t.me/abstrakim
Tekan link ni 👇
youtube.com/channel/UCIo5H…
Hanya cahaya dari lampu kereta menemani Dayat dan Hana dalam perjalanan ke sebuah rumah banglo milik keluarga Hana.
Pemandangan di sekeliling hanya lah pokok-pokok yang sangat tinggi dan menyeramkan.
Semasa dia berkahwin dengan Hana, ibu bapa Hana sudah meninggal dunia.
Tujuan mereka ke rumah banglo tersebut ialah untuk beraya dan melawat adik-beradik isterinya setelah 5 tahun tidak berjumpa.
Akhirnya keretanya berhenti di simpang tiga, dia keliru mahu bergerak ke kanan atau ke kiri.
Dia lihat isterinya sedang nyenyak tidur di sebelah. "Aduh tidur lak dia ni."
Lelaki itu memberhentikan motornya. "Tanya apa?"
"Belok kanan ni pergi mana?"
"Wow kalau belok kiri?"
"Belok kiri ni takda orang berani lalu, macam-macam cerita ada, kau nak pergi mana?"
Riak wajah lelaki itu berubah pucat. "Betul ke kau nak pergi ke banglo Merlina?"
"Aah lah. Tu rumah keluarga isteri aku."
"Tapi apa?"
Dayat mula rasa hairan. "Pape jangan roger??"
Keretanya meneruskan perjalanan membelok ke arah kiri.
Bulu roma Dayat mula naik, dia dapat rasakan seperti dia diperhatikan dari balik pokok-pokok yang tinggi di sekeliling jalan.
Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang menyebabkan keretanya diperlahankan, kelihatan dalam gelap ada seorang perempuan berbaju kebaya merah sedang berdiri di tepi jalan.
Apabila keretanya sudah hampir dengan perempuan itu, jelas kelihatan wajahnya. Baru Dayat sedar itu ialah kakak Hana iaitu Salmiah.
Dayat memberhentikan keretanya, Dia lihat isterinya masih lagi tidur.
Cermin tingkap keretanya diturunkan.
"Kak, saya dengan Hana ni, jom la tumpang sekali balik rumah." Ajak Dayat.
Semasa dalam perjalanan,
Dayat rasa pelik kerana Salmiah hanya terdiam kaku di belakang, dia cuba melihat Salmiah dari cermin pandang belakang, kelihatan mukanya pucat dan suram.
Akhirnya sampai, isterinya Hana tersedar dari tidur yang lena.
Hana keluar dengan pantas dari kereta dan masuk ke dalam rumah banglo yang tidak berkunci.
Dayat memegang tombol pintu ingin keluar dari kereta tapi perbuatannya terhenti. Dia teringat yang Salmiah masih berada di belakang kereta.
Perasaan Dayat mula bercampur baur, antara rasa hairan dan seram.
Dia pandang semula ke hadapan, dia lihat Salmiah sedang berjalan masuk ke dalam rumah.
Dayat malas berfikir panjang hanya keluar dari kereta dan mengangkat beg yang ada masuk ke dalam rumah banglo.
Jannah tidak menghiraukan kehadiran Dayat.
"Jannah, kat mana bilik abang?"
Suara Dayat menyedarkan Jannah. "Eh abang Dayat, naik je atas. Kak Hana dah kat atas."
"Okey."
"Jap!!"
"Abang Dayat ada tumpangkan sesiapa ke tadi?"
"la, tumpangkan kakak kau la, Salmiah."
Riak wajah jannah berubah terkejut. Dia mendekati Dayat.
"Kak Hana tahu tak yang abang tumpangkan kak Salmiah?"
"Tak tahu, dia tidur tadi."
"Kenapa ni jannah?"
"Hurmm." Jannah memandang ke bawah, dia seperti sedang berfikir.
"Bagitahu je abang Dayat okey je?"
Jannah yang jelas kelihatan dalam ketakutan bersuara dengan nada terketar-ketar.
