Adakah makhluk asing benar² wujud?

Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852.

Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar.

#UntaianZM Image
Justeru, jika terdapat sebarang planet yang melintasi di depannya, gangguan pancaran cahaya yang tiba ke teleskop saintis sepatutnya amatlah kecil.

Bahkan jika planet Jupiter melintasi matahari sekalipun, gangguan cahaya hanya berlaku pada kadar 1%.
Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Perkara ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media-media Barat kerana terdapat saintis yang berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan suatu tamadun asing yang wujud di luar sistem solar kita.
Iya, pastinya terdapat alasan lain yang kurang sensasi dari alasan makhluk asing. Terdapat saintis yang menyanggah idea tersebut, sebaliknya ia disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.
Namun, ia tidak dipersetujui oleh Bradley Schaefer daripada University of Louisana State. Setelah membentangkan data-data, beliau mendakwa penurunan tersebut bukannya perkara yang baru sahaja berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas. Image
Kajian berkenaan makhluk asing bukan perkara baru dalam tamadun manusia. Sejak tahun 1960 lagi seorang ahli astronomi bernama Frank Drake telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia. Image
Namun, sejak daripada tahun tersebut hinggalah kini, tidak ada sebarang penemuan yang berjaya di temui oleh saintis-saintis di SETI. Image
Usaha menjejaki makhluk asing kini bakal berubah apabila pada 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi membiyai projek-projek memburu makhluk asing sekaligus menjadikan ia antara pelaburan terbesar pernah berlaku dalam sejarah manusia.
Projek tersebut bernama Breakthrough Listen dan akan dijalankan selama 10 tahun dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal bernama Stephen Hawking. Image
Projek ini menggunakan dua teleskop radio terbesar di bumi iaitu Green Bank Telescope di A.S dan Parkes Telescope di Australia. Teleskop² ini akan menjadi 50 kali ganda lebih sensitif daripada sebelumnya dan bakal mengawasi jutaan bintang & 100 galaksi terdekat dari sistem suria. Image
Sebarang pergerakan pesawat-pesawat asing yang mungkin berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop-teleskop ini kelak.
Mengetahui betapa besarnya pelaburan yang di buat oleh Milner membuatkan kita sedar, betapa jauhnya manusia telah pergi bagi menjejaki kehidupan asing selain manusia di alam ini.
Ia bukan pelaburan yang sia-sia kerana saintis telah pun pastikan terdapat 2,000 buah planet di luar galaksi bima sakti yang mungkin mempunyai tamadun asing padanya.
Di dalam galaksi bima sakti sendiri, kemungkinan terdapat 60 bilion planet yang sesuai di duduki hidupan di mana mungkin terdapat hidupan asing di planet-planet tersebut.
Namun, sebuah pertanyaan perlu dijawab, jika manusia benar-benar menjumpai tamadun asing ini apakah langkah kita yang seterusnya? Persoalan ini perlu dilihat dari mula iaitu jika isyarat pertama berjaya dikesan. Apa perlu dibuat?
Jika isyarat pertama dikesan, pertama sekali menolak kemungkinan ia adalah isyarat daripada makhluk asing. Selepas itu, adakah isyarat tersebut boleh diulang? Jika isyarat tersebut hanya terima sekali sahaja, maka susah untuk justifikasi dengan sebarang hidupan makhluk asing.
Perkara ini mungkin boleh mengingatkan kita kepada signal “WOW!” yang diterima oleh saintis pada bulan Ogos tahun 1977. Pada tahun tersebut, saintis menerima ledakan gelombang radio yang berkekalan selama 72 saat. Image
Bahkan, isyarat tersebut sangat hampir dengan frekuensi yang dipercayai oleh penyelidik SETI akan digunakan oleh makhluk asing untuk berkomunikasi dengan manusia.
Namun, selepas daripada peristiwa tersebut, tidak ada lagi sebarang isyarat baru yang serupa diterima oleh ahli-ahli saintis. Sekali sahaja isyarat yang diterima tidak boleh dijadikan alasan ia datang daripada makhluk luar.
Justeru, isyarat tersebut boleh didedahkan kepada saintis lain untuk dianalisis. Namun, jika isyarat tersebut berulang dan berkemungkinan besar dihantar oleh hidupan asing, maka menurut SETI, maklumat tersebut perlu segera di laporkan kepada Setiausaha Agung PBB. Image
Isyarat tersebut akan dilindungi dan sebarang respon balas daripada saintis adalah dilarang melainkan konsensus di peringkat antarabangsa telah dijalankan bagi membenarkan sebarang respon isyarat di buat semula bagi pihak bumi.
Perincian mengenai penemuan tersebut akan segera dihebahkan kepada media-media perdana dan individu yang menemui isyarat tersebut dikehendaki memaklumkan sendiri secara langsung kepada penduduk bumi.
Namun, sama ada manusia perlu memberikan respon atau tidak, ahli astronomi telah bercanggah pendapat mengenainya. Sebahagiannya bersetuju, manakala sebahagian yang lain mebantahnya.
Malah, Stephen Hawking sendiri merupakan antara ahli kosmologi yang menentang sebarang mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak.
Persoalan seterusnya ialah, jika isyarat diterima bagaimana manusia di bumi dapat membuat interpretasi kandungannya? Makhluk asing tidak bercakap menggunakan bahasa Inggeris atau mana-mana pun bahasa yang di gunakan oleh manusia di bumi.
Memang betul tidak munasabah makhluk di luar bumi boleh berkomunikasi menggunakan bahasa manusia di bumi. Oleh itu, simbol matematik mungkin adalah alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk angkasa raya. Image
Respon pertama perlulah mengandungi maklumat berkenaan Prime Number ataupun Fibonacci Consequence yang digunakan manusia di bumi.
Apabila kedua-dua pihak sudah faham akan bahasa perantaraan yang perlu di gunakan untuk berkomunikasi, iaitu matematik, maka manusia boleh menggunakan mesej yang lebih terperinci seperti kod binari untuk menghantar mesej yang lebih terperinci.
Lagi persoalan, apakah kandungan mesej yang perlu dihantar oleh manusia kelak?
Kita mungkin boleh menggunakan aspirasi daripada percubaan yang lepas apabila pesawat Voyager di lancarkan pada tahun 1977, ia membawa juga bersamanya sebuah plat emas beukuran 12 inci yang mengandungi bunyi dan gambar daripada bumi.
Bunyi tersebut mengandungi bunyi-bunyi burung, bunyi gelombang dan kilat. Malah ia juga mengandungi susunan muzik yang pernah dikarang oleh Beethoven, Bach dan Chuck Berry.
Manakala gambar pula mengandungi gambaran mengenai sistem solar, DNA dan bagaimana manusia membiak. Plat tersebut mengandungi juga peta yang menunjukkan kedudukan bumi yang berada di galaksi bima sakti.
Voyager 1 mungkin telah meninggalkan sistem solar, namun ia mungkin mengambil masa selama 40,000 tahun lagi untuk tiba ke sistem solar yang lain. Image
Selain menghantar mesej, faktor lain yang perlu diambil kira adalah masa diambil untuk menghantar mesej tersebut. Walaupun mesej tersebut akan menggunakan gelombang radio yang bergerak dengan pecutan cahaya, ia tetap mengambil masa yang lama untuk bergerak melintasi alam semesta.
Masa yang diperlukan untuk tiba di sistem solar terdekat dengan bumi pun bakal mengambil masa selama 4 tahun. Manakala bintang KIC 8462852 yang menjadi igauan akan kewujudan makluk asing pula berada pada kedudukan 1,480 tahun perjalanan cahaya.
Sebarang mesej yang cuba di hantar ke bintang tersebut pada waktu sekarang akan memakan masa yang lama untuk sampai iaitu selama 3,000 tahun!

