Mat Komando, gangster yang digeruni rakyat Malaysia suatu ketika dahulu

[Ini adalah bebenang]
Mat Komando atau nama sebenar Ahmad bin Mohd Arshad merupakan bekas tentera melayu yang berada dalam kumpulan unit komando elit Tentera Diraja Malaysia.
Selepas 2 tahun dia menjadi tentera, dia membuat keputusan untuk berhenti meneruskan kerjayanya dan masih tidak diketahui sehingga sebab mengapa dia berhenti.
Selepas dia berhenti menjadi tentera, dia melakukan kerja-kerja berpendapatan rendah seperti menjadi pemandu lori, teksi dan bas.
Kerja-kerja ini hanya dilakukan untuk menampung dirinya dan keluarga tetapi disebabkan kerja-kerja ini tidak mungkin tidak menguntungkan, dia mengambil keputusan untuk bertukang haluan. Namun siapa sangka, pekerjaan seterusnya merupakan kerjaya yang berbahaya kepada masyarakat.
Dia menubuhkan Gang 13 iaitu kumpulan gangster yang mengikuti gaya ketenteraan disebabkan latar belakangnya yang sebegitu. Gang 13 melakukan rompakan pertamanya di ladang kelapa sawit di mana pemilik ladang tersebut menyimpan wangnya berdekatan ladang tersebut.
Betapa ciliknya Mat Komando kerana tidak merompak bank sebaliknya merompak tempat-tempat yang mampu memberi wang yang banyak tetapi dalam masa yang sama tidak begitu berisiko kerana tiada kawalan ketat di ladang berbanding kawalan yang sangat ketat di bank.
Rompakan demi rompakan memberi keyakinan dan terus melakukan rompakan bersiri. Rompakan mereka kesemuanya lebih kurang 50 rompakan semua sekali dan mereka berjaya mendapatkan keuntungan sehingga RM2 juta lebih.
Gang 13 ini menggunakan senjata yang terkenal dalam kalangan tentera iaitu M16 semasa rompakan yang berlaku antara 2001 hingga 2002. Walaupun mereka tidak berjaya ditangkap pada awalnya, polis telah melancarkan Operasi Api Sawit bagi menangkap kumpulan ini.
Disebabkan kecuaian mereka semasa rompakan kerana mereka tidak memakai topeng, ini memudahkan kerja polis untuk menangkap mereka.
Pada suatu hari, Mat Komando bercuti di resort yang terkenal di Kedah tetapi disebabkan penjaga kaunter resort itu mengecam mukanya, dia terus menghubungi polis.
Laporan itu menyebabkan berlakunya kejadian tembak menembak dan akhirnya polis berjaya memberkas beberapa ahli Gang 13. Malangnya, Mat Komando dan seorang rakannya berjaya melarikan diri.
Lokasi Mat Komando Ditembak Mati

Polis mendapat maklumat bahawa mereka berdua akan berjumpa di satu rumah tetapi mereka berjaya melarikan diri. Disebabkan maklumat ini tersebar kepada polis, Mat Komando berasa marah dan membelasah rakannya.
Namun tindakannya itu membawa padah kerana rakannya takut akan dibunuh oleh Mat Komando, jadi dia menyerah diri kepada polis sebelum melaporkan lokasi Mat Komando.
Lokasi tersebut merupakan sebuah kampung di Baling, Kedah dan pada 12 September 2002, 10 ahli unit tindakan khas polis bersama Unit Tindakah Khas (UTK) menyerbu kampungnya. Mat Komando akhirnya tewas dan mati ditembak selepas bertarung mati-matian dengan polis.
Sumber : MJ Suhaimi

Subscribe :-

Instagram : instagram.com/mathadesmelayu

Youtube : youtube.com/channel/UCyRIz…

Telegram : t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

1 Dec
Nama Asal Pulau Pinang

[Ini adalah bebenang] Image
Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
Read 21 tweets
27 Nov
Cabaran dalam menghasilkan Menara Berkembar Petronas KLCC

[Ini adalah bebenang]
Menara Berkembar Petronas KLCC yang mempunyai ketinggian sehingga 450 meter dan mencapai 88 tingkat dahulunya pernah jadi bangunan tertinggi di dunia dan kini masih lagi memegang rekod menara berkembar tertinggi di dunia.
Menara ini adalah hasil buah fikiran Tun M semasa dia menjadi Perdana Menteri yang keempat, pada ketika itu tiada satu pun negara yang mampu untuk menandingi dan mencabar Amerika Syarikat dari segi menara pencakar langit.
Read 35 tweets
25 Nov
Yakuza : Sejarah Gengsterisme Masyarakat Jepun

[Ini adalah bebenang] Image
SEJARAH AWAL

Yakuza berasal dari era Tokugawa Shogunate (1603 - 1868) dengan dua kumpulan orang terbuang yang berlainan. Kumpulan pertama adalah, iaitu pengembara yang berhijrah dari satu kampung ke kampung yang lain sambil menjual barang dagangan berkualiti rendah di pasar.
Kebanyakan tekiya tergolong dalam kelas sosial burakumin, iaitu golongan orang terbuang atau "bukan manusia" yang berada di bawah keempat-empat tingkat dalam struktur sosial feudal Jepun. Image
Read 33 tweets
11 Oct
Puteri Gunung Ledang jin atau bunian?

[Ini adalah bebenang]
Meneliti legenda Puteri Gunung Ledang sememangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah membina jambatan emas dari Melaka ke gunung di Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.
Akan tetapi, sehingga kini, jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekali gus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesahihan kisah mahsyur berkenaan.
Read 29 tweets
10 Oct
Pilihanraya Persekutuan yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan telah diadakan pada 27 Julai 1955 mempertandingkan sebanyak 52 buah kerusi.
Parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC.
Parti Perikatan mempertaruhkan seramai 52 orang calon, bagi tiap-tiap kawasan pilihanraya. Manakala Parti Negara, di bawah pimpinan Datuk Onn pula telah mengemukakan seramai 33 orang calon.
Read 7 tweets
10 Oct
Sejarah Kellie’s Castle

[Ini adalah bebenang]
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah.
Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
Read 18 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!