Buku "DUNIA PLOT TWIST."
Review semua positif. Korang boleh dapatkan di kedai buku POPULAR dan MPH.
atau boleh juga whatsapp ke +60114476212
atau order di shopee dengan tekan link ini 👇
shopee.com.my/product/278352…
Dia berjalan masuk ke dalam asrama untuk memeriksa.
Kelihatan ada seorang nenek tua masih lagi belum tidur sedang merenung ke arah siling.
"Tak ngantuk."
Nenek itu masih memandang ke arah siling.
"Nenek tengok apa tu?"
"Owh ingat tengok buyung puyuh tadi. hehe, nek tidur lah, dah lewat ni."
Nenek itu berpaling ke arah Zainal. "Aku belum ngantuk."
"Buku apa ni nek?"
Nenek itu tidak membalas.
Zainal membuka setiap helaian di dalam buku itu yang ditulis oleh seseorang.
Nenek itu hanya mendiamkan diri.
Zainal mula membaca cerita yang ada di dalam buku itu.
Kisahnya bermula ketika dia berumur 15 tahun. Tingkatan 3.
Zaman di mana covid19 masih belum wujud.
Meme buyung puyuh juga masih belum ada.
Tanpa dia sedar yang perbuatannya itu akan membuatkan dia terlena sepanjang kelas malam.
Semua yang ada di kelas membiarkan sahaja Fad tidur dengan aman.
Tiada yang mengejutkan Fad semasa kelas sudah berakhir.
"Tak guna betul diorang ni tinggalkan aku sorang-sorang kat sini."
Fad bergegas bangun hendak keluar dari kawasan sekolah.
Setiap aras di sekolah itu mempunyai pagar, pagar aras tingkat 2 iaitu aras di mana dia berdiri sekarang sudah berkunci.
Lalu dia berlari ke arah pagar tersebut.
"Aih kenapa malang sangat nasib aku malam ni?" Luah Fad kecewa.
Dia duduk di tepi pagar itu. Dia melihat ke arah mangga yang telah dikunci oleh pengawal keselamatan.
Dia memejamkan mata untuk menghilangkan rasa tidak tenang.
Tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah luar pagar yang membuatkannya tersentak. "Awak buat apa kat sini?"
Kelihatan perempuan itu wajahnya manis dan berambut panjang memakai tshirt dan seluar track.
"Eh awak ni siapa?"
Fad bingkas bangun dari duduk. "Wah bagus awak datang, cepat bukak pagar ni. Saya nak balik."
"Eh tak boleh."
"Ayah saya tak balik lagi, dia pergi beli rokok tadi. Kunci ada kat dia." Jelas perempuan itu.
"Alamak, adeih." Fad duduk kecewa.
"Takpela, saya teman awak sampai ayah saya sampai."
Fad memandang ke arah perempuan itu. "Awak sekolah kat sini ke?"
"Aah."
"Aik tak pernah nampak pun. Awak form berapa?"
"Owh form 2."
Tiba-tiba Fad teringat sesuatu yang membuatkan bulu romanya meremang.
Sekolah itu popular dengan satu kisah.
Sejak itu, roh budak perempuan itu sering mengganggu pengawal keselamatan dan pelajar sekolah.
Fad menelan air liur kerana ingin menghilangkan rasa seram. Riak wajah Fad sudah berubah takut.
Fad berpaling ke arah perempuan itu. "Eh takde pape, ayah awak lambat lagi ke?"
Perempuan itu menjawab dengan senyuman. "Tak tahu la, kenapa awak takut ke?"
Fad mula gelabah seperti orang hilang arah.
Fad yang melihat wajah perempuan itu ketawa mula berkata sesuatu di dalam hatinya. "Cantik juga hantu ni."
Badan Fad sebenarnya masih penat, dia mula menyandar pada dinding dan akhirnya tertidur.
Dia lihat seorang pengawal keselamatan berdiri di hadapannya. "Oi bangun, jangan tidur sini. Tidur kat rumah."
Fad melihat sekelilingnya, kelibat perempuan tadi sudah hilang.
Jika perempuan itu hantu, maka dia ialah hantu yang popular di aras tingkat 2.
Fad bangun dan mula menapak turun tangga ingin pulang ke rumah.
Perempuan yang dia jumpa di aras tingkat 2 tadi ada di dalam pondok pengawal keselamatan.
Perempuan itu lalu tersenyum yang membuatkan Fad menjerit. "Hantu!!!!!!!!!!"
