My Authors
Read all threads
Kalau kanak-kanak cakap sorang-sorang, dia ada kawan imaginasi.

Kalau yang dah dewasa?

Rt guys, supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ini.

Ini adalah Thread.
Aku akan start pukul 11.30 malam. Aku dah pernah buat thread pasal kawan imaginasi. Sekarang pun memang busy sangat2 tapi kalau banyak yang Rt thread ni, aku up cerita baru. Tapi kalau kurang sambutan, aku up cerita lama je la untuk pembaca baru.
Sementara tunggu aku start buat thread tu, boleh layan thread cerita aku yang lain kat sini.

Tolong Rt ye😊

Boleh dapatkan buku Dunia Plot Twist di kedai buku MPH & POPULAR.

Sudah beribu naskah terjual. Setakat ni semua beri review positif.

Boleh beli online dengan whatsapp +601114476212

Dan di Shopee dengan tekan link ini
shopee.com.my/product/278352…
Kawan imaginasi?

Korang pernah ada kawan imaginasi?

Aku ada..

Nama aku Hairi.
Masa tu aku kecil lagi, aku tak ingat umur aku berapa..

Tapi yang aku ingat..

Aku pernah ada kawan yang orang lain tak boleh nampak..
Aku sorang je boleh nampak dia..

Macammana aku tahu?

Sebab dalam ingatan aku, semua ahli keluarga aku tak suka bila aku cakap pasal dia..

Apa masalahnya? Dia nak berkawan je..

Lagipun aku tiada kawan lain masa tu..
Sampai sekarang, aku masih ingat kat dia..

Wajah dia..

Senyuman dia..

Semua pasal dia..
Seorang budak perempuan..

Kenapa aku ingat wajahnya?

Sebab muka dia tak seram, tapi comel.

Kami berkawan hampir bertahun..
Orang lain ingat dia akan rosakkan aku..

Tapi aku tak tahu kenapa aku rasakan seperti dia ingin melindungi aku..

Aku rasa selamat bila ada dia...
Tapi kali terakhir aku jumpa dia, dia menangis..

Aku tanya kenapa?

Tapi tiada jawapan..

Malam tu..
Mak ayah aku hantar jumpa seseorang.

Aku masih ingat permintaan mak.

"Tolong rawat anak saya ni, dia selalu cakap sorang-sorang, saya rasa ada yang ganggu dia."
Aku masih tidak faham permintaan mak.

Aku masih kecil ...

Dan sekarang bila aku ingat kembali..

Aku mula sedar kenapa budak perempuan itu menangis..

sebab itu ialah hari terakhir..
Kalau aku cerita kat orang..

Orang takkan percaya, jadi aku diamkan sahaja.

Tamat suara minda Hairi.
Bertahun berlalu, umur Hairi sekarang ialah 29 tahun.

Hari tu ialah hari pertama dia pindah ke rumah baru, rumah flat.

Rumah flat lama. Dia duduk di rumah flat itu kerana dekat dengan tempat kerjanya yang baru.
Rumahnya di tingkat 3.

Aras rumah itu sudah tidak ramai orang yang tinggal.

Rumahnya terletak di tengah-tengah. Semasa dia berjalan di aras rumahnya, dia akan melalui rumah-rumah yang sudah kosong.
Ada rumah kosong yang sudah tiada pintu, jadi boleh kelihatan permandangan yang tidak enak di dalam rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan .

Waktu siang sudah rasa tidak tenang melalui di hadapan rumah kosong itu, apatah lagi kalau pada waktu malam..
Hairi hanya memberanikan diri..
Kerana rumahnya masih kelihatan baru, murah dan dekat dengan tempat kerja.

Hari pertama, dia tidak sempat berjumpa lagi dengan jiran-jiran kerana sibuk mengemas rumah.
Malam pun tiba..
Hairi menonton televisyen.

Dia ketawa dengan sangat rancak dengan jenaka yang ada di dalam televisyen.

Sedang masih ketawa, dia terdengar sesuatu..
Bunyi seperti orang memberi salam tapi suaranya sayup-sayup.

Hairi memperlahankan suara tv.

