Saya baru menerima laporan program tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ yang digerakkan untuk sumbangan kewangan kepada pelajar IPT di seluruh negara yang mengalami kesulitan akibat penangguhan pendaftaran fizikal kemasukan pelajar baru-baru ini.
Sebanyak RM200,000 telah berjaya disumbangkan kepada lebih 1,500 pelajar yang melibatkan sebanyak 80 IPT di seluruh negara.
Pihak kerajaan melalui PPZ-MAIWP memahami akan keluh kesah dari pelajar IPT yang mungkin telah selamat tiba ke pusat pengajian masing-masing atau telah merancang perjalanan ke IPT yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya akan berusaha untuk memastikan semua kelompok sasar mendapat bantuan yang sewajarnya sepanjang tempoh pandemik ini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Saya teringatkan kata-kata sarjana ulung Malik Ben Nabi dalam bukunya “Mushkilat al-Afkar fi al-‘Alam al-Islami” tentang pemikiran yang mati/jumud (al-afkar al-mayyitah), pemikiran yang mematikan (al-afkar al-mumitah) dan al-afkar al-hayyah (pemikiran yang dinamik).
Untuk pergi lebih jauh ke hadapan, umat Islam perlu tinggalkan al-afkar al-mayyitah. Jika kita masih lagi berdebat, dan bertekak dengan penuh emosi untuk memuaskan nafsu sendiri terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan harmoni,
senang dengan permusuhan dan perseteruan yang merugikan ummah, maka pemikiran kita sebenarnya mati.
Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 32 Bil. 3/2020 secara sidang video pada pagi tadi.
YWM kini sedang melaksanakan pelan-pelan tindakan berkaitan bagi memperkasa waqaf di Malaysia melalui pelan pemerkasaan YWM, meningkatkan "visibility" YWM dalam kalangan masyarakat dan pemerkasaaan kutipan dana waqaf tunai melalui Tabung Waqaf Malaysia.
YWM kini sedang berhubung rapat dengan pihak Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan agenda pemerkasaan waqaf dimasukkan dalam Bajet 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12.
JAWI Food Bank malam semalam menyantuni mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang tinggal di rumah-rumah sewa mereka di sekitar Petaling Jaya, Kerinchi dan Wangsa Maju dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), APIUM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM.
Seramai 30 orang pelajar telah disantuni dengan sumbangan barangan keperluan seperti beras, sardin, gula, tepung, biskut dan sos cili dianggarkan bernilai RM40.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dilalui mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh PKPB ini.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
@myJAWIKL menyediakan juadah makanan tengaharu berkonsepkan kitchen soup "Dapur It'am" untuk diedarkan kepada kelompok sasar di WP sepanjang sepanjang PKPB dan bersambung hingga Disember di 24 buah masjid dan surau terpilih dalam WP.
Saya dan @Ustaz_Marzuk sentiasa berusaha utk memastikan #sifarlapar sepanjang PKPB di WP, begitu juga dalam bulan seterusnya sehingga Disember. Agihan untuk 300 penerima dibuat secara mingguan melalui masjid zon masing-masing.
Semoga engan adanya program ini dapat membantu pihak-pihak yang memerlukan sepanjang #PKPB dan berlangsung sehingga Disember. Saya amat berharap usaha ini dapat dikembangkan oleh pihak berkuasa agama negeri di tempat masing-masing untuk manfaat rakyat.
Ya, betul @hazemanhuzir. Ramai juga yg benar2 susah. Bantuan #MusaadahKhasSiswa telah dan sedang berjalan dari sudut kewangan & makanan. Itu ikhtiar agensi2 agama di bawah saya utk membantu sekadar yg termampu dlm tempoh ini. Kita manfaatkan zakat, sumbangan org ramai dll.