"Kau kenapa jerit-jerit macam orang gila ni?"
Fad dengan wajah ketakutan menjawab. "Ada hantu!"
"Mana?"
"Tu dalam pondok tu."
Fad terkejut. "Maksudnya saya sorang je ke yang nampak hantu tu."
"Kau biar betul?"
"Habis siapa perempuan dalam pondok tu?"
"Kau ni gila ke apa?" Marah pengawal keselamatan itu.
"Kenapa pulak? Saya masih waras ni."
"Anak pak cik?!"
Perempuan yang ada di dalam pondok itu mentertawakan Fad.
"Jadi dia bukan hantu lah?"
Dia mula berjalan meninggalkan kawasan sekolah.
Dalam perjalanan dia berfikir.
"Adeih tak guna betul lah, aku ingat hantu tadi tapi cantik juga dia tu."
selepas sahaja mandi, dia baring di atas katil ingin melelapkan mata tapi tidak tahu kenapa, dia terbayang-bayang wajah perempuan tadi.
Adakah ini perasaan jatuh cinta?
"Aku kena jumpa budak perempuan tu sekali lagi untuk pastikan perasaan aku ni."
Fad pergi ke kelas pelajar tingkatan 2 dan bertanya soalan pada salah seorang rakannya. " Kau tahu tak, kelas budak perempuan yang ayah dia jadi guard jaga waktu malam kat sekolah ni?"
Fad rasa teruja. "La kelas 2 puyuh ke? Natasha rupanya nama dia, Terima kasih bro."
"Sama-sama, tapi.."
"Tapi apa?"
Fad terkejut. "Aik mustahillah, baru 2 hari lepas, aku jumpa dia."
"Dia pindah mengejut, tak pasti sebab apa."
"Kau tahu dia pindah mana?"
"Tak tahu, tak da siapa yang tahu."
Tapi wajah Natasha masih lagi bermain di dalam mindanya.
Masa berjalan pantas, 7 tahun berlalu.
Dia juga ingin menjadi seorang penulis novel.
Oleh itu dia banyak menghabiskan masa dengan membaca novel untuk menjadi seorang penulis yang baik.
Kawan Fad datang menegur. "Oi kau tak beli lagi ke buku Abstrakim?"
Fad terkejut. "Eh buku abstrakim? Dia ada keluarkan buku ke?"
Fad bingkas bangun dan mengemas meja lalu berjalan ingin ke kedai buku POPULAR.
Dia berjalan ke kaunter. "Buku Abstrakim yang baru tu ada lagi tak?"
"Saya minat sangat dengan Abstrakim, saya sanggup bayar berapa je..." Fad memberhentikan kata-katanya apabila melihat wajah perempuan itu.
"Natasha?"
"Saya lelaki yang terperangkap kat dalam sekolah masa kelas malam."
Natasha berfikir dan mula teringat. "Owh awak lelaki yang penakut tu kan?"
Kelihatan Natasha membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Mereka berdua berjalan bersama-sama keluar dari kedai buku.
"Aah dah lama da, dari baca thread dia kat twitter lagi. Tak sangka sekarang dia dah keluarkan buku."
"Owh sama lah, boleh tak saya nak pinjam dulu. Nanti dah habis baca, saya pulangkan balik." Pinta Fad.
Taktik Fad berjaya, dia meminjam buku itu kerana ingin mendapatkan nombor telefon Natasha. "Awak bagi nombor telefon awak, saya dah habis baca, saya pulangkan."
Semasa di dalam bilik, Fad ditegur rakan sebiliknya. "Aik senyum sorang-sorang. Buang tebiat ke?"
"Buyung apa tu Man?"
"Buyung apa kau ni, dapat buku Abstrakim terus jadi gila, hahaha." Gurau rakan sebiliknya.
"Akhirnya lepas bertahun-tahun, kita jumpa jugak akhirnya." Suara hati Fad.
Sejak dari itu, mereka sering berhubung melalui telefon bimbit.
Akhirnya buku itu sudah habis dibaca.
Mereka ingin bertemu di restoran.
Fad rasa hampa, wajahnya hiba.
Dia mendekati meja mereka dan meletakkan buku Dunia Plot Twist. "Terima kasih bagi saya pinjam."
Tanpa Fad sedar air matanya jatuh. Mungkin sudah sampai masanya Fad melupakan Natasha.
