Misteri pembunuhan The Black Dahlia

[Ini adalah bebenang] Image
Pada pagi 15 Januari 1947 di Los Angeles, mayat Elizabeth Short yang ketika itu berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan dipotong dua pada paras pinggang dan tiada setitik darah yang tinggal dalam tubuhnya.
Mesra dipanggil Beth dalam kalangan teman rapatnya, dunia kemudian mengenali wanita itu dengan nama The Black Dahlia.
Pembunuhan tragis Black Dahlia menjadi inspirasi untuk pelbagai buku, siri televisyen dan adaptasi filem, namun di sebalik kemasyurannya, misteri kes tersebut masih belum terungkai hingga ke hari ini.
Dilahirkan pada 29 Julai 1924 di Boston, Massachusetts, Beth merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik, ibu bapanya bernama Cleo dan Phoebe Short. Ayahnya seorang ahli perniagaan berjaya sehinggalah kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929 menyebabkannya mengalami kerugian.
Beth kemudian berpindah ke California bersama bapanya pada tahun 1942 namun ketika berusia 19 tahun dia melarikan diri ke Santa Barbara ekoran satu pertengkaran.
Pada 23 September 1943, Beth ditahan pihak berkuasa kerana kesalahan melibatkan alkohol dan gambar 'mugshot'nya ketika itu menjadi antara foto Black Dahlia yang paling ikonik. Image
Beth bertemu kekasih hatinya yang juga seorang pegawai Tentera Udara, Mejar Matthew Michael Gordon, Jr. di Florida pada tahun sama namun malangnya dua tahun kemudian pemuda tersebut menemui ajal dalam nahas kapal terbang.
Bercita-cita untuk menjadi bintang Hollywood, Beth banyak menghabiskan masa di Los Angeles dan San Diego sekitar penghujung tahun 1946.
Menampung hidup dengan bekerja sambilan di sebuah kedai ubat, Beth yang memiliki rambut hitam berkilat itu menjadi popular dalam kalangan pengunjung lelaki kedai tersebut dan diberi nama jolokan The Black Dahlia.
Seorang penduduk tempatan, Betty Bersinger ditemani anak perempuannya berusia tiga tahun sedang bersiar-siar di Leimert Park, Los Angeles, pada pagi 15 Januari 1947 apabila mereka menemukan mayat Black Dahlia dalam keadaan separuh bogel & tubuhnya dipotong 2 pada paras pinggang.
Tangan Beth diletakkan di atas dahi sementara kakinya terbuka luas, tiada setiitis darah yang tinggal dalam tubuh wanita itu, lebih menyayat hati ususnya dirobek keluar lalu diletakkan di bahagian bawah punggung.
Muka Beth dikelar dari bahagian mulut hingga ke telinga menampakkan seolah-olah mangsa sedang tersenyum jahat. Bahagian peha Beth yang mempunyai tatu berupa sekuntum bunga ros dilapah lalu disumbat ke dalam kemaluannya.
Namun mayat Beth telah dibersihkan oleh pembunuhnya dan ia menyukarkan usaha polis untuk menjejak si pelaku. Penemuan mayat Beth menjadi berita sensasi dan wartawan pada ketika itu sanggup sanggup melakukan apa sahaja untuk mengorek rahsia siapa Black Dahlia sebenarnya.
Pembunuhan tragis Black Dahlia menghiasi muka depan dada akhbar pada ketika itu dan kebanyakan cerita ditokok tambah untuk menjadikannya lebih sensasi.
Antaranya, Black Dahlia digambarkan sebagai seorang wanita cantik yang menggoda malah terdapat akhbar yang melabelnya sebagai pelacur sekali gus menjadikannya sasaran pembunuhan.
Pada 21 Januari 1947, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pembunuh Black Dahlia menghubungi editor akhbar Examiner dan memaklumkan akan menyerah diri.
Tiga hari kemudian, seorang pekerja Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (AS) menemukan bungkusan berisi barangan peribadi Beth termasuk surat kelahiran, kad keselamatan sosial, gambar dan buku alamat milik seorang lelaki bernama Mark Hansen.
Hansen merupakan seorang pemilik kelab malam yang pernah dikaitkan sebagai suspek pembunuhan Black Dahlia. Sementara itu, laporan kumpulan penyiasat asal kes terbabit turut menyebut kemungkinan Beth dibunuh kerana terlibat dengan ahli geng.
Ekoran pembunuhan kejam yang menimpa Black Dahlia, Jabatan Polis Los Angeles pada waktu itu telah menjalankan siasatan intensif dan lebih 150 suspek di kenal pasti namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Sementara itu, terdapat juga laporan mengatakan sekurang-kurangnya 60 orang lelaki mengaku membunuh wanita cantik itu. 70 tahun telah berlalu namun identiti pembunuh sebenar dalam kes yang dianggap antara paling kejam dalam sejarah Amerika Syarikat itu masih gagal dirungkai.
Pembunuhan Black Dahlia boleh disamakan dengan kes Cleveland Torso Murders pada sekitar tahun 1934 dan 1938 yang menyaksikan 12 mangsa dibunuh kejam dan mayat mereka dipenggal namun pembunuhnya masih kekal misteri.
Impian Black Dahlia untuk menjadi bintang terkenal tidak kesampaian namun pengakhiran hidupnya yang tragis membuatkan dirinya dikenali ramai dan rahsia tentang siapa pembunuh sebenarnya akan terus terkubur bersama waktu.
Sumber : Sinar Harian

Subscribe : t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

11 Oct
Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

[Ini adalah bebenang] Image
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Read 29 tweets
10 Oct
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.
Read 7 tweets
10 Oct
Sejarah Kellie’s Castle

[Ini adalah bebenang] Image
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah.
Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
Read 18 tweets
8 Oct
Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

[Ini adalah bebenang] Image
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jejambat adalah terma yang merujuk kepada jambatan jalan raya atau jambatan jalan kereta api yang dibina untuk melintasi sebarang lurah.
Kita semua tahu bahawa jejambat adalah satu perkara yang tidak asing lagi buat generasi yang hidup di zaman sekarang. Hal ini adalah kerana terdapat begitu banyak jejambat yang telah dibina diseluruh negara.
Read 7 tweets
21 Sep
Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah

[Ini adalah bebenang]
Krisis pencerobohan di pantai timur Sabah mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac.
Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku :
9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Read 156 tweets
10 Sep
Pembicaraan Kes Mona Fandey, Kisah Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Yang Dikerat 18

[Ini adalah bebenang] Image
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan kes pembunuhan ahli politik iaitu Datuk Mazlan Idris dan ia boleh dianggap sebagai salah satu kes paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.
Mana tidaknya, tubuh Mazlan ditemui dalam keadaan yang begitu tragik di mana ia telah dikerat kepada 18 bahagian. Tidak cukup dengan itu, 18 bahagian tersebut kemudiannya ditanam di dalam simen. Image
Read 43 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!