My Authors
Read all threads
Perintah kawalan pergerakan dimulakan.

Universiti mengarahkan untuk mengosongkan asrama.

Tapi beberapa orang pelajar masih ada di dalam asrama.

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan kisah ni.

Ini adalah thread. Image
Aku akan start 12 malam ni, jadi korang boleh layan thread aku yang lain dulu kat sini.
JUST STAY AT HOME!!
Kalau korang bosan duduk kat rumah.

Korang boleh dapatkan buku yang aku tulis "Dunia Plot twist."

Setakat ni semua beri review yang positif.

Kalau nak order boleh beli di shopee. Ready Stock

Tekan link ini shopee.com.my/product/278352… Image
Di sebuah asrama Universiti, ada sebuah bilik kosong yang sudah lama tidak berpenghuni.

Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari satu mulut ke mulut yang lain tentang bilik kosong itu.

Kebenaran sebenar tentang bilik itu, masih belum diketahui.
Cerita yang paling popular ialah kononnya dulu ada perempuan mati bersalin dalam bilik tu.

Lantai penuh dengan darah, pihak asrama cuba cuci tapi tidak berjaya menghilangkan kesan darah itu.

Jadi mereka hanya tutup dengan tikar getah.
Hampir ke semua yang pernah duduk di dalam bilik itu akan diganggu, malah orang yang lalu di hadapan bilik itu juga akan diganggu.

Sejak itu, pihak asrama membuat keputusan untuk mengosongkan bilik itu dari diduduki oleh sesiapa pun.
Hana yang biliknya bersebelahan dengan bilik itu, tidak mempercayai kisah seram yang berlegar-legar kerana sepanjang 4 sem, dia tidak pernah diganggu.

Dia rasa cerita seram yang didengarinya hanya rekaan semata-mata
Hana yang baru sahaja balik dari kelas. baring di atas katil.

"Wey aku tak paham lah, asal pulak tak boleh pergi majlis agama? Buat benda baik pun sekarang tak boleh, akhir zaman dah ni." Tegur Kamsiah tiba-tiba.
Hana tersentak kerana Kamsiah menegurnya secara tiba-tiba seperti orang tiada sivik.
"Kan sekarang tengah corona, okey lah tu, kang merebak makin ramai baru tahu."

"Lah asal nak takut dengan virus tu, virus tu makhluk tuhan jugak. Takutlah dengan tuhan."
"Oo kalau camtu aku kunci kau kat kandang rimau, nak tengok kau takut ke tak? Rimau kan makhluk tuhan jugak." Balas Hana.

"Orang cakap pasal majlis agama, majlis agama mana ada Rimau. Kalau kita buat benda baik mesti tuhan lindungi. "
"Tuhan akan tolong , kalau usaha dulu. Ni usaha tak, mencari maut pulak."

"Dah lah susah lah cakap dengan orang macam kau ni."

"Aik aku pulak yang kena, dia yang tiba-tiba ajak berbual." Marah Hana lalu memejamkan matanya.
Malam itu, Perdana menteri mengumumkan perintah kawalan pergerakan.

"Yey cuti!!! " Teriak Kamsiah gembira.

"Apa yang bestnya kau ni? lepas 2 minggu ni entah2 banyak assignment dapat. Kalau makin teruk memang kena extend sem la." Tegas Hana.
"Ah tak kesah lah tu, janji boleh balik kampung."

"Kau nak balik kampung, bahaya wey, entah-entah ramai orang kat stesyen bas tu."

"Ish kau ni negatif betullah, malas layan kau." Kamsiah mengeluarkan beg untuk pulang ke rumah.
Selepas siap Kamsiah mengemas barang, dia terus bergerak keluar dari bilik.

"Suka hati kau lah, jangan menyusahkan orang lain sudah la." Kata Hana di dalam hati lalu tertidur di atas katil.
Pagi itu dia terjaga, dia lihat ada mesej dari aplikasi whatsapp yang dia lupa baca malam tadi.