Mungkin mereka tiada jodoh.
Kenyataan yang amat berat bagi Fad.
Fad melihat dari mana suara itu datang, dia terkejut melihat itu ialah Natasha.
"Eh, Natasha?"
"Lama tak nampak awak?"
"Mana Fad hilang selama ni?" Soal Natasha.
"Saya sibuk."
"Hurm Natasha masih dengan boyfriend Natasha ke?"
"Eh, ingat tak masa Fad pulang kan novel dulu, ada lelaki dengan Natasha?"
"Eh tu sepupu Natasha la."
"La yeke?" Fad mula rasa malu.
Mereka mula berbual lagi tentang kehidupan masing-masing.
Dia meminta maaf tentang apa yang berlaku, hubungan mereka mula rapat kembali dan hampir setiap minggu mereka akan berjumpa.
Dia membeli cincin untuk melamar Natasha.
Malam itu, mereka akan berjumpa di sebuah restoran terkemuka.
Fad tunggu selama 5 jam, tapi tiada kelibat Natasha.
Hati Fad rasa sayu. Dia rasa sangat sedih.
Akhirnya restoran itu tutup. Dia cuba menghubungi Natasha tapi tidak dapat.
Apabila dia ingin meluahkan perasaannya, mesti ada halangan.
Fad rasa sangat sedih dan hampa..
Dia mencari Natasha di rumah, tapi Natasha tiada di rumah.
Dia pergi ke tempat kerja Natasha.
Natasha kemalangan jalan raya..
Dia kemalangan pada malam Fad ingin melamarnya.
Fad bergerak ke hospital.
Apabila sampai di hospital, wajah Natasha sangat gembira melihat Fad.
Fad meluahkan perasaannya, rupanya Natasha pun menyimpan perasaan yang sama.
Setelah Natasha sembuh, Mereka pun berkahwin dan hidup bahagia bersama.
Zainal menutup buku itu. "Dah habis dah cerita, nenek tidurlah."
Dia bangun meninggalkan nenek itu, berjalan ke ruang lain.
Muka Atid seperti terkejut. "Kau baca buku yang kat atas meja tu?"
"Ada kisah disebalik buku tu."
"Aik kisah apa?"
Atid mula bercerita.
Nenek tua yang Zainal bacakan buku itu tadi ialah Natasha.
Cerita dalam buku tu pengakhirannya telah diubah.
Sebenarnya masa Fad berjumpa dengan Natasha di hospital.
Doktor memberitahu yang Natasha akan hilang ingatan hampir setiap hari.
Bangun sahaja dari tidur, ingatannya pada hari semalam akan hilang.
Jadi Fad mula menulis buku tentang kisah cintanya dengan Natasha.
Dia mengubah pengakhirannya. Kerana di dalam buku itu sebenarnya pengakhiran yang dia mahukan bersama dengan Natasha.
Fad tidak pernah berkahwin, dia menghabiskan hayat hidupnya untuk menjaga Natasha.
Dia ingin tahu adakah Natasha juga mencintainya.
Fad sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.
Natasha masih lagi tidak mempunyai memori lamanya.
Air mata Zainal mengalir mendengar cerita Atid. "Aku tak sangka cinta sejati tu wujud."
"Ada, yang boleh mencipta cinta sejati tu diri kita sendiri." Balas Atid.
Mereka berdua berjalan meninggalkan kawasan itu.
Dia seperti teringat akan sesuatu.
Dengan air mata masih bertakung di bola mata, dia menutup mata ingin ke alam mimpi.
Dia berjalan masuk ke sebuah restoran. Restoran yang sangat mewah.
Fad yang masih muda sedang duduk di sebuah meja, apabila dia lihat Natasha sudah sampai, dia bangun ingin menyambutnya.
Fad mula mengeluarkan bekas cincin dan membukanya. Lalu dia duduk di lantai menghalakan cincin itu pada Natasha. "Sudi tak awak menjadi isteri saya?"
"I love you too."
Malam itu hari yang sangat gembira dalam hidup Natasha.
Walaupun hanya dalam mimpi.
Tapi semuanya sudah terlambat, Fad sudah meninggal dunia.
Setelah habis Fad membaca buku itu dan Natasha sudah tidur. Dia akan memberitahu Natasha yang dia amat mencintainya.
Dia menangis dan berasa amat sedih.
Dia meninggal dunia pada malam itu.
Tamat.
shopee.com.my/product/278352…