Sementara tu korang boleh follow dan boleh baca thread cerita aku yang lain kat sini
Saya ada keluarkan buku bertajuk "Dunia Plot Twist." Review mostly positive untuk buku ni.
Korang boleh dapatkan di kedai buku POPULAR & MPH.
atau di shopee dengan tkan link ini shopee.com.my/product/278352…
Dia mengeluh kerana tubuhnya keletihan seharian bekerja.
Dia tinggal di sebuah rumah apartment.
Entah kenapa dia mula rasa tidak sedap hati, malam itu tidak seperti malam yang sebelumnya.
Hatinya rasa tidak tenteram seperti ada sesuatu di dalam rumah.
Apabila pintu sudah terbuka luas, dia memberi salam dan menyatakan yang dia sudah pulang. "Abang dah balik!"
Tiada sahutan dari sang isteri.
Dia berpaling menutup pintu.
Apabila pintu ditutup muncul suara dari arah belakangnya sayup-sayup kelembutan. "Abang, dah balik?"
Tapi dia tersentak hingga terjatuh melihat seorang perempuan berambut panjang memakai baju putih dengan wajah yang amat menyeramkan penuh dengan luka, lidah panjang sedang memberliakkan mata ke arah Zariq.
Perempuan itu ketawa terbahak-bahak.
Zariq masih lagi ketakutan, menutup matanya dengan tangan.
Zariq tergamam mengetahui perempuan itu ialah isterinya. "Eh Ida, kenapa muka Ida macam hantu. Ida kena simbah asid ka?"
"Hahaha, mana ada, Ida nak buat lathi challenge la."
Zariq kalau nak dibandingkan dengan katak bawah tempurung, katak bawah tempurung lagi hebat.
"Ya tuhan, challenge pelik-pelik macamni yang awak nak buat." Respon Zariq seperti tidak merestui.
Dia masuk ke dalam bilik air di biliknya dan memulakan sesi mandi, Entah kenapa semasa air shower melimpah ke wajahnya, dia teringat akan wajah isterinya yang amat menyeramkan tadi.
Dia mula berdialog sendiri. Dari negatif, dia mula positif ingin menghilangkan rasa takut. "Mustahillah bukan isteri aku."
"Uish awak ni tak habis-habis lagi ke?" Marah Zariq.
Zariq tersengih. "Takut?! Nak takut apa?"
Zariq berjalan ke almari baju, mencari baju untuk dipakai.
Zariq terpaku, jantungnya seperti berhenti. Suara hatinya berkata. "Kalau isteri aku kat depan pintu, Siapa yang duduk depan cermin?"
Dia lihat tiada orang, dia pandang ke arah pintu. Dia lihat wajah isterinya sudah tanpa make up seram.
Ida yang sedar akan riak wajah Zariq yang keresahan bertanya. "Kenapa ni bang?"
Riak muka Ida berubah menyampah. "Ish ada-ada je lah abang ni."
Ida menutup pintu semula, berjalan ke dapur.
Gerak geri tangannya tiba-tiba terhenti kerana dia terbau sesuatu.
Bau wangi yang sangat harum. Bukan wangi minyak wangi tapi wangi dari bunga yang dia tidak kenali.
Dia tahu ada makhluk lain di sekitarnya, dia tidak mahu menegur lagi. Dia meneruskan mencari baju.
Akhirnya jumpa, lalu dia menyarung pakaian tersebut dan ingin tidur.
Hatinya jadi keliru dan tidak tenteram.
Dia cuba menggagahkan diri, mungkin ini mainan mindanya.
Sebaik sahaja lampu dipadam, berdiri muncul perempuan tadi di atas katil, kali ini wajahnya lebih seram dengan lidahnya panjang hingga ke lantai.
Dengan nada yang agak menyeramkan bersuara. "Awak cari saya ke?"
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Isterinya terkejut melihat suaminya memejamkan mata dalam keadaan ketakutan. "Abang, kenapa ni?"
Zariq membuka matanya perlahan-lahan.
"Takde pape, saya mimpi ngeri tadi." Balas Zariq.
"Abang mimpi berdiri ke?"
Zariq hanya tersenyum. "Dah lah, kita tidur lah jom."
