Saya ada keluarkan buku.
⭐Review 5 star
🔥Harga Promosi (Terhad)
Kalau nak order boleh whatsapp ke 01114476212
atau tekan je link ni 👇
shopee.com.my/product/278352…
Dia bergegas keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.
Keretanya bergerak keluar dari perkarangan rumah ingin menuju ke destinasi yang dijanjikan.
Dia tidak ingin mengendahkan wanita itu tapi apabila keretanya semakin dekat, dia seperti mengenalinya.
Apabila keretanya sudah ada di sebelah mak cik Hamidah, dia menurunkan cermin tingkap dan menegur. "Assalamualaikum mak cik Hamidah, nak pergi mana ni jalan sorang-sorang?"
Azim melihat sekeliling, keadaan sunyi dan sepi.
"Takpelah Azim, menyusahkan je. mak cik boleh jalan kaki."
"Tak susah, masuklah." Pelawa Azim lagi.
Azim menggerakkan kenderaannya. Dalam perjalanan baru Azim bertanya. "Mak cik Hamidah nak pergi mana?"
Azim terkedu mendengar jawapan dari mak cik Hamidah. Dia mula terfikir sambil berkata di dalam hati. "Jalan Tun Abdul, tu bukan kawasan kubur ke?"
Selepas mengetahui destinasi wanita tua itu, wajah dan senyuman mak cik Hamidah jadi amat menyeramkan.
Azim menelan air liur apabila tekaannya tepat bahawa wanita tua itu ingin ke kawasan perkuburan.
dia berasa tidak senang duduk, kenapa wanita tua itu ingin ke kubur pada waktu malam?
Tiba-tiba muncul bau wangi yang entah datang dari mana.
Bau wangi selalu menyenangkan tapi bau ini membuatkan bulu roma Azim naik.
Dia meneruskan pemanduan dengan perasaan berdebar.
Azim hanya tersenyum tanpa kata. Dia cuba berfikiran positif. Mungkin ada benarnya penjelasan wanita tua itu.
Benaknya sudah penuh dengan soalan membuatkan dia tidak mahu berfikir lagi. Targetnya hanya menghantar wanita tua itu, lalu pergi ke tempat makan bersama kawan-kawannya dengan segera.
"Kenapa menyanyi pulak dia ni?"
Bulu roma Azim sudah naik, dia menelan air liur sekali lagi ingin menenangkan diri.
Sampai sahaja di jalan Tun Abdul, dia lihat kawasan perkuburan pada waktu malam yang sunyi sepi gelap gelita.
"Masuk dalam." Arah mak cik Hamidah.
Dia mula berpeluh walaupun keadaan di dalam kereta sudah sejuk dihembus angin aircond.
Hatinya berkata. "Keje gila apa lah aku buat ni, baik aku terus pergi lepak kedai mamak tadi."
Azim tidak berani melihat keadaan sekeliling risau terlihat perkara-perkara aneh yang menyeramkan.
"Nampak mak cik."
"Turunkan aku kat situ."
Azim hanya patuh mengikut arahan wanita tua itu, dia mahu selesaikan perkara ini secepat mungkin.
Keadaan menjadi sunyi, tiada bunyi pintu dibuka. Dia berkata sekali lagi. "Mak cik dah sampai dah."
Masih sunyi. Lalu dia lihat di belakang, tiada orang.
Dia melihat sekeliling sambil memangil mak cik Hamidah tapi tiada sahutan.
Dia sudah rasa tidak sedap hati, Dia lihat di luar kereta, hanya kawasan perkuburan yang sunyi dan suram.
"Kau kat mana tu? Mak nak kirim makanan."
Azim yang ketakutan memberitahu. "Azim kat kubur ni."
"Tak, tadi Azim ambil mak cik Hamidah, dia jalan sorang-sorang kat tepi jalan. Dia cakap dia nak pergi kubur. Azim hantarlah."
Mak Azim semakin risau. "Azim kau ni cakap biar betul?"
"Kau lupa ke? Mak cik Hamidah dah sebulan meninggal dunia."
Azim tergamam. Baru dia teringat dan sedar yang mak cik Hamidah sudahpun meninggal dunia.
Mukanya berubah pucat kerana tahap ketakutannya sudah meninggi.
"Kalau mak cik Hamidah meninggal dunia, habis siapa yang aku bawa tadi!!"
