Buku dunia plot twist mendapat banyak review positif.
Postage setiap hari.
Untuk order tekan link ini
shopee.com.my/product/278352…
Dia yang sedang mamai, melihat ke arah suara itu.
Anak perempuannya mengejutkannya, menolak-nolak badannya.
Kelihatan wajah anak perempuannya Ina jelas ketakutan. "Ada orang dalam bilik Ina."
Harun terkejut, matanya terus celik dan ngantuknya hilang. "Siapa??"
Harun buat muka hairan seperti tidak mempercayai kata-kata anaknya.
Dia melihat ke sebelah, isterinya masih nyenyak tidur.
"Pasti!! Bila Ina tengok dia, dia nyorok bawah katil."
Harun terkedu mendengar cerita anaknya. Dia menelan air liurnya lalu berkata. "Okey jom kita pergi tengok."
Apabila sampai di bilik Ina yang gelap gelita, Harun membuka lampu bilik.
Kelihatan bilik kosong tanpa kelibat manusia.
Harun memandang ke arah anaknya. "Takdepape pun."
Harun terkedu. "Aduh anak aku ni."
Dia memberanikan diri menunduk duduk dan ingin melihat ke bawah katil.
"Ada apa ayah?"
Tiba-tiba Harun terfikir. "Eh muka macam anak aku."
"Tak guna punya anak, apa kau buat bawah katil ni. Korang berdua nak prank aku ke, malam-malam buta ni."
"Ish Ina ni, tu bukan nenek tua. Tu abang kamu si alif yang nyorok bawah katil." Tegas Harun.
"Tapi.." Belum sempat Ina ingin menyambung ayatnya, muncul suara dari luar bilik itu.
"Anak-anak awak la ni, prank saya."
"Mana ada prank." Marah Ina.
Harun bangun dan mengajak anak-anaknya untuk tidur. "Dah-dah semua pergi tidur."
Ina baring di atas katil, lalu Harun menyelimutkan anaknya.
"Dah Ina tidur la."
"Hurm, Okey." Balas Ina.
Harun dengan pantas memandang ke arah tingkap, dia terkejut tingkap tidak ditutup.
Angin kuat masuk ke dalam bilik.
Dia mendekati tingkap bilik anaknya. "Asal tingkap ni terbuka?"
Tiba-tiba dia rasa meremang ketika berada di hadapan tingkap bilik itu.
Muka Harun sudah berubah. Dia diselubungi rasa seram dengan angin tiba-tiba muncul dari luar tingkap.
Dia menutup tingkap, lalu berkata pada Ina. "Dah Ina tidur, jangan nak prank ayah lagi."
Dia lihat isterinya masih belum tidur dan sedang bermain telefon bimbit.
Dia baring di sebelah isterinya untuk tidur.
"Betul ke ni? Kenapa saya tak tahu?"
"Dah awak busy kerja je?"
"Ish saya kerja untuk keluarga kita juga." Kata Harun lalu menutup mukanya dengan bantal.
Dia lihat isterinya tiada di sebelah. "Eh mana bini aku."
Lalu dia bangun memanggil isterinya . "Mila!! oo Mila!!." Tapi tiada sahutan.
Dengan pantas, dia ke dapur.
Harun terkejut melihatnya isterinya sedang duduk menangis dalam gelap di dapur.
Mila dengan matanya penuh air mata memandang ke arah Harun. "Ada hantu dalam rumah ni bang, dia ganggu saya tadi."
Riak wajah Harun berubah, dia memandang sekeliling. "Biar betul awak ni?"
Harun perlahan-lahan memandang ke arah tingkap. Kelihatan tiada apa-apa.
Dia sememangnya tidak percaya akan benda ghaib ini.
Harun membawa isterinya ke bilik untuk tidur.
Seorang yang sangat handal dalam menyelesaikan masalah alam ghaib ini.
Ustaz Saddiq.
Harun menyambut Ustaz Saddiq masuk. "Terima kasih ustaz sebab sudi datang."
"Takpe, orang dah jemput, kita datang lah kan. Ada apa masalah ye?"
"Kamu tak kena ganggu?"
