Boleh bagi seseorang yang dizalimi untuk mengadu kepada PIHAK BERKUASA atau pihak berautoriti yang boleh mengambil tindakan kepada orang yang menzaliminya.
2- Meminta bantuan untuk mencegah kemungkaran.
Seseorang yang mengetahui kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain, boleh untuk dia memberitahu kepada mereka yang ada kemampuan untuk mengubahnya / kepada pihak berkuasa yang boleh mengambil tindakan terhadap kemungkaran tersebut. Ini bertujuan untuk mencegah kemungkaran,
serta mengembalikan pelaku maksiat tersebut ke arah kebenaran.
3- Meminta fatwa
Seseorang itu berjumpa dengan ulama tertentu, bertanya soalan kepadanya, seperti : Si fulan telah memukul aku, apa cara untuk aku melawan kezalimannya terhadapku ?
Atau seorang ibu bertanya kepada seorang mufti : Anak aku derhaka kepada aku, apa patut aku lakukan ?
Dalam kes ini, dibenarkan untuk kita menceritakan kejahatan yang orang itu lakukan untuk mendapat jawapan dan penyelesaian.
4- Memberi amaran kepada orang Islam lain terhadap kejahatan diri seseorang.
Sebagai contoh, kita kenal ada seorang kaki pukul yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan, maka kita pun memberitahu wali perempuan tersebut atau kepada perempuan itu sendiri, agar mengelakkan ..
dari berkahwin, kerana khuatir perangai kaki pukul itu terbawa dalam kehidupan rumah tangga.
Begitulah dengan contoh seorang pencuri tegar, seorang penipu besar, maka boleh diberitahu kepada orang lain agar berhati-hati dengannya, takut-takut nanti dia menjadi mangsa curi atau
mangsa tipu. Tujuan pemberitahuan ini, tidak lain tidak bukan ialah semata untuk memberi nasihat, bukan tujuan merosakkan hubungan atau berniat jahat.
SEMOGA BERMANFAAT.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Jika kita tidak solat, tidak membaca Al-Quran, tidak berpuasa, maka betul, kita tidak akan mati pun.
Kita masih sahaja hidup dan bebas bergerak sana sini, meski meninggalkan seluruh perintah Allah ke atas diri kita.
Meski terus hidup, kehidupan yang mana kita inginkan kerana hakikatnya hidup itu ada dua jenis : Kehidupan yang baik (حَيَاةً طَيِّبَةً) atau kehidupan yang sempit / miserable (مَعِيشَةً ضَنكًا)
Janji Allah bagi mereka yang beramal soleh :
Sesiapa yang beramal soleh dari kalangan orang lelaki atau perempuan dalam keadaan dia mu’min maka Kami pasti akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik.
Meski kita digalak untuk bergaul dengan manusia, khususnya dalam berbuat kebajikan dan saling membantu, namun kita juga dituntut untuk memperuntukkan masa bersendirian dengan diri sendiri.
Kata Ibn Taimiyyah :
Menjadi keperluan kepada seorang hamba itu untuk (memperuntukkan) waktu supaya dia (dapat) bersendirian dengan dirinya, (dan dia dapat memanfaatkannya) dengan berdoa, berzikir, mendirikan solat, berfikir, memuhasabah diri, serta memperbaiki jantung hatinya.
Majmu’ Fatāwa 1/426
Beliau mengulas isu ini saat menjawab persoalan, adakah lebih afdal seorang sālik (individu yang sedang menuju Tuhan) untuk melakukan ‘uzlah (menyendiri) atau khulthah (bercampur dengan manusia) ?
Antara cara untuk mengelakkan keaiban kita terdedah ialah :
1- Banyakkan istighfār. Selain dari permohonan supaya Allah ampunkan dosa, istighfar juga bermaksud meminta Allah tutup aib kita. غَفَرَ bermaksud سَتَرَ (iaitu menutup keaiban).
2- Menutup aib orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda :
Kalau kita pernah mengumpat orang @ maki hamun seseorang di media sosial, cara bertaubat darinya adalah seperti berikut :
1- Jika orang itu tahu akan hal tersebut, maka keutamaannya kita berjumpa @ maklumkan sendiri kepada dia untuk meminta maaf.
2- Kalau orang tersebut tidak tahu, atau jika kita berjumpa akan menyebabkan masalah besar lain pula yang berlaku, maka memadai dengan kita beristighfar (memohon supaya Allah ampunkan) orang tersebut serta mendoakan kebaikan-kebaikan buat dirinya.
Ada orang, menentang LGBT habis-habisan secara public, dalam masa yang sama dia publicisekan kehidupan dia yang berzina dengan ramai orang.
Ada orang, habis-habisan menentang dadah @ ganja, dalam masa yang sama dia sendiri publikkan amalan berjudi & minum arak.
Ia bukan soal, “tak apa, at least dia buat jahat, dalam masa yang sama dia tegur orang.”
Kerana, alasan yang sama pun boleh diguna oleh orang yang ditegur.
Aku buat begini tapi kau pun 2 x 5 sahaja.
Kau buat maksiat itu ikut nafsu, aku buat maksiat ini pun kerana nafsu juga
Sampai bila pun tak akan selesai isu ini.
Semua orang diuji dengan maksiat dan dosa. Cuma, jangan publikkan.
Ada beza antara orang yang buat dosa secara sembunyi, namun hatinya tak redha dengan apa yang dia buat, bahkan jauh di lubuk hatinya, berazam untuk tinggalkan dosa itu.