Profile picture
GPS™️ @pengundi_sedar
, 14 tweets, 2 min read Read on Twitter
ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR
Dr Ahmad Sanusi Azmi

1. Isu perkahwinan bawah umur ini timbul semula apabila seorang lelaki mengahwini pelajar berumur 11 thn di Thailand. Apa yg turut menyedihkan, ada dikalangan netizen yg membantah & mula memperlekeh hadith Rasulullah kerana isu ini
2. Dari aspek syarak, telah ramai sarjana Muslim yg mengharuskan perkahwinan sebelum umur mencapai 18 thn. Antaranya adalah Ibn Qudamah (al-Mughni 7/379), al-Imam al-Nawawi (al Majmuk 16/168), al-Imam Ibn Hajar (Fath al Bari 14/316), Ibn Rushd (Bidayah al Mujtahid 1/396)...
...dan al-Shaukani (Nayl al-Autar 6/179).
3. Pun begitu, Islam meletakkan garis panduan yang ketat dalam mengharuskan perkahwinan muda sebegini. Peranan seorang ayah sangat penting dalam perihal ini.
Dengan sebab itu Ibn Qudamah dan Ibn al Munzir menjelaskan bahawa perkahwinan muda ini perlu mendapat kebenaran ayahnya terdahulu setelah meneliti kewajaran dan keperluan untuk anak dara tersebut sebelum dikahwinkan dalam usia yang muda.
4. Sheikh al Fawzan (I'anah al Mustafid 1/329) menyebutkan bahawa: Wali bagi anak perempuan tersebut memainkan peranan penting, sekiranya dia melihat ada maslahah (kebaikan) untuk mengahwinkan anak perempuannya dalam usianya yang masih muda,...
...dengan dikahwinkan anak tersebut dengan lelaki yang soleh, atau orang alim yang bertaqwa, maka disitu ada maslahah bagi anak tersebut.
5. Bagi situasi di Malaysia, saya bersetuju dengan kenyataan WAFIQ (International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education) mengenai isu ini. Menurut Prof Dr. Rafidah @DrRafidahHanim:
“WAFIQ membantah sekeras-kerasnya kes anak-anak kecil dipaksa berkahwin dengan individu yang jauh lebih tua, atau dalam kes menjual anak apabila ibubapa cuba keluar dari jalan kemiskinan.
Dalam hal ini, ibubapa atau penjaga harus bertanggungjawab tidak membenarkan perkahwinan kerana anak sekecil itu perlukan pendidikan. Biologi tubuh serta psikologinya belum memungkinkan beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Juga amat dikesalkan jika lelaki jauh berumur melibatkan kanak-kanak dalam urusan poligami.
Namun WAFIQ juga tidak menyokong gesaan menaikkan had umur kepada 18 tahun untuk usia layak berkahwin, tanpa penglibatan mahkamah syariah atau pejabat Ketua Menteri seperti yang dicadangkan oleh sekumpulan NGO baru-baru ini.
Pengharaman total bukan jalan penyelesaian kepada masalah perkahwinan bawah umur, kerana ia melibatkan golongan remaja atau hampir dewasa (young adult), yang mana di dalam sesetengah komuniti di anggap sudah cukup dewasa.
Maka kita perlu membezakan antara dua golongan ini, kanak-kanak dan remaja yang hampir dewasa.

Oleh itu, peranan Mahkamah Syariah, dan pejabat Ketua Menteri perlu memperketatkan prosedur permohonan perkahwinan bawah umur."

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to GPS™️
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!