Semasa saya di Jordan dahulu, guru saya memberi anjuran untuk membaca اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik mendengar nama Rasulullah ﷺ disebut.
Sedangkan sebelumnya, yang menjadi kebiasaan adalah sebutan صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم iaitu dengan mengulang -
sebut apa yang kita dengar daripada mereka yang menyebut nama Rasulullah ﷺ
Al-Imām Ibn Hajar Al-Haitami ditanyakan, yang manakah lebih afdhal antara sebutan -
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم dan sebutan اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد sebaik kita mendengar nama baginda disebut ?
Maksudnya : (Yang afdhalnya adalah berselawat) dengan menggunakan sighah permintaan (iaitu sebutan اللهمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنا مُحَمَّد atau اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَيهِ). Ini kerana, ia merupakan sighah yang warid di dalam khabar (riwayat hadis), dan tidaklah -
Rasulullah ﷺ mengajarkan mereka (para sahabat) melainkan suatu yang lebih afdhal.
Saya memulakan tanda pagar (hashtag) #MasyarakatPerluTahu bagi membetulkan beberapa salah faham dalam isu agama yang masih bertebaran.
1- #MasyarakatPerluTahu bahawa seorang suami tidak menanggung dosa isteri. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung dosa anak gadisnya.
2- #MasyarakatPerluTahu bahawa doa yang mustajab itu ada pada setiap sujud solat. Ia tidak terkhusus kepada sujud terakhir sahaja.
Rakan-rakan juga boleh tambah menggunakan tanda pagar yang sama. Jika saya setuju dan rasakan sesuai, saya akan masukkan dalam senarai bebenang ini.
3- #MasyarakatPerluTahu bahawa bacaan Al-Fatihah di dalam solat perlu dibaca dengan suara yang didengari oleh telinga sendiri. Bukan baca Al-Fatihah dalam hati.
Yakni, kebenaran pada ‘content’ (isi) teguran & juga pada konteks teguran. Meski apa yang kita ingin tegur itu betul, kena pastikan teguran dilakukan pada tempat, masa, & juga cara yang betul.
2- Menegur dengan kesabaran.
Ini ciri penting yang perlu ada pada penegur. Jangan disangka, teguran diberi di pagi hari, lalu di saat petang, orang tersebut telah berubah. Pastikan teguran diteruskan selama seseorang belum berubah, bersama dengan kesabaran sesudah teguran.
3- Menegur dengan kasih sayang.
Perlu diingat, sebarang teguran bukan untuk menilai siapa menang siapa kalah. Teguran terbina di atas kasih sayang. Didasarkan keinginan kebaikan kepada insan yang ditegur.
1- Rezeki Allah S.W.T kepada para hamba-Nya terbahagi kepada dua bahagian
Rezeki umum, yang meliputi orang baik dan orang jahat, orang beriman dan orang kafir, dan ia disifatkan sebagai rezeki tubuh badan.
Turut meliputi segala haiwan dan seluruh makhluk Tuhan.
Rezeki khas, yang terkhusus kepada orang beriman sahaja, & ia disifatkan sebagai rezeki jantung hati. Yang mana Allah mengisikannya dengan ilmu, iman, serta rezeki halal yang membantu ke arah memperbaiki agama seseorang.
2- Rezeki yang Allah lapangkan kepada golongan kafir, sama sekali tidak bermakna bahawa Allah redha kepada mereka. Ini kerana Allah memberikan dunia ini kepada mereka yang Dia suka dan juga kepada mereka yang Dia tidak suka.
BENARKAH TIDAK DAPAT BANGUN QIYĀMULLAIL PETANDA ALLAH TIDAK MAHU BERJUMPA ?
Ada orang kata : Jika kita tak dapat bangun Qiyāmullail, itu petanda Allah tidak mahu berjumpa dengan kita.
Saya kurang setuju. Bagi saya, ia seakan ada unsur sū’ al-zhan (sangka buruk) dengan Allah.
Saya kurang setuju. Bagi saya, ia seakan ada unsur sū’ al-zhan (sangka buruk) dengan Allah. Sebaliknya, saya bersetuju dengan pendapat Imām Al-Hasan Al-Basri (w. 110 h) dalam isu ini.
Seorang lelaki bertanya kepada Al-Hasan Al-Basri :
Wahai Abu Sa’īd, aku ini tidur dalam keadaan ‘afiyah (sejahtera), aku cintakan qiyāmullail dan aku telah persiapkan wudhuk ku. Namun kenapa aku masih tidak dapat qiyām ?
Boleh bagi seseorang yang dizalimi untuk mengadu kepada PIHAK BERKUASA atau pihak berautoriti yang boleh mengambil tindakan kepada orang yang menzaliminya.
2- Meminta bantuan untuk mencegah kemungkaran.
Seseorang yang mengetahui kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain, boleh untuk dia memberitahu kepada mereka yang ada kemampuan untuk mengubahnya / kepada pihak berkuasa yang boleh mengambil tindakan terhadap kemungkaran tersebut. Ini bertujuan untuk mencegah kemungkaran,
serta mengembalikan pelaku maksiat tersebut ke arah kebenaran.
3- Meminta fatwa
Seseorang itu berjumpa dengan ulama tertentu, bertanya soalan kepadanya, seperti : Si fulan telah memukul aku, apa cara untuk aku melawan kezalimannya terhadapku ?
Jika kita tidak solat, tidak membaca Al-Quran, tidak berpuasa, maka betul, kita tidak akan mati pun.
Kita masih sahaja hidup dan bebas bergerak sana sini, meski meninggalkan seluruh perintah Allah ke atas diri kita.
Meski terus hidup, kehidupan yang mana kita inginkan kerana hakikatnya hidup itu ada dua jenis : Kehidupan yang baik (حَيَاةً طَيِّبَةً) atau kehidupan yang sempit / miserable (مَعِيشَةً ضَنكًا)
Janji Allah bagi mereka yang beramal soleh :
Sesiapa yang beramal soleh dari kalangan orang lelaki atau perempuan dalam keadaan dia mu’min maka Kami pasti akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik.