My Authors
Read all threads
Dunia di serang virus.
Perintah berkurung membuatkan dia mempunyai banyak masa di rumah.

Semasa dia mengemas stor, dia menjumpai gambar misteri yang akan membawanya kepada peristiwa yang berlaku 15 tahun yang lalu.

Rt guys, aku nak cerita ni.

Ini adalah thread.
Aku akan start 12 malam, aku akan habiskan cerita ni lambat skit. Panjang cerita ni, aku tulis slow2.

Korang boleh baca cerita yang lain dulu kat sini.
Tolong Rt rezeki saya semasa kawalan pergerakan ni. Semoga dalam rezeki saya ada rezeki anda juga.

Buku dunia plot twist mendapat banyak review positif.

Postage setiap hari.

Untuk order tekan link ini
shopee.com.my/product/278352…
Ingat nak tulis cerita baru, tapi draft tak berapa siap dalam kepala ni. Tak cukup complete untuk direleasekan.

So aku rewrite balik je thread lama. Selamat membaca..
Perintah berkurung dijalankan. Oleh itu, Syaz mempunyai banyak masa di rumah untuk dirinya.

Hari itu, dia mengemas stor dan pergerakannya terhenti kerana terjumpa sesuatu.

Sebuah kotak.
Beribu perasaan muncul apabila melihat kotak itu. Perasaan yang membawanya kembali kepada peristiwa yang berlaku pada 15 tahun yang lalu.

Dia masih ingat.
Dia perlahan-lahan dengan tenang membuka kotak itu.
Terdapat buku lukisan yang muka hadapannya ada tanda tangan seseorang yang menyimpan satu memori nostalgia dalam hidup Syaz.

Memori yang dia tidak akan dapat lupa sampai bila-bila.
Dia memegang buku lukisan itu dan memori 15 tahun dulu mula bermain di mindanya.

Memori itu membawa dirinya kembali ketika dia berada di sebuah hospital.

Syaz dimasukkan ke dalam wad kerana masalah kesihatan.
Di atas katil, dia lihat ke arah sebelah.

Seorang pak cik sedang tidur dengan lena.

"Hurm bosannya wad ni, pak cik ni pun tak nak layan aku."
Syaz mula bosan tahap dewa.
Sudah hampir 3 hari di dalam wad. Dia sudah muak dengan keadaan sekeliling.

"Malam ni aku kena keluar dari wad ni."
Syaz mula merancang dalam kepalanya untuk keluar secara senyap tanpa diketahui oleh jururawat-jururawat yang ada di dalam wad.
Malam tiba, Syaz yang duduk di wad tingkat 5. Berjalan turun perlahan-lahan ke tingkat 3 untuk mengambil angin.

Dia mengambil langkah berhati-hati supaya jejaknya tidak dapat dikesan.
Ketika dia berjalan di sekitar tingkat 3, dia terperasan sesuatu.

Ada seorang perempuan memakai baju wad sedang duduk melukis.

"Aik apa perempuan tu buat kat tempat macam ni malam-malam."
Syaz berjalan perlahan-lahan menghampiri perempuan itu.
Kelihatan perempuan itu sedang melukis permandangan.

Di hadapan mereka terbentang luas permandangan gunung ganang di sebelah hospital.

Perempuan itu sedang fokus melukis.
Syaz melihat hasil lukisan perempuan itu.

Sememangnya perempuan itu memang sangat berbakat.

"Cantik lukisan awak." Puji Syaz membuang segala kesunyian malam.
Perempuan itu tersentak dan memandang ke arah Syaz.

Apabila dia pandang wajah Syaz, dengan pantas dia bangun seperti ketakutan meninggalkan kawasan itu.

"Sorry!" Laung Syaz tapi tidak diendahkan.
"Hodoh sangat ke muka aku, baru pandang satu saat, dia dah lari." Rungut Syaz di dalam hati.

Dia lihat perempuan itu tertinggal buku lukisan dan alatan melukis.

"Kalau tinggal sini, hilang pulak."
Syaz mengambil buku dan alatan melukis itu. Dia berjalan di sekitar tingkat 3 untuk mencari perempuan itu tapi tidak berjaya. Lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke wadnya.
Di atas katil wad, Syaz berfikir. "Siapa perempuan tu?"

Syaz mula teringat tentang buku lukisan tadi. Dia melihat lukisan yang dilukis oleh perempuan itu.

"Wow semua lukisan ni cantik-cantik." Di setiap lukisan ada tanda tangan dan nama pelukis.
"Afina."