Tiada suara dari arah pintu.
Hairi rasa hairan.

Dia kuatkan semula.
Selang beberapa minit, dia dapat rasakan ada suara memberi salam lagi.

Tapi kali ini memberi salam dengan suara nafas.

"Betul ke apa yang aku dengar ni, ke perasaan aku je."
Hairi bangun dan berjalan perlahan-lahan ke pintu utama rumah.

Semakin langkahnya dekat dengan pintu, dia dapat dengar suara nafas memberi salam itu.

Tapi salamnya tidak berapa jelas.
Memberi salam dengan menggunakan suara nafas sememangnya amat menyeramkan.

Hairi sudah di hadapan pintu, dia dapat dengar suara nafas seseorang dengan sangat kuat.

Ada orang di hadapan pintu rumahnya.
Dia dengan pantas membuka pintu itu.

Hairi tergamam, tiada orang di hadapan rumahnya.

Yang lebih menyeramkan, pintu rumah kosong di hadapan rumahnya terbentang luas.

Kelihatan dalam rumah kosong itu sangat gelap dan menyeramkan.
Tiba-tiba muncul angin dari dalam rumah kosong itu meniup ke arahnya.

Bulu roma Hairi mula naik dan dia rasa meremang.

"Ada sesuatu yang tak kena ni!"

Hairi menutup pintu semula.
Hairi menutup tv.

Dia masuk ke dalam biliknya dan baring di atas katil.

Dia lihat kipas biliknya yang berpusing.

Dia terperasan sesuatu..
Siling biliknya ditutupi dengan kertas A4.

"Siapa yang design siling bilik aku ni, tak berseni lansung." Rungut Hairi di dalam hati.

Dia bangun dari atas katil, menutup lampu dan baring untuk tidur.
Keesokkan harinya, di tempat kerja yang baru, dia berkenalan dengan ramai orang.

Ada yang berbual dengannya.
"Kau duduk mana kat sini?"

"Aku duduk kat rumah flat XyXy."

Orang itu tergamam. Hairi mula terkejut. "Kenapa?"
Orang itu hanya tersenyum. "Takde papela."

Hairi mula rasa pelik, dia tahu ada sesuatu yang tak kena.
Petang itu semasa habis kerja, dia tidak terus balik ke rumah. Dia singgah di shopping mall dan beberapa kedai untuk membeli keperluan rumah.

Akhirnya dia sampai di rumah flatnya pada waktu malam.
Semasa keretanya ingin masuk ke kawasan rumah flatnya, dia dapat lihat yang bangunan rumah flatnya memang sangat menyeramkan.

Dia menelan air liur.
Selepas parking kereta, dia keluar dari kereta dengan dua tangannya memegang beg plastik berjalan ingin ke tangga.

Belum sempat langkah kakinya sampai di tangga, dia rasa seperti diperhatikan.

dari balik beberapa tembok di bawah rumah flat.
Dia tersentak, kelihatan ada budak kecil sedang menjenguknya dari balik tembok dalam keadaan gelap.

Dia mula menarik nafas perlahan-lahan dan dia berjalan ke arah tembok itu.

Dia lihat budak kecil itu hanya terdiam. "Bahaya budak ni sorang-sorang kat sini."
Hairi bertanya. "Adik, mana mak?"

Budak lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Hairi mula keliru. "Aduh aku nak buat apa ni?"
Tiba-tiba dari jauh kedengaran seorang perempuan memanggil-manggil nama seseorang. "Ajib, ajib, mana Ajib, mana anak mak?"

Hairi melihat ke arah suara itu, kelihatan seorang perempuan tercari-cari anaknya.
"Nama adik ni Ajib ke?" Soal Hairi.

Budak kecil itu menganggukkan kepala.

Hairi memanggil perempuan itu dari jauh, tapi perempuan itu seperti tidak dengar panggilan darinya.
"Adik tunggu sini tau. Abang pergi panggil mak adik."

Hairi berjalan ke arah perempuan itu. "Akak cari Ajib ye?"

"Aah, kamu ada nampak dia ke?"

