My Authors
Read all threads
Akhirnya boleh merentas negeri. Ramai yang pulang ke rumah sewa masing2 yg sudah lama ditinggalkan.

Malam pertama

"Kau dengar tak?"

"Apa?"

"Suara perempuan menangis."

Adaptasi dari kisah benar.

Rt supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ini.

Ini adalah thread.
Macam biasa aku akan start 11.30 malam, baru dapat aura seram tu.

Sementara tu korang boleh follow dan boleh baca thread cerita aku yang lain kat sini
Tolong Rt rezeki saya, mungkin dalam rezeki saya ada rezeki anda semua juga.

Dunia Plot Twist. Harga tengah promosi hanya RM14.50 sahaja.

Boleh tgk gambar review dri pembaca😁👍

Nak order boleh ws ke +601114476212

atau tekan link shopee👇shopee.com.my/product/278352…
Addien mendapat panggilan dari rakan serumahnya iaitu Syamir.

"Hoi Dien, jom balik rumah sewa. Ambil barang."

Addien yang baru bangun dari tidur, menguap lalu menjawab. "Kau merepek apa ni Mir, mana boleh rentas negeri."
"Tu lah kau tidur je, tadi PM dah bagitahu yang dah boleh rentas negeri 10 jun." Balas Syamir.

Mata Addien masih terpejam kerana mengantuk. "Siapa yang PM tepi? Kau ni jangan percaya sangat benda-benda orang PM tepi ni, sekarang dah lah banyak cerita palsu."
"Apa kau mengarut ni setan! Kau mengigau lagi ke ni! Aku cakap Perdana Menteri yang bagitahu bukan ada orang PM tepi."

"Lah cakaplah full lain kali. Sejak pkp ni suis otak aku tak bersambung sangat." Seloroh Addien.
"Ha macammana sekarang? Nak balik tak rumah sewa ambil barang. Lama barang kita tinggal dalam tu."

Addien memandang ke atas seperti berfikir. "Hurm okey boleh lah."

Addien bersetuju, panggilan dimatikan.
Mereka berdua adalah pelajar universiti menyewa di sebuah rumah sewa bersama beberapa rakan yang lain.

Tapi hanya mereka berdua yang tertinggal barang di dalam rumah tersebut.

Kerana PKP, mereka tidak boleh merentas negeri untuk mengambil barang-barang mereka.
Selamat penyewa rumah sewa itu baik hati memberikan Addien dan Syamir untuk menyimpan barang di dalam rumah sewa tersebut tanpa perlu membayar apa-apa.

Sudah berbulan rumah itu kosong tanpa berpenghuni. Hampir ditelan kegelapan dan kedebuan.
Hari boleh merentas negeri tiba, Addien mendapat panggilan dari jirannya Marsha.

Marsha belajar di tempat yang sama dengan Addien.

Jadi mereka mempunyai hubungan yang rapat kerana Marsha selalu menumpang kereta Addien untuk pulang ke rumah keluarganya.
"Wey Dien, boleh tak aku nak tumpang kereta kau. Aku tak bawak barang aku kat rumah sewa."

"Asal tak bagitahu tahun depan je, aku nak gerak ni baru nak bagitahu." Balas Addien bengang.

"Ala jangan marah, datang rumah aku, ambik aku."
"Haih yela-yela, jangan siap lambat!" Amaran Addien.

Marsha hanya ketawa dan menutup panggilan.

"Haih sah dia ni nak lambat-lambat lah ni!" Rungut Addien.
Saat berganti minit sehingga
menjadi jam. Akhirnya mereka berdua sudah berada di highway pada waktu petang.

Penuh kereta membuatkan jalan menjadi sesak. "Aduh silaplah kita balik harini, patutnya hari lain."
Marsha memandang Addien. "Kenapa pulak?"

"Tengoklah jalan jamned, tahun depan baru sampai ni!"
Addien mendapat idea, sampai di jalan yang ada simpang.

