, 9 tweets, 2 min read
Semasa sesi program Analisis semalam, Dr Nor Aryana menyebut yang nikotin akan mendatangkan kesan dalam tempoh 10 saat. Kenyataannya ditertawakan oleh panel dan penyokong vape.
Dalam sains perubatan, terdapat satu cabang ilmu yang mengkaji bagaimana sesuatu bahan atau ubat mendatangkan perubahan fisiologi pada tubuh. Bidang tersebut dikenali sebagai sains farmakologi.
Terdapat dua konsep asas dalam farmakologi iaitu farkamodinamik dan farmakokinetik. Farmakodinamik mengkaji bagaimana sesuatu ubat memberi kesan kepada badan. Farmakokinetik pula mengkaji bagaimana tubuh memproses ubat yang masuk ke dalam badan.
Dalam bidang farmakokinetik, ada empat proses asas iaitu penyerapan, distribution (tak jumpa perkataan Bahasa Melayu yang sesuai), metabolisma dan penyingkiran. Sesuatu ubat yang masuk ke dalam tubuh akan mengalami 4 proses ini, termasuklah nikotin dari vape atau rokok.
Apabila asap mengandungi nikotin disedut, ia akan DISERAP melalui paru-paru ke dalam saluran darah. Kemudian ia akan dibawa (DISTRIBUTION) ke otak. Proses penyerapan dan distribution ini mengambil masa sekitar 7-10 saat sahaja.
Bagi seorang yang faham dengan ilmu farmakologi, inilah yang dimaksudkan oleh Dr Aryana dalam sesi Analisis semalam. Nicotine akan mendatangkan kesannya di beberapa jenis reseptor di otak. Ia akan mendatangkan kesan yang mengubah beberapa fungsi fisiologi tubuh.
Ia kemudiannya akan melalui proses metabolisme di hati. Nikotin akan ditukar ke bahan lain dalam proses ini. Akhirnya ia akan disingkirkan dari tubuh badan melalaui air kencing. Proses penyingkiran ini dianggarkan berlaku dalam tempoh 2 jam.
Oleh kerana itu, kebiasaannya perokok akan mengalami simptom withdrawal dalam tempoh tersebut. Perokok akan mula rasa ingin menghisap rokok atau vape semula.
Jelas, tiada yang lucu dari pernyataan Dr Aryana. Ia adalah proses sains yang terbukti dan diterima dalam bidang sains di seluruh dunia.

Fahmi Hassan
Pharmacist
fahmihassan.net

Clin Pharmacol Ther. 2008 Apr;83(4):531-41. doi: 10.1038/clpt.2008.3. Epub 2008 Feb 27.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Fahmi Hassan

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!