"Aah dia kat sebalik tembok sana tu."

Perempuan itu teruja mendengar jawapan Hairi.
Perempuan itu mengikuti Hairi ke arah tembok tersebut.

Sampai sahaja di tembok, hari terkejut yang budak kecil tadi sudah tiada.

"Mana Ajib???" Tanya perempuan itu dengan nada marah.
"Tadi ada kat sini kak, Ajib!! Ajib!!"
Hairi memanggil tapi tiada sahutan.

"Kau memang tak guna!! Kau tipu aku!! Ajib!!" Perempuan itu marah pada Hairi dan kelihatan matanya berair.

Hairi makin buntu dengan apa yang berlaku.
Mata Hairi terpandang ke arah tangga, kelihatan ada seorang mak cik melambai-lambai tangan memanggilnya untuk berjalan ke arah tangga meninggalkan perempuan itu.

Hairi berjalan ke arah mak cik tersebut.
"Kau jangan layan perempuan tu, perempuan tu tak betul. Dah banyak orang dia kacau."

"Tak betul??"

"Yela, dia tu dah gila."

"Betul ke ni?"
"Eh betullah, mesti dia ada tanya kau mana anak dia kan?"

"Aah ada."

"Anak dia dah lama meninggal dunia."

Hairi tergamam.
"Kerana terlebih murung, dia jadi macamtu. Sampai sekarang dia masih tak boleh terima." Tambah mak cik itu.

Hairi macam tak percaya sebab baru tadi dia berjumpa dengan anak perempuan itu.
"Kau ni aku tak pernah nampak pun? Kau baru pindah sini ke? Ke ada saudara kat sini?" Soal mak cik itu ingin tahu.

"Saya baru je pindah sini. Kat tingkat 3."

Muka mak cik itu berubah.

"Tingkat 3!! Kau biar betul??"
Hairi terkejut yang mak cik itu meninggikan suaranya.

"Eh kenapa pula mak cik?"

Mak cik itu menelan air liur sebelum menyambung bicara. "Tingkat 3 tu mana ada orang duduk!!!"

Muka Hairi terus berubah pucat.
"Mak cik biar betul? ke mak cik nak takut-takutkan saya!"

"Aih tak da guna aku nak takut-takutkan kau, aku ada banyak keja lain lagi nak buat tau."

Wajah Hairi sudah berpeluh.
"Kenapa takda orang duduk kat tingkat 3 tu?"
"Beberapa tahun dulu, penuh orang tinggal kat tingkat 3 tu tapi selepas satu kejadian ni. Semuanya berubah?."

"Kejadian apa?"

"Polis jumpa mayat perempuan tergantung kat kipas siling salah satu rumah kat tingkat 3 tu."

Muka Hairi semakin serius.
"Lepastu?"
"Lepastu rumah tu berhantu la!! Ramai yang duduk rumah tu kena ganggu. Sampai akhirnya, hantu tu ganggu semua orang yang tinggal kat tingkat 3."

"Sebabtu semua pindah, tak nak duduk situ."

"Yeah tepat sekali, kau duduk kat rumah mana?"
"Saya duduk rumah yang tengah-tengah."

"Tengah-tengah tu nombor berapa?Aku bukan tanya posisi."

"owh, rumah nombor 06."

Mak cik tu terdiam. Jelas kelihatan Wajah mak cik itu berubah.
"Kau biar betul!!!!!! Kau ni dah gila ke!!"

Jelas kelihatan mak cik itu seperti cemas.

"Eh kenapa ni mak cik?"
Mak cik itu memandang kiri dan kanan.

"Rumah yang kau duduk tu lah rumah orang jumpa mayat tergantung kat kipas tu!!!!!"
Hairi terus cemas. "Apa saya nak buat ni mak cik??"

"Aku tak tahu!!" Kata mak cik itu berlari naik tangga meninggalkan Hairi.

Dari gaya gangster dan berani, akhirnya mak cik itu meninggalkan Hairi ketakutan seperti baru lepas dibuli.
"Tak guna betul mak cik tu, dia tinggalkan aku macamtu je." Hairi rasa tidak puas hati.

