Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

[Ini adalah bebenang]
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Cerita Puteri Gunung Ledang sememangnya terkenal dan dicatatkan dalam kitab Melayu lama, antaranya Salalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah selain diperturunkan secara lisan daripada generasi lama ke generasi baharu.
Justeru, ada banyak versi kisah puteri jelita berkenaan dan satu daripada versi itu bermula dengan kemangkatan permaisuri Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan kelapan dan terakhir memerintah Kerajaan Melaka dari tahun 1488 hingga 1511.
Orang bunian

Akibat kematian permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan Hang Tuah yang sudah tua selain Sang Setia dan Tun Mamat melamar Puteri Gunung Ledang yang amat jelita. Ada versi mengatakan puteri itu bukanlah manusia sebaliknya orang bunian.
Maka, rombongan peminangan dihantar dan selepas beberapa hari meredah hutan, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Gunung Ledang. Hang Tuah yang uzur gagal meneruskan pendakian manakala Sang Setia menemani Hang Tuah.
Selepas lama mendaki menelusuri hutan tebal, Tun Mamat tiba di taman nan indah di atas gunung. Mereka kemudian menemui ketua dayang kepada Puteri Gunung Ledang dan menyampaikan hajat peminangan Sultan Melaka.
Selepas lama menunggu jawapan, akhirnya datang seorang nenek bongkok menyampaikan syarat tujuh hantaran Puteri Gunung Ledang iaitu:
"Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang; jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka;
tujuh dulang hati nyamuk; tujuh dulang hati kuman; tujuh tempayan air mata anak dara; tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda Melaka."
Tun Mamat terkejut mendengar syarat yang mustahil dipenuhi itu. Beliau kemudian turun menemui Hang Tuah dan menceritakan hal berkenaan.
Sultan menjadi zalim

Secara tersirat, Hang Tuah sedar peminangan Sultan ditolak secara kiasan oleh Puteri Gunung Ledang. Lalu akibat kecewa kerana gagal menyempurnakan titah, Hang Tuah enggan kembali ke istana dan menghilangkan diri dalam sungai.
Tun Mamat pulang menyampaikan syarat peminangan kepada Sultan Melaka. Tanpa memahami maksud tersirat di sebalik syarat hantaran, Sultan Mahmud mengerahkan seluruh rakyat menyediakan tuntutan supaya baginda dapat memperisterikan Puteri Gunung Ledang.
Keadaan dalam negara menjadi kacau-bilau apabila rakyat dikerah membina jambatan emas dan perak sehingga seluruh emas dan perak milik kerajaan dilebur. Tidak cukup dengan harta kerajaan, emas dan perak penduduk turut dirampas.
Lebih zalim, kalangan gadis dikerah berkurung dalam istana dan dipaksa menangis manakala rakyat lain dikerah mendapatkan pinang muda untuk diperah airnya walhal pinang muda tidak berair.
Selepas bertahun-tahun, akhirnya semua hantaran berjaya disediakan kecuali satu, iaitu semangkuk darah Raja Muda Melaka, iaitu Raja Ahmad.
Sultan Mahmud diceritakan tidak sampai hati untuk membunuh anakandanya yang masih kecil tetapi hasutan nafsu menyebabkan baginda tidak mempedulikan apa-apa lagi. Lantas dada kecil Raja Ahmad cuba ditikam.
Bagaimanapun, ketika keris hampir menembusi dada kanak-kanak itu, tiba-tiba Puteri Gunung Ledang menjelma di hadapan Sultan.
Puteri itu menzahirkan kekecewaannya terhadap Sultan Mahmud yang sanggup menindas rakyat dan menumpahkan darah zuriatnya sendiri kerana tergila-gilakan wanita yang tidak pernah dikenali.
Puteri Gunung Ledang menjelaskan beliau menolak pinangan Sultan Mahmud dan rentetan kejadian itu akhirnya menginsafkan baginda.
Pelbagai versi cerita