Cerita ni panjang lagi, ada hal sikit. Aku sambung 11.30 malam ni.
Kalau nak lebih banyak lagi cerita yang menarik, boleh beli buku aku dengan tekan link ni 👇
shopee.com.my/product/278352…
Atau whatsapp sahaja ke 01114476212
Keretanya tidak dapat undur kerana di belakang keretanya terdapat banyak papan nisan. Dia lihat Sekeliling keretanya adalah kubur.
Dia sudah berpeluh kerana rasa resah. Muncul bunyi burung hantu menambahkan lagi rasa seram.
"Takkan aku nak langgar semua kubur ni."
Dia buntu, badannya sudah menggigil ketakutan. Dia tidak berani melihat keadaan sekeliling.
Tiba-tiba dibalik kesunyian malam, kedengaran suara tangisan sayup-sayup dari luar kereta.
Azim berhenti membaca dan Nafasnya mula laju kerana rasa takut.
Dia tersentak. Mak cik Hamidah sudah ada di hadapan tingkap kereta dengan senyuman yang menyeramkan.
Keretanya diundur pantas bergerak keluar dari kawasan kubur.
Jantungnya berdegup kencang, dia dapat dengar suara mengilai.
Akhirnya keretanya berjaya keluar dari kawasan kubur.
Dia dengan pantas menuju ke lokasi kedai makan. Dia tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
Benaknya masih tidak dapat menerima kenyataan.
"Aku baru balik dari kubur tadi."
Mereka semua terkejut. Pelbagai soalan keluar. Azim menjawab semua soalan dan menceritakan apa yang berlaku.
Salah satu kawan Azim terperasan sesuatu pada Azim. "Peh baju baru ea? Macam gempak je!"
Azim tersenyum sinis. "Jangan macam-macam. 1K tau baju ni."
"Tu lah korang, tak kenal barang. Ni barang limited edition tau. Dalam dunia ada 10 je." Balas Azim seperti bongkak.
"Bundle ke?"
"Aah. Ni pun dah cukup murah lah harga 1k."
Azim tergamam. "Hati-hati kenapa?"
"Entah-entah baju ni bekas orang yang dah mati."
Azim menjadi marah. "Ish apa kau cakap ni."
Azim ingin positif berkata. "Kat Hospital tu, berapa banyak bekas katil orang mati, takda pape pun."
"Mana kau tahu takde pape."
Kini kawannya menambah perencah pula. Mereka berbual sehingga lewat malam.
"Entahlah mak, Azim pun tak tahu, rasa macam kena pukau."
Azim akur berjalan ke dapur mengambil sampah untuk dibuang.
Sampai sahaja di luar pagar rumah, dia memasukkan sampah itu ke dalam tong sampah besar.
"Haih siapalah yang takda sivik ni buang sampah merata!"
Azim bengang dengan sikap sesetengah individu yang buang sampah dengan tidak betul.
Apabila tangannya sudah memegang plastik hitam itu, dia terpaku.
Dia menelan air liur kerana dia tidak rasa yang dia pegang itu ialah plastik hitam tapi sesuatu seperti rambut.
Dan dia mula terperasan ada muka dibalik rambut itu. Beratnya seperti sebuah kepala.
Dia mula rasa seram kerana dia sedang memegang kepala.
Lalu dia berpaling ingin masuk semula ke dalam rumah.
Tapi langkahnya terhenti. Kepala itu bersuara seperti menangis. "Jangan tinggalkan aku kat sini. Bagilah aku masuk dalam."
Mak Azim terkejut. "Kau ni kenapa Zim? Macam kena kacau ngan hantu je."
Suara hati Azim berkata. "Memang kena kacau dengan hantu pun."
Mak Azim rasa perangai anaknya itu aneh.
Azim membuka baju dan seluar, dia kini hanya bertuala. Duduk termangu berfikir tentang gangguan yang dia alami. "Kenapa tiba-tiba aku kena ganggu ni? Sebab hantu mak cik Hamidah ke?"
Malam itu, dia bermalam di rumah kawan baiknya iaitu Haziq. Ada malam tertentu, dia akan bermalam di rumah kawannya itu.
Sampai sahaja di dapur, kelihatan ada wanita tua sedang duduk di meja makan.
Jadi dia berasa janggal sedikit.
Wanita tua itu hanya tersenyum. Hziq membalas senyuman.
