknanya daripada al-Maghfirah kerana al-maghfirah difahami dengan makna penutupan
manakala al-af'wu difahami dengan makna penghapusan.

Sesungguhnya penghapusan dosa itu adalah lebih besar daripada penutupannya.''

Apakah perkara yang lebih baik daripada diampunkan dosa serta dipadamkan dari buku catatan amal dan tidak disebut di hadapan Allah dan makhluk-Nya?
6/ Maka ini adalah antara hikmah kenapa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada kita agar memperbanyakkan menyebut doa ini sepanjang bulan Ramadan khususnya pada 10 hari yang terakhir.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّا

Allahumma ameen. #FakhriFadzli

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri 🇲🇾🇵🇸

Fakhri 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

Apr 22
Alhamdulillah.

Buku #FainniQarib sudah pun berada di fasa akhir.

Semalam dah buat versi mockup untuk semakan.

Akhir Ramadan. Doa-doa dimakbulkan.

Mohon doakan ya semoga urusan seterusnya dipermudahkan.
Sedikit teaser buku.

Berbeza dengan buku buku lain, buku ini ditulis sebagai manual book untuk memahami al-Quran.

Sebagai langkah pemula untuk mengenal pasti dan memahami mesej-mesej penting yang ada dalam al-Quran.

Semoga tujuan ini tercapai insya-Allah.
Untuk pratempah fasa kedua hanya berbaki ini sahaja untuk diskaun 10% + infografik percuma bagi buku #FainniQarib.

Diskaun ini akan tamat Ramadan ini. Berbaki 10 hari lagi.

Selepas ini harga akan berbeza.

📌bit.ly/fainni-qarib
Read 4 tweets
Feb 14
Puasa Hari Putih.

Esok selasa, rabu & khamis adalah 13, 14 & 15hb (hari putih).

Disunatkan berpuasa 3 hari setiap bulan supaya seseorang terbiasa dengan amalan sunat & dapat memudahkan puasa fardhu.

Ramadan semakin menghampiri. Manfaatkan untuk ganti puasa & untuk persediaan.
Puasa 3 Hari Setiap Bulan

Kata Abu Hurairah r.a:

“Kekasihku SAW berwasiat kepadaku tiga perkara yang aku tidak akan tinggalkan sehingga aku mati; iaitu berpuasa 3 hari pada setiap bulan, solat dhuha dan solat witir sebelum tidur.”

-Sahih Bukhari nombor 1178.
Terdapat khilaf dalam kalangan ulama tentang bilakah 3 hari yang disunatkan berpuasa pada setiap bulan.

Menurut Imam Ibn Battal:

1) Pendapat pertama adalah hari putih; 13,14 & 15 setiap bulan. Ini diriwayatkan dalam hadis riwayat al-Nasaie no 2741. Dinilai hasan oleh al-Albani.
Read 10 tweets
Feb 14
Doa para nabi sederhana tetapi mendalam.

Musa a.s. ketika berada dalam posisi terendah dalam hidupnya memohon من خير (apa apa sahaja kebaikan) daripada kurniaan-Nya.

Boleh sahaja baginda meminta sesuatu secara khusus tetapi baginda serahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
Dengan sepenuh jiwa dan hatinya baginda menyeru:

رَبِّ إِنِّي لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَيَّ مِنۡ خَيۡرٖ فَقِيرٞ

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini terhadap sebarang kurniaan yang Engkau turunkan kepadaku sangatlah berhajat." (al-Qasas:24)

Wahai Tuhanku, aku ini fakir.
Wahai Tuhanku, aku ini terbuang.

Wahai Tuhanku, aku ini lemah.

Wahai Tuhanku, aku berhajat kepada apa sahaja kurniaanMu.

Seolah-olahnya kita mendengar rintihan hati Musa a.s. dan merasai desahannya yang mencari perlindungan daripada teduhan kasih sayang al-Rahman.
Read 6 tweets
Nov 25, 2021
Dalam Al-Quran ada disebutkan tentang rasuah. Tapi Al-Quran tidak menggunakan perkataan رشوة (rasuah) tetapi perkataan lain iaitu هدية (hadiah).

Ini hakikat sebenar rasuah yang cuba dihalalkan oleh manusia yang melakukannya iaitu dengan menjadikannya sebagai 'hadiah'.

[1/11]
Perkataan هدية disebutkan dua kali dalam Al-Quran; dalam surah yang sama (Al-Naml) & kisah yang sama iaitu kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba'.

Iaitu ketika burung Hudhud diperintahkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyampaikan surat baginda kepada Ratu Saba' agar beriman.

[2/11]
Setelah surat itu diterima, Ratu Saba' merasa takut & bimbang maka beliau bertanyakan pendapat pembesar tentang perkara tersebut tetapi mereka menyerahkan keputusan kepada beliau.

Maka beliau menggunakan 'senjata hadiah' (baca : rasuah) untuk menundukkan Nabi Sulaiman.

[3/11]
Read 13 tweets
Nov 24, 2021
Tiga Peringkat Ikhlas :

1- Peringkat tertinggi : melakukan ibadat hanya semata mata kerana Allah; mematuhi perintahNya dan menunaikan hak hak pengabadian kepadaNya.

2- Peringkat sederhana : melakukan ibadat kerana Allah BERSAMA NIAT mendapat balasan akhirat & nikmat syurga.
3- Peringkat terendah : melakukan ibadat kerana Allah SWT BERSAMA NIAT untuk mendapat ganjaran dunia seperti kekayaan, kehidupan yang baik & kesejahteraan.

Peringkat kedua & ketiga adalah masih dalam lingkungan ikhlas walaupun berbeza dari sudut darjat dengan yang pertama. W/A.
Rujuk :

Al-Qasd wa Al-Talattuf, m/s 117.
Read 4 tweets
Nov 24, 2021
Terjemahan tepat untuk laa ikraaha fiddin bukan 'tidak ada paksaan dalam Islam' tetapi 'tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam'. Ayat ini untuk bukan Islam; mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Adapun orang Islam mereka wajib mentaati perintah Allah SWT. Rujuk kitab² tafsir.
Menurut Imam Ibn Ashur :

Ayat ini datang selepas ayat yang memerintahkan jihad :

وقاتلوا في سبيل الله
واعلموا أن الله سميع عليم

“dan berperanglah di jalan Allah dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mendengar & Maha Mengetahui.”

[Al-Baqarah : 244]
Jadi perintah berjihad ini seolah olah memberikan gambaran kepada pendengar bahawa tujuan disyariatkan jihad adalah untuk memaksa manusia memeluk Islam.

Maka sebab itu disebutkan ayat :

لا إكراه في الدين

“Tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam”

[Al-Baqarah : 256]
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(