My Authors
Read all threads
Amaran ! Jangan baca kisah ini sorang-sorang dan di dalam bilik yang gelap.

Kisah benar dari seorang pembaca.
Kelibat putih.

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan kisah ini.

Ini adalah thread.
Aku akan cerita waktu malam, kalau cerita sekarang, korang takkan rasa betul-betul misteri dalam cerita ni.

Stay tuned.

Kalau nak baca cerita aku yang lain boleh baca kat pinned tweet atau tekan je link ni 👇
t.me/abstrakim
Just nak cakap.

Jangan berani sangat.

Saya tak paksa untuk anda membaca thread ini. Ini hanya untuk insan yang terpilih.

Terima kasih.
Rasa macam tak sanggup pula nak cerita ni.

Meremang..
Sekali lagi diingatkan. Membaca thread ini adalah risiko masing-masing.

Tiada paksaan kalau tak kuat, boleh berundur . Rt untuk beri keseraman ini pada yang lain.

.....
Kisah ini dihantar oleh seorang pembaca cerita abstrakim yang tidak perlu saya sebutkan namanya.

Semasa membaca cerita ini, saya dapat rasakan aura seram yang lain macam menusuk ke dalam jiwa kalbu.
Harap kisah ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

Dinasihatkan untuk tidak membaca cerita ini dalam keadaan gelap atau bersendirian.

Risau ada yang lain.
Cerita ini tentang seorang lelaki yang bernama Din. (Bukan nama sebenar.)

Dia melalui jalan yang berliku untuk pulang ke rumah pada waktu malam kerana kesilapan yang tidak disedarinya.

Kawan baiknya iaitu Hamdan mengadakan kenduri arwah ibunya di kampung.
Semua tahu tentang arwah ibu Hamdan. Seorang dukun pengamal ilmu hitam.

Membela lebih 15 ekor jin dalam rumah.

Keadaan rumah kampung yang sepenuhnya papan itu juga nampak menggerunkan pada waktu malam.

Kenduri arwah berjalan seperti biasa tiada perkara aneh yang berlaku. Tapi
Selepas semua orang kampung balik, Din ialah orang yang terakhir. Berdiri di hadapan rumah.

Din menghulurkan tangannya pada Hamdan untuk bersalam. "Takziah Dan, semuanya akan baik-baik."

"Tu lah, aku harap pun..." Tiba-tiba Din berhenti bersuara, dia seperti terlihat sesuatu.
"Kenapa Dan.?" Soal Din.

"Takde papelah."

Din tahu Hamdan menipu, Hamdan memang nampak sesuatu tapi dia menafikan.

"Aku balik dululah." Kata Din berjalan masuk ke dalam kereta.
Semasa keretanya ingin bergerak, matanya sempat memandang Hamdan yang berada di belakang kereta menggunakan cermin sisi.

Dia terkejut melihat Hamdan tersenyum sinis.

Dia mula rasa tidak sedap hati.
Kenderaannya bergerak meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.

Sememangnya jalan untuk keluar dari kampung itu amat menyeramkan.

Bulu romanya mula meremang. Dia menelan air liur melihat keadaan sekeliling yang sunyi dan sepi.
Hatinya tidak tenteram, jalan keluar dari kampung itu terasa jauh.

Masa seakan perlahan-lahan berlalu.

Dia teringat senyuman Hamdan tadi. "Apa yang Hamdan cuba sembunyikan dari aku? Apa yang dia nampak?"
Dia meneruskan permanduan dengan tenang.

Dalam keadaan mindanya yang bercelaru, dia menjeling ke arah kanan.

Dia tersentak beristighfar, ada kelibat putih di sebelah kanan.
Dia cuba tenang kerana dia dididik oleh ayahnya kalau mengalami situasi itu. Harus tenang dan Makhluk itu akan berlalu pergi meninggalkannya.

Din menjeling lagi, kelibat putih itu masih ada.
Teknik ayahnya gagal.

Keretanya menjadi laju kerana dia sudah ketakutan level dewa.

Hatinya menjadi resah dan gelisah. "Benda apa tu ya tuhan?"

Dia mula membaca doa-doa yang dia tahu tapi kelibat itu masih ada.
Dia hanya pandang ke hadapan, tidak mahu pandang ke sebelah kanan lagi.

Tangannya yang menggigil menekan radio untuk memainkan ayat-ayat suci.

Apabila ianya sudah dimainkan, hatinya menjadi tenang semula tapi dia masih tidak sanggup untuk melihat ke arah kanan.
Apabila sampai di hadapan rumah, dia turun dari kereta.

Dia melihat ke arah kiri dan apabila dia melihat ke arah kanan.

Kelibat putih itu masih ada, dia berlari ketakutan ke pintu utama rumah sambil mulutnya membaca surah yang dia ingat.
Dia mengetuk pintu utama rumah bertubi-tubi seperti ingin pecah. "Ayah!! Ayah!! Bukak pintu!!"

Dia jeling lagi ke sebelah kanan, kelibat putih masa ada di sebelahnya.

Suara hati Din. "Dia ikut aku sampai depan pintu!"
Ayahnya yang baru tersedar dari tidur membuka pintu rumah.

Dia lihat Din sedang menangis ketakutan.

"Kenapa dengan kau ni? Kau takda kunci ke ketuk-ketuk pintu macam orang gila"
"Ayah saya dah tak tahan ada benda ikut saya!!" Luah Din yang kelihatan menggigil ketakutan.

Ayahnya berwajah serius menoleh ke arah belakang Din. Dia memandang ke arah Din.

"Apa yang kau nampak?"
"Kelibat putih yah, saya tak sedap hati nak masuk, takut dia ikut masuk sampai dalam rumah. Ayah nampak tak?"

Ayahnya bernada kesal. "Hurm aku nampak. Kau selalu nampak dia di di sebelah mana?"

"Di sebelah kanan yah."

"Hurm aku dah agak dah!"
Muka Din pucat. "Ayah dah agak?"

"Ye ada sebutir nasi kat sebelah mata kanan kau."

Tamat.
Tahniah kerana berani.

Wakaka.

😂😂😂😂
Siapa yang baca cerita ni malam ni jugak.. Serius korang memang power.
Yang scroll terus ke bawah nak tahu ending tanpa baca jalan cerita.. Tahniah anda lagi penakut dari yang nak baca esok pagi..
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with ‼️ Kim ‼️

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!