Dari 1 Ramadan sampai 19 Ramadan, ada 3 lokasi solat tarawikh dalam satu masjid tu. Di hall utama buat 1.5 Juz. Ada bilik lain buat 3 Juz dan 5 Juz Al-Quran dalam satu malam.
Kalau level hard (5 Juzuk Al-Quran satu malam) biasanya habis dalam pukul 12:00 - 1:00 pagi camtu.
Tapi ada lagi satu level Hardcore ketika 10 malam terakhir Ramadan. Iaitu 10 Juzuk satu malam 😍.
Boleh join kat bilik sebelah kiri masjid tersebut. Semua dijemput untuk hadir 😀✌️
Semoga Allah beri kita kesihatan, keupayaan dan keinginan untuk kita korbankan masa, tenaga dan harta untuk agama kita. Allah tak perlukan apa-apa dari kita. Kita yang sangat perlukan keampunan dari Allah.