Beberapa hari lepas, pemindahan organ haiwan dari organ khinzir kepada manusia berjaya dilakukan di Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama manusia berjaya menggunakan buah pinggang khinzir bagi menggantikan organnnya yang tidak berfungsi lagi.

Kenapa khinzir?

#UntaianZM
Projek menggunakan organ haiwan dikenali pemindahan-xeno (xenotransplant) telah bermula sejak 70-an lagi. Pada ketika itu, saintis pernah menggunakan organ primat (chimpanzi, bonobo, dll) untuk menggantikan organ pesakit yang telah rosak.
Primat adalah calon terbaik pada waktu itu kerana anatomi & fungsi organnya menyamai manusia. Projek ini menemui kegagalan & dihentikan kerana terdapat banyak komplikasi & penolakan oleh tubuh pesakit. Organ primat memberikan risiko bawaan virus yang berbahaya kepada manusia.
Pada 90-an, projek ini kembali. Kali ini saintis memilih khinzir sebagai calon pemindahan organ. Kenapa khinzir? Sebab terdapat beberapa organ dalaman khinzir menyamai manusia seperti buah pinggang, jantung dan pankreas. Sistem biologi mata & kulit khinzir juga menyamai manusia.
Faktor terpenting pemilihan khinzir adalah ia bukan spesis terancam, mudah diternak & membiak dalam jumlah yang banyak. Setakat 2021, sekitar 700 juta populasi khinzir di seluruh dunia. Asal penternakan khinzir bertujuan sebagai sumber makanan, jadi tak hairan jumlahnya banyak.
Chimpanzi hanya sekitar 300,000 maksimum. Tambah lagi, kadar pembiakan khinzir lebih tinggi berbanding primat. Disebabkan khinzir hidup dalam persekitaran terkawal (control), jangkitan virus dapat dikawal. Perkara ini tidak dapat dilakukan ke atas primat yang hidup liar di hutan.
Penolakan organ asing oleh tubuh manusia tetap akan berlaku. Jadi, calon khinzir untuk pemindahan organ akan disunting jujukan genom-nya sebelum lahir. Penyuntingan ini dibuat untuk membuang/mematikan gen yg menjadi faktor penolakan tubuh manusia terhadap organ khinzir tersebut.
Tuntas, tubuh manusia tidak lagi menolak organ asing dari khinzir apabila pemindahan dilakukan. Inilah apa yang dilakukan pada beberapa hari lepas. Peristiwa ini sebenarnya membukan lembaran baru dalam projek pemindahan organ.
Ramai pesakit yang mempunyai masalah organ tidak mempunyai penderma untuk menggantikan organ mereka. Di A.S, seramai 107K orang sedang menunggu untuk pemindahan organ. Di U.K seramai 6.1K orang sedang menunggu. Di Malaysia pula seramai 5.3K pesakit yang memerlukan transplan.
Penderma organ terbaik tentulah daripada manusia, tetapi kita pun mengalami masalah untuk mencari penderma. Bukan semua orang mahu menderma organnya. Ramai yang telah daftar untuk derma organ setelah mati, tetapi tak semua organ orang mati sesuai untuk transplan organ.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zamir Mohyedin

Zamir Mohyedin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @zamirmohyedin

19 Oct
Sejak Mo Salah bermain dengan Liverpool, percanggahan antara norma masyarakat British dan Islam semakin berkurangan — menandakan persepsi terhadap Islam dalam kalangan warga Liverpool semakin baik.

Apa sebabnya?

Baca bebenanag ini.

#UntaianZM
1. Pertama sekali sebab media selalu gambarkan Salah dengan nada yang positif. Pendedahan positif Mo Salah yang berterusan oleh media menjadikan peminat Liverpool FC memandang Islam hal yang positif. Media memainkan peranan sangat penting.
2. Disebabkan identiti Islam yang kuat pada Mo Salah (Salah menunjukkan dirinya seorang muslim kerana kelihatan sering bersujud dan berdoa) menjadikan tahap Islamofobia semakin menurun. Amnya, kalau Salah tidak tunjuk bawah dirinya Muslim, persepsi terhadap Islam tidak berubah.
Read 12 tweets
6 Oct
Bila tiada pandemik, setiap saintis seluruh dunia akan buat penyelidikan berbeza, ada dana memasing. Bila ada pandemik, ramai saintis fokus untuk hasilkan vaksin, jadi kolam pengetahuan meningkat, dana pun fokus ke situ (dana jadi besar), kadar kecepatan kajian pun meningkat.
Sumber dana bukannya daripada seekor dua jutawan. Setiap institusi penyelidikan mempunyai penyumbangnya. Ada dari kerajaan, ada dari industri dan sebagainya yang masing-masing tidak berkongsi agenda yang sama. Bukannya Bill Gates seorang bagi dana seluruh kajian vaksin.
Ketika tiada pandemik, setiap pendana mempunyai visi dan aspirasi masing-masing nak buat penyelidikan apa. Apabila musim pandemik, ramai pendana fokus untuk kajian vaksin. Dari sinilah dananya jadi besar, pengetahuan bertambah pesat, penyelidikan jadi cepat.
Read 4 tweets
5 Oct
Tema utama Hadiah Nobel Fizik 2021 adalah memahami kejadian alam yang rumit & rawak. Rukun utamanya adalah kejadian rawak ini dapat diramalkan & terdapat hukum tersembunyi disebaliknya.

