Kena duduk rumah. Tak boleh jumpa orang lain. Kalau keluar kena pakai mask. Kena sentiasa cuci tangan dan hand sanitiser. Tak boleh balik kampung. Bimbang bila anak dan keluarga sakit.
Susah kan?
Sekarang baru semua perasan. Penyakit berjangkit macam ini tak pilih orang. Bila ia tular, semua orang kena.
Dunia tertunggu-tunggu rawatan spesifik dan vaksin COVID19. Semua negara yang ada kapasiti sedang berusaha keras untuk ini.
Yang tidak ambil vaksin untuk penyakit berjangkit, ingatlah kesulitan dan kebimbangan hidup semasa zaman penularan wabak.
Ingat!!
Fahmi Hassan
Pharmacist
#MedTweetMY