Mesej itu ialah pihak universiti mengarahkan pelajar untuk mengosongkan asrama.

"Aduh aku tak beli tiket lagi ni, gila apa kena kosongkan asrama."
Hana mencari tiket online. Tapi tiket itu lagi 3 hari.

"Aduh macammana ni?"

Hana mula buntu. Dia mula melihat di dalam almari.
"Stok maggi banyak lagi ni, boleh kot tahan untuk 3 hari."
Dia keluar dari bilik, dia rasa macam arasnya kosong dan sunyi. Aras tingkat 3.

"Hello, anybody here?" Hana berjalan sambil memanggil orang-orang di aras tingkat 3.

Tiada sahutan.
"Sebab aku cakap omputeh kot, oi ada sesape tak??!!!"

Masih tiada sahutan.

"Diorang tidur lagi kot." Hana cuba positif.
Hana berjalan ingin masuk ke biliknya.

Dia melalui bilik kosong yang dikatakan berhantu itu.

Langkahnya terhenti di hadapan bilik itu.
Dia menelan air liur, dia memandang ke arah bilik itu.

Langkah terhenti kerana dia dapat rasa seperti ada suara sayup-sayup menyahut seruannya tadi dari dalam bilik itu.
Bahunya disentuh dari belakang, Hana tersentak.

Hana pusing ke belakang, kelihatan pegawai asrama. "Kamu tak balik lagi, saya tengok ramai budak balik malam tadi."

"Saya terlepas beli tiket, tiket saya lagi 3 hari."

"Habis 3 hari ni kamu nak tinggal dalam asrama?"
"Terpaksalah, tapi stok maggi banyak lagi dalam almari tu, hehe."

"Okey, jaga diri. Bahaya sekarang duduk lama-lama kat luar. Gerak lu pape roger." Kata pegawai asrama itu berlalu pergi.

"Uit rempit jugak pegawai asrama ni."
Hana berjalan masuk ke dalam biliknya.

Lalu dia sambung tidur, pada waktu tengahhari pintu diketuk-ketuk.

Hana yang masih mamai bangun membuka pintu bilik.
Hana terkejut di hadapan biliknya ada 5 orang perempuan.

Perempuan di tengah-tengah mula bersuara. "Oi kau tak balik ea, boleh lah kita lepak sekali malam nanti."

"uit macammana korang tahu aku tak balik lagi ni?"
"Kitaorang tanya pejabat asrama lah, jom lah malam ni kita tidur sekali lah."

"Bagus juga idea tu, beres" Kata Hana setuju.

Lalu Hana tutup pintu dan mengambil tuala untuk mandi.
Pada waktu petang mereka mendapat berita bahawa arahan dikeluarkan tidak membenarkan untuk keluar dari negeri.

Boleh keluar negeri dengan mengisi borang di balai polis.

Mereka semua dah beli tiket bas.

Jadi malam itu mereka berenam bergerak ke balai polis berhampiran.
Sampai sahaja di balai polis, mereka lihat ramai yang beratur.

"Ramai macamni, kalau ada salah sorang yang ada corona. Memang berjangkitlah lepastu semua bawak balik kampung." Rungut salah satu kawan Hana yang baru itu.
"Patutnya diorang buat lah sistem online, dah 2020 kot." Kata Hana.

"Jomlah kita balik, sesak ni. Takut aku. Kita isi esok ja." Cadang salah satu dari mereka.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk mengisi borang itu pada hari esok.
Mereka berkumpul di salah satu bilik.

Hana yang kuat tidur sudah mula mengantuk, sedangkan yang lain masih rancak berbual.

Dia mula rasa bersalah. "Hurm aku tidur dalam bilik aku je la, diorang ni nak borak lagi lak."
Hana bangun meminta izin ingin ke tandas sedangkan dia ingin pulang ke biliknya untuk tidur.