Lalu mereka tidur, Zariq masih teringat peristiwa tadi.
Malam itu tidurnya tidak berapa nyenyak, dia asyik terjaga dari tidur.
Dia risau tenggelam dalam rasa takut sehingga tidak mampu untuk melawan.
Rakan sekerjanya iaitu Adam perasan akan perubahannya itu lalu menegur. "Riq, asal kau nampak penat je? Kau pergi disko ke malam tadi?"
"Aku tak tahu lah nak cerita macammana." Balas Zariq sambil menguap.
"Kau cerita je. Kalau aku tak paham, aku buat-buat paham je. Hahaha." Seloroh Adam.
"Hahaha, ceritalah."
Zariq melihat sekeliling dan bersuara. "Kau tahu tentang Taichi challenge?"
"Okey lah dengan kau, aku cakap taichi. Dengan bini aku semalam, aku cakap laici tau. Hahaha."
"Hahaha, kenapa dengan challenge tu?" Sambung Adam dengan soalan.
"Seriuslah?"
"Seriuslah, buat apa aku nak reka cerita."
"Yeke?"
"Tak pasti, tapi kalau gangguan tu makin teruk. Kau cubalah ikhtiar sesuatu."
Dia masuk ke dalam lif dan mengeluarkan telefon bimbitnya, dia lihat tiada bateri. "Aku lupa caj phone ke semalam."
Perasaan seram mula timbul semula apabila pintu lif dibuka.
Entah kenapa dia rasa sangat berat untuk melangkah pulang ke rumah.
Dia mula terkumat kamit membaca doa-doa supaya hatinya kuat.
Lalu dia melangkah dengan hati yang redha berjalan pulang ke rumah.
Perassan seram mula hilang beransur-ansur. Dia masuk melangkah kaki kanan dan memberi salam.
Tiada sahutan salam.
Dia memejamkan mata ingin merehatkan diri.
Tiba-tiba muncul suara isterinya. "Abang dah balik?"
"Awak cantik-cantik ni, jangan cakap yang awak tak habis lagi buat lathi challenge." Teriak Zariq.
"Aik." Zariq rasa hairan.
"Abang nak air, saya boleh buatkan."
"Boleh."
Ida berjalan ke dapur.
Dia mengambil telefon bimbitnya untuk di caj di sebelah televisyen di ruang tamu.
Apabila hidup, muncul satu panggilan yang membuatkan Zariq terkejut.
Panggilan itu dari isterinya.
"Phone abang takda bateri tadi, awak duduk kat dapur pun nak call saya. Nak saya teman ke?"
"Bukan awak? Habis siapa?" Zariq tergamam sambil memandang ke arah dapur ada kepala Ida sedang menjenguk tapi matanya merah.
Dari kepala itu menjenguk di dapur, dia mula berjalan perlahan-lahan ke arah Zariq.
Dari rupa yang cantik perlahan-lahan berubah rupa yang sangat hodoh menyeramkan.
Dia dapat rasakan yang perempuan itu seperti berjalan laju ingin menerkamnya dari belakang.
Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin ingin pergi mencari isterinya.
Telefon bimbitnya tertinggal di dalam rumah.
Lalu dia bergerak ingin ke tempat tersebut.
Sebelum keluar dari kawasan rumah apartmentnya. Dia sempat melihat ke tingkap rumahnya dari bawah.
Dia mula rasa seram sejuk, tiba-tiba
makhluk itu berhenti menari dan memandang ke arah Zariq.
Sampai sahaja di sana, dia lihat ada kereta isterinya.
Nampaknya tekaannya tepat.
"Apa yang jadi ni?" Zariq inginkan jawapan.
"Dalam rumah kita ."
"Kenapa dalam rumah kita?"
Pintu biliknya tidak ditutup, jadi boleh lihat permandangan di ruang tamu.
Dia lihat dari jauh ada kelibat perempuan di ruang tamu.
Semakin dekat dengan pintu bilik, dia perasan yang perempuan itu sedang menari.
Baju perempuan itu seperti baju yang Ida pakai untuk menari dalam lathi challenge.
Ida tersentak melihat wajah perempuan itu seperti wajahnya sedang menghadiahkan senyuman yang amat menyeramkan sambil matanya terbeliak.