"Kak Salmiah dah meninggal dunia!!"
"Eh apa ni, abih tadi abang tumpangkan siapa?"
"Hurmm sekarang ni, abang jangan bagitahu kak Hana yang kak Salmiah dah meninggal dunia, takut dia pun boleh nampak kak Salmiah, nanti dia takut."
Dia masuk ke bilik dan baring di atas katil.
Di dalam bilik itu ada bilik air, kedengaran bunyi air mengalir. Dia lihat tuala isterinya ada di atas katil. "Isteri aku ni mandi, tak ambil tuala ke?"
"Eh awal tidur?" Suara isterinya muncul. Dayat membuka mata terkejut yang isterinya sedang membuka beg bagasi.
Muka Hana berubah hairan. "Mandi! saya belum mandi lagi. Baru nak cari baju."
Dia turun dari atas katil dan membuka pintu bilik air. Jelas kelihatan tiada orang. Dayat menelan air liur.
"Kenapa ni?" Tegur Hana.
"Takde papela." Dayat senyum sedaya upaya menyembunyikan perasaan cemasnya lalu baring semula di atas katil.
Tapi bila dia sedar, bunyi jeritan itu sudah hilang. "Dari mana bunyi tu datang?"
Persekitarannya sudah gelap gelita tanpa sebarang cahaya, dia lihat isterinya tiada di sebelahnya. "Mana Hana pergi?"
"Hana, Hana." Dia memanggil-manggil isterinya tapi tiada sahutan.
Dayat rasa sunyi dan sepi seperti tiada orang di dalam rumah banglo itu. "Mana semua orang dalam rumah ni?"
Dayat tercari-cari dari mana suara itu datang. Dia lihat ke arah dapur. "Siapa tu?"
"Turfff!!" Bunyi sesuatu pecah di ruang tamu yang membuatkan Dayat tersentak.
Suara tangisan itu hilang. Dayat bergerak ke ruang tamu pula.
Dayat mendekati pasu bunga yang pecah itu, dia terkejut kerana isi pasu yang pecah itu ialah rambut berwarna putih yang tebal dan panjang.
"Pasu bunga ni simpan rambut, rambut siapa ni?"
Pancaran cahaya kilat sesaat menerangkan di ruangan dalam rumah itu.
Belum sempat Dayat mengetahui apa yang terjadi. Pintu rumah banglo itu diketuk.
Apabila pintu utama dibuka, di hadapan rumah jelas kelihatan seorang nenek tua yang membongkok memakai tongkat.
"Ada apa nenek datang sini?"
Dengan suara yang garau.
"Nek datang nak jumpa Salmiah."
"Nek, mana ada salmiah dalam rumah ni." Jelas Dayat.
Nenek itu tiba-tiba senyum tanpa dipelawa, Dayat mula rasa tidak senang.
Mata nenek itu terbeliak menambahkan lagi keseraman.
Rambut nenek tua tu sama seperti rambut putih yang ada di dalam pasu yang pecah tadi.
Dalam diri Dayat sekarang sedang ditumbuhi tunas-tunas cendawan rasa takut terhadap nenek tua itu, jantungnya berdegup dengan sangat laju.
"Nek, Salmiah takda dalam rumah, nek balik dulu la."
Dayat tersentak dan dirinya semakin terpaku. Kini dirinya seperti diikat ketat dengan rasa takut yang amat mendalam.
Badannya sedikit menggigil masih ingin mengawal rasa seram dalam diri.
Perasaan takut dan seram sudah menguasai diri. Dia memberanikan diri berpaling ke belakang perlahan-lahan.
Jantung berdegup laju seperti ingin meletup.
Dia pandang semula ke arah nenek tua itu, nenek tua itu sudah ada tepat dihadapan wajahnya dengan muka penuh dengan luka masih tersenyum.