"Tu la saya pun pelik, saya je yang tak kena ganggu."
Harun memanggil anak dan isterinya.
Anak-anak harun datang.
"Mana mak?" Soal Harun.
"Aik masa-masa ni lah dia nak mandi lak. Ha ustaz, ni lah anak-anak saya."
"Owh jap saya try scan dulu rumah kamu ni." Kata Ustaz
Lalu Ustaz Saddiq berjalan bersama dengan anaknya di sekitar rumah.
"Saya sewa je ustaz."
"Owh sewa, saya sarankan awak pindah dari rumah ni."
Harun terkejut. "Aik kenapa pulak ustaz!!?"
"Harap kamu boleh dengar nasihat saya."
Harun terdiam.
Harun keliru dan seperti tidak percaya dengan kata-kata ustaz tu. "Takkan lah sampai nak kena pindah rumah. Menipu la ustaz tu."
Dia tidak mengendahkan kata-kata ustaz itu, hinggalah suatu malam.
Jam menunjukkan pukul 10 malam, dia sedang memandu masuk ke kawasan apartment rumahnya.
Dia terkejut yang di luar tingkap rumahnya, ada seorang perempuan memakai baju yang sangat buruk dengan rambut yang panjang sedang terapung-apung di udara.
Terbeliak mata Harun melihat perkara itu.
Dia memandang ke hadapan dan mula berfikir. "Jadi betul ke apa kata ustaz tu? Aku pun sekarang dah nak kena ganggu."
Dia pandang semula ke arah luar tingkap rumahnya. Kelibat perempuan tadi sudah tiada.
Harun terkedu. Tangannya mula menggigil sambil memegang stereng kereta.
Lalu dia pandang ke hadapan, ada perempuan yang wajahnya sangat hodoh tersenyum berdiri di hadapan keretanya.
Harun yang ketakutan mula menggerakkan kereta untuk meletekkan kenderaannya di tempat parking.
Kelihatan lif terbuka, dia berlari ingin masuk ke lif.
Ada seorang budak perempuan di dalam lif itu, dia seperti terkejut melihat Harun.
Lalu lif mula bergerak.
"Abang saya nak tanya sikit boleh?"
"Tanya apa?"
Dalam terketar-ketar budak perempuan itu bertanya sambil berbisik. "Perempuan sebelah abang tu siapa? Seram lah muka dia."
Dia tidak menjawab soalan budak perempuan itu. Dia terdiam sepi.
Dia menjadi kaku, tidak berani melihat apa yang ada di sebelahnya.
Semasa pintu lif ingin tutup.
Budak perempuan itu berpaling ke belakang dan memandang ke arah sebelah Harun.
Harun terkejut.
Apa yang budak perempuan itu nampak?
Pintu lif tutup dan mula bergerak ke tingkat atas.
Harun bernafas laju, dia sudah berpeluh kerana ketakutan.
Bulu romanya mula naik, dia dapat rasakan yang dia tidak berseorangan di dalam lif.
Tiba-tiba muncul suara dari arah belakangnya sedang menyanyi. "Lalalalalalalala."
Tahap keseraman dalam diri Harun sudah tinggi.
Ye benar.
Benar dia tidak berseorangan.
Di balik refleksi dari dinding lif, kelihatan samar-samar ada perempuan rambut panjang berbaju putih di belakangnya.
Dia berlari mencari rumahnya tapi tidak jumpa.
Rupanya dia berada di tingkat 22.
Harun mula menyesal kerana keluar dari lif tanpa melihat dia berada di tingkat berapa.
Dia berjalan ke arah lif perlahan-lahan dengan perasaan berdebar.
Pintu lif terbuka dengan sendirinya.
Dia melihat ke arah lif dan dia terkejut. Ada perempuan berbaju putih dan berambut panjang menutup wajahnya sedang menanti Harun untuk masuk ke dalam lif.
Tiba-tiba Perempuan yang ada dalam lif itu ketawa kecil. "hehehehehehehehehe."
Ketawa kecil yang amat menyeramkan.
Dengan pantas dia merangkak bergerak ke arah Harun.
Harun menjerit ketakutan lalu pengsan.