Dia membelok keluar dari highway. Marsha rasa pelik. "Eh kita nak pergi mana ni?"

"Kita lalu jalan lama lah, baru takda orang. Cepat sikit sampai."
Addien merasakan itu sebagai idea yang baik, tapi Marsha sebaliknya.

Hati Marsha rasa tidak tenang seperti ada benda buruk yang akan berlaku.

Tapi dia menyembunyikan perasaan itu.
Petang yang dipinjamkan pantas berlalu pergi menjadi malam.

Jalan yang mereka lalui semakin sunyi dan sepi. Addien mula menyesal melalui jalan lama itu.

Baru dia teringat yang dia sebenarnya seorang penakut yang sangat hebat.
Tapi kerana ada Marsha, dia terpaksa menyembunyikan rasa takut itu dan berlakon macho kerana tidak mahu merumitkan keadaan.

Sudah beberapa batu perjalanan, tiada lampu jalan kelihatan.

Hanya lampu kereta menerangi jalan.
Tiba-tiba di dalam jalan yang gelap muncul seseorang melintas menyebabkan kereta Addien berhenti dengan mengejut.

Marsha memarahi Addien. "Oi asal tiba-tiba berhenti!"

"Ada orang melintas tadi."

Marsha memandang sekeliling. "Mana ada orang!"
Addien menelan air liurnya. "Habis apa yang lalu depan kereta aku tadi."

"Mana lah aku tahu." Balas Marsha.

"Haish diamlah aku cakap dalam hati!"

"Masalahnya aku boleh dengar!"
"Sorrylah, aku ingat aku cakap dalam hati tadi." Balas Addien lalu keluar dari kereta.

"Woi nak pergi mana tu?"

"Kau tunggu dalam kereta, aku nak check."

Marsha melihat kawasan sekeliling, hutan tebal di tepi jalan.
Addien berjalan ke hadapan kereta. Dia lihat tiada apa-apa.
"Habis apa yang aku nampak tadi?"

Angin sejuk tiba-tiba meniup ke arah tubuhnya membuatkan Addien rasa tidak tenang.

Tiupan itu bukan sahaja membawa angin tapi membawa satu bau.
Bau yang sangat wangi. Bukan bau wangi minyak wangi. Tapi wangi harum bunga.

Dia memandang ke arah bau wangi itu datang.

Addien terkejut melihat Marsha sedang berjalan masuk ke dalam hutan.
Addien dengan pantas tanpa berfikir panjang berlari ingin mendapatkan Marsha.

"Marsha!! Kau nak pergi mana?"

Tiada sahutan dari Marsha.
Dia rasa pelik.
"Mana dia nak pergi?"
Addien berlari mengejar Marsha. Tapi semakin jauh dia berlari masuk jauh ke dalam hutan, dia mula sedar sesuatu.

Dia sedang berlari dan Marsha hanya berjalan. Kenapa jejaknya tidak boleh sampai ke Marsha?
Akhirnya Marsha hilang dari pandangan.

Dia menjerit. "Marsha!!"

Tiba-tiba bahunya dipegang dari belakang. Addien tersentak dengan pantas berpaling ke belakang.
Dia lihat Marsha bersuara.
"Oi kau pergi mana?"

"Aku pergi kejar kau lah, kau buat apa masuk dalam hutan tebal ni?" Soal Addien tidak puas hati.

"Kau merepek apa! Aku dalam kereta je tadi. Ni aku ikut kau sebab aku nampak kau masuk dalam hutan!"
"Habis aku kejar siapa?"

Tiba-tiba muncul satu bunyi yang membuat mereka berdua terdiam terpaku.

Bunyi bayi menangis. Bunyi itu datang dari atas pokok.

Addien menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya.
Tapi perasaan takut dan cemas masih ada dalam diri.

Marsha mula berjalan ingin meninggalkan kawasan itu dengan pesanan. "Dien jalan je, jangan pandang atas."