Dia lihat isterinya tiada di sebelah. "Eh awal bini aku sahur." Dia turun ke tingkat bawah berjalan ke dapur.
Tapak kaki Dayat yang jelas kedengaran memberi isyarat pada Hana. "Eh dah bangun, jom sahur."
Dayat duduk di sebelah Hana. "Rumah ni semacam la."
"Hurm takde papela." Dayat kecewa hanya dia yang diganggu.
"Ala cerita la." Pujuk Hana.
"Kak Salmiahlah, dia paling hebat masak dalam rumah ni."
Pergerakan tangan Dayat yang sedang mengambil makanan terhenti apabila terdengar nama Salmiah.
"Bukan apa?"
"Kak Salmiah bukan ke dah meninggal dunia."
Apabila dia pandang ke belakang, dia terkejut kak Salmiah berdiri sihat.
"Kak Salmiah masih hidup?"
Salmiah membuat riak wajah kecewa. "Sejak bila aku mati?"
Wajah Salmiah terkejut mendengar kata-kata Dayat. "Apa kau merepek ni, Jannah dah 2 tahun meninggal dunia!"
Dayat Terkejut!
"Aku pergi tengok kebun semalam, dah malam penat sebab tu aku pucat. Kau memang nak aku mati ke!" Kak Salmiah kelihatan tidak puas hati.
Selepas habis sahaja makan, dia duduk di ruang tamu. "Habis semalam macammana boleh ada Jannah kat sini?"
Muncul Salmiah, dia duduk berdekatan dengan Dayat."Kak minta maaf kalau kau tak suka dengan akak."
"Tapi akak nak cakap sikit ni, betul ke kau nampak arwah Jannah?"
"Kau ada minum ketum ke?"
"Hahaha, mana ada."
"Maksudnya kau bukan berkhayal, aku risau rohnya tidak tenang." Balas Salmiah dengan serius.
Salmiah mempamerkan riak wajah sedih dan sayu. "Dia dibunuh."
"Dibunuh!!" Dayat terkejut.
"Aku tak nak susahkan korang berdua di bandar, dah cara hidup kami macamni dari dulu, tidak suka menyusahkan orang lain. Sebabtu rumah kami jauh dari orang lain."
"Eh tak payah, aku fikir apa yang jadi semalam tu mesti perasaan kau je. Bulan puasa mana ada hantu, syaitan kan diikat." Jelas Salmiah.
"Jangan dulu, kita tunggu lepas raya, sebab risau apa yang kau lalui ni hanya sementara ja." Cadangan Salmiah.
Petang itu, Dayat mengambil angin segar di luar rumah. "Aduh laparnya."
Dia berjalan melihat sekeliling rumah, rumah banglo itu dikelilingi dengan pokok yang tinggi dan besar. "Malam tadi macam tak nampak pulak pokok besar-besar ni?"
Dayat tertarik ingin mengetahui lebih lanjut tentang rumah itu, dirinya seperti diseru. Dia memulakan langkah berjalan ke arah rumah tersebut.
Saat Dayat sudah sampai di hadapan rumah itu, dia rasa meremang. Kelihatan rumah itu sudah tidak berpenghuni lagi.
Kedengaran suara ketawa kecil dari dalam rumah yang itu. "Ehek." Dayat terpaku seperti sistem badannya sudah dipadam.
Dayat bergerak masuk ke dalam rumah usang itu tanpa segan silu. Kelihatan rumah itu sangat gelap gelita, seperti sudah waktu malam.
Hanya suaranya dan bunyi papan yang dipijaknya sahaja dapat didengari, dia melangkah perlahan-lahan. "Nek!! Nek!!"
Dengan suara terketar-ketar. Dayat menegur. "Nenek ke tu?"
"Hehehe. Ye." Tawa yang agak menyeramkan.
"Aku datang ke dalam mimpi kau untuk bantu kau."
"Bantu saya, bantu saya dari apa?"
