Boleh dapatkan buku yang aku tulis iaitu Dunia Plot Twist kat shopee.
Ada promosi tu!!
Tekan link ini shopee.com.my/product/278352…
Jamil bekerja sebagai seorang akauntan, manakala isterinya ialah surirumah sepenuh masa.
Mereka masih tidak mempunyai anak setelah 5 tahun berkahwin.
Jamil mendapat cuti selama seminggu.
Dia duduk di rumah dengan senang lenang dan senang hati.
"Aish tak yah nak risau lah, haritu kan pm bagitahu, dia dapat 8k." Jelas Jamil slumber.
"Eh lain ea?"
"Lain la,saya cakap pasal mak cik kiah depan rumah kita ni. Lama tak nampak dia, entah-entah sakit dalam rumah tu sorang-sorang." Kata-kata Hasnah dengan riak wajah sedih.
"Ah biarlah dia, dah lah anak dia artis."
"Aik apa kene mengena dengan anak artis lak?" Soal Hasnah.
"Abang pergi lah jap tengok kan mak cik kiah tu."
"Ish tak nak saya."
"Aish, tengok dah pukul 9 malam, esok pagi la." Kata Jamil sambil menunjukkan jari ke arah jam di dinding.
"Sekarang la bang."
Dia bangun dari kerusi dan membuka pintu rumah.
Dia berdiri di hadapan rumah melihat rumah Mak cik kiah.
Dia ingin berpaling masuk semula ke rumah, tapi dia terperasan sesuatu. "Eh kenapa pintu rumah mak cik Kiah tu tak tertutup."
Jamil mula rasa tidak sedap hati, dia risau ada sesuatu yang terjadi.
Dia memakai selipar dan berjalan ke rumah Mak cik Kiah.
"Mak cik Kiah, oh mak cik Kiah." Panggil Jamil tapi tiada sahutan.
Di hadapan rumah, dia lihat ke dalam rumah yang gelap gelita.
Di perlahan-perlahan melangkah masuk ke dalam sambil menelan air liur cuba menenangkan diri.
"Mak cik Kiah, oh mak cik Kiah."
Masih tiada sahutan.
Dia lihat ada seorang perempuan tua sedang terbaring di atas katil.
"Uish mak cik Kiah?" Panggil Jamil, tapi tiada sahutan.
Dia lihat mak cik Kiah seperti tidak bernafas, dadanya tiada turun naik.
Tiada denyutan nadi, terbukti yang mak cik Kiah sudah meninggal dunia.
Dia mula berjalan bercadang ingin pulang ke rumah dan menelefon imam masjid.
Tapi belum sempat dia keluar dari bilik yang gelap gelita itu, langkahnya terhenti.
Wajah Jamil sudah pucat. Hatinya sudah tidak tenang.
"Bukan mak cik Kiah dah mati ke?" Dia perlahan-lahan memusingkan badannya ingin pandang ke belakang.
"Aik."
Dia keliru, dia pandang sekeliling untuk mencari bunyi yang menyeramkan itu tadi.
Tapi dia yakin bunyi itu datang dari arah mak cik Kiah.
Isterinya terkejut dan hampir menangis. "Saya dah agak da, sebablah saya rasa tak sedap hati, habis macammana sekarang ni?"
"Saya call imam dulu, saya pun tak tahu nak buat apa.."
"Apa kata abang bawa jenazah mak cik kiah tu ke rumah kita?"
"Haish awak dah gila? Entah-entah ada corona orang tua tu, nak buat baik berpada-pada."
"Apa yang gilanya bang, takkan nak biarkan jenazah tu kat rumah tu sampai esok pagi."
"Abang, anggaplah ni ibadah kita, kesian mak cik Kiah."
"Hurm saya call imam dulu." Kata Jamil mula mendail semula
"Macammana bang?"
"Esok pagi imam datang."
"Jenazah tu."
"Hurm." Jamil berfikir.
"Okey, okey saya pergi amik jenazah mak cik Kiah tu." Kata Jamil terpaksa akur.
Dia berjalan keluar dari rumah ke rumah Mak cik Kiah.
Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Sampai di hadapan bilik dia terjumpa mayat mak cik kiah tadi, dia tergamam.
Dia mengerutkan dahi seperti tidak percaya apa yang dia lihat.
"Mana mak cik kiah??"
Dia menghampiri katil itu.
"Mana mak cik kiah, tadi ada dia atas katil ni."
Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu dari arah bawah katil. Bunyi pergerakan.
