Budaya Pelik Isteri Menyusukan Suami di Afrika

[Ini adalah bebenang] Image
Nafsu lelaki mempunyai 'ragam' tersendiri, khasnya bila melibatkan wanita dan seksualiti. Dalam dua isu ini, ramai kalangan lelaki sanggup melakukan apa saja demi memastikan kemahuan mereka tercapai.
Satu kisah paling menarik melibatkan nafsu liar kaum lelaki adalah melibatkan tabiat kaum lelaki di negara Uganda, mahu disusukan isteri-isteri mereka sama seperti bayi.
Tabiat itu yang berlaku secara sulit di kalangan ahli masyarakat mereka, hanya mula dibincangkan secara terbuka pada tahun 2018, mencetuskan perbalahan di kalangan ahli masyarakat Uganda sendiri.
Ini adalah kisah bagaimana lelaki Uganda percaya menyusu bagaikan bayi mampu memperkuatkan diri mereka, sehinggakan ada bayi kelaparan susunya habis ditelan bapa sendiri.
Pendedahan dalam Parlimen Uganda

Pada 1 haribulan Ogos tahun 2018, Menteri Kesihatan Uganda (ketika itu) Sarah Opendi membentangkan kepada parlimen kritikan terhadap satu tabiat aneh kaum lelaki Uganda yang cuba didiamkan selama ini. Image
Wujud satu budaya dibimbangi semakin berkembang di kalangan lelaki Uganda yang gemar memaksa isteri-isteri mereka menyusukan mereka.
Apa yang dibimbangi oleh beliau dan kementerian yang diwakilinya ketika itu, berpunca daripada aktiviti ini banyak laporan diterima melaporkan insiden bayi-bayi kurang mendapat susu, sehingga kehilangan zat yang sepatutnya mereka perolehi.
Laporan-laporan yang diterima juga menunjukkan ramai pasangan memilih untuk memulakan pemberian susu formula kepada bayi mereka, pada usia lebih awal disebabkan ketiadaan susu ibu yang disedut licin suami.
Lebih melucukan, kes-kes wanita yang mengalami masalah jangkitan pada bahagian payu dara disebabkan oleh gigitan si suami juga sekerap diterima pasukan perubatan.
Hasil kajian ringkas yang dijalankan kementerian kesihatan Uganda melibatkan beberapa daerah di negara tersebut, berjaya mengenalpasti budaya menyusukan suami ini berlaku secara berleluasa tanpa ada pihak cuba menanganinya.
Hanya selepas didedahkan di parlimen barulah perbincangan mengenai isu ini serta kesedaran berkenaan risiko amalannya, mula diutarakan secara lebih terbuka.
Kenapa lelaki Uganda mahu disusukan?

Berikutan pendedahan Opendi, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kyambogo dari Kampala, beserta penyelidik dari University of Kent, Britain mula menjalankan penyelidikan berkenaan fenomena yang cuba didiamkan pasangan Uganda ini. Image
Faktor utama yang cuba mereka perhalusi dalam kajian peringkat awal, adalah untuk menjawab soalan kenapa amalan itu dilakukan pasangan-pasangan. Jawapan yang mereka terima amat mengejutkan serta mampu membuatkan anda tertawa.
Dalam laporan yang diterbitkan pada awal tahun 2020, mereka mendapati majoriti lelaki yang mahu disusukan isteri mereka sebenarnya memaksa isteri mereka melakukannya atas faktor kesetiaan dan simbol kasih sayang.
Isteri-isteri pula disebabkan takut atau bimbang suami mereka akan main kayu tiga, memilih untuk mendiamkan diri sehingga mengabaikan hak anak sendiri. Ada juga wanita yang bimbang dikasari suami, membiarkan sahaja tabiat suami walaupun sedar kesannya pada bayi.
Laporan itu menjelaskan di kalangan segelintir lelaki Uganda turut memaksa amalan ini pada isteri, disebabkan oleh kepercayaan mereka bahawa susu badan isteri mampu memberikan mereka tenaga dan memperkuatkan organ seksual mereka.
Ada juga individu yg percaya susu ibu jika diambil secara kerap mampu menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kanser.
Majoriti lelaki yg mengamalkan tabiat ini mengakui mereka merasa lebih tenang dalam hidup selepas disusukan. Ada yang ketagih, menjadikan tabiat itu satu keperluan setiap hari.
Gejala penyusuan lelaki dewasa yang cuba disembunyikan