Syaz memejamkan matanya untuk tidur.

"Esok malam, aku akan pulangkan semua ni."
Keesokkan malamnya, pada waktu yang sama. Syaz datang ke tempat semalam.

Tapi tiada kelibat perempuan itu. "Dia takut dengan aku ke?"

Syaz duduk sambil menikmati permandangan malam.
"Boleh saya minta buku lukisan saya?" Suara muncul dari arah belakang Syaz. Kelihatan perempuan semalam dengan reaksi malu-malu.

Syaz bercakap dengan lemah lembut. "Sebelum tu saya nak minta maaf kat Afina semalam buat Afina takut."
"Aik macammana awak tahu nama saya?" Soal perempuan itu.

"Saya tengok dari dalam buku lukisan ni." Sambil tangannya menunjukkan buku lukisan Afina.

"owh" Balas Afina pendek.

"Nah, cantik semua lukisan awak." Tangan Syaz menghulurkan buku lukisan Afina.
Afina menyambut buku lukisannya. "Terima kasih."

Lalu dia duduk dan ingin mula melukis.

Afina sudah sangat jelas seorang yang pendiam.
Syaz hanya mendiamkan diri, hanya melihat Afina yang sedang fokus melukis.

"Kenapa awak masih ada kat sini?" Soal Afina melihat Syaz yang sedang melihat gerak geri tangan Afina.

"Eh saya suka tengok awak lukis, saya bosanlah duduk wad."
"Owh." Afina sambung melukis.

"Saya tengok buku lukisan awak, awak tak pernah lukis manusia, awak lukis permandangan je, Kenapa?

Gerak-geri tangan Afina berhenti. Dia bersuara. "Saya hanya lukis orang yang saya sayang je."
"Owh kalau macam tu saya harap suatu hari nanti awak akan lukis saya." Balas Syaz spontan.

Afina tersenyum dan mukanya mula merah tapi tidak memandang ke arah Syaz mungkin malu.
Itu pertama kali, Syaz melihat senyuman Afina. Kadang-kadang senyuman dari orang yang jarang senyum ialah senyuman yang paling manis di dunia.

Sekali senyum dah kena potong kaki sebab diabetes.
Senyuman Afina sudah terakam di mindanya.

Afina masih fokus melukis.

Selepas beberapa minit, Afina meminta untuk undur diri. "Saya nak balik wad saya."
Afina yang sedang mengemas peralatan lukisannya mendapat soalan dari Syaz. "Esok malam awak akan ada kat sini lagi kan?"

"Ye saya akan ada kat sini." Ucap Afina lalu berlalu pergi.
Syaz pulang ke wad dengan perasaan gembira.

Di atas katil wad, dia terbayang-bayang senyuman Afina.

"Aku suka dia ke?" Soal Syaz pada hatinya.
Esoknya Syaz datang lagi ke tempat biasa.

Dia lihat Afina sedang melukis.
"Hai" Tegur Syaz.

Afina memandang ke arah Syaz. "Hai."

"Boleh saya duduk sini?"
"Semalam tak minta izin pun." Kata Afina.

"Eh semalam lain, harini lain. hehe." Syaz duduk di sebelah Afina.

Afina masih fokus.
"Kenapa awak suka lukis kat sini?"

"Sebab saya rasa tenang kat sini"

"Aah saya pun rasa sangat tenang kat sini"

"Kenapa?"

"Sebab ada Afina"
Afina tersenyum malu.
"Awak ni comellah kalau senyum, boleh tak kalau saya nak order senyuman awak tu setiap hari" Kata Syaz

Afina ketawa " Hahaha, awak ingat saya ni kedai makan ke, awak nak order-order."
Senyum pun hati Syaz dah gembira, lagilah apabila melihat Afina ketawa, hati Shaz mula berbunga-bunga.
"Awak tak takut ke duduk sini malam-malam?" Soal Syaz.

"Takut apa?"

"Hantu ke?"

"Selama ni awak ingat saya ni manusia ke?"

Syaz tergamam.
Tiba-tiba Afina ketawa. "Hahaha, saya gurau ja."

Syaz sememangnya terkejut beruk sebab selalu Afina seorang yang serius sebabtu dia ingat yang Afina serius dengan kata-katanya.

"Saya nampak tadi muka awak ketakutan. Hahaha." Kata Afina.
"Mana ada takut, takkan lah hantu cantik macamni."

Afina terdiam malu mendengar kata-kata Syaz.
"Cakap pasal hantu, hantu apa paling rajin?" Syaz memberi teka teki.