Dia pun dengan pantas duduk, dan menyelak kain cadar yang panjang menutupi bawah katil.
Dia tersentak, mak cik Kiah sedang tersenyum dengan mata terbeliak wajah yang menyeramkan di bawah katil.
Badannya sakit terhentak. "Aduh."
Dia memegang bahagian badannya yang sakit.
Matanya terpejam semasa terpelanting.
Apabila dia lihat semula, mak cik Kiah terbaring di atas katil.
Dia pasti yang tiada mayat mak cik Kiah di atas katil tadi.
Hatinya sudah berat ingin membawa jenazah mak cik Kiah pulang ke rumah.
Sesungguhnya Jamil seorang suami yang hebat.
Patut dapat anugerah suami terbaik selepas tamat perintah kawalan pergerakan.
"Buka pintu ni." Dia memanggil isterinya.
Isterinya membuka pintu dan mengizinkan Jamil masuk sambil mengangkat jenazah mak cik Kiah.
lalu dia keluar menutup pintu bilik.
"Bang jom kita baca yasin untuk jenazah mak cik Kiah."
"Kita baca kat luar je, biar jenazah tu dalam bilik. Esok pagi baru kita tengok."
"Saya rasa tak sedap hati masa bawa mayat tu tadi, tolonglah dengar cakap saya. Saya dah ikut cakap awak kan?"
"Okey lah." Hasnah setuju.
Entah pukul berapa, Jamil terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi sesuatu di ruang tamu.
Dia yang sedang mamai, melihat ada orang di ruang tamu.
Ruang tamunya gelap gelita.
Dia lihat ada perempuan di ruang tamu. Dia ingat isteri dia.
Dia pun panggil. "nah, buat apa tu?"
Jamil terkejut rupanya isterinya sedang baring di sebelahnya.
Dia masih tergamam.
"Abang cakap dengan siapa?"
Isterinya sambung semula tidur.
Dia yang sedang bernafas dengan sangat laju, perlahan-lahan memandang ke arah pintu semula.
Jamil sudah menggigil ketakutan.
Setiap kelipan, susuk tubuh mak cik Kiah semakin hampir.
Dia jadi takut nak berkelip, dia menahan matanya sambil berkelip. Dia lihat mak cik kiah dalam gelap tidak bergerak kaku.
Bila dia bukansemulan mata, wajah mak cik Kiah sudah ada di hadapan wajahnya.
Jamil pengsan kerana terkejut.
Dia bangun dalam keadaan keletihan dan badannya berpeluh.
"Kenapa dengan abang ni?"
"Abang mimpi seram semalam?"
"Tu lah tidur tak basuh kaki."
Keluar sahaja dari bilik, dia terkejut yang pintu bilik belakang terbentang luas tidak ditutup.
Aura ketakutan mula muncul semula. "Siapa yang tak tutup pintu tu?"
Jamil patah balik semula ke hadapan bilik itu.
Dia perlahan-lahan menutup pintu dan berjalan ke tandas.
"Mana jenazahnya?"
"Ikut saya imam." Jamil membawa imam masuk ke bilik belakang.
Imam mendekati jenazah itu. "Kamu dah hubungi keluarga mak cik Kiah?"
Imam lalu perlahan-lahan membuka selimut yang menutupi jenazah mak cik kiah.
Imam terkejut, di dalam selimut bukan mayat tapi bantal.
"Kamu ni nak buat lawak ke apa?"
"Aish semalam dalam selimut tu mayat!"
"Kamu jangan main-main."
"Abang semalam bawa jenazah mak cik Kiah kan?" Tanya Jamil pada isterinya.
Imam lalu bangun. "Jap-jap ni jenazah mak cik kiah mana ni?"
"La aku ingat mak cik Kiah rumah hujung sana tu." Kata Imam.
"La banyak pulak mak cik Kiah."
"Yela banyak, lain kali bercampur dengan jiran." Jamil kena nasihat.
"Mak cik Kiah depan rumah kamu ni, dah lama da meninggal. Dia meninggal kat rumah anak dia, mungkin sebab tu kamu tak tahu. Dia dulu bomoh ubat orang, mungkin yang kau lihat tu jin yang pernah dia bela." Jelas Imam.
Jamil seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
Di hadapan rumah, dia melihat ke arah rumah mak cik Kiah.
Pintu utama rumahnya tidak ditutup.
Jamil yang terkejut masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.
"Abang kenapa ni?"
"Takde pape, stay at home."
Tamat.