Lama-lama dia rasa janggal kerana keadaan terlalu sunyi, dia memandang ke arah belakang ingin melihat Izzah.
"Aku rasa aku suka pada Ajib." Luah Izzah secara tiba-tiba.
Riak wajah Alin seperti tertarik, dia hanya diam menanti luahan seterusnya.
"Tapi aku dengan dia kawan je." Sambung Izzah lagi.
Izzah memandang ke arah Alin, Izzah terkejut yang mata Alin sudah berkaca penuh dengan air mata.
Mata Alin memendam sebuah cerita yang hanya ada di dalam memorinya sahaja pada ketika itu.
Memori yang mula merempuh mindanya membawanya mengembara ke masa lalu.
Dia sedang membaca sebuah novel. Leka dirinya di dalam penceritaan dalam novel itu.
Sehingga tidak perasan kawan baiknya, sudah mula hampir dengan dirinya.
Aidil tersentak, dia memandang ke arah milik tangan orang yang menepuk mejanya.
Matanya saling berpandangan dengan orang itu. "Oi lambat!"
Aidil menarik tali earphonenya dan melihat jam di tangan. "Kau tak boleh awal lagi ke?"
lalu dia terdiam.
"Kau lambat 2 jam dah ni, ni dah kalah janji melayu. Ni Janji apa yang kau guna ni?" Marah Aidil.
"Adeih kau ni, nanti esok-esok buat lagi. Kau buat lah dulu assignment kau. Aku nak habiskan sikit novel ni." Kata Aidil mula sambung membaca.
Sekarang sudah semester empat. Hubungan mereka sangat rapat sehinggakan orang sekeliling ingat yang mereka bercinta.
Tapi mereka hanya sahabat baik.
Fakri rakan sebiliknya yang sedang baring di atas katil menegur. "Ha balik dating la tu?"
"Uish mana ada dating, aku dengan Alin la."
Riak wajah Aidil berubah. "Uish merepek lah, Alin tu kawan aku."
"Orang yang bercinta kat luar tu semua pun bermula dari kawan jugak."
Aidil mengerutkan dahinya. "Uish tapi kitaorang lain, kitaorang bestfriend forever."
Aidil mengambil tuala dan letak di bahunya. "Takde bro. serius."
"Ke kau tipu diri kau selama ni?"
Aidil hanya berjalan keluar dari bilik ingin mandi.
Tapi soalan terakhir dari Fakri tadi masih bermain di dalam fikirannya.
Air shower jatuh membasahi kepalanya.
"Aku tipu diri aku ke? Mustahil?" Suara hatinya.
Dia menutup air shower.
"Aku tak pasti."
Lalu dia menulis.
"Betul ke aku tipu diri aku selama ni?"
Aidil masih keliru, lalu dia menutup buku diarinya. Baring di atas katil lalu melelapkan matanya untuk tidur.
Dia dapat rasakan di arah sebelah kanannya ada seseorang dari jauh sedang berjalan ke arahnya.
Dia memandang ke arah kanan, Alin yang memakai baju kurung sedang berjalan ke arahnya.
Alin kelihatan sangat cantik pada masa itu, Apabila Alin lihat Aidil sedang melihatnya.
Alin memberikan senyuman yang manis membuatkan Aidil terpaku.
Tapi suara mindanya menepis. "Jangan lebih-lebih, kau dengan Alin kawan je."
Suara yang keluar dari minda Aidil membuatkan dia teringat kata-kata rakan sebiliknya iaitu Fakri. "Ke kau tipu diri kau selama ni?"
Ini bukan pertama kali dia ingin menolak perasaannya.
Tapi setiap kali dia rasa dia mempunyai perasaan pada Alin, dia akan menipu dirinya sendiri.
"Oi fikir apa tu?"
"Eh awal harini?"
"Awallah sebab kau ajak aku tengok movie, kalau kau ajak aku pergi library mungkin lambat sikit. Hahaha."
