Sejarah Kellie’s Castle

[Ini adalah bebenang]
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah.
Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta.
Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.
Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India.
Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen.
Selain rupa bentuk luaran yang tersergam indah, Smith juga membina 6 terowong rahsia untuk digunakan semasa kecemasan. Jika kita memasuki Kellie’s Castle sekarang, terdapat satu terowong rahsia yang ditutup di bilik penyimpanan wine istana ini.
Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia.
Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu.
Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya.
Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun.
Pembinaan istana ini terpaksa dihentikan setelah Smith meninggal secara mengejut di Lisbon untuk mengambil lif.
Isterinya, Agnes sangat sedih dan berduka cita atas berita berkenaan membuat keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual istana ini kepada sebuah syarikat iaitu Harrisons and Crosfield.
Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.
Sumber : Majlis Daerah Batu Gajah

Subscribe : t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

11 Oct
Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

[Ini adalah bebenang] Image
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Read 29 tweets
10 Oct
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.
Read 7 tweets
9 Oct
Misteri pembunuhan The Black Dahlia

[Ini adalah bebenang] Image
Pada pagi 15 Januari 1947 di Los Angeles, mayat Elizabeth Short yang ketika itu berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan dipotong dua pada paras pinggang dan tiada setitik darah yang tinggal dalam tubuhnya.
Mesra dipanggil Beth dalam kalangan teman rapatnya, dunia kemudian mengenali wanita itu dengan nama The Black Dahlia.
Read 24 tweets
8 Oct
Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

[Ini adalah bebenang] Image
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jejambat adalah terma yang merujuk kepada jambatan jalan raya atau jambatan jalan kereta api yang dibina untuk melintasi sebarang lurah.
Kita semua tahu bahawa jejambat adalah satu perkara yang tidak asing lagi buat generasi yang hidup di zaman sekarang. Hal ini adalah kerana terdapat begitu banyak jejambat yang telah dibina diseluruh negara.
Read 7 tweets
21 Sep
Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah

[Ini adalah bebenang]
Krisis pencerobohan di pantai timur Sabah mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac.
Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku :
9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Read 156 tweets
10 Sep
Pembicaraan Kes Mona Fandey, Kisah Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Yang Dikerat 18

[Ini adalah bebenang] Image
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan kes pembunuhan ahli politik iaitu Datuk Mazlan Idris dan ia boleh dianggap sebagai salah satu kes paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.
Mana tidaknya, tubuh Mazlan ditemui dalam keadaan yang begitu tragik di mana ia telah dikerat kepada 18 bahagian. Tidak cukup dengan itu, 18 bahagian tersebut kemudiannya ditanam di dalam simen. Image
Read 43 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!