"Hehehe, bantu kau dari orang-orang dalam rumah kau tu, diorang semua berniat jahat. Aku boleh tolong kau."
Tiba-tiba nenek tua itu yang berselubung putih tidak menghadapnya bergoyang ke kiri dan kanan perlahan-lahan dan semakin lama semakin laju.
Dayat mula rasa seram. "Apa ni nek?"
"Kau!!! Kena lepaskan aku!! Kalau kau nak selamat!!"
"Dalam rumah banglo tu ada pasu yang sangat besar, aku terperangkap dalam tu. Kau kena bebaskan aku dan aku akan bantu kau!!"
"Saya takkan bersekongkol dengan syaitan."
Nenek tua itu berpaling menghidangkan riak wajah marah yang hodoh penuh dengan luka. "Apa?!!!"
Dayat yang ketakutan sempat berlari meninggalkan kawasan itu, dia yang sedang berlari masih diselubungi rasa seram.
"Aah memang kena kejar hantu, saya dah tak tahan. Jom kita balik ke bandar."
Dayat yang sedang bernafas dengan laju terpaksa akur dengan kehendak isterinya. "Hurm yela-yela."
"Kenapa semacam je kau tenung pasu tu?" Salmiah menegur.
Dayat memandang tepat ke arah Salmiah. "Apa ada dalam pasu ni?"
Dayat terkejut mendengar kata-kata Salmiah. "Jadi kak Salmiah tahu tentang nenek tua tu?"
"Pedinding?"
"Kalau ada apa-apa kau nak buat, kau tanya aku dulu." Nasihat Salmiah.
Ammar berjalan bergerak ke tingkat atas masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Dia terperasan seperti ada bayang-bayang kepala sedang menjenguknya dari luar tingkap dapur. "Siapa tu?"
"Perompak ke tu?" Dayat bersuara dalam hati.
Dayat berjalan ke pintu dapur, dia membuka dan keluar dari rumah.
Terpampang permandangan di belakang rumah banglo yang gelap gelita dengan pokok-pokok yang sangat besar.
Dia berjalan kehadapan mencari bayang-bayang tadi. Tapi tiada kelibat. "Habis bayang-bayang apa tadi tu?"
"Abang jangan bising nanti diorang dengar."
Dayat terkejut melihat Jannah berdiri dihadapannya.
"Jannah, bukan kau dah mati ke?" Tanya Dayat yang keliru.
"Apa yang berlaku ni?"
"Ni tangkal pemberian arwah ayah untuk lindungi kami, ayah banyak musuh, dia risau kami akan terkena sihir. Jadi dia beri kami tangkal ni."
"Macammana tangkal ni boleh selamatkan Jannah?" Soal Dayat lagi.
"Jannah tak tahu tapi Jannah nak minta tolong abang."
"Tolong apa?"
"Tolong selamatkan orang-orang yang terperangkap dalam bilik tu. Abang kena pegang tangkal ni baru boleh nampak bilik tu."
"Jannah takut, harap abang boleh tolong Jannah dan hati-hati dengan orang yang muka macam kak Salmiah."
Di dapur dia terkejut, Salmiah sedang duduk di meja makan. "Kau dari mana?"
Kelihatan mata Salmiah menjeling ke arah Dayat seperti rasa tidak puas hati.
Di dalam bilik, Dayat lihat Hana sudah tidur dengan nyenyak.
Dia baring di atas katil dan melelapkan matanya.
Jam 3 pagi dia terjaga dari tidur. Keadaan rumah sangat sunyi.
Tangannya memegang erat tangkal yang diberi oleh Jannah.
Apabila sampai di tingkat bawah, dia terdiam seperti dipaku.
Sah itu ialah nenek tua yang selalu mengganggunya. "Nek nak apa lagi? Saya takkan bantu nenek!"
Dayat terkejut yang nenek itu tahu apa yang ingin dicarinya. "Saya takkan lepaskan nenek keluar."