Dia lalu keluar dari bilik tersebut menuju ke arah biliknya.

Dia berjalan dengan pantas, lalu masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil.
Semasa dia baring di atas katil. Langsir tingkap nya tiba-tiba bergerak-bergerak seperti ditiup angin.

"Aik aku tak tutup tingkap ke tadi?"
Hana ingin melihat ke arah tingkap tapi pergerakannya menjadi kaku.
Ada suara yang sangat menyeramkan dari luar tingkap tiba-tiba muncul.

"Tak tidur lagi ke tu? hehehe."
Hana tahu itu bukan manusia, mustahil manusia boleh ada di luar tingkap biliknya.

Biliknya berada di tingkat 3.
Hana bukan sahaja kuat tidur, malah dia hebat berlakon. Lalu dia berlakon sedang tidur dengan nyenyak.

Walaupun semasa itu, perasaan takutnya sudah sangat positif seperti positif Covid-19.
Hana mula berpeluh, apabila sebenarnya suara itu makin lama, makin dekat.

Suara itu seperti sudah ada di dalam biliknya.
"Awak tak tidur lagi ke tu?. Hehehe."
Suara itu sudah ada di sebelahnya dengan sangat jelas kedengaran.

Hana tahu itu bukan ilusi. Hana masih berlakon tidur. Kalau Hana seorang pelakon, mungkin dia dah menang oscar.
Setelah setengah jam dia berlakon, keadaan bilik sudah sunyi sepi.

"Huh dia dah tak da." Hana rasa lega.

Perasaan takutnya mula hilang.
lalu Hana membuka mata.

Makhluk itu sudah ada di hadapan wajahnya dengan muka penuh dengan luka memberikan senyuman yang amat menyeramkan dan berkata. "Oh tak tidur lagi rupanya?"
Hana menjerit cemas ketakutan sambil menutup matanya dengan tangan.

Dia meronta-ronta.
"Jangan ganggu aku."

Air mata ketakutan mula jatuh.
Hana yang ketakutan bangun ingin berlari keluar dari bilik.

Dia memulas tombol pintu tapi pintu bilik tidak berjaya dibuka.
"Kenapa ni?"

Hana cuba dan cuba tapi tidak berjaya.

Dia mengetuk-ngetuk pintu memanggil orang di luar untuk menyelamatkannya.
Tapi tiada sahutan.

Tiba-tiba bunyi guruh dari luar bilik. Hana terkejut.

Dia memusing badannya ke arah belakang. Biliknya sangat gelap gelita.
Guruh di luar bilik membuatkan biliknya sekejap terang dan sekejap gelap.

"Hari nak hujan ke ni?"

Yang menjadikan Hana lagi takut ialah dia takut dengan bunyi guruh.
Bunyi guruh itu menambahkan lagi suasana seram.

Hana mula perasan sesuatu. Ada air mengalir perlahan-lahan ke arah kakinya.
Apabila Air itu sudah sampai ke kakinya, cahaya dari guruh dari luar bilik.

Memperlihatkan bahawa air itu ialah darah.

Hana terkejut, dia pandang ke hadapan.
Darah itu datang dari seorang perempuan yang sedang duduk di hadapan meja belajar tidak menghadapnya.

Hana bertanya. "Siapa kau?"
Perempuan itu tidak menyahut dan tidak berpaling ke arah Hana.

Hana berjalan perlahan-lahan ke hadapan.

"Macammana kau boleh ada dalam bilik aku?"
Apabila Hana sudah ada dekat dengan perempuan itu.

Hana bertanya lagi. "Siapa kau?"

Masih tiada sahutan.
Guruh muncul lagi, bilik itu bercahaya sekejap dan Hana dapat lihat perempuan itu perutnya berlubang dan penuh dengan darah.

Hana terkejut menjerit dan berlari ke arah pintu.
Selamat pintu akhirnya boleh dibuka.

