Legenda Ulek Mayang atau Ugam Mayang (Pahang) dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar lagi. Tarian Ulek Mayang juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.
Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan Mak Yong di kelantan begitu popular pada tahun-tahun 1870-an iaitu sezaman dengan permulaan perkembangan drama bangsawan di Tanah Melayu.
Pada zaman tersebut, Ulek Mayang amat popular sebagai upacara rawatan penyakit kepada masyarakat Terengganu dewasa itu.
Namun begitu, upacara Ulek Mayang telah diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan unsur-unsur khurafat seperti mantera dan jampi.
Antara kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang yang merupakan bahan utama dalam tarian Ulek Mayang.
Mayang tersebut akan dibangkitkan dengan semangat dan dibangunkan dengan semah asal usul. Semah bermaksud sajian berupa makanan, binatang dan sebagainya yang disediakan untuk makhluk halus.
Untuk menyembuhkan penyakit, pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya. Mayang pinang tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan ritual setelah seludangnya pecah.
Seterusnya, pawang akan menggunakan sebiji guri tembaga atau batil yang berisi air, sebatang lilin yang diperbuat dari sarang dan madu lebah, bertih padi (bertih jantan), kemenyan dan beberapa kuntum bunga yang kebiasaannya bunga cempaka, melati dan melor.
Seterusnya, lilin dinyalakan dan kemudiannya diletakkan dalam batil atau guri tembaga yang berisi air. Apabila sampai waktunya, pawang akan membakar kemenyan dalam dupa yang siap dengan bara api dan seterusnya melihat arah asap.
Sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang dan dari arah yang berlawanan pula “Puteri Tujuh Beradik” dipanggil bagi menyempurnakan proses pengubatan.
Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya.
Persembahan ini dilakukan beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai dengan membuat bulatan dan pawang yang memegang mayang pinang akan duduk di tengah-tengah bulatan tersebut.
Pada peringkat awal, tidak ada alat muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya, para pemain terdiri dari mereka yang berusia antara lingkungan 15 hingga 40 tahun.
Setiap peralatan yang digunakan akan diasap dengan kemenyan satu persatu telebih dahulu bermula dengan seludang mayang dan diikuti dengan bunga dan peralatan yang lain.
Setelah itu bomoh akan menutup kepala dengan kain batik lepas dan dililit “semutar” dan separuh badannya ditutupi dengan kain putih yang menggunakan benang kapas dan duduk bersila sambil mengulek atau mengugam.
Mengugam atau mengulek membawa maksud menyanyi dan melihat waktu yang baik untuk memohon pertolongan dan caranya ialah menyanyi dan menari.
Pada waktu bomoh memulakan nyanyian, pukulan rebana mula mengiringi nyanyian pawang dengan tingkah laku tertentu yang mulanya perlahan kemudian kepada nada yang lebih sederhana dan tinggi.
Dalam upacara ini, irama rebana tidak boleh tersalah kerana ini akan mengurangkan konsentrasi bomoh serta tidak akan membawa turun ”Puteri Tujuh” ke alam maya dan semangat.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
Mat Komando, gangster yang digeruni rakyat Malaysia suatu ketika dahulu
[Ini adalah bebenang]
Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan unit komando elit Tentera Diraja Malaysia.
Selepas 2 tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya dan masih tidak diketahui sehingga sebab mengapa dia berhenti.
Cabaran dalam menghasilkan Menara Berkembar Petronas KLCC
[Ini adalah bebenang]
Menara Berkembar Petronas KLCC yang mempunyai ketinggian sehingga 450 meter dan mencapai 88 tingkat dahulunya pernah jadi bangunan tertinggi di dunia dan kini masih lagi memegang rekod menara berkembar tertinggi di dunia.
Menara ini adalah hasil buah fikiran Tun M semasa dia menjadi Perdana Menteri yang keempat, pada ketika itu tiada satu pun negara yang mampu untuk menandingi dan mencabar Amerika Syarikat dari segi menara pencakar langit.
Yakuza berasal dari era Tokugawa Shogunate (1603 - 1868) dengan dua kumpulan orang terbuang yang berlainan. Kumpulan pertama adalah, iaitu pengembara yang berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain sambil menjual barang dagangan berkualiti rendah di pasar.
Kebanyakan tekiya tergolong dalam kelas sosial burakumin, iaitu golongan orang terbuang atau "bukan manusia" yang berada di bawah keempat-empat tingkat dalam struktur sosial feudal Jepun.
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.