"Hahaha, dah la, kita nak pergi tengok movie apa ni?"
"Cerita hantu jom."
"Ish cerita hantu lagi, cerita lain la."
"Cerita apa?"
"Kau ajak aku tengok cerita cinta?" Soal Aidil sambil mengangkat kening kanannya.
"Okey lah cerita cinta ni, dari cerita hantu kau tu. Tak abih-abih cerita hantu."
"Encik berdua ni couple ke?" Tanya penjual tiket itu.
"Kalau couple, kami ada promosi untuk seat couple untuk movie ni siap ada free gift lagi."
Lalu Aidil pusing ke belakang memandang ke arah Alin. "Whats wrong?"
"Cakap je kita couple, boleh dapat tiket murah siap ada gift lagi."
"Aah kitaorang couple."
Selepas membuat pembayaran. "Encik pergi ke kaunter hujung sana tu ye untuk tuntut gift." Ujar penjual tiket itu memberi panduan.
Mereka berdua bergerak ke kaunter hujung.
"Owh nah." Orang itu mengambil sekumtum bunga mawar dan diberikan pada Aidil. Lalu dia ambil anak patung teddy bear kecil diberikan kepada Alin.
Aidil dan Alin saling berpandangan tersenyum seperti ingin ketawa. "Okey boleh la." Balas Aidil.
Mereka berdua berdiri di satu sudut.
"1, 2 ,3 ."
Aidil dan Alin tersenyum pada kamera sambil memegang gift masing-masing.
Lalu mereka saling berpandangan, entah kenapa Aidil rasa sesuatu bila matanya berpaut dengan mata Alin.
Perasaan yang lain dari yang lain.
Jantungnya mula berdegup kencang.
"ini ke perasaan yang aku sembunyikan selama ni." Suara hati Aidil
"1, 2, 3."
"Okey last, boleh tak you melutut ibarat ingin beri bunga tu pada your girlfriend." Arah orang itu pada Aidil.
Alin rasa sangat malu, jelas kelihatan wajahnya mula sedikit kemerahan.
Alin hanya tersenyum, perasaan Aidil ketika itu bercampur baur antara gembira dan keliru.
"1, 2, 3 ." Gambar di ambil.
Orang itu melihat gambar yang diambilnya di dalam gallery telefon bimbit.
Lalu dia melihat kehadapan, Aidil dan Alin masih saling berpandangan mengelamun dalam mata masing-masing.
Mereka berdua tersedar dari lamunan dan mereka berdua ketawa.
Aidil bangun dan berjalan menunggu waktu untuk masuk ke dalam panggung wayang.
"Sini apa sedap?" Soal Alin.
"Kau yang ajak makan sini, tanya aku pulak makan apa yang sedap."
"Hahaha mana menu ni?"
"Encik berdua ni couple ke?" Tanya pelayan restoran itu.
Mata Aidil dan Alin saling berpandangan. Alin menunjukkan isyarat mengangguk pada Aidil.
"Ada free gift lagi ke ni?" Suara hati Aidil.
"Owh harini kalau couple, kami akan berikan percuma satu slice kek untuk couple."
Alin yang suka dengan kek bersetuju. "Owh boleh la, kitaorang couple."
Lalu pelayan restoran itu mengambil order dan berlalu pergi.
"La kan harini valentine day."
"La yeke, sebablah." Kata Aidil.
Pelayan restoran itu muncul lagi menyerahkan kek itu pada mereka berdua.
"Boleh-boleh."
Lalu pelayan itu mengambil gambar mereka berdua bersama kek. "1, 2, 3."
Gambar di ambil, pelayan restoran itu melihat gambar yang di ambilnya di skrin telefon bimbit.
Aidil rasa gementar, dia mengambil sudu dan mengambil secebis kek untuk disuapkan kepada Alin.
Jantungnya berdegup laju, perasaannya sudah berkecamuk.
