My Authors
Read all threads
Pintu Doraemon ini sebenarnya saintifik berasaskan teori kenisbian umum (general theory of relativity) yang dilengkapkan oleh Albert Einstein. Ada konsep lubang cecacing (wormhole)

Cuma, kita masih belum dapat buktikan secara pencerapan/eksperimen.

#UntaianZM Image
Pertamanya, teori kenisbian Einstein telah dibuktikan benar berasaskan pelbagai eksperimen. Paling gempak ialah pengesanan gelombang kegravitian yang menang Hadiah Nobel tahun 2017.

Menurut teori ini, kewujudan lohong cecacing adalah "possible", cuma belum dapat buktikan lagi.
Bagaimana konsepnya? Sebelum itu, mari fahami dulu konsep ruang masa (space-time).

Ruang ialah tempat wujudnya kita dan segala objek dan hidupan di dunia ini. Ia mempunyai arah (belakang, depan, kiri, kanan, atas, bawah).
Masa pula hanya mempunyai satu arah iaitu ke depan dan semua ciptaan terikat dengannya.

Menurut Einstein, masa dan ruang merupakan satu entiti. Apa yang memberikan kesan pada ruang, akan memberikan kesan juga pada masa.
Contohnya, objek berjisim berat akan memberikan pergerakan masa yang perlahan. Objek berjisim berat seperti matahari akan mempunyai graviti tinggi, masa pun akan bergerak lebih perlahan padanya.

Objek yang ringan, akan mempunyai pergerakan masa yang lebih cepat. Masa itu relatif
Okey, kenapa boleh jadi macam itu? Sebab apabila ada jisim berat, ruang-masa akan melengkok macam gambar.

Analoginya macam kita letak bola atas kain, kain itu akan melengkok lebih dalam kalau bola itu lebih berat. Sebab itu ruang-masa kadangkala dipanggil fabrik ruang-masa. Image
Jadi, macam mana kalau "kain" ruang-masa itu dilipat? Ya, kita akan singkatkan jarak dari satu tempat ke satu tempat. Dari satu bucu kain misalnya ke satu bucu kain yang lain.

Dengan konsep ini, pintu Doraemon dapat direalisasikan. Image
Menurut ahli fizik, lohong hitam (black hole) merupakan pintu untuk ke lohong cecacing (worm hole) ini. Lohong ini akan membawa kita dari satu tempat ke satu tempat lain yang sangat jauh. Tetapi jadi dekat sebab lohong ini yang memendekkan perjalanan.
Disebabkan ruang merupakan satu entiti dengan masa, maka lohong ini boleh jadi lohong pengembaraan masa yang mana kita boleh ke belakang dan ke depan. Secara peribadi, saya tak optimis dengan pengembaraan ke masa lampau kerana hukum termodinamik kedua halang perkara itu berlaku.
Kuasa Dr. Strange pun mempunyai konsep yang sama seperti pintu Doraemon. Image
Filem Guardian of Galaxy gambarkan dengan baik berkenaan konsep lohong cecacing. Nak pergi ke planet jauh, gunakan lohong cecacing adalah kaedah yang paling praktikal berbanding bergerak semata-mata kelajuan cahaya kerana kelajuan cahaya tak signifikan dengan alam terlalu besar. Image
Filem Interstellar pun ada gambarkan konsep ini. Tetapi banyak lagi teori saintifik lain yang menarik dalam Interstellar. Yang ini nanti saya ulas kemudian. Image
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!