Dia minum air dan berlalu masuk ke dalam bilik.
"Ziq, kau baru bangun ke?"
"Aah kau pergi mana tadi?"
"Aku pergi dapur tadi minum air, aku terjumpa nenek kau."
"Entah lah, dia duduk je kat dapur tu."
"Owh."
Lalu Haziq membuka telefon bimbitnya.
"Eh betullah, kenapa?"
Muka Haziq berubah pucat. "Aku baru teringat yang keluarga aku takda kat rumah. Kita dua je sekarang dalam rumah ni."
Benak Azim mula teringat kembali wajah nenek tua yang dia jumpa di dapur tadi.
Baru dia sedar wajahnya berbeza dengan nenek Haziq.
Senyuman nenek tua itu juga menyeramkan. Azim baring diatas katil ketakutan.
"Aku tak rasa perkara aneh pada badan kau? Pelik macammana gangguan ni boleh terjadi?"
"Saya pun tak tahu lah Ustaz, sejak akhir-akhir ni gangguan tu datang."
Riak Azim seperti berfikir. "Takda pula ustaz."
"Kalau takda, aku tak tahu lah macammana nak tolong kau."
Selama ini, gangguan yang terjadi. Ada kena mengena dengan baju limited edition yang dia beli.
Semua gangguan ini terjadi semasa dia memakai baju itu.
"Kenapa kamu rasa macamtu?"
"Semua gangguan yang terjadi ni, bila saya pakai baju tu. Kalau saya tak pakai baju tu, tiada gangguan."
"Kenapa tak saya hapuskan je baju tu?"
"Risau benda yang ada dalam baju tu menjadi lebih liar dan menghantui hidup kamu selama-lamanya."
"Baiklah Ustaz."
"Abang, saya datang nak pulangkan baju ni."
Wajah pemilik kedai bundle itu iaitu Rashid berubah pucat melihat baju itu.
Azim tahu ada sesuatu yang tak kena.
"Saya tahu tak boleh refund, saya cuma nak pulangkan baju ni pada pemilik asal baju ni."
Pergerakan Rashid terhenti, dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Dia terdiam dan terpaku.
"Aku tak boleh bagitahu kau, pemilik baju ni."
Riak wajah Azim bertukar hairan. "Kenapa pula?"
"Sebab aku tak tahu, siapa punya baju tu."
"Aku jumpa masa nak buang sampah, baju tu berlumuran dengan darah."
"Darah?!!"
"Ye, aku tengok tu baju limited edition. Sebabtu aku bawa balik, basuh dan jual."
Dia tidak tahu ingin buat apa lagi.
Lalu dia membuat keputusan untuk membuang sahaja baju itu, mungkin gangguan itu akan tamat.
Dia campak baju itu ke dalam tong sampah di luar rumahnya.
Malam itu, dia baring di atas katil sambil bermain handphone. Bunyi guruh yang kuat muncul secara tiba-tiba. "Eh nak hujan ke?"
"Wah hujan best tidur ni." Dia memejamkan mata. Lalu muncul berdentum kuat guruh yang hampir menggegarkan biliknya, dia tersentak melihat biliknya sudah gelap gelita.
Dia rasa elektrik sudah terpadam kerana sambaran petir tadi.
Dia rasa hairan. "Mana semua orang ni, tak perasan ke rumah tak de elektrik."
Bingkas dia bangun keluar dari bilik ke ruang tamu.
Dia memeriksa setiap bilik, semua bilik kosong.
"Mana semua orang dalam rumah ni pergi?"
Hujan masih lebat di luar rumah dengan dentuman bunyi guruh.
Azim cuba positif. "Mungkin itu adalah ahli keluarganya."
Dia menapak perlahan-lahan untuk ke pintu utama rumah.
Dia tersentak, kelihatan seorang perempuan kebasahan berbaju putih dan rambutnya panjang berdiri di tepi tong sampah.
Dia bersuara. "Azim, tolong, Azim, aku nak masuk."
Keluar darah dari perut perempuan itu secara tiba-tiba. Mengalir dengan banyak masuk ke kawasan rumahnya.
Azim ketakutan tergamam. "Apa kau nak dari aku!?"
Azim terjaga dari tidur, rupanya itu mimpi. Lampu biliknya masih bercahaya. Di luar rumah tidak hujan.
Dia tahu mimpi tadi ada kena mengena dengan baju bundle itu.