Albert Einstein pernah lakukannya ketika meramalkan pergerakan zarah yang rawak.

#UntaianZM
1905 merupakan tahun keagungan buat Einstein — dapat menerbitkan empat penemuan besar dalam fizik moden. Teori kerelatifan khas, pembuktian teori kuantum, pembuktian kewujudan molekul dan kesaksamaan tenaga-jisim. Pada ketika itu, umurnya baru sahaja 26 tahun.
Einstein membuktikan kewujudan molekul dengan mencipta model untuk memahami dan meramal pergerakan rawak zarah Brown. Kalau tengok gambar rajah di bawah, pergerakan zarah tidak menentu dan tiada corak yang seragam. Rawak.
Read 9 tweets
11 Jun
Eksperimen khayalan (thought experiment) kucing Schrodinger yang dibuat oleh Erwin Schrodinger adalah untuk memberitahu realiti dunia kuantum yang pelik dan mengarut — melanggar intuisi manusia.

Ikuti bebenang ini untuk tahu lanjut.

🧵#UntaianZM
Dalam eksperimen ini, bayangkan kucing diletak di dalam sebuah kotak yang berisi botol beracun. Kalau botol ini pecah, kucing dalam kotak akan mati. Kalau tidak, kucing masih hidup.

Jadi, sebelum kita buka kotak ini, kita tidak akan tahu sama ada kucing ini hidup ataupun mati.
Manusia akan berintuisi kucing cuma boleh berada dalam satu keadaan (state) sahaja — sama ada hidup ataupun mati.

Tetapi mengikut mekanik kuantum, sebelum kotak itu dibuka, kucing itu berada dalam dua keadaan serantak iaitu hidup & mati serantak. Ia dipanggil "superposition".
Read 11 tweets
9 Jun
Lelaki & perempuan jadikan rupa kayu ukur utama dalam memilih pasangan. Kalau tengok graf, warna kuning positif, ungu negatif. Taburan di graf tunjuk kalau lelaki tak kacak tapi pandai, masih tinggi peluang dapat pasangan berbanding perempuan tak cantik tapi pandai.

🧵#UntaianZM
Walaupun rupa menjadi kayu ukur utama bagi perempuan, mereka juga sangat menghargai kepentingan kecerdikan pada lelaki. Lelaki kalau pandai, kemaskan diri sikit, terus jadi bernilai di mata wanita. Kalau tak kacak, tapi pandai, masih ada peluang dipilih dalam kalangan perempuan.
Bagi lelaki pula, kalau perempuan tak cantik tapi pandai, perempuan itu tiada peluang. Hasil negatif. Lelaki anggap perempuan yang tak cantik sebagai kurang pandai. Perempuan cantik pula dilihat sebagai pandai. Umumnya, lelaki menilai kepandaian wanita berdasarkan rupa.
Read 18 tweets
5 Jun
Nak kongsi tentang teori kerelatifan (theory of relativity). Teori popular dalam fizik. Teori kerelatifan ada dua: Teori kerelatifan khas & teori kerelatifan am.

Ini gambar Einstein tengah ajar teori kerelatifan. Orang depan yang pegang kepala itu dah pening.

Ini 🧵#UntaianZM Image
Teori kerelatifan khas ada 2 rukun:

1. Kelajuan cahaya bergerak dalam vakum selaju 300,000 km/s dan kelajuan ini tidak akan berubah dalam semua rangka rujuk inersia.

Okey, apa maksudnya ini? Pertama sekali kena tahu dulu apa maksud rangka rujuk inersia.
Rangka rujuk inersia adalah rangka rujuk yang mempunyai halaju malar (constant velocity).

Misalnyanya, kita duduk dalam kereta api yang bergerak malar selaju 100 km/j. Selagi kelajuan itu tak berubah, selagi itu kita berada dalam rangka rujuk inersia.
Read 19 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(