Sementara tu korang boleh join channel telegram aku kat situ pun ada cerita yang aku tulis. Nak join telegram tekan je link kat bawah ni👇
t.me/abstrakim
Dia hanya menaiki motosikal, setiap hari dia akan melalui jalan yang sunyi dan gelap gelita kerana tiada tiang lampu
serta permandangan sekeliling ialah pokok-pokok yang amat menyeramkan.
Tidak sama sepeti malam-malam sebelumnya.
Hatinya rasa berdebar tanpa perlu dipinta.
Perasaan berdebarnya sedikit berkurang.
Kelihatan ada trafic light menghidangkan warna merah.
Hani memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.
Dia lihat ada seorang perempuan dengan rambut yang panjang memakai baju putih sedang berjalan .
"Rasa seram pulak aku tengok perempuan ni?" Kata Hani di dalam hati.
Apabila perempuan itu berjalan di sebelahnya, Hani dapat rasa yang badannya tiba-tiba meremang.
Dia lihat perempuan itu berjalan terus ke hadapan.
Dia lihat mata pemandu itu hanya memandang kehadapan seperti tidak menghiraukan perempuan aneh yang berjalan seorang diri di tepi jalan.
Perempuan itu sudah hilang dari pandangan. "Eh mana perempuan tadi?"
Mula muncul perasaan aneh dalam diri. Dia tidak dapat menggambarkan perasaan itu.
"Aku penat sangat kot sebabtu terbayang benda bukan-bukan."
Tiba-tiba dia terhidu bau yang sangat wangi. Bukan bau wangi perfume tapi wangi bunga. "Dari mana bau wangi ni datang?"
Matanya mula tercari-cari dari mana bau wangi itu datang.
Tapi permandangan di sebelah kanan membuatkan jantung Hani seperti ingin meletup kerana ketakutan.
Permandangan itu ialah kawasan perkuburan melayu.
Rasa meremang sudah sangat memuncak dan tidak dapat dikawal lagi.
Perasaan takut melintasi mindanya tanpa segan dan silu.
Di kawasan perkuburan itu, kelihatan perempuan tadi dan menunjukkan wajahnya yang menggerunkan.
Mukanya seperti disimbah asid sedang tersenyum pada Hani.
Jantungnya berdegup laju sama laju dengan kelajuan motosikalnya.
Akhirnya kenderaannya sampai di kawasan yang tiada tiang lampu.
Keadaan sekeliling sangat gelap hanya ditemani lampu dari motosikalnya.
Timbul bayangan ngeri dalam mindanya iaitu perempuan tadi sedang terbang di udara mengejarnya.
Nafasnya turun naik laju kerana ketakutan yang amat dalam.
Dahinya berkerut kerana rasa hairan, motornya menjadi berat.
Dia dapat rasa seperti ada sesuatu duduk membonceng di belakangnya.
Dia tidak berani ingin memandang ke arah cermin sisi.
Dia tahu ada makhluk ghaib yang memboncengnya, dia rasa sangat takut masih meneruskan perjalanan.
Tapi dia terdengar ketawa kecil di belakangnya. "Hihi."
Hilang segala positif yang ada di mindanya. Sekarang yang tinggal perasaan pasrah.
Hani sudah tidak tahan dengan gangguan itu, tapi terpaksa redha.
Akhirnya dia sampai di bawah banggunan flat rumahnya.
Dia meletakkan motornya dan naik ke atas dengan pantas.
Dia masuk ke dalam rumah dengan keadaan tergesa-gesa.
Apabila sudah berada di dalam rumah, dia menarik nafas lega. "Huh sampai pun."
Dalam rumahnya yang masih gelap, kelihatan seperti ada seorang perempuan sedang duduk di atas kerusi.
"Eh awal Hana balik malam ni?"
Tapi Hani berasa hairan. "Apa Hana buat dalam gelap, tak buka lampu ke?"
Lalu Hani membuka lampu, dia terkejut perempuan itu hilang.