Aidil menghalakan sudu itu pada Alin.
"1, 2, 3." Gambar di ambil.
Tangan Aidil meletakkan sudu di pinggan kek.
"Haih yela." Aidil acah-acah merungut.
Aidil mengambil sudu itu dan menyuap kek pada Alin.
"Wah sedapnya kek ni." Kata Alin.
"Sedaplah, aku yang suap."
Aidil dan Alin tersenyum malu.
Pelayan restoran itu berjalan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Harini macam lain kan?" Luah Alin.
"Lain macammana?"
"Entahlah, cuma rasa lain. Okey lah aku balik asrama dulu." Alin berjalan meninggalkan Aidil untuk pulang ke asrama.
"Ye harini sangat lain sebab harini aku mula sedar yang aku sayang kau lebih dari seorang kawan." Luahan hati Aidil.
Muncul perasaan gembira yang teramat sangat dalam diri Aidil.
"Macamni ke orang bercinta rasa?"
Di dalam kepalanya banyak perkara yang difikirkannya.
Dia meluahkan semua itu di dalam diari.
Terlalu banyak alasan pada diri. Dia membuat keputusan untuk melupakan perasaannya.
Hatinya bersuara.
"Kau seindah sang bulan, yang aku boleh lihat tapi tidak boleh aku miliki.
Kerana sang bulan yang jauh hanya boleh merasuk di hati dan bertemu dalam mimpi."
"Aku suka kan Alin."
"Ha kan aku dah cakap, kau suka dia. Couple je la." Ulas Fakri.
"Haih tak semudah tu, aku risau persahabatan kitaorang."
Aidil bersetuju dengan kata-kata Fakri. "Baik, esok aku akan luahkan semuanya pada dia."
Aidil sudah sampai awal. Alin baru sahaja sampai melihat Aidil sedang duduk bermain telefon bimbit.
Aidil kelihatan gementar.
"Hoi, nah!"
Alin menyerahkan beg Aidil.
"Eh asal beg aku kat kau?"
"Hahaha yeke, sorry-sorry."
"Kenapa kita jumpa kat restoran ni?"
"Aku nak bagitahu sesuatu."
"Wah kau bagitahu la dulu."
"Ish tak nak lah, kau dulu."
"Aduh, kita main batu, gunting, kertas."
"Aduh kalah pulak."
"Ha cepat bagitahu."
"Nervous lah."
"Bagitahu je lah."
Luah Alin.
Aidil terkejut dan tergamam. Perasaan dalam hatinya bercampur baur.
Riak wajahnya jelas kelihatan seperti kecewa. "Dengan siapa?"
"Budak Universiti kita jugak, nanti aku kenalkan dekat kau."
Alin rasa pelik. "Eh tadi kau cakap kau nak bagitahu aku sesuatu?"
"Nanti aku bagitahu, aku ada hal ni." Aidil terus berjalan keluar meninggalkan restoran itu.
Hujan semakin lebat, Aidil berjalan di dalam hujan.
"Kenapa aku lambat bagitahu dia, kalau aku bagitahu dia awal, adakah dia akan terima aku?"
Tapi yang pasti sangat jelas kelihatan yang riak wajah Aidil sangat kosong kerana perasaan kecewa.
-Aidil
"Hurm kau move on je la, nak buat macammana? Bukan jodoh kau." Balas Fakri pantas.
"Aku cuba."
Setiap kali Alin ingin berjumpa, Aidil akan menolak.
Dia ingin melupakan perasaannya, dia tahu kalau dia berjumpa dengan Alin, dia tidak akan mampu membendung perasaannya kepada Alin.
"Aidil, Boyfriend aku ajak aku kahwin, harap sangat boleh jumpa kau kali ni. Kau sibuk lagi ke?"
Aidil terkejut dengan pesanan mesej itu, entah kenapa dia rasa seperti hatinya diremuk-remuk.
Perasaan yang dia pendam selama ini.