"Banyak perkara yang kau tak tahu, kalau kau lepaskan aku. Aku akan bagitahu semuanya."
Nenek tua itu perlahan-lahan berpaling memandang ke arah Dayat. Kelihatan nenek tua itu sedang tersenyum dengan senyuman yang menyeramkan. "Hehe kau akan menyesal."
Menurut Jannah, bilik itu terletak di bawah tanah. Dayat kehulu dan ke hilir mencari jalan untuk ke bawah tanah. Akhirnya dia jumpa sebuah pintu di bawah tangga.
Tapi bila dia pegang semula tangkal, bilik itu muncul semula. "Betullah apa yang diceritakan Jannah."
Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki ingin turun ke bawah tanah. Dayat dengan gelabah mencari tempat untuk menyorok, dia lihat ada almari, dia menyorok di balik almari.
Dayat tergamam seketika.
#PERHATIAN!!
#Error tadi diatas.
Kalau ada nampak nama Ammar tadi aku tersalah taip. 😂
Bukan Ammar tapi Dayat.
Terima kasih.
Okey sambung balik.
Tiba-tiba Hana keluar dari bilik misteri itu, riak wajahnya seperti tidak puas hati. Mungkin dia mula sedar yang Jannah sudah melepaskan diri.
Dayat keluar dari penyembunyiannya. "Aku kena dapatkan kunci bilik tu."
Dia perlahan-lahan naik ke atas dan berjalan ke bilik tidurnya.
Sampai di bilik, Hana sedang duduk di atas katil. "Awak pergi mana tadi?"
"Saya nak pergi bilik air jap." Jelas Hana berjalan masuk ke dalam bilik air.
Dayat mula mengatur gerak mencari kunci bilik misteri itu, Akhirnya setelah puas mencari, dia jumpa kunci itu di dalam almari.
Pintu bilik misteri itu sekarang berada di hadapannya. Dia mengeluarkan kunci, lalu pintu terbuka. Dayat rasa berdebar-debar ingin masuk ke dalam.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menyuluh kawasan sekeliling.
"Hai abang. Selamat datang." Kata Jannah yang berdiri di hadapan Dayat.
Dayat sudah tidak tentu arah. "Apa semua ni?"
Selepas beberapa jam Dayat pengsan, akhirnya dia sedar. Tangannya diikat dengan sangat ketat.
Terdapat banyak darah di permukaan lantai dan dinding.
Keadaan bilik itu amat menyeramkan, tiada pintu keluar masuk kerana tangkal itu sudah tiada dengannya.
Dia terkejut melihat ramai orang memakai baju melayu berkopiah. "Ada apa ye?"
Salmiah mula tidak tenang. "Owh sekejap ye." Dia masuk semula ke dalam rumah.
"Nak takut apa? Diorang bole buat apa? Dah berapa ramai ustaz yang datang ke rumah kita ni, diorang tak boleh buat apa-apa pun." Kata Hana dengan yakin.
"Eh tak boleh, hari ni je kami ramai. Alang-alang datang lah sekejap."
"Owh sekejap je ye, okey boleh." Kata Salmiah lalu mempelawa semua orang masjid masuk.
"Bila keluar cahaya merah dari jam ni, kita baca doa yang kita dah hafal!"
Selang beberapa saat, jam itu mula menyala warna merah.
Hana, Salmiah dan Jannah mula gelabah. "Kenapa ni?"
Tiba-tiba entah dari mana, Dayat muncul. "Tangkap diorang semua, bilik tu dah tak ghaib lagi." Arah Dayat kepada semua orang masjid.
Sebenarnya orang-orang masjid ialah polis yang menyamar.
"Aku inspektor Dayat, kamu bertiga ditahan kerana terlibat dalam kes pembunuhan dan penculikan."
Di dalam pejabat polis.
"Kami dah serbu rumah banglo tu inspektor, tapi kami tak jumpa apa-apa bukti." Kata Sarjan Alam.