Marsha sudah ternampak sesuatu.
Pandangan Addien sudah kelam dan dadanya terasa sesak. Dia seperti terhumban ke dalam gaung yang gelap gelita dan tiada penghujung.

Timbul banyak tanda tanya dalam dirinya.

Walaupun rasa takut yang membara, dia memberanikan diri untuk memandang ke atas.
Apabila dia pandang ke atas, matanya terbeliak kerana terkedu melihat seorang perempuan sedang mengendong batu nisan dengan rambut yang panjang. Kain putih kekuningan kesan tanah dan koyak-koyak labuh.
Perempuan itu wajahnya sangat hodoh penuh dengan luka sedang merenung tajam ke arah Addien.

Addien yang penakut mula berlari pantas ingin meninggalkan kawasan itu.

Marsha mengikut gerak geri pantas Addien. Akhirnya mereka berdua sampai dan masuk ke dalam kereta.
"Apa benda tadi tu?" Tanya Addien.

"Tak tahu!" Balas Marsha.

Tiba-tiba muncul suara gelak kecil dari arah tempat duduk belakang. "Ehek."
Wajah Addien dan Marsha mula pucat.

Mereka perlahan-lahan saling berpandangan dan ingin memandang ke belakang.

Mereka berpaling ke belakang perlahan-lahan dengan perasaan berdebar yang teramat sangat.
Tiada sesiapa pun di belakang. Mereka rasa lega. Addien memandang ke hadapan semula dengan pantas.

Perempuan yang dia nampak di atas pokok di dalam hutan tadi sedang berdiri di hadapan keretanya. Addien tersentak dan menjerit.
Addien menutup matanya dengan tangan. Hatinya sudah tidak tenteram.

Marsha melihat ke hadapan,
Perempuan itu sudah lenyap.

"Dien, cepat kita pergi dari sini."

Addien membuka matanya, dia lihat perempuan itu sudah tiada.

Mereka meneruskan perjalanan.
Selepas beberapa jam, di rumah sewa, Syamir baru sahaja selesai mandi.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

Kelihatan Addien sudah ada di ruang tamu.
"Oi masuk tak beri salam ea?" Soal Syamir.

"Aku dah bagi salam dah, kau yang tak jawab."

"Owh aku mandi tadi, kau ni kenapa nampak resah je?"

"Hurm takdepapelah." Addien cuba menyembunyikan rasa takutnya.
"Kau nampak hantu ea?"

Addien terkejut dengan soalan Syamir. "Ish kau ni! Mana ada!"

"Eleh, aku bukan baru kenal kau semalam. Aku tahu sangat yang kau ni penakut."
Addien masih beriak wajah resah. "Kau tidur sini ke malam ni?"

"Aah lah, kau tengok lah jam dah pukul berapa? Mana Marsha?"

Addien balas. "Rumah sewa dia la."

"Owh, dah-dah jangan penakut sangat lah. Malam ni tidur sini dulu, esok baru balik."
Syamir berjalan masuk ke dalam biliknya.

Selesai memakai pakaian. Syamir baring di atas katil menutup lampu dan bermain telefon bimbitnya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, dia lihat Addien berdiri dalam keadaan separuh menggigil.

"Oi kau ni kenapa?" Soal Syamir.
"Kau dengar tak suara tu?"

Syamir memandang ke atas sedang mencari suara yang di katakan oleh Addien. "Suara apa?"

"Suara perempuan menangis."
Syamir yang tidak mendengar apa-apa suara cuba menipu untuk menakut-nakutkan Addien. "Eh aahlah, biasalah rumah ni kau tahu lah, dah berapa lama kita tinggal, mesti dah ada benda yang menginap, hehe."

"Ish mulut kau ni cabul lah!!"

"Hahaha betulla."
"Aku nak tidur kat bilik kau boleh tak? Aku tak berani lah tidur sorang-sorang." Pinta Addien.