"Ini surat untuk Alin." Aidil memberikan surat itu pada rakan sebilik Alin iaitu Shiha.
"Alin ni ada surat dari Aidil."
Alin teruja mengambil surat itu dan membacanya.
Kau dah ada boyfriend jadi tak berapa manis kalau kita selalu keluar bersama lagi, mesti boyfriend kau tak suka nanti.
Harap kau faham, kita tetap kawan. Kita kawan sampai bila-bila. Tapi kita tak boleh macam dulu lagi.
Aku sayangkan kau." - Aidil.
Supaya mereka kekal kawan sampai bila-bila.
"Aidil, angkatlah!"
Lalu dia keluar dari bilik ingin mencari Aidil.
Alin terkejut. "Siapa?"
"Aku tak pasti!"
Alin menangis lagi, dia berjalan dengan laju ke tempat kejadian.
Kerana kalau itu Aidil, dia akan rasa kecewa untuk selama-lamanya.
Satu memori muncul di dalam minda Alin yang menjelaskan perkara sebenar.
Dia lihat Aidil tertinggal beg. "Eh beg Aidil."
Sudah hampir satu jam Aidil meninggalkan perpustakaan.
Lalu dia membawa beg Aidil pulang ke asrama.
Dia letak beg itu di atas katilnya. "Uish beratnya beg dia ni, apa dia bawak ni. bawak batu ke jin?"
Dia menjumpai diari Aidil. "Aidil ada diari, biar betul budak ni."
Dia duduk di atas katil dan membuka diari itu. "Biar aku baca diari kau, siapa suruh aku angkat beg kau berat-berat padan muka."
Luahan perasaan Aidil yang mengatakan dia mempunyai perasaan pada Alin.
Alin terkedu. Dalam diam, Alin juga memendam perasaan yang sama.
Dia memberitahu perkara itu pada rakan sebiliknya, Shiha.
"Kau dah tahu dia suka kau, kau bagitahu je lah yang kau sukakan dia. Settle." Nasihat Shiha.
"Aish kau ni merumitkan keadaanlah, bagitahu je senang."
"Tak, aku nak dia yang bagitahu aku."
"Kau pasti?"
"Entah, cuba lah dulu."
Cadangan Shiha sepertinya tidak mendatangkan hasil.
"Shiha macammana ni?"
"Aish, kau bagitahu je la yang kau suka dia."
"Kau ajak lah dia jumpa."
"Aku dah ajak banyak kali."
"Kau cakap yang boyfriend kau ajak kahwin, mesti dia gelabah nanti."
"Kau pasti?"
Akhirnya Alin mengikuti cadangan Shiha lagi.
Sehingga dia mendapat sepucuk surat dari Aidil.
Dia berharap yang lelaki itu bukan Aidil.
Tapi itu semua hanya harapan.
Dia menangis menyesal dan tidak dapat menerima kenyataan.
Kisah ini menjadi sejarah buruk dalam hidupnya.
Luahan rakan sebiliknya yang jatuh cinta pada kawan baik lelakinya sendiri membuatkan Alin menangis kerana teringat memorinya pada masa lalu.
"Kau okey ke?" Tanya Izzah.
Izzah tahu yang Alin menyimpan cerita yang sangat menyakitkan dalam dirinya.
Buku terakhir milik Aidil yang dia baca.
Selepas Aidil meninggal dunia. Fakri menyerahkan semua buku novel milik Aidil pada Alin.
Sejak itu, Alin cuba menghabiskan semua buku itu.
Malam terakhir dia akan masuk ke dalam dunia yang Aidil pernah lalui.
Dia memandang ke luar tingkap. Melihat salah satu bintang.
Tapi kalau kau tak boleh melihat aku. Aku minta maaf sebab kau tak pernah tahu yang aku juga sayangkan kau."
Tamat.
Nak order tekan je link ni
shopee.com.my/product/278352…
atau whatsapp ke +601114476212