My Authors
Read all threads
Tahanan Patrick Teoh dilanjutkan sebab dia lupa password & tak serahkan pada polis & SKMM. Bawah #AktaSakitHati pegawai SKMM memang ada kuasa untuk minta password & rampas akaun FB atau Twitter kamu yg disiasat. Aku kongsi petua kalau kamu tak nak bagi...

projekmm.com/news/berita/20…
Pegawai SKMM ada kuasa utk rampas akaun FB & Twitter kamu jika kamu disiasat bawah Akta Komunikasi & Multimedia a.k.a. #AktaSakitHati.

Di bawah adalah keterangan mahkamah dari seorang Juruanalisa Forensik SKMM semasa perbicaraan kes aku untuk kes muka badut Najib. #clowntrial
PEGUAM SKMM: Bagaimana kerja siasatan digital forensic dan “data preservation” selalunya dilakukan oleh SKMM?

SAKSI SKMM: Biasanya ikut S.O.P. kita lakukan rampasan terhadap akaun Facebook tersebut. Kita buat rampasan dengan menukar password akaun tersebut dan... 👇
...kita tak beritahu password baru kepada pemilik akaun. Kemudian kita lakukan proses ekstrak dan “data preservation” dengan mengdownload archives dalam "Settings". Kita download semua maklumat dalam akaun Facebook tersebut, dari posting pertama... 👇
...hingga yang baru, semua gambar, semua maklumat private yang tak public, dan semua aktiviti yang dilakukan dalam akaun tersebut.

PEGUAM SKMM: Dalam kes ini ada tak rampasan dibuat terhadap akaun Facebook Fahmi Reza?

SAKSI SKMM: Tak ada rampasan. 👇
PEGUAM SKMM: Kenapa tak rampas dan buat ekstrak?

SAKSI SKMM: Sebab Encik Fahmi tak bagi. Encik Fahmi hanya bagi kebenaran kepada kami untuk preserve posting yang terbabit dengan kes dia sahaja. Dia tak bagi kami lihat apa-apa selain yang berkaitan dengan kes.
Sewaktu aku ditahan dan disiasat bawah #AktaSakitHati, aku beritahu pegawai polis & SKMM aku enggan bagi password aku kepada mereka kerana akaun aku adalah milik peribadi aku & mereka tak patut ada hak tuntut password aku dan ada akses penuh kepada akaun Facebook aku. 👇
Aku beritahu polis & SKMM kalau aku bagi password aku pada mereka, ianya satu tindakan tak bertanggungjawab kepada semua kawan-kawan Facebook aku yang meletakkan kepercayaan kepada aku untuk melindungi privasi mereka. 👇
Tapi aku kata aku boleh benarkan pegawai forensik SKMM masuk akaun aku untuk ambil apa-apa bahan bukti yg mereka nak berkaitan dengan kes badut ni sebab memang takde benda yg aku nak sorok, dengan syarat aku boleh awasi setiap klik yg dia buat untuk pastikan di hanya akses... 👇
...posting & bahan-bahan yg berkaitan dengan kes muka badut Najib dan tak akses aku punya private message, dan tak download semua maklumat peribadi dalam FB aku.

Mereka setuju dengan tawaran aku. 👇
Jadi aku pergi pejabat SKMM di Cyberjaya utk monitor Juruanalisa Forensik SKMM yg ditugaskan utk ekstrak bahan bukti dari akaun FB aku. Aku duduk sebelah dia masa dia log-in menerusi laptop dia dan perhati setiap benda yg dia klik. Dia cuba klik benda private, tapi aku sound dia.
Aku duduk sana sampai dia habis buat kerja.

PRO TIP: Sebelum kamu bagi pegawai SKMM password untuk dia log-in akaun kamu, pastikan kamu dah tukar ke password lain yg bukan password peribadi kamu. Lepas dia dah habis buat kerja, kamu terus tukar password baru dan lock them out.
Di bawah ni aku kongsi keterangan mahkamah Juruanalisa Forensik SKMM yg sama masa perbicaraan kes muka badut Najib. Just for laughs. 🤣

PEGUAM SKMM: Siapakah pemilik kepada akaun Facebook tersebut?

SAKSI SKMM: Pemilik akaun Facebook tersebut ialah saudara Fahmi Reza. 👇
PEGUAM SKMM: Masih ingat username dan password yang kamu gunakan untuk mengakses akaun tersebut?

SAKSI SKMM: Ya. Username untuk mengakses akaun tersebut ialah kuasasiswa. K, u, a, s, a, s, i, s, w, a. Kuasasiswa. 👇
PEGUAM SKMM: Satu perkataan?

SAKSI SKMM: Ya, satu perkataan.

PEGUAM SKMM: Bagaimana pula dengan password dia?

SAKSI SKMM: Password bagi akaun tersebut adalah k, i, t, a... 👇
(Hakim tengah tulis nota sambil repeat apa yg saksi cakap. #truestory)

HAKIM: K, i, t, a…

SAKSI SKMM: S, e, m, u, a…

HAKIM: S, e, m, u, a… 👇
SAKSI SKMM: P, e, n, g, h, a, s, u, t. Satu perkataan, kitasemuapenghasut.

HAKIM: Kita semua apa?

SAKSI SKMM: Penghasut. Kita semua penghasut.

#TrueStory Aku tahan gelak masa duduk dalam mahkamah hari tu. 🤣
Kesimpulannya, kalau kamu disiasat bawah #AktaSakitHati:

1. Terus tukar password akaun sosial kamu.
2. Negotiate untuk SKMM benarkan kamu monitor mereka buat siasatan.
3. Serahkan password kamu.
4. Monitor juruanalisa forensik SKMM buat kerja.
5. Tukar password baru lepas habis.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Fahmi Reza

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!