JAWI Food Bank malam semalam menyantuni mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang tinggal di rumah-rumah sewa mereka di sekitar Petaling Jaya, Kerinchi dan Wangsa Maju dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), APIUM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM.
Seramai 30 orang pelajar telah disantuni dengan sumbangan barangan keperluan seperti beras, sardin, gula, tepung, biskut dan sos cili dianggarkan bernilai RM40.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dilalui mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh PKPB ini.
Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya akan berusaha untuk memastikan semua kelompok sasar mendapat bantuan yang sewajarnya sepanjang tempoh pandemik ini.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drzul_albakri

21 Oct
Saya teringatkan kata-kata sarjana ulung Malik Ben Nabi dalam bukunya “Mushkilat al-Afkar fi al-‘Alam al-Islami” tentang pemikiran yang mati/jumud (al-afkar al-mayyitah), pemikiran yang mematikan (al-afkar al-mumitah) dan al-afkar al-hayyah (pemikiran yang dinamik). Image
Untuk pergi lebih jauh ke hadapan, umat Islam perlu tinggalkan al-afkar al-mayyitah. Jika kita masih lagi berdebat, dan bertekak dengan penuh emosi untuk memuaskan nafsu sendiri terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan harmoni,
senang dengan permusuhan dan perseteruan yang merugikan ummah, maka pemikiran kita sebenarnya mati.
Read 8 tweets
20 Oct
Saya baru menerima laporan program tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ yang digerakkan untuk sumbangan kewangan kepada pelajar IPT di seluruh negara yang mengalami kesulitan akibat penangguhan pendaftaran fizikal kemasukan pelajar baru-baru ini. ImageImage
Sebanyak RM200,000 telah berjaya disumbangkan kepada lebih 1,500 pelajar yang melibatkan sebanyak 80 IPT di seluruh negara.
Pihak kerajaan melalui PPZ-MAIWP memahami akan keluh kesah dari pelajar IPT yang mungkin telah selamat tiba ke pusat pengajian masing-masing atau telah merancang perjalanan ke IPT yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Read 4 tweets
20 Oct
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 32 Bil. 3/2020 secara sidang video pada pagi tadi. ImageImage
YWM kini sedang melaksanakan pelan-pelan tindakan berkaitan bagi memperkasa waqaf di Malaysia melalui pelan pemerkasaan YWM, meningkatkan "visibility" YWM dalam kalangan masyarakat dan pemerkasaaan kutipan dana waqaf tunai melalui Tabung Waqaf Malaysia.
YWM kini sedang berhubung rapat dengan pihak Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan agenda pemerkasaan waqaf dimasukkan dalam Bajet 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12.
Read 6 tweets
14 Oct
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Read 8 tweets
13 Oct
@myJAWIKL menyediakan juadah makanan tengaharu berkonsepkan kitchen soup "Dapur It'am" untuk diedarkan kepada kelompok sasar di WP sepanjang sepanjang PKPB dan bersambung hingga Disember di 24 buah masjid dan surau terpilih dalam WP.
Saya dan @Ustaz_Marzuk sentiasa berusaha utk memastikan #sifarlapar sepanjang PKPB di WP, begitu juga dalam bulan seterusnya sehingga Disember. Agihan untuk 300 penerima dibuat secara mingguan melalui masjid zon masing-masing.
Semoga engan adanya program ini dapat membantu pihak-pihak yang memerlukan sepanjang #PKPB dan berlangsung sehingga Disember. Saya amat berharap usaha ini dapat dikembangkan oleh pihak berkuasa agama negeri di tempat masing-masing untuk manfaat rakyat.
Read 4 tweets
12 Oct
Ya, betul @hazemanhuzir. Ramai juga yg benar2 susah. Bantuan #MusaadahKhasSiswa telah dan sedang berjalan dari sudut kewangan & makanan. Itu ikhtiar agensi2 agama di bawah saya utk membantu sekadar yg termampu dlm tempoh ini. Kita manfaatkan zakat, sumbangan org ramai dll.
Mahasiswa dlm WP boleh makan percuma di 24 masjid dan surau terpilih
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!