Tapi dia cuba menipu dirinya. "Perasaan aku je kot."
Dia meletakkan kunci motor dan ingin bersiap untuk tidur.
Lalu dia memejamkan mata dan selang beberapa minit, dia terdengar sesuatu di ruang tamu.
Dia bangun dari atas katil dan ingin melihat ke arah ruang tamu.
"Eh ada tetamu."
Mungkin kawan sekerjanya, Hana memang selalu membawa kawannya pulang.
Hani bergerak ke dapur untuk membuat air untuk Hana dan kawannya.
"Eh kenapa 2 gelas?"
"Untuk kawan kau la."
"Mana ada kawan aku."
Hani terkejut, habis siapa perempuan yang duduk di sebelah Hana tadi.
"Kak, Hana rasa semacam la malam ni." Luah Hani sambil menghirup air di dalam gelas.
"Entah macam ada sesuatu dalam rumah ni."
"Takde pape la tu, perasaan kau je."
"Mungkin." Kata Hana bangun untuk mandi.
Hani mengambil gelas untuk di bawa ke dapur.
Tapi langkahnya terhenti, apabila dia terlihat ada perempuan sedang duduk di atas sofa tidak menghadapnya. "Siapa perempuan tu?"
Mula timbul perasaan takut, dia berlari masuk ke dalam biliknya dengan pantas.
Hani kenal suara jeritan itu. "Kenapa adik aku menjerit?"
Hani tanpa berfikir panjang, dengan pantas berlari ke arah bilik adiknya.
Hani mendekati adiknya. "Hana, kenapa ni? Apa yang berlaku?"
Tapi Hana tidak menjawab, hanya menangis di dalam selimut.
Hani terdiam terpaku kerana terkejut.
Tiba-tiba keluar tangan yang sangat hodoh dari dalam selimut cuba menerkam Hani.
Tiba-tiba dia terdengar jeritan lagi di dalam bilik adiknya. Dia takut ingin melihat kerana risau kejadian yang sama seperti tadi berlaku lagi.
"Hana!!" Dia lihat adiknya terbaring di lantai.
Apabila dia memegang Hana, dia lihat mata Hana berwarna merah.
"Kau akan mati!!" Suara Hana bertukar garau.
Hana di rasuk. Hani yang ketakutan meninggalkan adiknya.
Haji Sahak sangat popular dalam bidang rasuk merasuk ni.
Selang beberapa minit, Haji Sahak sudah terpacak di hadapan rumah Hani.
Hani yang ketakutan bersuara. "Hana kena rasuk."
"Mana dia?"
"Dalam bilik."
Sangat jelas kedengaran suara mengilai di dalam bilik Hana.
Suara mengilai itu amat menyeramkan. Haji Sahak sudah berada di hadapan pintu.
Mulut Haji Sahak mula terkumat kamit membaca sesuatu.
Suara Hana yang mengilai bertukar menjadi suara jeritan. "Sakit!!!!!!"
Hani masih lagi ketakutan dan berharap semua ini akan berakhir.
Tiba-tiba pintu utama rumah dimasuki seseorang. "Apa Haji Sahak buat kat rumah kita?"
Hani lihat Hana yang berada di pintu utama rumah. "Eh kau dari mana?"
Hani dan Haji Sahak berasa hairan. Lalu Haji Sahak membuka pintu bilik Hana.
Kelihatan tiada sesiapa di dalam bilik itu.
"Habis siapa yang jerit-jerit tadi?"
Hani mula menceritakan apa yang terjadi dalam perjalanan dia pulang dari kerja.
Haji Sahak fokus mendengar cerita Hani.
"Aku dah halau jin tu, rumah kau pun aku dah pagar. Lain kali hati-hati. Ingat pesanan aku tadi."
Tangan Hani mula menggigil kerana Hana sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.
Hani yang ketakutan menjerit. "Haji Sahak!!!!"
Tamat.