.........

"Aduh macammana aku nak balik rumah ni."
Selepas mendengar cerita dari mak cik itu, tahap ketakutan Hairi sekarang sudah setinggi level gunung everest.

Hairi cuba positif. "Mak cik tu salah tingkat kot."

Dia menarik nafas berkali-kali sehingga dia rasa tenang dan mula melangkah kaki naik ke tingkat 3.
Sampai sahaja di aras tingkat 3, jantungnya mula berdegup laju.

Jalan aras itu sangat gelap, tiada sebarang cahaya lansung.

"Macam betul je takda orang duduk kat aras ni.."
Dia melangkahkan kakinya perlahan-lahan.

Keadaan memang sangat sunyi sehingga dia dapat dengar jelas bunyi tapak kakinya.

Hanya bunyi tapak kakinya.
Sampai langkahnya di hadapan sebuah rumah kosong yang pintunya sudah tiada.

Langkah kaki Hairi menjadi berat secara tiba-tiba.

Hairi mula gelabah, dia mula dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.
Dia dapat rasa angin yang dia rasa semalam lalu di pipinya.

Angin itu datang dari rumah kosong itu.

Dia memang tidak berani ingin memandang ke arah rumah kosong itu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi suara ketawa dari rumah yang lain di aras itu.

Bunyi orang memasak.

Bunyi orang menangis.

Sedangkan aras itu gelap gelita.
Bunyi seperti ada orang yang masih menghuni di dalam rumah-rumah itu.

Hairi ingin menguatkan dirinya untuk terus melangkah, dia cuba lagi dan cuba.
Dia pandang ke bawah, dia menjerit.

Rupanya ada tangan yang sangat hodoh menahan kakinya dari bergerak pantas.

Hairi mula meronta-ronta ingin dilepaskan.
Akhirnya tangan hodoh itu melepaskan kaki Hairi.

Hairi berlari laju seperti kuda yang menang lucky draw.

lalu dia buka pintu rumah dengan pantas, masuk ke dalam.

Keadaan menjadi sunyi semula.
"Sebablah semalam aku rasa sunyi je tempat ni, rupanya aku sorang je yang tinggal kat aras ni."

Hairi melihat rumahnya yang gelap gelita.

Dalam masa itu, dia mula sedar.
Dugaan yang paling besar bukan di luar rumah tapi di dalam rumahnya.

Rumah penyebab bagi segala gangguan yang berlaku di aras tingkat 3 itu.

Rumah itu sudah kelihatan seram di mata Hairi selepas mendapat tahu perkara sebenar.
Hairi membuka lampu di setiap kawasan di dalam rumahnya dengan perasaan berdebar-debar.

Lalu dia duduk di ruang tamu dan membuka televisyen.

Sambil dia menonton televisyen, dia terpandang sesuatu..
Gambar arwah isterinya yang dia letak di sebelah televisyen.

Dia bangun untuk mengambil gambar itu, lalu dia duduk semula.

Wajahnya bertukar sedih. "Kalau awak masih hidup, mesti nasib saya tak malang macamni."
Hairi menangis seperti tidak dapat menerima kenyataan.

Dia letak semula gambar arwah isterinya. Dia sudah terlalu mengantuk.

Dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya.
Hairi tidak berani tidur dalam gelap.
Jadi dia membiarkan lampu biliknya menyala.

Setelah beberapa minit, dia akhirnya tertidur.
Pukul 3 pagi, dia terjaga dari tidur.

Dia terkejut kerana biliknya sudah gelap gelita.

"Siapa yang tutup lampu bilik aku?!"
Dalam biliknya yang gelap gelita.
Cahaya hanya muncul dari tingkap bilik.

Dia dapat lihat ada bayang-bayang yang terbang ke kiri dan kanan di dinding bilik.

Maksudnya bayang-bayang itu datang dari luar tingkap bilik.
Dia lihat ke luar tingkap bilik. Benda tu terbang ke kiri dan ke kanan.

Mula-mula dia ingat burung, lama-lama baru dia sedar..

....

..... Yang itu kepala.
Hairi sedar itu ialah makhluk penanggal.

