My Authors
Read all threads
"Wanita Sebelum & Selepas Zaman Jahiliyyah."

Wanita bukan objek seks. Sebetulnya apabila perintah seperti memerintah tutup aurat, menjaga iktilat turun, ia demi melindungi wanita daripada dipandang sebagai objek seks oleh lelaki.

Oleh: Helmi Effendy dan Hamka Kereta Mayat
Datangnya Islam itu sendiri mengangkat martabat maruah wanita itu sendiri berbanding sebelum kedatangan Islam. Misalnya, wanita zaman Jahiliyyah dipandang sebagai alat pemuas nafsu, dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie.
Sebab betapa maruah wanita sebelum kedatangan Islam letaknya setaraf objek sekslah masyarakat Arab Jahiliyyah biasanya akan menanam bayi perempuan kerana menganggap datangnya mereka membawa sial.
Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin. Punyalah masyarakat Jahiliyyah memandang wanita sebagai objek seks, kalau bapa tiri mati, anak tiri itu boleh berkahwin dengan ibu tirinya sebagai alat pemuas nafsunya pulak!
Anda dibenarkan untuk membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu. Seorang anak perempuan yang selamat hanya mampu selamat apabila dia cantik untuk dijadikan alat seks bila dewasa atau dijual sebagai hamba seks.
Perempuan yang datang haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai haid habis. Malahan haram perempuan haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.
Balu wanita yang kematian suami diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik-cantik.
Apa kejadahnya kemaluan wanita perlu sentuh kambing? Lepas tu ada kes hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.
Alhamdulilah, datangnya junjungan besar Rasulullah S.A.W mengangkat martabat wanita daripada menjadi objek seks yang merupakan pandangan jahiliyyah.
Betapa banyak hadis menjaga wanita, antaranya ialah:

1) Wajib berlaku baik pada isteri.

2) Tak boleh pukul isteri sewenang-wenangnya.

3) Tak boleh setubuh isteri waktu haid

4) Tak boleh menduburi sang isteri.
5) Tak boleh halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.

6) Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar.

7) Jika mampu kahwin, maksimum empat Isteri tetapi Islam menekankan kalau tidak mampu, kekalah setia dengan seorang isteri.
8) Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba.

9) Syurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu dahulu baru bapa. Bahkan ibu didahulukan sebanyak tiga kali

10) Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan
12) Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar.

13) Kena dahulukan anak perempuan dalam bab kasih sayang.

14) Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.
15) Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.

16) Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid.

17) Dijamin masuk syurga jika besarkan anak perempuan dengan ilmu ugama sampai berkhahwin.
18) Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan perkhidmatan.

19) Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.
20) Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun haid dengan syarat tidak sampai bersetubuh.

21) Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam).
Begitulah sebanyak betapa Islam telah mengangkat maruah kaum wanita. Dan kepada kaum wanita diluar sana, jagalah maruah, hargailah perjuangan Rasullulah S.A.W dahulu membebaskan kalian daripada terus menjadi objeks seks ketika Jahiliyyah.
Saya akhiri thread ini dengan hadis dibawah.

"Iman itu lebih dari enam puluh cabang dan malu itu satu cabang dari iman." (Riwyat Bukhari.)

Malu itu ialah permata wanita. Pertahankan rasa malu itu dan InsyaALLAH, wanita akhir zaman ini akan bebas daripada belenggu maksiat.
Wallahualam.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!