Profile picture
AfiqMNoor @afiqmnoor
, 27 tweets, 4 min read Read on Twitter
Dalam tweet yg lepas ttg keragaman seksualiti di Nusantara, ada seorang pembaca menyatakan ‘..ubah jantina jelas haram’. Sy tlh minta dia merujuk fatwa Sheikh Tantawi ttg SRS/ Sex Re-Assignment Surgery & ini respons beliau...
Jadi hari ni machaa dan cerita ttg Sally, Universiti Al Azhar & Sheikh Tantawi. Semoga bermanfaat...
Siapakah Sally Mursi? Sally atau namanya Sayyid Abdullah adalah seorang pelajar perubatan di Uni Al Azhar. Jenis kelamin asalnya -lelaki dan berpenis. Sewaktu usianya 19 thn, dia tlh berjumpa dgn Dr Salwa Labib, seorang clinical psychologist
Sayyid berjumpa dgn Dr Salwa kerana dia merasakan dia menghadapi masalah kemurungan/depresi. Setelah melalui rawatan hampir 3 tahun, Dr Salwa mendapati depresi yg ditanggung oleh Sayyid adalj kerana identiti seksualnya.
Menurut Dr Salwa, Sayyid ialah seorang khuntsa nafsiya atau psychological intersex. Jenis kelaminnya lelaki dan dia bukan khuntsa/intersex sprt yg dibahas dalam fiqh klasik tetapi mughayyir atau berbeza identiti seksual dgn alat kelaminnya.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Dr Salwa utk mengembalikan identiti maskulin Sayyid tetapi gagal. Dr Salwa telah merujuk Sayyid kpd seorang pakar bedah Dr Izzat Asham utk operasi SRS/ pembedahan tukar jantina
Dr Izzat, sebelum memutuskan samada perlu dilakukan SRS atau tidak merujuk Sayyid kpd seorang lagi clinical psychologist, Dr Hani Najib.
Dr Hani Najib, selepas menjalankan pemeriksaan dan ujian bersetuju dgn diagnosa Dr Salwa bahawa Sayyid mengalami psychological intersex dan pembedahan tukar jantina adalah solusi kpd masalah Sayyid.
Setelah mendengar pendapat dari clinical psychologist, Dr Izzat bersetuju utk menjalankan operasi SRS namun sebelum pembedahan Sayyid diberikan hormon perempuan, kaunseling selama hampir setahun sebelum pembedahan.
Pada 29.1.1988 Sayyid telah selamat menjalani pembedahan tukar jantina atau SRS dan dia menggantikan namanya menjadi Sally dan bersedia hidup sebagai seorang perempuan.
Cerita Sally tidak berakhir di situ. Sally yg sepatutnya menduduki peperiksaan akhir di Fakulti Perubatan Uni Al Azhar tlh dihalang oleh Dekan Fakulti & universiti menolak permohonan Sally utk ditransfer ke kolej perubatan perempuan di Uni Al Azhar
Sally merasakan bahawa selagi identiti barunya tidak diiktiraf oleh negara dia akan terus bermasalah. Sally lalu mengajukan permohonan utk pertukaran nama dan jantina kpd Maslahat Al Ahwal Al Madaniyah.
Dia ingin mengubah namanya dari Sayyid Muhammad Abdullah kepada Sally Muhammad Abdullah. Universiti Al Azhar tlh menubuhkan satu jawatankuasa utk menyiasat kes Sally dan mereka juga tlh menjalankan beberapa ujian kepda Sally antaranya ultra sound dan prostate
Di antara dapatan menarik dalam ujian tersebut adalah mereka mengesahkan Sally 100% lelaki zahir dan batin. Dan tidak ada kesan koyakan akibat hubungan seks di bahagian dubur Sally.
Persatuan doktor / Niqabat Al Atba juga mendapat aduan dr orang ramai terhadap Dr Izzat dan anesthetist yg terlibat dalam SRS. Dan sprt biasa Dr Izzat dan anesthetist tersebut didapati bersalah oleh Niqabat.
Diantara dapatan Niqabat Al Atba adalah pakar perubatan tersebut tidak sepatutnya memberikn hormon perempuan kpd Sally dan sepatutnya memberikan rawatan psikologi utk memastikan Sally menjdi lelaki normal
Pada 14.5.1988 Niqabat Al Atba tlh menulis surat kepada Mufti kerajaan, Sheikh Sayyid Tantawi untuk meminta fatwa berkenaan dengan kes Sally.
Fatwa daripada Sheikh Sayyid Tantawi bertarikh 8.6.1988 menyatakan : Kepada Setiausaha Kehormat Niqabat Al Atba. Ini adalah jawapan kepada surat saudara bernombor 483 bertarikh 14.5.1988 yg menanyakan fatwa ttg seorang pelajar perubatan Uni Al AZhar yg telah melakukan
..pembedahan utk menukar jantina yg menjadikan dia perempuan. Sheikh Tantawi menukilkan beberapa hadith drpd Usama ibn Sharik ttg seorang badwi dtg bertemu dgn Rasulullah bertanyakan ttg rawatan kesihatan. Dan Rasulullah menyatakan setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua.
Sheikh juga menyebut ttg beberapa hadith ttg mukhannath (yg mungkin insha Allah akan saya sebutkan jika berkesempatan) dan hadith riwayat Abu Dawud ttg seorang tabib yang memotong urat Ubai utk menyembuhkan penyakitnya
Sheikh Tantawi menyatakan lagi hadith-hadith tersebut membenarkan SRS dengan syarat ianya dilakukan setelah pakar perubatan menyatakan bahawa pembedahan itu boleh merawat masalahnya. Atau menzahirkan apa selama ini berada di dalam jiwanya
Dengan kata lain Sheikh Tantawi membolehkan SRS yang dilakukan terhadap Sally kerana itu adalah salah satu bentuk rawatan yg diakui oleh pakar-pakar perubatan yang merawatnya.
Bagi yg boleh berbahasa Arab silakan merujuk fatwa tersebut dalam himpunan fatwa Darul Ifta Juz 118 Hal 290-292
Kes terhadap Sally Mursi ditutup pada bulan Oktober 1988 dan pada bulan November dia tlh mendapat pengiktirafan terhadao identiti barunya. Uni Al Azhar walaubagaimanapun masih tidak mengiktiraf identiti Sally.
Pada 1990, Mahkamah menyatakan tindakan Uni Al Azhar yg membuang Sally sebagai salah dan membernarkan Sally utk masuk ke mana2 Fakuti Perubatan dan menghabiskan pengajiannya yg tertangguh.
Ada satu lagi fatwa dari Mufti Mesir, Sheikh Jadd Al Haq Ali pada tahun 1981 tentang sex change operation. Dan fatwa itu ditanyakan dari Malaysia. Insha Allah kalau rajin saya tweet tentang ini nanti.
Oh lupa, sekian machha mengundur diri. Selamat malam
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to AfiqMNoor
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!