Dia menutup tubuh dan wajahnya dengan selimut dalam keadaan ketakutan.
Dia dapat dengar bunyi tingkap biliknya seperti ditolak-tolak.

Hati Hairi sudah tidak tenteram. Dia menggigil di dalam selimut.

Dia berharap yang tingkap takkan terbuka.
Selamat selepas beberapa minit, bunyi dari tingkap hilang.

Hairi rasa lega.

Dia perlahan-lahan memandang ke arah tingkap.
Hairi tersentak, kepala itu sudah ada di dalam bilik.

Rambutnya sangat panjang dengan wajahnya penuh dengan luka sedang tersenyum pada Hairi sambil terapung-apung. "Eheheheheh." Makhluk itu ketawa kecil.

Hairi pengsan kerana terkejut.
Apabila dia terjaga dari pengsan, dia rasa badannya sangat letih.

Dia lihat ke arah tingkap, hari sudah tengah hari.

Hairi bangun dengan pantas, dia lihat telefon bimbitnya.

Ada banyak missed call.
Dia terlepas kerja.

Dia menelefon tempat kerjanya dan memohon maaf.

"Saya janji saya takkan buat lagi."

Hairi rasa kecewa, baru hari kedua kerja dah buat hal.
Pintu biliknya tidak ditutup.

Tiba-tiba dia terperasan seperti ada seseorang lari di hadapan biliknya.

"Siapa tu?!"

Tiada sahutan.

Hairi bangun dari katil.
Dia keluar dari bilik perlahan-lahan.

Kedengaran bunyi tapak kaki di dapur.

Dia mengambil penyapu di ruang tamu. "Siapa tu? Keluar dari rumah aku?"
Sampai sahaja di dapur.

Dia lihat ada budak perempuan yang tidak menghadapnya sedang melihat ke luar tingkap.

"Kau siapa?"

Budak perempuan itu berpaling. "Eh awak boleh nampak saya?"
Hairi tergamam, budak perempuan itu ialah kawan imaginasinya masa kecil dulu.

"Kau... Kau.. Macammana kau boleh ada kat sini?"

"Entah saya tahu-tahu dah ada kat sini."

"Kau tak ingat aku?"

"Ingat apa?"
"Hurm kau tak ingat aku, kau kawan aku masa aku kecil dulu."

"Kawan masa kecil, saya baru je mati. Macammana boleh berkawan dengan awak?"

"Baru mati, aik. Hurm mungkin hantu pelanduk dua serupa kot."

"Pelanduk apa?"
"Peribahasa melayu, kau kecik lagi. Tak perlu tahu." Jelas Hairi jalan meninggalkan budak perempuan itu ingin ke ruang tamu.

"Saya nak nasihat yang lebih baik awak keluar dari rumah ni."
langkah Hairi terhenti. Dia memandang ke arah budak perempuan itu. "Kenapa aku kena keluar dari rumah ni?"
"Dalam rumah ni ada banyak makhluk, diorang tak suka awak duduk dalam rumah ni. Saya tengok diorang semua nak bunuh awak."

"Hantu boleh bunuh orang ke?"
"Ada yang boleh, mesti ada sebabnya ni. Lagi-lagi yang paling besar tu, dia tunggu masa je." Mata Budak perempuan itu memandang ke satu arah.
Hairi memandang ke arah yang budak perempuan itu pandang.

Entah kenapa dia rasa meremang. "Kenapa aku tak boleh nampak?"

"Sebab hijab awak tertutup, hanya dibuka sedikit. Jadi awak tak boleh nampak semua."
Hairi mula teringat yang masa dia kecil, Hijabnya telah ditutup kerana dia ada kawan imaginasi.

"Hurm kenapa tiba-tiba aku boleh nampak semula ni?"

"Saya rasa saya tahu kenapa?" Budak perempuan itu berjalan masuk ke dalam bilik tidur Hairi.
Hairi mengikuti budak perempuan itu. "Ada apa dalam bilik ni?"

"Cuba awak tengok atas."