Afina memandang ke atas dan riak wajahnya sedang berfikir. "Entah? Apa jawapannya?"
"Lah tak dapat teka ke? Hantu jepun lah sebab setiap kali jumpa hantu jepun je mesti diorang tengah berkawad, hahaha." Jawab Syaz sambil ketawa.
"La tak aci lah guna hantu international, hantu melayu la!" Sanggah Afina.

"Hantu melayu pun ada, teka la." Kata Syaz memberi peluang.

Afina terdiam sepi.
"Haih lambatnya, tak dapat jawab lah tu, jawapannya hantu mak cik karipap. Dah tua pun masih rajin bekerja di malam hari, hahaha." Sahut Syaz dengan tawa riang.
"Dah la pelik-peliklah teka teki awak." Kata Afina mula melukis semula.

Sememangnya malam itu ialah titik permulaan bagi hubungan mereka untuk menjadi lebih rapat lagi.
Keesokkan malam, Syaz membawa gitar yang dipinjamnya oleh security guard yang menjaga wadnya.

"Eh kenapa awak bawa gitar?"

"Hari-hari saya tengok hobi awak, harini saya nak tunjuk hobi saya."

Afina hanya terdiam tersenyum.
"Lagu ni saya nyanyikan untuk awak."

Syaz mula menyanyi sambil gitar dimainkan.

Wise Men say
only fools rush in
but I cant help
falling in love with you

Shall I stay?
Would it be a sin?
If I cant help
falling in love with you
Like a river flows
shorely to the sea
darling so it goes
somthings are meant to be

take my hand
take my whole life too
for I cant help
falling in love with you

like a river flows
shorely to the sea
darling so it goes
somthings are meant to be
take my hand
take my whole life too
for I cant help
falling in love with you..
"Wah saya tak sangka awak boleh nyanyi dan main gitar." Kata Afina.

"Kalau saya tengok awak tanpa alat lukisan pun, saya tak tahu yang awak pandai melukis."

Afina ketawa.
"Kalau awak hanya lukis orang yang awak sayang. Saya pun ada prinsip yang sama, saya hanya nyanyi lagu untuk orang yang saya sayang." Luah Syaz.

"Eh tapi tadi awak cakap nyanyi untuk saya."

Syaz hanya senyum, Afina mula paham dan malu.
Sejak dari itu, mereka menjadi semakin rapat, hampir setiap malam mereka berjumpa.

Tapi Syaz masih tidak meluahkan perasaannya. Dia risau ditolak.

Banyak perkara yang bermain di mindanya sehingga dia menunggu waktu yang sesuai.
Ada satu malam. "Bosanlah duduk kat hospital je, jom malam esok?" Ajak Syaz.

"Pergi mana?"

"Kita jalan-jalan keluar dari hospital ni."

"Ish tak naklah, takut saya."
"Sekejap je, saya janji takda papa. Kita akan balik dengan selamat."

Afina terdiam sedang berfikir.
"Okey boleh la."

Syaz tersenyum. "Okey malam esok kita kumpul sini, jangan pakai baju wad tau."
Mereka berdua bersetuju untuk keluar dari hospital esok malam.

Syaz memakai kemeja dan seluar jean. memakai minyak wangi dan memakai minyak rambut.

Malam itu ialah malam Syaz paling hensem sepanjang hidunya, dia sampai awal di tempat biasa.
Tiba-tiba dia dengar bunyi tapak kaki.

Dia pandang ke belakang, dia lihat Afina berdiri dihadapannya.

Itu pertama kali dia melihat Afina tidak memakai baju wad dan memakai make up.

Syaz tergamam.
"Awak kenapa?"

"Wow saya tak tahu pula bidadari tu wujud." Ayat romeo Syaz.

Afina terdiam malu. Mukanya merah.

"Dah jom, kita kena cepat ni."
"Kita nak gi mana?" Soal Afina.

"Rahsia, Surprise."

Mereka berdua berjalan bersama-sama.

Rupanya Syaz membawa Afina ke mall untuk menonton wayang.
"Dah lama saya tak tengok wayang." Ucap Afina.

"Eh bila last awak tengok wayang?"

"Tak ingat, mungkin 4 tahun lepas."

"Uish lamanya."
Mereka berdua menonton wayang.

Selepas menonton wayang, Syaz membawa Afina ke arcade.

Kelihatan Afina sangat gembira, berkali-kali dia menunjukkan senyuman.
Akhirnya mereka pulang ke hospital.