Satu penemuan yang membimbangkan kumpulan penyelidik adalah berkenaan ketiadaan usaha lebih serius pihak perubatan, khasnya mereka yang menerima kes bayi kurang zat - dalam membanteras amalan ini. Image
Beberapa orang doktor yang berjaya ditemubual pada awalnya cuba menepis soalan-soalan berkaitan isu ini, menafikan penularannya di kalangan ahli masyarakat.
Hanya selepas mereka didedahkan dengan hasil kajian serta kertas kerja yang turut sama melibatkan ahli parlimen dan kementerian.
Barulah pakar perubatan mula membuka mulut menceritakan pengalaman mengendalikan kes bayi kurang zat serta kes-kes kecederaan payu dara wanita, disebabkan oleh tindakan lelaki yang rakus mahu menyusu.
Lebih menyedihkan, kes-kes jangkitan pada mulut bayi disebabkan oleh kuman daripada mulut bapa yang kotor semasa menyusu, juga telah dilaporkan berlaku menular.
Beberapa daerah di Uganda berjaya dikenalpasti sebagai kawasan utama tabiat ini berleluasa secara sulit seperti di daerah Buikwe, di mana tabiat ini agak popular diamalkan.
Budaya aneh penyusuan suami masyarakat Kenya

Selain Uganda, amalan serupa juga dilaporkan berlaku di negara Tanzania dan Kenya. Bagi lelaki Tanzania, menyusu seperti bayi mampu membantu mereka pulih selepas mabuk. Image
Sementara bagi segelintir wanita di Kenya khasnya daerah Kakamega, banyak keluarga di sana mengamalkan amalan menetapkan satu buah dada wanita khas hanya untuk penyusuan suami - di mana anak dilarang daripada disusukan dengannya.
Mereka yang mengamalkan amalan ini percaya seandainya anak itu disusukan dengan buah dada yang dikhaskan untuk ayahnya, anak itu akan meninggal dunia serta membawa nasib malang pada ibu bapanya selepas itu.
Yang membimbangkan, amalan itu telah menjadi tradisi selepas sekian lama diwariskan generasi ke generasi di kalangan para ibu sendiri, yang berpegang kepada keperluan itu agar tidak memberikan sebarang kesan kepada anak mereka.
Sehinggakan setiap hari ada di kalangan ayah di Kenya yang perlu disusukan terlebih dahulu sehingga kenyang sebelum anak, bagi memastikan keluarga mereka terus kekal sejahtera.
Sumber :

1. Heath Europa

2. Namri Sidek

Subscribe :

Youtube Channel

youtube.com/channel/UCyRIz…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

19 Dec
Kerajaan Langit Ayah Pin Kekal Popular sehingga Kini Masih Lagi Ada Pengikut

[Ini adalah bebenang] ImageImage
Terkenal sebagai seorang pengamal ajaran sesat di Malaysia, Ayah Pin (1941-2016) merupakan pengasas kepada kerajaan Langit dan menyifatkan dirinya sebagai Tuhan kepada semua agama.
Asal usul Ayah Pin

Pemilik nama Ariffin Mohamad ini mendakwa beliau telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi, bermula di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.
Read 21 tweets
19 Dec
Kisah Kenapa Portugis Serang Melaka

[Ini adalah bebenang] Image
Setelah Portugis berjaya menakluki Goa, mereka mendapati bahawa bukan negara India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka tetapi sebaliknya negara yang ada di Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, pihak Portugis telah mula mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang singgah di Goa dan akhirnya mereka buat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice.
Read 45 tweets
18 Dec
Salam Takziah kepada DS @NajibRazak sekeluarga diatas Pemergian Bonda tersayang Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman. Amiin. Image
Beliau banyak memberi semangat dan perangsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa Darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969. Tun Rahah bergiat aktif dalam pergerakan kaum ibu UMNO dan terlibat dengan pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya.
Beliau juga cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi faedah kepada kaum wanita. Tun Rahah juga menjadi pengasas pergerakan wanita UMNO Petaling Jaya. Beliau adalah penuang PERTIWI yang pertama, iaitu sejak tahun 1969 hingga tahun 1976.
Read 7 tweets
14 Dec
Legenda Ulek Mayang atau Ugam Mayang (Pahang) dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar lagi. Tarian Ulek Mayang juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.
Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870-an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.
Pada zaman tersebut, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara rawatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu.
Read 18 tweets
1 Dec
Nama Asal Pulau Pinang

[Ini adalah bebenang]
Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
Read 21 tweets
30 Nov
Mat Komando, gangster yang digeruni rakyat Malaysia suatu ketika dahulu

[Ini adalah bebenang]
Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan unit komando elit Tentera Diraja Malaysia.
Selepas 2 tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya dan masih tidak diketahui sehingga sebab mengapa dia berhenti.
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!