"Boleh je, masuklah."

Addien berjalan masuk dan baring di atas katil.

"Kau kena bersyukur tau sebab tidur dengan anak pendekar! Kau jangan risau, kau takkan diganggu." Bongkak Syamir
Sedang mereka berdua baring di atas katil, Syamir cuba mengganggu Addien yang ketakutan dengan pertanyaan. "Dalam dunia ni kau paling takut hantu apa?"

Addien mula marah. "Haih apa soalan kau bagi ni!"

"Ala aku tanya saje-saje je."
Addien seperti berfikir. "Aku rasa pocong kot."

"Ha pocong, aku ada cerita pasal pocong." Kata Syamir slumber.

"Hish tak nak lah aku dengar, aku nak tidur."

"Ala satu citer je." Rayu Syamir.
"Okey satu cerita je."

Syamir tersenyum.
Mula bercerita tentang kisah yang terjadi beberapa tahun yang lalu.

Semasa seorang lelaki bernama Adi sedang menjalankan ekspedisi paranormal bersama teamnya.
Mereka melakukan aktiviti paranormal itu di sebuah kubur lama.

Adi ditugaskan untuk duduk di dalam kawasan kubur lama itu seorang diri.

Kamera di letak beberapa sudut dari arah Adi.
Bulatan dilukis. Adi tidak dibenarkan keluar dari bulatan itu.

Mengikut bomoh yang ada di situ, dia sudah membuat pagar menggunakan bulatan itu.
"Selagi aku tak cakap boleh keluar, selagi tu kau tak boleh keluar dari bulatan ni paham?"

"Paham." Jawab Adi.
"Kalau kau keluar dari bulatan ni, hidup kau akan merana! Paham!" Kata bomoh itu.

Adi faham dan setuju.

Semua meninggalkan Adi seorang diri di tengah-tengah kawasan perkuburan.
Adi hanya duduk diam dan keadaan sekeliling amat sunyi dan sepi.

Tiba-tiba dia terdengar suara mendayu-dayu. "Adi, Adi, tolong aku."

Adi tersentak sebentar, jantungnya seperti berhenti berdegup. Rasa takut menyelebungi sanu barinya.
Tapi rasa ragu yang terkepung dalam mindanya membuatkan dia mula berpaling ke arah suara itu.

Dia terkedu melihat ada makhluk berbungkus dengan kain kafan dengan wajah yang sangat hodoh bersuara. "Tolong aku Adi, Tolong buka ikatan tali di kepala aku!"
Adi yang ketakutan mula lupa yang dia tidak boleh keluar dari bulatan yang dilukis.

Dia berlari seperti orang kena kejar hantu. ( eh memang kena kejar hantu)

Akhirnya dia sampai di dalam rumah.
Di dalam biliknya di tingkat 2, dia masuk ke dalam selimut dalam keadaan menggigil.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi angin yang kuat masuk melalui tingkap.

Dia baru teringat yang dia tidak menutup tingkap semasa keluar dari rumah.
Dia membuka selimutnya dan terkejut melihat pocong di kubur tadi sedang tersenyum melihatnya di tingkap rumah terapung. "Sini ye rumah kau?"

Adi yang ketakutan masuk semula ke dalam selimut menggigil.

Pocong itu masih merayu. "Adi, tolong aku Adi, buka ikatan aku Adi."
Adi akhirnya tertidur ketakutan. Esok pagi dia bangun, pocong itu sudah tiada.

Mungkin pocong itu tidak boleh masuk ke rumahnya kerana maknya mengajar orang mengaji di rumah.
Sejak itu pocong itu akan datang mencari Adi setiap malam.

Jadi setiap malam, Adi akan duduk di dalam rumah. Dia tidak akan keluar malam.

Tapi pocong itu akan menggangu dari luar rumah dengan memanggil-manggil Adi.
Adi akan menutup tingkap dan langsir.

Akan terdengar suara pocong itu sayup-sayup kedengaran setiap malam.