"Malam ni malam paling gembira dalam hidup saya, terima kasih."

Syaz hanya senyum.

Mereka pulang ke wad masing-masing.
Selepas beberapa hari, doktor memberitahu Syaz yang dia dibenarkan pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi.

"Aku rasa dah sampai masanya aku beranikan diri untuk luahkan perasaan aku."

Syaz tekan ingin meluahkan perasaannya pada malam itu.
Malam itu mereka berjumpa seperti biasa.

"Saya nak cakap sesuatu."

"Awak nak cakap apa?"

Akhirnya Syaz memberanikan diri meluahkan perasaannya yang sudah lama terpendam di dalam hatinya.
Air mata Afina mula mengalir.

Syaz terkejut. "Kenapa awak menangis?"

Afina mula menangis teresak-esak.

"Afina, kenapa ni?"
Afina memandang ke arah Syaz dengan matanya sudah berkaca. "Kita tak boleh bersama."

"Kenapa? Sebab saya banyak kekurangan?"
Afina tanpa berkata apa, hanya berjalan berlalu pergi ingin meninggalkan Syaz.

Syaz rasa sangat marah dan kecewa. Dia berkata "Esok malam datang jumpa saya, bagitahu keputusan awak."
Langkah Afina mulanya berhenti apabila mendengar suara Syaz. Tapi dia melangkah semula selepas ayat Syaz tamat dan pulang ke wadnya.
Keesokkan malamnya Afina tidak datang ke tempat biasa.

Syaz kecewa.

Sehinggalah malam terakhir, masih tiada kelibat Afina
Dia cuba mencari Afina tapi dia tidak tahu wad Afina. Afina tidak pernah memberitahunya.

Tapi pada malam terakhirnya di hospital itu, ada satu kotak ditinggalkan di tempat mereka selalu berjumpa.
Di kotak itu ada nota yang tertulis. "Maafkan saya, kita tak boleh bersama."

Syaz kecewa membaca nota itu. Dia rasa kecewa dengan tindakan Afina yang menolak cintanya.

Sejak itu, dia tidak pernah membuka kotak yang diberi oleh Afina. Dia menyimpan kotak itu di dalam stor.
Akhirnya selepas 15 tahun, dia membuka kotak itu.

Di dalam kotak itu ada buku lukisan Afina, dia melihat semua lukisan tersebut. Semua lukisan yang pernah dilukis Afina semasa mereka lepak bersama.

Lukisan itu mengimbau kembali memorinya dengan Afina.
Sehinggalah lukisan yang terakhir, Syaz terpaku dan terkejut.

Lukisan terakhir yang dilukis Afina membuatkan ari mata Syaz mengalir.

Kerana lukisan terakhir itu ialah lukisan potret dirinya.
Dia teringat kata-kata Afina. "Saya lukis orang yang saya sayang je."

Syaz masih terkejut dan sebak.
Di bawah buku lukisan ada sekeping surat yang ditulis tangan oleh Afina 15 tahun yang lalu.

Syaz yang matanya masih berair.

Mula membaca surat itu.
"Hai Syaz, maaf sebab tak dapat datang malam tu, sebab Afina tengah menjalani pembedahan, masa Syaz baca surat ni, Afina dah dipindahkan ke hospital lain,

Afina pun sangat sayangkan Syaz tapi kita tak boleh bersama, Afina dah tiada peluang untuk hidup,
doktor cakap Afina hanya tinggal beberapa minggu je untuk hidup.

Terima kasih sebab ada dengan Afina masa Afina sangat sedih dengan sakit yang Afina alami. Syaz datang menceriakan hidup Afina. Jadi Afina tak nak orang yang gembirakan Afina sedih.
Terima kasih sangat- sangat, maaf sebab Afina tak boleh bagitahu Afina pindah ke hospital mana, Afina tak nak jumpa Syaz lagi, Afina akan rasa sedih, Afina akan menangis.

Cuma Afina mintak, Syaz hidup dengan bahagia dan doakan Afina tenang kat sana nanti
i love you." - Afina
"I love you too." Kata Syaz tidak mampu menahan air matanya lagi.

Tamat.
STAY AT HOME!!!
EPILOG

"STAYYYYY ATTT HOMEEEE !!!!!!" Jerit Syaz sambil menangis.
Dia bersyukur dia tinggal di dalam rumah semasa perintah kawalan pergerakan so dia dapat tahu perkara sebenar.

SO STAY AT HOME!!!

TAMAT EPILOG
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hakim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!