Apabila dia sudah keluar dari bilik, dia terjatuh di hadapan bilik.

Hana kesakitan memegang kakinya yang sakit. "Aduh."
Dia memandang ke hadapan memandang ke arah pintu bilik.

Dia lihat nombor bilik di pintu.

Bilik yang dia tidur tadi bukan biliknya tapi bilik kosong di sebelah biliknya!

Hana pengsan kerana terkejut.
Hana terbangun dari pengsan kerana terdengar bunyi azan subuh di masjid di Universitinya.

Dia lihat dia masih di hadapan bilik kosong itu. lantas, dia bangun dengan pantas bergegas masuk ke biliknya.

Lalu dia menutup pintu bilik.
Dia menarik nafas dengan sangat laju, termengah-mengah.

Hana tersedar sesuatu. "Kali ni memang bilik aku ke?"

Dia perlahan-lahan cuba membuka lampu bilik.
Apabila lampu bilik sudah dibuka.

Terbentang luas persekitaran biliknya.

Hana rasa lega. Dia duduk di atas katil menarik nafas lega.
Tapi Hana masih tak percaya dengan gangguan yang dialaminya.

Sudah 4 sem berlalu tapi kenapa sekarang baru dia diganggu dengan hantu bilik kosong di sebelah biliknya.

Hana keliru.
Hana melihat ke arah luar tingkap.
"Azan masih berkumandang lagi, geng teori konspirasi takda modallah nak kaitkan corona dengan dajjal kalau macamni."

Lalu Hana menunaikan solat subuh dan tidur semula di atas katil kerana kepenatan.
Bangun sahaja dari tidur, Hana dapat mesej yang Universiti membenarkan untuk tinggal di asrama semasa perintah kawalan pergerakan.

Pengisian borang semalam cancel. Tidak perlu isi borang untuk pulang ke kampung.
Hana yang baru diganggu malam tadi, tidak berani untuk tinggal lama di asrama.

Dia tekad ingin pulang ke kampung.

"Malam ni aku takkan tidur kat bilik aku lagi, aku tidur dengan diorang je lah lagi selamat"
Malam itu, Hana lepak dengan 5 orang kawannya yang baru.

Hana rasa selamat, Hana yang kuat tidur mula bersengkang mata berborak bersama.

Tapi akhirnya Hana kalah, Hana tertidur semasa mereka sedang berbual.
Hana terjaga dari tidur dan dia rasa seperti badannya diikat dengan sesuatu.

Dia bangun, dia terkejut. Dia lihat ada 6 orang berselubung dengan kain hitam sedang duduk di hadapannya memuja sesuatu.
Hana yang terkejut menjerit ingin dilepaskan.

Salah sorang dari mereka bangun dan berkata. "Oh kau dah bangun, waktu kau dah tiba?"

"Siapa korang semua ni, apa yang korang buat ni?"
Salah sorang menunjukkan wajahnya. Hana terkejut orang itu ialah pegawai asrama.

"Aku nak sucikan dunia ni." Kata pegawai asrama itu.

"Sucikan apa jadahnya kau ni?"
"Kau akan dikorbankan supaya dunia kembali suci. Hahaha."

"Korban, apa semua ni aku tak paham."

Mereka yang berselubung mula menunjukkan wajah. Hana terkejut melihat wajah lagi 5 orang itu ialah kawan barunya.
Pegawai asrama itu mula menerangkan sesuatu.

Kau ingat dulu pernah viral tentang geng jubah hitam di universiti ni.

Kami lah kumpulan tu. Kami ingin menyucikan dunia. Dunia sekarang penuh dengan dosa, sebab itu manusia perlu dikorbankan.
Cerita tentang bilik kosong ini sebenarnya cerita rekaan dari kami supaya aktiviti pengorbanan manusia di dalam bilik ini tidak diterokai oleh pelajar di dalam asrama ini.