"Oi encik asal tidur kat sini?"
Harun bangun seperti kesakitan, badannya sakit-sakit.
"Maaf saya pengsan malam tadi."
"Jadah apa? Dia ingat pengsan boleh rancang ke? Aduh." Lalu Harun bangun dan dia teringat tentang kejadian yang berlaku pada dirinya malam tadi.
"Ustaz, sekarang saya dah kena ganggu."
Ustaz tu terkejut. "Aik kamu tak pindah lagi!"
"Habis dah makin teruk baru kamu nak percaya, corona punya perangai!"
"Maaf ustaz, sekarang saya dah percaya."
"Baik saya akan usahakan."
Harun pulang ke rumah.
"Eh kenapa dah pagi baru awak balik?" Soal isterinya.
"Tapi sekarang tengah musim penyakit berjangkit, selamat ke kita nak pindah-pindah ni."
"Benda tak teruk lagi, saya akan cari rumah baru dengan segera."
Di rumah baru mereka tidak diganggu lagi, mereka hidup aman dan damai.
"Betullah kata ustaz tu, tiada gangguan da."
Tempat kerja Harun ditutup.
Jadi Harun kena stay at home selama dua minggu.
Isteri dan anak-anak sedang menonton televisyen.
Dia baring di atas katil, dalam keadaan gelap, dia membuka twitternya dan terjumpa thread abstrakim.
"Wow best jugak thread ni, hilang bosan aku."
Harun leka membaca, ketika dia terbaca satu babak iaitu babak
hantu sedang mengilai.
Kedengaran suara mengilai.
Rupa-rupanya suara tu bukan datang dari arah telefon bimbitnya tapi dari arah luar tingkap biliknya.
Bulu romanya mula naik.
Dia perlahan-lahan memandang ke arah tingkap.
Suara mengilai itu hilang.
"Perasaan aku je kot, sebab thread ni seram sangat."
Di atas katilnya ada bantal peluk panjang, sedang dia tidur , dia bergerak memeluk bantal peluknya
Dia meraba-raba bantal peluknya, kerana dia rasa pelik.
Tiba-tiba dia terkejut kerana bantal peluknya seperti tubuh badan manusia.
Dia buka matanya perlahan-lahan, Dia tersentak kerana bukan bantal peluk tapi mayat manusia yang dibungkus dengan kain kafan yang dipeluknya.
Dia lihat semula ke arah benda yang dia peluk tadi, ianya bantal bukan mayat.
"Aik tadi mayat." Harun hairan lalu turun dari katil berlari ke ruang tamu mencari suara jeritan.
Dia mendekati mereka. "Kenapa ni?"
"Ada hantu dalam rumah ni !!" Tinggi suara isterinya.
"Tapi ustaz tu kata..."
Isteri menyanggah. "Ustaz tu tipu kita, tolonglah cari ustaz lain."
"Baik nanti esok saya cari."
Kerana ketakutan mereka tidur bersama di ruang tamu.
Harun menghubungi mereka.
"Boleh ustaz bantu saya."
"Maaf sekarang tengah perintah kawalan pergerakan, saya tak dapat nak bantu. Just stay at home."
Harun kecewa. "Macammana ni? Apa aku nak buat ni? Rumah ni pun berhantu atau ada benda lain?"
Harun buntu.
"Ustaz saya tahu ustaz tak boleh datang tapi saya nak tanya sesuatu?"
"Ye kamu nak tanya apa?"
"Betul ke hantu boleh cederakan kita."
"Ada ustaz yang pernah bantu saya sebelum ni kata, ada hantu yang nak cederakan kami kalau kami tak pindah rumah tapi lepas pindah tetap sama, kami diganggu."
"Jadi apa saya perlu buat?"
"Saya tak pasti, nanti lepas kawalan pergerakan tamat. Baru saya boleh datang dan bantu."
Tamat panggilan.
Harun mula teringat sesuatu. Ina sebenarnya anak angkat dan keluarga kandungnya ialah seorang bomoh yang sekarang dipenjarakan.
Jadi Ina mungkin membawa saka dari keluarga kandungnya.