Hairi memandang ke atas, Siling ditutup dengan kertas A4.
Budak perempuan itu mengangkat tangan menunjukkan ke arah atas dan tiba-tiba muncul satu angin.

Kertas-kertas A4 di siling semua jatuh ke bawah.

Kertas A4 itu jatuh ke muka Hairi dan menghalang pandangannya.
Dia mengambil kertas A4 itu dan pandang ke atas semula.

Dia terkejut yang siling biliknya itu dipenuhi dengan tulisan yang aneh berwarna merah.

"Benda apa ni, kenapa guna dakwat warna merah?"
"Tu bukan dakwat merah, tapi darah manusia."

Hairi terkejut.

"Mana kau tahu semua ni?"

Budak perempuan itu memandang ke arah Hairi. "Saya tahu lah, saya hantu."

"Owh aah kan."
"Tapi apa kena mengena semua ni dengan aku boleh nampak hantu semula?" Soal Hairi ingin tahu.

"Ini mantera, siapa yang baring di bawah mantera ni dalam tempoh yang lama, akan disumpah. "

Hairi terkejut. "Aku disumpah!!"
"Aah."

"Mana kau tahu semua ni?"

"Saya tahulah, saya kan hantu dan saya suka bertanya. Ramai yang saya tanya dalam rumah ni."

"Apa lagi kau tahu, bagitahu aku semua?"
Budak perempuan itu mula bercerita.

Menurut apa yang saya dengar, rumah ni dulu ada perempuan gantung bunuh diri.

Sebelum dia gantung bunuh diri, dia bunuh mak ayah dia.
Perempuan tu mengandung anak luar nikah.

Selepas itu, roh perempuan itu tidak tenang dan menghantui semua yang tinggal dia aras tingkat 3 ini.
Selepas aras ini kosong, ada dukun berpindah masuk ke dalam rumah ni.

Rumah ini sangat sesuai untuk dijadikan tempatnya mengamalkan sihir kerana penuh dengan makhluk dan roh jahat.
Dia mengorbankan manusia di dalam rumah ini bagi tujuan sihirnya.

Mantera yang ada di atas siling ini digunakan untuk mengorbankan manusia.
Sesiapa yang baring dibawah mantera ini dalam tempoh yang lama, diorang akan dimakan oleh jin yang dukun itu bela.

Jin itu akan jadi lebih berkuasa selepas memakan manusia.
Jin itu wajib memakan manusia itu dalam masa 7 hari, kalau selepas 7 hari dia tidak makan manusia itu. Jin itu akan mati.

Ramai yang telah terkorban.

Akhirnya Dukun itu mati di dalam rumah ini.
Selepas dia mati beberapa tahun yang lalu, kini awak datang tinggal di dalam rumah ini.

Terperangkap dalam sumpahan yang ada dalam bilik ni.

Tamat kisah budak perempuan itu.
"Habis kenapa dia tak bunuh aku lagi?" Tanya Hairi mula ketakutan.

"Sebab saya lindungi awak. Jin tak cukup kuat untuk kalahkan roh." Kata budak perempuan itu sambil tersenyum.

"Kenapa kau lindungi aku?"
"Saje je, sebab lepas saya mati. Saya dihantar di sini. Saya tak tahu kenapa? Saya tengok ada makhluk nak serang awak, jadi saya halang."

"Kau dihantar ke sini? Pelik ni?"

"Jin-jin dalam rumah ni kata saya tak tenang."
" Kau tak tenang? Kenapa tak tenang?"

"Saya rasa saya tak tenang sebab masa saya mati, saya tak sempat bagitahu mak ayah saya yang saya sayang sangat kat diorang."
"Sebabtu je? Okey aku boleh tolong, nanti aku pergi jumpa mak ayah kau. Aku pergi bagitahu. Tapi dengan satu syarat."
"Syarat apa?"

"Syaratnya kau kena tolong aku halang jin tu makan aku, lepas 7 hari. Baru aku pergi rumah mak ayah kau. Okey."

"Okey setuju."

"Bagi alamat mak ayah kau?"

"Saya tak ingat alamat."
"Aduh habis macammana aku nak tolong ni?"