Seandainya manusia benar-benar menerima isyarat makhluk asing ini, maka apakah kesannya kepada manusia secara psikologi pula?
Adakah akan menimbulkan keresahan, kerisauan atau gangguan psikologi yang lain? Kerana segalanya boleh berlaku.
Boleh jadi makhluk asing ini merupakan spesis penjajah yang bersifat ganas dan zalim. Atau mungkin boleh jadi sebaliknya juga. Samada makhluk asing ini bersifat zalim ataupun berdiplomasi, tiada siapa pun yang tahu dan kedua-duanya mempunyai kebarangkalian yang seimbang.
Untuk mengetahui perkara ini, pada tahun 1999 sebuah bancian telah dilakukan oleh The Roper Organisation hasil kerjasama dengan National Institute for Discovery Science (NIDS).
Hasil kajian mereka mendapati sebanyak 32% responden menjawab, mereka bersedia menghadapinya dan 17% lagi menjawab memikirkan tempat mereka di alam ini.

Apabila soalan ditanya, “How you thought others would respond?”
Sebanyak 25% menjawab kebanyakan orang akan panik, terkejut. Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada sebuah peristiwa pada tahun 1938 dahulu, di mana Orson Welles telah membuat sebuah siaran radio bertajuk “War Of The Worlds” memaklumkan makhluk asing bakal menyerang bumi. Image
Siaran tersebut begitu realistik sehinggakan ramai orang benar-benar mempercayai makhluk asing benar-benar akan menyerang manusia. Laporan-laporan serangan histeria banyak dilaporkan pada waktu itu. Image
Apabila versi Sepanyol telah disiarkan di Ecuador pada tahun 1949, ramai orang menjadi gila dan memenuhi jalanan-jalanan sehingga menyebabkan 6 orang telah mati.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

Jan 21
Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.

Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?

