“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”

Aku letak gagang telefon.

Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.

Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.

“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.

“Check pulse”

“No pulse”

“Continue CPR!”

“Aderenaline has given”
Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.

“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”
“Cardiac monitor showed VT(Ventricular Tachycardia) but no pulse”

“I’m clear, you’re clear, everybody’s clear”

Pesakit telah defibrilasi untuk memulihkan corak rentakan jantung kepada normal.

“Cardiac monitor showed asystole”
“Continue CPR!”

Keputusan darah untuk jantung(trop T) menunjukkan nilai 1100.Tak sedar dah hampir setengah jam kami berikan resusitasi namun masih tiada respon.

“Samhan,tolong explain pada keluarga”, kata pakar.
Kelihatan seorang wanita sedang duduk di ruang menunggu.Seorang anak diriba dan seorang lagi tertidur,kepala diatas peha ibunya.

“Puan isteri kepada En. A?”

“Ya,saya”
“Saya Dr Samhan.Kami dah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih menyayangi suami puan.Kami minta maaf”

Wanita itu kelu tanpa kata. Anak yang diriba tiba-tiba menangis seolah-olah faham apa yang telah terjadi pada ayahnya.
Kalau dulu,serangan sakit jantung sinonim dengan orang tua tapi sekarang orang muda pula makin ramai diserang sakit jantung.

Malahan,yang diserang tak pernah ada sakit jantung dan aktif bersukan. Mungkin cara hidup(lifestyle),pemakanan dan tabiat merokok menjadi punca utama.
Benar,untuk ubah cara hidup dan berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah. Bukan tak mahu berhenti. Dah berkali cuba tapi gagal. Terus kecewa dan berhenti untuk cuba lagi.
Tapi ingat,kita ada isteri yang perlu kasih sayang seorang suami,ada anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ada ibu ayah yang rindukan kehadiran seorang anak.
Kita perlu korbankan rasa kecewa untuk cuba terus berhenti merokok. Kita perlu korbankan rasa ketagih pada rokok. Kita perlu berkorban demi mereka.

Berkorbanlah sebelum kita terkorban!
Kongsikan pada pasangan dan keluarga supaya mereka terus bersemangat untuk berhenti merokok demi yang tersayang.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Samhan

Dr Samhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @DoktorSamhan

15 Dec
“Doktor,tangan saya ni selalu kebas-kebas.Kalau malam,sampai terjaga sebab sakit sangat”

“Ada tak perlu menaip dalam jangka masa yang lama?”

“Biasalah doc,asignment banyak”

Meh saya bongkarkan sebab tangan jadi kebas!
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)

Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?

Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Read 16 tweets
13 Dec
“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?”

Selalu kita dengar kata orang tua "Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair!”

Betul ke? Meh saya bongkarkan.
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.
Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar.
Read 13 tweets
12 Dec
“Dari simptom yang anak puan hadapi sekarang, cara terbaik untuk pastikan jangkitan ini, kami perlu ambil air tulang belakang”

“Ambil air tulang belakang? Nanti anak saya lumpuh. Saya tak rela!”
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang takut apabila doktor ingin mengambil air daripada tulang belakang. Pelbagai stigma yang akan keluar daripada fikiran mereka.
Kebanyakkannya akan menolak prosedur tersebut kerana mereka menganggap pengambilan air tulang belakang akan menyebabkan kelumpuhan, keadaan pesakit menjadi semakin teruk dan pelbagai lagi.
Read 17 tweets
10 Dec
Ya Allah, gatalnya!

Bila ada resdung ni rasa gatal macam ulat-ulat tengah meranyap dalam hidung.

Buat rawatan resdung siap ada ulat-ulat lagi jatuh.

Betul ke ada ulat dalam hidung orang resdung?

Meh saya bongkarkan.
APA ITU RESDUNG?

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!