"Saya cuma ingat yang saya tinggal kat taman Xyxy kat negeri yxyx, depan rumah saya ada tangki air"

"Oh jauhnya rumah kau, okey takpe lah, janji kau lindungi aku."
Hairi pergi ke ruang tamu dan membuka televisyen.

Budak perempuan itu duduk di sebelahnya.

Hairi buka rancangan lawak. Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
Budak perempuan itu terperasan gambar seseorang di sebelah tv.

Dia bangun dan mendekati gambar itu. "Siapa ni?"

"Isteri aku."

"Isteri awak, wah cantiknya dia."
"Aah, dia perempuan paling cantik yang aku pernah kenal."

"Mana dia?"

Muka Hairi berubah. "Dia dah meninggal dunia."

"Owh, awak rindu dia?"
"Ye, eh aku boleh tengok dia ke?"

"Kalau dia dah tenang, mungkin dia dah takda kat dunia ni lagi."

Hairi tersenyum. "Aku harap dia dah tenang."
Budak perempuan itu duduk semula di sebelah Hairi. "Awak kata tadi awak ada kawan imaginasi masa kecil?"

"Aah, muka dia macam kau. Sejibik."

"Mungkin dia dah tenang sebabtu awak dah tak boleh nampak dia sekarang."
"Tula, kalau tak, mesti dia dah muncul sekarang." Kata Hairi sambil matanya memandang ke arah tv.

Malam tiba, semuanya berjalan lancar. Tiada apa yang berlaku.

"Hurm pelik lah, dia tak da dalam rumah ni." Kata budak perempuan itu.
"Ala dia pergi jalan-jalan la tu, duduk rumah lama-lama bosan jugak. Hahaha." Kata Hairi Sambil menonton televisyen.

"Tak, saya rasa macam dia tiada kat mana-mana, saya tak rasa aura dia."

"Aura, aura ke 18 ke? Aura apa ni?"
Budak perempuan itu berjalan ke tingkap, dia seperti berbual dengan seseorang.

"Oi kau cakap dengan siapa tu?"

"Dia dah lari."

"Siapa yang lari?"
"Jin tu."

"Wah baguslah jin tu dah lari. Tahu dia takut. Hahaha."

"Dia lari bukan sebab takut, dia lari ke masa lalu untuk bunuh awak. Masa tu, tiada siapa yang lindungi awak."

Muka Hairi berubah.
"Dia kena bunuh juga dalam masa 7 hari, kalau tak, dia akan mati. Jadi dia guna kuasa sihir untuk merentas masa ke masa lalu."

"Wow jin boleh rentas masa, habis macammana sekarang ni?"

"Kalau dia berjaya bunuh awak, awak takkan wujud sekarang. Awak akan lenyap."
"Habis macammana sekarang ni??!"

Budak perempuan itu berjalan ke bilik belakang, Hairi mengikutinya.

Hairi terkejut bilik paling belakang itu dindingnya penuh dengan tulisan berdarah.
"Siapa yang buat ni?"

"Jin tu guna bilik ni untuk merentas masa, saya akan tolong awak sebab awak je harapan yang saya ada. Tapi sebelum tu janji awak akan buat apa yang saya suruh sebelum ni."

"Ye, aku janji, aku akan pergi rumah keluarga kau."
Budak perempuan itu mengangkat tangan ke atas, tiba-tiba bilik tu bercaya. Mata budak perempuan itu bercahaya dengan sangat terang.

Angin yang kuat tiba-tiba muncul.
"Apa kau buat ni?"

"Saya akan ke masa lalu dan melindungi awak. Jadi awak akan terus hidup. Jangan lupa jumpa keluarga saya dan bagitahu yang saya sangat sayangkan mereka."
"Baik!!"

Angin semakin kuat.

cahaya makin terang menjejaskan penglihatannya.

Tahu-tahu Hairi terjaga dari tidur.

Dia sedar-sedar yang dia terbaring di atas sofa.
Tv masih menyala.

Dia lihat jam baru pukul 6 pagi.

"La semua tu mimpi ke? Hahaha." Hairi ketawa.