#UntaianZM
1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.
2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.
Read 14 tweets
Oct 23, 2021
Beberapa hari lepas, pemindahan organ haiwan dari organ khinzir kepada manusia berjaya dilakukan di Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama manusia berjaya menggunakan buah pinggang khinzir bagi menggantikan organnnya yang tidak berfungsi lagi.

Kenapa khinzir?

#UntaianZM
Projek menggunakan organ haiwan dikenali pemindahan-xeno (xenotransplant) telah bermula sejak 70-an lagi. Pada ketika itu, saintis pernah menggunakan organ primat (chimpanzi, bonobo, dll) untuk menggantikan organ pesakit yang telah rosak.
Primat adalah calon terbaik pada waktu itu kerana anatomi & fungsi organnya menyamai manusia. Projek ini menemui kegagalan & dihentikan kerana terdapat banyak komplikasi & penolakan oleh tubuh pesakit. Organ primat memberikan risiko bawaan virus yang berbahaya kepada manusia.
Read 10 tweets
Oct 19, 2021
Sejak Mo Salah bermain dengan Liverpool, percanggahan antara norma masyarakat British dan Islam semakin berkurangan — menandakan persepsi terhadap Islam dalam kalangan warga Liverpool semakin baik.

Apa sebabnya?

Baca bebenanag ini.

#UntaianZM
1. Pertama sekali sebab media selalu gambarkan Salah dengan nada yang positif. Pendedahan positif Mo Salah yang berterusan oleh media menjadikan peminat Liverpool FC memandang Islam hal yang positif. Media memainkan peranan sangat penting.
2. Disebabkan identiti Islam yang kuat pada Mo Salah (Salah menunjukkan dirinya seorang muslim kerana kelihatan sering bersujud dan berdoa) menjadikan tahap Islamofobia semakin menurun. Amnya, kalau Salah tidak tunjuk bawah dirinya Muslim, persepsi terhadap Islam tidak berubah.
Read 12 tweets
Oct 6, 2021
Bila tiada pandemik, setiap saintis seluruh dunia akan buat penyelidikan berbeza, ada dana memasing. Bila ada pandemik, ramai saintis fokus untuk hasilkan vaksin, jadi kolam pengetahuan meningkat, dana pun fokus ke situ (dana jadi besar), kadar kecepatan kajian pun meningkat.
Sumber dana bukannya daripada seekor dua jutawan. Setiap institusi penyelidikan mempunyai penyumbangnya. Ada dari kerajaan, ada dari industri dan sebagainya yang masing-masing tidak berkongsi agenda yang sama. Bukannya Bill Gates seorang bagi dana seluruh kajian vaksin.
Ketika tiada pandemik, setiap pendana mempunyai visi dan aspirasi masing-masing nak buat penyelidikan apa. Apabila musim pandemik, ramai pendana fokus untuk kajian vaksin. Dari sinilah dananya jadi besar, pengetahuan bertambah pesat, penyelidikan jadi cepat.
Read 4 tweets
Oct 5, 2021
Tema utama Hadiah Nobel Fizik 2021 adalah memahami kejadian alam yang rumit & rawak. Rukun utamanya adalah kejadian rawak ini dapat diramalkan & terdapat hukum tersembunyi disebaliknya.

Albert Einstein pernah lakukannya ketika meramalkan pergerakan zarah yang rawak.

#UntaianZM
1905 merupakan tahun keagungan buat Einstein — dapat menerbitkan empat penemuan besar dalam fizik moden. Teori kerelatifan khas, pembuktian teori kuantum, pembuktian kewujudan molekul dan kesaksamaan tenaga-jisim. Pada ketika itu, umurnya baru sahaja 26 tahun.
Einstein membuktikan kewujudan molekul dengan mencipta model untuk memahami dan meramal pergerakan rawak zarah Brown. Kalau tengok gambar rajah di bawah, pergerakan zarah tidak menentu dan tiada corak yang seragam. Rawak.
Read 9 tweets
Jun 11, 2021
Eksperimen khayalan (thought experiment) kucing Schrodinger yang dibuat oleh Erwin Schrodinger adalah untuk memberitahu realiti dunia kuantum yang pelik dan mengarut — melanggar intuisi manusia.

Ikuti bebenang ini untuk tahu lanjut.

🧵#UntaianZM
Dalam eksperimen ini, bayangkan kucing diletak di dalam sebuah kotak yang berisi botol beracun. Kalau botol ini pecah, kucing dalam kotak akan mati. Kalau tidak, kucing masih hidup.

Jadi, sebelum kita buka kotak ini, kita tidak akan tahu sama ada kucing ini hidup ataupun mati.
Manusia akan berintuisi kucing cuma boleh berada dalam satu keadaan (state) sahaja — sama ada hidup ataupun mati.

Tetapi mengikut mekanik kuantum, sebelum kotak itu dibuka, kucing itu berada dalam dua keadaan serantak iaitu hidup & mati serantak. Ia dipanggil "superposition".
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(