My Authors
Read all threads
Kenapa ‘tembak’ suhu di kepala?

Suhu permukaan badan manusia boleh berubah mengikut persekitaran. Waktu cuaca panas, saluran darah akan mengembang menyebabkan lebih banyak aliran berhampiran permukaan kulit untuk membebaskan haba. Waktu ini, badan akan terasa panas.
Semasa sejuk, saluran darah di permukaan kulit akan mengecut. Haba akan disimpan di dalam badan. Sesetengah anggota badan akan terasa sejuk. Contohnya tangan.
Demam pula adalah apabila “core temperature” dalam badan meningkat. Ini adalah tindakbalas fisiologi badan sekiranya terdapat jangkitan.
Untuk mengukur “core temperature” yang sebenar adalah tidak praktikal untuk awam kerana ia melibatkan prosedur yang “invasive”. Jarum perlu dicucuk di saluran darah yang spesifik untuk mengukurnya.
“Rectal temperature” dikatakan mempunyai suhu yang paling tepat dengan core temperature. Namun begitu, ia juga tidak sesuai digunakan untuk saringan suhu badan di tempat awam.
Bahagian yang paling kurang dipengaruhi oleh suhu persekitaran adalah bahagian atas abdomen. Oleh itu, ia boleh digunakan sebagai pengukur suhu yang reflektif kepada “core temperature”.
Dahi merupakan permukaan yang tidak terlindung oleh pakaian, rambut, misai dan janggut. Oleh kerana itu, kebanyakan pengeluar termometer mengeluarkan termometer yang telah dikalibrasi untuk mengukur suhu di kawasan ini.
Sekali lagi diingatkan, termometer mengukur suhu (signal infrared) dari badan manusia. Ia tidak memancarkan “laser” atau apa apa sinaran berbahaya kepada manusia.

Harap fahamlah ya! Tak perlu takut untuk ambil suhu di kepala.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Fahmi Hassan

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!