Sehingga kini, ramai pihak tertanya-tanya di manakah letaknya jambatan emas dan perak yang kononnya sudah dibina. Melewati masa, tiada kesan tinggalan jambatan ditemui melainkan dalam kisah legenda semata-mata.
Menerusi laman sesawang informasi, tertera maklumat pihak tertentu percaya jambatan emas dan perak itu wujud tetapi tertimbus bawah tanah.
Laman terbabit turut memaparkan versi lain kisah berkenaan antaranya Puteri Gunung Ledang tidak pernah mengemukakan tujuh syarat hantaran tetapi syarat itu direka Tun Mamat dan Hang Tuah dengan harapan Sultan Mahmud faham peminangannya ditolak.
Ada juga versi mengatakan Sultan Mahmud gagal menunaikan semua syarat pelik itu sekali gus menjelaskan jambatan itu tidak pernah dibina. Selain itu, satu lagi misteri dalam legenda Puteri Gunung Ledang ialah identiti sebenar wanita berkenaan.
Puteri raja dari Jawa

Ada juga cerita disebarkan kononnya Puteri Gunung Ledang bukanlah manusia tetapi ratu bunian, jin atau makhluk kayangan. Bagaimanapun, ada juga pihak dan pengkaji yakin Puteri Gunung Ledang adalah manusia iaitu puteri raja dari Jawa.
Puteri itu turut dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Puteri Ratna Gumilah Sari dan Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah alAkbar.
Mengikut pendapat itu, ketika remaja, Puteri Gunung Ledang dihantar ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka. Selepas itu, puteri berkenaan berpindah ke Gunung Ledang bersama pengikutnya untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Mengenai dakwaan kononnya Puteri Gunung Ledang adalah bunian atau jin, pihak skeptikal berhujah sememangnya gunung dan hutan menjadi kediaman jin dan tidak mustahil makhluk halus itu menyamar sebagai Puteri Gunung Ledang untuk menipu manusia.
Sumber : Berita Harian

Subscribe : t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

10 Oct
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.
Read 7 tweets
10 Oct
Sejarah Kellie’s Castle

[Ini adalah bebenang]
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah.
Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
Read 18 tweets
9 Oct
Misteri pembunuhan The Black Dahlia

[Ini adalah bebenang] Image
Pada pagi 15 Januari 1947 di Los Angeles, mayat Elizabeth Short yang ketika itu berusia 22 tahun ditemukan dalam keadaan dipotong dua pada paras pinggang dan tiada setitik darah yang tinggal dalam tubuhnya.
Mesra dipanggil Beth dalam kalangan teman rapatnya, dunia kemudian mengenali wanita itu dengan nama The Black Dahlia.
Read 24 tweets
8 Oct
Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

[Ini adalah bebenang] Image
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jejambat adalah terma yang merujuk kepada jambatan jalan raya atau jambatan jalan kereta api yang dibina untuk melintasi sebarang lurah.
Kita semua tahu bahawa jejambat adalah satu perkara yang tidak asing lagi buat generasi yang hidup di zaman sekarang. Hal ini adalah kerana terdapat begitu banyak jejambat yang telah dibina diseluruh negara.
Read 7 tweets
21 Sep
Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah

[Ini adalah bebenang]
Krisis pencerobohan di pantai timur Sabah mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac.
Berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku :
9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Read 156 tweets
10 Sep
Pembicaraan Kes Mona Fandey, Kisah Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Yang Dikerat 18

[Ini adalah bebenang] Image
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan kes pembunuhan ahli politik iaitu Datuk Mazlan Idris dan ia boleh dianggap sebagai salah satu kes paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.
Mana tidaknya, tubuh Mazlan ditemui dalam keadaan yang begitu tragik di mana ia telah dikerat kepada 18 bahagian. Tidak cukup dengan itu, 18 bahagian tersebut kemudiannya ditanam di dalam simen. Image
Read 43 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!