Ida menjerit ketakutan.
Perempuan itu mengetuk-ngetuk pintu dengan kuat. Mengamuk ingin masuk.
Ida menahan pintu, setelah lama akhirnya pintu tidak diketuk lagi.
Ida rasa lega.
Ida yang sedang menghadap pintu, terdengar suara perempuan menangis di belakangnya.
Ida juga turut menangis ketakutan. Air matanya berjurai-jurai jatuh.
Itu lah cerita dari Ida.
Zariq cuba menenangkan isterinya.
Aisyah mendekati Zariq. "Kesian dengan Ida, dia cakap dengan aku ssmpai dia trauma nak buat make up lagi."
"Tak boleh jadi ni, kenapa sampai macamni sekali ? Mesti ada jawapan dari apa yang jadi ni."
"Terima kasih Aisyah, kalau takda kau, taktahulah."
Ayah mertua Zariq menghampiri mereka berdua. "Esok pagi kau pergi jumpa Haji Sahak. Mungkin dia boleh tolong bersihkan rumah kau."
"Baik pak." Zariq akur.
Dia menceritakan segala-galanya pada Haji Sahak.
"Apa yang kau cerita ni, aku tak berapa paham. Mungkin kau boleh cerita masalah kau ni pada anak aku. Aku ni dah tua. Jangan risau anak aku pun mahir macam aku."
Mereka bersalaman. Lalu Zariq menceritakan apa yang terjadi.
Daim mendengar seperti memahami cerita Zariq.
"Kenapa?"
"Mana encik tahu?"
"Sebab saya orang jawa." Daim tersenyum.
"Mungkin sebab make up seram yang dibuat tapi tidak mungkin tentang itu sahaja. Kamu dan isteri ada musuh?" Soal Daim.
"Kalau tiada musuh, kamu ada ambil apa-apa barang yang bukan milik kamu?"
Zariq terdiam, dia teringat sesuatu.
"Jadi isteri awak guna cermin tu untuk bersolek?"
Daim menggelengkan kepala. "Lain kali, jangan ambil benda yang kita tidak tahu asal usulnya. Mungkin cermin itu berpenghuni."
Daim bangun dan mengambil satu botol air.
Zariq berterima kasih pada Daim.
Dalam hatinya rasa sangat berdebar. Jiwanya tidak tenteram.
Tapi demi isterinya, dia harus lakukan sesuatu.
Jantung mula berdegup laju kerana rasa berdebar.
Dia berjalan perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik ingin mendapatkan cermin itu.
Belum sempat dia ingin menuang air ke arah cermin itu, dia lihat di dalam cermin.
Ada perempuan yang hodoh tempoh hari dengan riak wajah marah sedang merenungnya tajam berdiri di belakangnya.
Dia mula gelabah ingin mendapatkan botol itu tapi entah kenapa air terlalu cepat mengalir keluar dari botol hingga botol itu kosong tanpa air
Dia tidak berjaya menuang air ke arah cermin.
Mindanya sudah dihantui rasa takut.
Dia mengambil cermin itu dan keluar dari rumah.
Dia membawanya masuk ke dalam lif, dia ingin membuangnya di tempat sampah.
Hatinya masih berdegup tidak tentu arah.
Dalam keadaan ketakutan, dia rasa sesuatu.
Zariq yang ketakutan sudah termengah-mengah.
Dia tidak mahu melihat ke arah tangannya.
Dia sudah tidak tahan. Dia memberanikan diri kerana isterinya.
Dia berlari ke tempat sampah dengan segera lalu mencampakkan cermin itu.
Zariq yang tidak berpaling, masuk ke dalam kereta dan bergerak ke rumah keluarga mertuanya.
Dia berulang alik dari tempat kerja ke rumah keluarga mertuanya.
Zariq dan Ida membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, rasa tenang menyelubungi diri apabila mereka masuk ke kawasan ruang tamu.
Mereka berdua bersyukur.
Zariq berjalan ke dapur.
Tiba-tiba Ida menjerit di dalam bilik.
Zariq yang mendengar jeritan Ida berlari masuk ke dalam bilik.
Dengan tulisan berdarah bertulis. "Jangan buang aku."