Lalu dia menutup tv dan berjalan masuk ke dalam biliknya.
Dia terkejut melihat mantera masih ada di siling bilik tidurnya.

Hairi tergamam. "Mimpi ke ni?"

Dia mengosok-gosok mata dan melihat semula.

Mantera masih di atas siling.
Hairi teringat lokasi rumah yang diberikan oleh budak perempuan itu.

Apabila hari sudah terang, dengan segera dia pergi ke lokasi yang diberi.

Perjalanan amat jauh mengambil masa 5 jam.
Sampai sahaja di lokasi.

"Rumah depan tangki air, ni je lah rumah yang ada."

Hairi memberi salam.

Pintu dibuka.
Hairi terkejut.
"Ayah!!"

berdiri di hadapan rumah itu ayah arwah isterinya.

"Tengok siapa datang ni." Kata ayah mertuanya.

Ibu mertuanya muncul menangis melihat Hairi.
Ibu mertuanya memukul-mukul bahu Hairi dalam keadaan marah.

"Kenapa sekarang kau baru balik? Kau memang bapak tak guna?"

"Ayah tak guna, Apa maksud mak?" Soal Hairi keliru.
"Dah seminggu, anak kau haura meninggal dunia. Kau lari lagi dari kami, kau tinggalkan anak kau. Sekarang dia dah takda."

Hairi terdiam, air matanya mula berkaca. Dia mula teringat.
Isterinya meninggal dunia sewaktu bersalinkan anak pertamanya iaitu Haura.

Dia sangat sayangkan isterinya, dia tak dapat menerima kenyataan. Dia menyalahkan Haura.

"Ini semua salah dia, sebab dia isteri saya meninggal dunia!!"
"Apa kau cakap ni Hairi, dia anak kau." Kata ibu mertua Hairi.

"Mak jaga lah dia." Kata Hairi berjalan meninggalkan Haura.

"Kau memang ayah tak guna!!"
Sejak itu Hairi memulakan hidup baru, dia mula lupa tentang kewujudan anaknya, Haura.

Haura dibesarkan ayah dan ibu mertuanya.

Sehingga Haura menganggap atuk dan neneknya seperti ayah dan maknya sendiri.
Ayah dan mak mertua Hairi berpindah rumah, dia ingin memberitahu Hairi.

Tapi Hairi sudah menghilangkan diri jauh dari keluarga mertuanya.

Sehinggakan Haura sakit pun, Ayah dan mak mertuanya tidak dapat menyampaikan berita itu.
Hairi masih menangis. Dia seperti tidak dapat terima kenyataan.

"Mustahil, itu bukan Haura."

Dia berjalan masuk ke dalam rumah, dia lihat ada gambar Haura.
Wajah Haura sama dengan roh budak perempuan yang muncul di rumahnya. Hairi menangis teresak-esak seperti orang gila.

Dia memeluk gambar Haura.

"Macammana kau boleh tahu rumah kami kat sini?" Soal Ayah mertuanya.
Hairi teringat pesanan budak perempuan itu. "Beritahu mak ayah saya yang saya sangat sayangkan mereka."

Hairi terlalu sedih sehingga dia pengsan.
Di dalam alam mimpi dia dibawa ke memorinya semasa kecil.

Hari terakhir dia bersama kawan imaginasinya.

Dia lihat kawan imaginasinya menangis.
"Kenapa awak menangis?" Kata Hairi sambung main mainan.

"Ayah, Haura dah tenang, walaupun ayah tak dapat jaga Haura tapi Haura dapat jaga ayah. "

Hairi memandang ke arah kawan imaginasinya. "Apa awak cakap tadi?"

"Takde pape."
"Hairi!" Suara mak Hairi memanggil Hairi.

Hairi berjalan pergi ke arah maknya.

Kawan imaginasinya sudah tenang, perlahan-lahan dia hilang.

Tamat.
Kalau nak lagi cerita menarik dari saya. Mudah sahaja. Beli buku saya.😁😁😁😁.

Akan hasilkan karya yang lebih baik lagi.

Boleh dapatkan di kedai buku MPH & POPULAR .

Shopee.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hakim

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!