Keesokkan hari, dia menceritakan apa yang terjadi pada ustaz.
Ustaz itu mengutarakan pendapatnya. "Dia dah masuk ke dalam mimpi, mungkin lepas ini, dia akan bagitahu milik siapa baju tu dan kamu pulangkanlah."
Ustaz itu menggelengkan kepala. "Jangan cakap macamtu."
"Kenapa pula ustaz?"
"Baiklah ustaz, saya akan betulkan niat saya."
Nama perempuan itu disebut-sebut di dalam mimpi. Bangun sahaja dari tidur, dia mencari nama itu di Facebook.
Dia mula menghantar mesej di Facebook. "Assalamualaikum, nama saya Azim, ini cik Herlina Adira ke?"
Mesej itu tidak dibalas, selepas setengah jam. Baru ada balasan. "Ye saya, ada apa ye?"
"Apa benda tu."
"Baju."
Mesej itu dibalas pantas. "Baju tu, baguslah, akhirnya jumpa juga."
Azim terkejut, rupanya perempuan itu tercari-cari baju tersebut.
Dan kenapa baju itu ada darah?
Keesokkan harinya, Azim sampai di hadapan rumah memberi salam.
Herlina pergi ke dapur untuk membuat air. Azim bangun dari duduk melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding.
Ada gambar Herlina dengan seorang perempuan. Wajah mereka sama. Mungkin kembarnya.
"Terima kasih, susah-susah je."
Kata Azim menuang air ke dalam cawan untuk minum.
"Awak kata nak pulangkan baju?"
"Ye, sekejap ye." Azim mengeluarkan baju itu dari beg.
Azim ingin mengetahui lebih lanjut. "Ni baju siapa sebenarnya?"
"Ni baju kakak saya, kat mana awak dapat baju ni?"
"Owh mungkin penjual baju tu ambil kat tong sampah."
"Tapi menurut penjual tu, masa dia jumpa baju ni kat tong sampah. Ada darah kat baju tu. Apa sebenarnya yang terjadi?"
Herlina menangis teresak-esak.
"Meninggal dunia?"
"Ye, dia meninggal dunia sebab penyakit misteri. Semuanya kerana melanggar pantang larang."
"Pantang larang apa?"
"Jadi darah tu?"
"Saya pun."
Azim terkejut. "Awak pun?"
Herlina tersenyum. "Sekarang baju ni dah ada kat tangan saya, terima kasih sebab hantar. Mungkin semua ini ada hikmahnya."
Hati Azim rasa lega, akhirnya semuanya terungkai. Dia bangun ingin beransur pulang.
"Takpe saya faham."
"Kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, awak bagitahu je saya."
"Terima kasih."
Herlina menutup pintu, dia menarik nafas lega.
Muncul satu suara dari arah bilik. "Tak tahu pulak, kau ni pandai berlakon."
Herlina menoleh ke arah itu.
Herlina tersenyum. "Dah selesai, kita dah dapat baju tu."
"Lain kali nak bunuh orang, jangan pakai baju limited edition! Kalau kau buat silap lagi, aku dah malas jumpa bomoh tu."
Setiap kali melakukan pembunuhan, mereka akan membuang baju yang mereka pakai.
masa melakukan pembunuhan pada malam itu, Herlina memakai baju limited edition.
Mereka dapat tahu ada rakaman cctv yang menunjukkan pakaian yang mereka pakai.
"Baju tu dah takda, ada orang ambil. Macammana ni?!!"
Mungkin kegiatan mereka akan terbongkar kalau polis dapat mencari orang yang memiliki baju tersebut.
Jadi mereka berusaha mencari baju tersebut tapi tidak berjaya.
Oleh itu pemilik baju itu akan menghapuskan baju itu atau memulangkan pada mereka semula.
Tamat.
Yela sebab aku rasa twitter dah tak macam dulu.
aku tak start lagi thread. Dah ramai kecam aku, aku pun tak tahu kenapa.. Sedangkan selama 2 tahun ni, tak macam tu pun..
Jadi aku kembali, selagi ada yang baca. Selagi tu lah aku akan menulis.
Terima kasih sangat-sangat.
Idea untuk thread, aku akan beri yang biasa-biasa je.
Boleh beli kat shopee 👇
shopee.com.my/product/278352…
Atau whatsapp sahaja ke 01114476212
Terima kasih😊