Harun berlari ke arah dapur.
Dia terkejut melihat Isterinya dan anak lelakinya terbaring dalam keadaan penuh darah.
Harun menangis meronta-ronta. "Siapa yang buat ni?"
"Kenapa Ina buat semua ni!?"
"Hahaha." Ina ketawa lalu bergerak ingin menyerang Harun.
Ina terjatuh dan pisau yang di pegangnya tertusuk di perutnya.
Harun menjerit. "Ina!!."
Dia mendapatkan Ina tapi semuanya sudah terlambat.
Harun menjerit dan menangis tidak dapat menerima kenyataan.
Dia berlari keluar dan masuk ke dalam kereta ingin membuat laporan di balai polis.
"Nak pergi mana ni? Beli barang dapur?"
"Tak, saya nak buat laporan polis."
Kata Harun sambil matanya berkaca.
"Laporan apa?'
Polis itu saling berpandang sesama mereka seperti terkejut.
Akhirnya beberapa pihak polis dihantar untuk mengikuti Harun pulang ke rumah.
Lalu dia masuk dengan langkah kanan, membawa polis masuk.
Berjalan ke arah dapur.
Mayat keluarganya tiada. Dapur kelihatan bersih."Mana mayat keluarga saya?"
Pihak polis lagi terkejut. "Encik Harun, kamu jangan main-main, dalam masa-masa genting macamni, kamu nak main-main."
Polis menyanggah. "Dah-dah, ni amaran pertama, kalau kamu buat lagi. Kami terpaksa tahan kamu."
Pihak polis berjalan keluar dari rumah Harun.
Harun terduduk di kerusi buntu.
Dia membuka telefon bimbitnya. Dia lihat ada mesej dari Ustaz Saddiq.
Mesej itu ialah. "Kamu dah pindah rumah ke?"
"Ustaz, saya dah pindah rumah. Tapi saya masih diganggu."
"Keluarga kamu masih ada?"
"Kenapa ustaz tanya soalan macamtu?"
"Tak, soalan ustaz tadi, macam ustaz tahu sesuatu, sekarang keluarga saya dah hilang. Mereka dah mati tadi, sekarang dah hilang!! Apa semua ni ustaz!"
"Takpe, nanti saya datang dengan anak saya ke sana, kami akan selesaikan."
"Takpe ke ustaz datang masa kawalan pergerakan ni."
"Bagi saya ni perkara penting, jadi saya kena datang jumpa kamu."
"Penting? Apa yang penting?"
Harun terdiam.
Ustaz Saddiq mula bercerita.
Dia dapat rasakan yang rumah itu tiada jin dan kuasa jahat.
Rumah itu tidak dihantui oleh apa-apa.
Harun memanggil anak dan isterinya.
Harun memandang ke satu sudut.
"Mana mak?" Soal Harun.
Muka Ustaz Saddiq dan anak ustaz Saddiq sudah berubah.
Sebab mereka tidak nampak anak Harun.
"Owh jap saya try scan dulu rumah kamu ni." Kata Ustaz
Lalu Ustaz Saddiq berjalan bersama dengan anaknya di sekitar rumah.
"Bukan nampak, memang tak nampak apa-apa!"
"Tu la pasal, ni bukan masalah alam ghaib ni, ni masalah mental."
Akhirnya dia jumpa. Berita tentang isteri dan 2 orang anak yang dibunuh dengan kejam oleh perompak semasa suami berkerja.
"Betul tu?"
"Kau kan belajar perubatan, takkan takda ilmu psikitrik yang kau tahu, kita kena bantu dia ni."
"Kau pasti?"
"Kita cuba dulu."
Akhirnya Harun keluar dari rumah
dan
perlahan-lahan halusinasi arwah keluarganya hilang dari mindanya.
Tamat cerita Ustaz Saddiq.
"Aah, aku tak dapat rasa ada jin dalam rumah kau, kalau ada pun mungkin dah kena corona.
Aku balik dulu, kes setiap hari makin naik. Please just stay at home." Nasihat Ustaz Saddiq lalu pulang ke rumah.
Tamat.
Tekan link ini shopee.com.my/product/278352…