Tamat penerangan pegawai asrama.
"Mengarut, kau dah ditipu oleh syaitan!!" Marah Hana

"Hahaha kami tidak buat semua ni untuk Syaitan tapi untuk bumi, kau lihat dunia sekarang penuh dengan virus, ini semua kerana dosa manusia."

"Apa maksud kau?" Soal Hana.
"Manusia memusnahkan hutan, berperang, penyebab pada kemusnahan alam, pemanasan global dan membuatkan udara tercemar. Semua itu dosa manusia. Virus ni dicipta oleh bumi sendiri supaya manusia semua mati, jadi bumi akan jadi lebih baik."
"Mana kau tahu semua ni akan jadi lebih baik?" Soal Hana meninggikan suara.
"Kau lihat china yang kena perintah berkurung, pencemaran udara di negara diorang berkurang. Italy pun sama dan perairan di venice juga jadi jernih. Sudah cukup bukti virus baru ni dikeluarkan oleh bumi sendiri untuk melawan sakit yang dialaminya. "
"Teori kau buat ni dah macam ahli teori konspirasi dah." Hana membalas.
"Hahaha, kata apa yang kau suka. Pengorbanan manusia akan menyucikan dosa manusia jadi bumi akan memaafkan kita dan berhenti mengeluarkan virus."

"Hentikan, kau yakin ke dengan apa yang kau buat ni, dah berapa ramai orang terkorban, mana hasil kau."
"Hasilnya akan muncul nanti. Hahaha. Sekarang dah tiba masanya untuk kau mati."

Mereka yang berselubung hitam berdiri dan berjalan ingin membunuh Hana.

Hana menjerit ketakutan dan..

kesakitan..
Hana terjaga dari tidur.

Dia lihat Kamsiah sedang duduk di meja belajar.

Hana menarik nafas lega.
"Huh lega, semua tu mimpi rupanya, mustahillah."
Tiba-tiba Kamsiah teriak "Yeyyy cuti!!"

Hana terkejut kerana reaksi Kamsiah itu seperti dia pernah lihat.

"Cuti kenapa?" Soal Hana
"Pm umum perintah kawalan pergerakan, boleh lah balik kampung."

Hana terdiam.
"Jomlah balik." Ajak Kamsiah.

Hana yang teringat tentang mimpi yang dilaluinya berkata. "Jom."

Hana bangun mengemas begnya ingin pulang balik ke kampung.
Dia berjalan keluar dari bilik dengan Kamsiah.

Semasa mereka berdua lalu di hadapan bilik kosong.

Hana menghentikan langkahnya

"Oi asal berhenti, jomlah cepat." Kata Kamsiah.
Hana cuba memulas pintu bilik kosong itu.

Kamsiah terkejut melihat Aksi Hana itu.

"Oi kau dah kenapa?"
Tapi bilik itu berkunci.

Hana tidak puas hati.

"Oi benda kau buat ni, jomlah, Grab dah sampai tu." Marah Kamsiah.

Hana berjalan meninggalkan bilik itu.
Mereka berdua turun ke bawah. Hana dan Kamsiah memasukkan beg ke dalam bonet kereta pemandu grab itu.

Selepas Hana memasukkan beg ke dalam bonet, matanya terpandang ke tingkat 3 aras biliknya.

Dia terpaku, ada 6 orang berselubung hitam berdiri seperti menghadapnya.
Kamsiah memegang bahu Hana. "Oi kau kenapa?"

Hana memandang ke arah Kamsiah. "Eh takde pape."

"Takdepape dah jom, lambat dah ni."
Bebel Kamsiah.
Sebelum Hana masuk ke dalam kereta, dia pandang semula ke aras tingkat 3. Dia lihat sudah tiada kelibat orang berselubung hitam.

Dia masuk dalam kereta. Lalu kereta itu bergerak meninggalkan kawasan universiti.

Tamat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hakim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!