"Diorang bertiga tu dukun, kalau kita guna cara sama je. Sampai bila-bila diorang akan terlepas." Balas Inspektor Dayat.
"Jom ikut aku." Ajak Inspektor Dayat.
Mereka masuk ke dalam kenderaan dan bergerak ke satu tempat.
Keluar dari kereta, sarjan Alam bertanya. "Rumah siapa ni tuan?"
Dayat memberi salam, lalu muncul seorang lelaki keluar menjawab salam dan bertanya. "Siapa korang berdua ni?"
"Oh polis, mari masuk." Pelawa lelaki itu.
Mereka berdua masuk dan duduk di ruang tamu.
"Nama aku Salim, Siapa yang bagitahu tempat aku ni?"
"Hahaha, aku memang suka tolong polis sebab ayah aku polis. By the way aku pengkaji sihir. Sebabtu aku mahir dalam benda ni."
Salim membaca fail kes tersebut.
"Mereka tiga beradik ni menggunakan ilmu sihir kuno yang sangat lama, ilmu kekal abadi, setiap 5 tahun diorang kena mengorbankan manusia dan manusia yang dikorbankan mestilah salah satu suami dari mereka bertiga.
"Macammana diorang boleh ada ilmu ni?" Celah sarjan Alam.
"Tak tahu, mungkin ilmu ini dibawa melalui keturunan atau salah sorang dari mereka ialah pemilik kitab sihir kuno."
"Ikut data ni, semua suami diorang yang hilang tu memang sudah hilang tanpa jejak. Kemungkinan diorang disembunyikan dalam bilik misteri. Bilik tu hanya boleh dilihat apabila memiliki tangkal.
"Macammana cara untuk hapuskan sihir yang ada dalam bilik tu?"
Selepas tamat penjelasan Salim, mereka berdua bergerak pulang ke pejabat polis.
"Jadi macammana sekarang ni tuan? Macam susah je nak selesaikan kes ni?"
"Tapi bahaya tuan dan tuan akan buang masa, 5 tahun tu kena tunggu."
"Takpe ni dah tugas aku sebagai anggota polis, habis berapa ramai lagi orang yang akan jadi mangsa kalau aku tak selesaikan kes ni."
Dayat akhirnya merancang supaya dipertemukan dengan Hana. Mereka berkahwin.
Semasa Dayat menjadi tahanan
di dalam bilik misteri, dia memakai jam khas yang boleh menghubungi unit khas polis bagi kes yang sedang dia lalui.
Apabila mereka sudah ada di dalam rumah, mereka akan memberi isyarat melalui jam kepada Dayat.
Dayat akan memberi tanda isyarat untuk mula membaca doa yang diberikan oleh Salim.
Pintu yang tersembunyi akan muncul tanpa perlu memegang tangkal.
Sihir pada bilik misteri itu sudah dihapuskan, segala bukti pembunuhan dan penculikan ada di dalam bilik itu.
Kes itu selesai, mereka bertiga dimasukkan ke dalam penjara.
Tiba-tiba anaknya datang menghampirinya. "Daddy, Yaya jumpa something."
"Something apa?" Dia mengekori anaknya
Dayat terkejut, itu ialah pasu yang pernah ada di banglo Merlina.
Dia mula gelabah. "Yaya pergi kat mommy sekarang." Suruh Dayat.
Lalu Salim dengan pantas menelefon Dayat. "Mana kau dapat gambar tu?"
"Bagus, aku suka jawapan kau. Aku saje uji kau."
"Pasu ni macammana? Kenapa boleh ada kat tepi pantai?"
"Baik, terima kasih." Dayat menamatkan panggilan.
Dia lihat ke arah angin itu datang, dia tersentak. Nenek tua yang pernah dia jumpa 10 tahun yang lalu berdiri beberapa meter jauh. "Lepaskan aku!!"
Dia menanam pasu itu dan meninggalkan kawasan itu.
Tamat.