My Authors
Read all threads
Ini untaian teori-teori saintifik yang terkandung dalam filem Interstellar (2014). Filem ini mendapat seliaan seorang ahli fizik yang pernah menang Hadiah Nobel pada tahun 2017 iaitu Kip Thorne.

#UntaianZM ImageImage
1. Konsep Lohong cecacing (wormhole)

Lohong ini kita dapat tengok masa awal-awal filem mereka gunakan untuk merentas ke galaksi untuk cari planet baru.

Lohong ini macam terowong yang menjadi jalan pintas merentasi galaksi. Image
Contohnya, perjalanan dari Bumi ke Pluto mengambil masa lebih kurang 9-10 tahun. Tapi dengan lohong cecacing ini, mungkin mengambil masa 1 tahun ataupun 4 hari ataupun lebih pendek lagi.

Penjelasan lanjut boleh ikuti untaian di bawah;

Lohong cecacing mudah berada dalam tak stabil. Kalau ada percubaan untuk membuka lohong ini, ia akan cepat tertutup. Kalau tertutup, tiada pintu portal & ruang-masa dah tak berlipat lagi.

Maka, untuk elakkan hal ini, jirim eksotik diperlukan untuk memastikan ia terus terbuka.
Jirim eksotik masih belum ditemui dan masih di peringkat hipotetikal. Antara idea yang diusulkan tentang jirim ini ialah ia berjisim negatif dan mempunya tenaga yang negatif.
2. Konsep Lohong Hitam (Black Hole).

Lohong Hitam menjadi fokus signifikan dalam filem ini.
Antaranya adalah pengaruh graviti Lohong Hitam ke atas planet dan apa yang ada dalam Lohong Hitam. Image
Lohong Hitam terbentuk hasil daripada kematian bintang berjisim berat yang dah kehabisan tenaga nuklear untuk hidup. Setiap bintang ini ada jisim, jadi mereka ada graviti. Maka, apabila tiada lagi tenaga nuklear, yang tinggal cuma graviti yang 'menenggelamkan' bintang tersebut. Image
Lohong Hitam mempunyai daya graviti yang sangat kuat sampaikan cahaya yang lalu, tak boleh keluar.

Roket memerlukan halaju pelepasan (escape velocity) untuk melepaskan diri daripada graviti Bumi untuk pergi ke angkasa. Image
Halaju pelepasan bagi Bumi adalah 40,320 km/h. Jadi, kita memerlukan kelajuan itu untuk keluar daripada Bumi.

Nak beritahu di sini, cahaya sebagai objek yang paling laju pun tak dapat nak lepas daripada Lohong Hitam. Betapa kuatnya graviti Lohong Hitam.
3. Kesan Graviti Pada Masa

Kalau kita tengok klimaks filem ini, Joseph Cooper jumpa anak dia semula, tetapi anak dia sedah tua. Anaknya lebih tua daripada dia.

Perkara ini berlaku kerana Cooper duduk di tempat yang bergraviti tinggi terlalu lama. Image
Menurut teori relativiti, masa bergerak perlahan di tempat yang bergraviti tinggi. Jadi, kalau kita pernah berimpian untuk melihat masa depan Bumi, pergilah ke tempat yang bergraviti tinggi.

Masa akan bergerak sangat perlahan di sisi kita dan masa di Bumi bergerak lebih laju.
Ingat tak Cooper dan pasukannya pernah sampai di planet ini? Di planet ini gravitinya sangat tinggi. 1 jam berlalu di planet ini, 7 tahun berlalu di Bumi. Kalau tinggal di planet ini, kita akan jadi lambat tua. Sebab itulah Cooper lambat tua, anaknya dah tua. Image
Sebab itulah salah satu cara paling berkesan untuk ke masa depan Bumi ialah dengan pergi ke tempat bergraviti tinggi. Tetapi amaran, anda tidak dapat pulang semula ke masa lalu.
4. Kesan graviti pada paras air laut

Dalam filem ini, Cooper dan pasukkannya mendarat di sebuah planet yang mengampiri lohong hitam. Dalam babak ini, kita dapat lihat air naik dengan sangat tinggi di planet tersebut. Mengapa boleh terjadi? Kerana graviti. Image
Ombak tinggi itu sebenarnya terkesan daripada graviti Lohong Hitam. Macam air pasang di Bumi, ia terkesan daripada graviti Bulan

Konsep ini paling mudah kalau kita lihat konsep graviti sejagat yang diformulakan oleh Isaac Newton.
Menurut Newton, daya graviti jadi kuat apabila 2 jisim berat berinteraksi dalam jarak dekat. Kalau fikirkan semula, mengapa graviti Bulan berikan kesan pada laut tapi tidak pada objek lain? Sebab jisim laut besar, sebab itu terkesan & itu punca ombak tinggi dalam filem tersebut. Image
5. Ada apa dalam Lohong Hitam?

Dalam filem ini, ada babak Cooper masuk ke dalam Lohong Hitam. Ada apa sebenarnya dalam itu?

Bentuk Lohong Hitam macam puting beliung. Sampai ke hujung lohong, kita akan sampai ke satu tempat yang dipanggil sebagai ketunggalan (singularity). Image
Ketunggalan mempunyai ketumpatan jisim yang tak terbatas (infinite), sampaikan lengkongan (curvature) ruang-masa pun jadi tak terbatas. Daya gravitinya pun jadi tak terbatas. Ini sebab mengapa cahaya begitu sukar untuk keluar daripada lohong ini.
Bila masuk ke dalam sebenarnya kita boleh jadi macam meggi. Dengan kata lain, kita mati. Malah, apabila kita jejak ke ufuk peristiwa (event horizon) pun, kita dah tak boleh keluar daripada Lohong Hitam. Ufuk Peristiwa ialah tebing-tebing Lohong Hitam. Image
Dalam filem, kalau masuk Lohong Hitam, kita telah naik ke realiti dimensi yang lebih tinggi iaitu dimensi ke-5.

Macam mana dunia 5-dimensi? Nak faham konsep dimensi ini mudah. Komik 2-dimensi, kita 3-dimensi. Kita boleh nampak dunia komik, tapi watak komik tak boleh nampak kita. Image
Kalau kita baca komik, kita boleh selak muka surat. Selak muka surat depan, kita dapat melihat masa lalu watak. Kalau selak muka surat belakang, kita dapat melihat masa depan watak.

Itu sebenarnya yang berlaku kepada Cooper. Dia dapat selak masa lalunya. Masa jadi tidak linear. Image
Masa adalah dimensi ke-4. Disebabkan masa mempunyai dimensi lebih tinggi dari kita (3-dimensi), kita akan sentiasa dipengaruhi oleh masa. Masa bergerak ke depan, jadi sukar untuk kita manipulasi masa untuk gerak ke belakang melainkan kita berada di dimensi ke-5 seperti Cooper.
Dimensi ke-5 lebih tinggi daripada dimensi masa dan sebab itulah Cooper boleh ganggu masa lalunya. Malah boleh melihat masa lalu dan masa depannya macam album. Konsep masa sudah tidak bermakna untuk Cooper dan Cooper tidak dipengaruhi oleh masa. Image
Kalau orang tanya saya, boleh kita lakukan pengembaraan masa? Saya kata boleh. Paling mudah untuk ke masa depan iaitu dengan pergi di tempat bergraviti tinggi. Tetapi paling susah untuk ke masa lampau. Kita kena pergi ke dimensi lebih tinggi daripada masa.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Zamir Mohyedin

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!