"Tunggu situ, saya datang ke sana!" Balas Daim.
"Kenapa Daim?" Soal Zariq.
"Ini kerja sihir. Ada orang yang dengki dengan kamu berdua. Ni cermin sihir purba lama." Balas Daim.
Daim menyambung. "Ye, cermin ini ada penunggunya. Penunggu itu akan ditugaskan untuk menganggu orang yang akan diberikan cermin ini. Penunggu dalam Cermin ini akan berupa orang yang menggunakan cermin ini."
Daim bertanya. "Kau nak tahu ke siapa yang ingin sihir kau dan isteri?"
"Ye."
Zariq tidak sabar. "Tunjukkan sekarang."
Daim membaca sesuatu, tiba-tiba cermin itu menunjukkan wajah seseorang.
Zariq terkejut melihat wajah itu.
Daim cuba menenangkannya tapi tidak berjaya.
Zariq berjalan keluar dari rumah dengan perasaan marah bergerak ke rumah penyihir tersebut.
Apabila sampai, penyihir itu membuka pintu rumah.
Zariq tanpa berfikir panjang menumbuk wajah penyihir itu dengan sangat kuat.
"Aku dah tahu kau cuba sihir aku dan Ida."
Penyihir itu ketawa. "Hahahaha, jadi kau dah tahu."
Zariq sudah tidak dapat menahan marahnya lagi ingin menambahkan lagi tumbukan pada wajah Aisyah yang sedang ketawa.
Tapi sempat ditahan oleh Daim. "Mengucap Zariq, ini bukan cara Islam. Yang jahat dia, bukan kau."
Aisyah ketawa. "Hahaha sebab aku cemburu. Ida selalu lebih dari aku. Semua orang suka cara make up dia, tapi bukan aku."
"Hahaha kalau dia kawan baik aku, patutnya dia sedar yang aku terpinggir sebab dia! Sekarang padan muka kau!"
Daim bersuara. "Aisyah, kau dah kalah. Jin pada cermin tu dah dihapuskan."
Aisyah terkejut. "Apa ! Kau siapa?"
"Mustahil!" Teriak Zariq.
Zariq menarik nafas cuba bertenang dan berlalu pergi.
Daim bersuara. "Misi kita berjaya, bayaran seterusnya kau dah boleh bayar kat aku."
Aisyah tersenyum. "You are the best."
Beberapa bulan yang lalu.
Seorang Dukun.
"Betul ke yang awak ni dukun?"
Soal Aisyah.
"Ye, kenapa?"
"Awak tak nampak macam dukun."
"Boleh tolong saya, saya nak sihir seseorang." Pinta Aisyah.
"Kau nak sihir dia untuk apa?"
Daim meminta Aisyah untuk menceritakan segala-galanya.
"Apa kelemahannya?"
"Maksudnya?"
"Apa rancangannya?" Soal Aisyah.
Aisyah meletakkan cermin itu ditempat buang barang. Dia tahu Daim selalu lalui disitu. Cermin itu masih cantik.
Akhirnya betul Daim membawa cermin itu pulang.
Selepas Ida diganggu dan pergi ke rumah mak ayahnya.
Jadi ayah Ida akan mencadangkan Zariq untuk bertemu dengan Haji sahak. Jadi Zariq dan Daim akan bertemu.
Jadi Zariq akan mempercayai Daim sebagai seorang penyelamat.
Lalu Daim akan berpura-pura membantu dengan menunjukkan wajah penyihir pada Zariq.
Zariq mengamuk dan ingin menyerang penyihir iaitu Aisyah.
Akhirnya Zariq dan Ida memaafkan Aisyah. Tapi mereka tidak berjumpa lagi selepas itu.
Ida sudah tidak lagi menjadi MUA kerana fobia tentang peristiwa yang terjadi.
Zariq dan Ida sehingga sekarang tidak mengetahui Daim dan Aisyah bersubahat.
Misi Daim dan Aisyah berjaya.
Tamat.
Yang tanya ni kisah benar ke?
All of my story, adaptasi dari kisah benar. Ada beberapa babak dalam cerita ni memang benar berlaku tapi tak boleh bagitahu yang mana.
Just enjoy macam menonton filem seram.