"Adi.. buka tingkap ni Adi, bagilah aku masuk.. hehe."

Tamat kisah Syamir.
"Hahaha amacam seram tak?" Soal Syamir sambil ketawa.

"Pelik lah cerita kau, kenapa lah dia tak buka je ikatan pocong tu kan senang." Balas Adi.

"Kalau dia buka ikatan tali pocong tu, tak bestlah cerita aku nanti, hahaha."
Tiba-tiba Syamir mendapat satu panggilan dari rakan serumah lamanya iaitu Arsyad.

Syamir pusing baring tidak menghadap Addien menjawab panggilan.

"Oi Arsyad, ada apa kau call malam buta ni?"
"Kau kat rumah sewa ke?"

"Aah rumah sewa lah, kenapa?"

"Kau tidur kat rumah sewa!! Kau tak takut ke?"

"Nak takut apa?" Balas Syamir dengan pertanyaan.
"Rumah tu kan dah lama kosong, entah-entah ada benda."

"Hahahah kau ni sama macam Addien penakut. Kau jangan risau, dia ada dengan aku ni. Aku jaga dia."
"Mir apa kau merepek ni?"

"Apa yang merepek?" Tanya Syamir rasa pelik.

"Aku call kau ni nak bagitahu yang Addien dengan Marsha kemalangan meninggal dunia tadi."

Syamir tergamam.
Tiba-tiba dia terdengar suara sayup-sayup di sebelahnya. "Syamir, Syamir."

Syamir berpaling ke belakang, dia lihat Addien sudah berbungkus seperti pocong tersenyum padanya.
"Syamir, tolong buka ikatan aku mir."

Syamir pengsan.
Rupanya selepas Addien dan Marsha meneruskan perjalanan selepas keluar dari kawasan hutan.

Addien tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan memandu dengan kelam kabut sehingga menjadi mangsa kemalangan maut.
Syamir tersedar pada waktu tengah-hari, disedarkan oleh Arsyad.

"Wey Syad, apa kau buat kat sini?" Soal Syamir

"Aku datang nak tengok kau lah, semalam kau menjerit lepastu hilang. Tak mati call pun."

"Aku kena kacau ngan hantu semalam."
"Hantu apa?" Soal Arsyad.

"Hantu pocong. Betul ke Addien dah meninggal?"

"Ye dia dah meninggal, dah pergi bersiap, jom kita pergi rumah dia."

"Habis malam tadi aku jumpa dia!"
Arsyad tergamam. "Kau ni biar betul?"

"Malam tadi aku cerita kat dia, cerita yang pernah kau cerita kat aku dulu tu. lepas kau call, dia jadi pocong wey."

"Kau cerita kat arwah Addien tu?"

"Aah lah, kenapa?"
"Kau tahu tak, cerita yang aku cerita kat kau tu sebenarnya kisah Addien. Tapi aku tukar nama Adi sebab Addien suruh rahsiakan cerita tu." Balas Arsyad.

"Habis macammana dia boleh tidur rumah sewa ni tanpa diganggu."
"Sebenarnya dia masih diganggu dalam rumah ni tapi dekat luar je. Dia pilih rumah ni sebab rumah ni bekas imam yang sewa. So pocong tu tak boleh masuk."
"Tapi kenapa semalam pocong tu boleh ada kat sebelah aku?" Soal Syamir.

"Aku tak pasti."

Syamir terdiam. Dia mengemas barangnya dan meninggalkan rumah itu.
Sejak itu Sumpahan gangguan yang dialami Addien bertukar ke Syamir.

Setiap malam Syamir akan diganggu pocong yang akhirnya membuatkan Syamir mengalami masalah mental dan sekarang sedang dirawat di rumah sakit jiwa.
Sebenarnya Addien kemalangan maut pada malam itu kerana gangguan dari pocong itu.

Tamat.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with ‼️ Kim ‼️

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!