Bila tiada pandemik, setiap saintis seluruh dunia akan buat penyelidikan berbeza, ada dana memasing. Bila ada pandemik, ramai saintis fokus untuk hasilkan vaksin, jadi kolam pengetahuan meningkat, dana pun fokus ke situ (dana jadi besar), kadar kecepatan kajian pun meningkat.
Sumber dana bukannya daripada seekor dua jutawan. Setiap institusi penyelidikan mempunyai penyumbangnya. Ada dari kerajaan, ada dari industri dan sebagainya yang masing-masing tidak berkongsi agenda yang sama. Bukannya Bill Gates seorang bagi dana seluruh kajian vaksin.
Ketika tiada pandemik, setiap pendana mempunyai visi dan aspirasi masing-masing nak buat penyelidikan apa. Apabila musim pandemik, ramai pendana fokus untuk kajian vaksin. Dari sinilah dananya jadi besar, pengetahuan bertambah pesat, penyelidikan jadi cepat.
Baru ini, UiTM terima lebih RM20 juta dana penyelidikan dari kerajaan, melibatkan 206 jenis kajian. Bayangkan kalau RM20 juta difokuskan untuk kajian vaksin covid-19 saja. Itu baru satu sumber dana. Bayangkanlah kalau satu dunia fokus untuk vaksin, itu yang 10 tahun jadi 1 tahun.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tema utama Hadiah Nobel Fizik 2021 adalah memahami kejadian alam yang rumit & rawak. Rukun utamanya adalah kejadian rawak ini dapat diramalkan & terdapat hukum tersembunyi disebaliknya.
Albert Einstein pernah lakukannya ketika meramalkan pergerakan zarah yang rawak.
1905 merupakan tahun keagungan buat Einstein — dapat menerbitkan empat penemuan besar dalam fizik moden. Teori kerelatifan khas, pembuktian teori kuantum, pembuktian kewujudan molekul dan kesaksamaan tenaga-jisim. Pada ketika itu, umurnya baru sahaja 26 tahun.
Einstein membuktikan kewujudan molekul dengan mencipta model untuk memahami dan meramal pergerakan rawak zarah Brown. Kalau tengok gambar rajah di bawah, pergerakan zarah tidak menentu dan tiada corak yang seragam. Rawak.
Eksperimen khayalan (thought experiment) kucing Schrodinger yang dibuat oleh Erwin Schrodinger adalah untuk memberitahu realiti dunia kuantum yang pelik dan mengarut — melanggar intuisi manusia.
Dalam eksperimen ini, bayangkan kucing diletak di dalam sebuah kotak yang berisi botol beracun. Kalau botol ini pecah, kucing dalam kotak akan mati. Kalau tidak, kucing masih hidup.
Jadi, sebelum kita buka kotak ini, kita tidak akan tahu sama ada kucing ini hidup ataupun mati.
Manusia akan berintuisi kucing cuma boleh berada dalam satu keadaan (state) sahaja — sama ada hidup ataupun mati.
Tetapi mengikut mekanik kuantum, sebelum kotak itu dibuka, kucing itu berada dalam dua keadaan serantak iaitu hidup & mati serantak. Ia dipanggil "superposition".
Lelaki & perempuan jadikan rupa kayu ukur utama dalam memilih pasangan. Kalau tengok graf, warna kuning positif, ungu negatif. Taburan di graf tunjuk kalau lelaki tak kacak tapi pandai, masih tinggi peluang dapat pasangan berbanding perempuan tak cantik tapi pandai.
Walaupun rupa menjadi kayu ukur utama bagi perempuan, mereka juga sangat menghargai kepentingan kecerdikan pada lelaki. Lelaki kalau pandai, kemaskan diri sikit, terus jadi bernilai di mata wanita. Kalau tak kacak, tapi pandai, masih ada peluang dipilih dalam kalangan perempuan.
Bagi lelaki pula, kalau perempuan tak cantik tapi pandai, perempuan itu tiada peluang. Hasil negatif. Lelaki anggap perempuan yang tak cantik sebagai kurang pandai. Perempuan cantik pula dilihat sebagai pandai. Umumnya, lelaki menilai kepandaian wanita berdasarkan rupa.
Nak kongsi tentang teori kerelatifan (theory of relativity). Teori popular dalam fizik. Teori kerelatifan ada dua: Teori kerelatifan khas & teori kerelatifan am.
Ini gambar Einstein tengah ajar teori kerelatifan. Orang depan yang pegang kepala itu dah pening.
1. Kelajuan cahaya bergerak dalam vakum selaju 300,000 km/s dan kelajuan ini tidak akan berubah dalam semua rangka rujuk inersia.
Okey, apa maksudnya ini? Pertama sekali kena tahu dulu apa maksud rangka rujuk inersia.
Rangka rujuk inersia adalah rangka rujuk yang mempunyai halaju malar (constant velocity).
Misalnyanya, kita duduk dalam kereta api yang bergerak malar selaju 100 km/j. Selagi kelajuan itu tak berubah, selagi itu kita berada dalam rangka rujuk inersia.
Banyak pandemik bermula dari China ada beberapa sebab:
1. China negara paling ramai manusia. 2. China negara yang paling banyak bangunkan bandar kerana populasi yang tinggi. 3. Bandar banyak, maka banyak hutan ditebang & banyak haiwan pembawa virus tinggal hampir dengan bandar.
4. Musnahnya habitat menyebabkan banyak haiwan liar pemangsa akan berkurangan. Maka, akan menyebabkan populasi haiwan roden yang bawa virus seperti tikus akan meningkat.
5. Tahun 2017 lagi saintis dari China sendiri telah meramalkan pandemik akan datang (covid-19) bermula dari China. Aktiviti pasaran pelbagai burung hidup memudahkan munculnya virus-virus baru. Ini antara sebabnya juga.
Power Distance Index ialah indeks menyukat penerimaan kuasa terbangun antara orang paling berkuasa dengan orang kurang berkuasa. Malaysia berada di tempat pertama — orang Malaysia tak mampu mempersoal & melawan kuasa di atas. Mereka terima saja apa autoriti buat. Terpaling sabar.
Amnya, indeks ini menunjukkan budaya orang Malaysia jenis malas dan terima sahaja apa autoriti buat dan beritahu. Malas nak melawan dan mempersoal. Kita amat memandang tinggi akan nilai pangkat dan kuasa.
7-8 pangkat di depan nak kena sebut pada nama. Kalau tak, dikira biadab.
Orang tanya mana Korea Utara. Saya semak, Korea Utara tiada dalam senarai. Susah sikit nak tengok apa-apa data tentang Korea Utara. Tengoklah mana-mana indeks pun, Korea Utara paling susah nak ada data mengenai mereka.