#MasyarakatPerluTahu

[Tidak Boleh Mengkhususkan Ibadat Pada Waktu Tertentu?]

Persoalan berkenaan majlis bacaan Yasīn pada malam hari Juma’at itu bid’ah berulang kembali. Hal ini kerana kita tidak melihat neraca syarak dengan kaca mata syarak sendiri.

Ini adalah bebenang...
Sebelum kita pergi lebih jauh, perlu kita meletakkan titik perselisihan tentang permasalahan ini iaitu sesuatu ibadat itu bersifat tawqifī dan tidak boleh dikhususkan ibadat pada waktu tertentu. Tetapi persoalannya adakah benar kenyataan ini?
Atau ia hanya menyentuh sebahagian dan tidak sebahagian yang lain. Di sini saya mengatakan bahawasanya ibadat menurut syarak itu ada dua bahagian:

1. Ibadat yang telah ditentukan waktunya seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramaḍān, solat-sunat yang telah ditentukan waktunya
semisal solat Ḍuhā, haji dan lain2. Ibadat ini perlu dilakukan pada waktunya dan tidak boleh dilakukan pada waktu sebelumnya atau selepas. Jika dilakukan sebelumnya, maka ianya tidak sah sebab syarat tidak mencukupi. Jika dilakukan selepasnya sudah tidak dikira sebagai tunai.
2.Ibadat yang tidak ditentukan waktu seperti membaca al-Quran, zikir, doa, solat sunat mutlak, dan lain-lain.

Pada bahagian kedua inilah yang menjadi pertikaian sama ada boleh atau tidak melakukan sesuatu dengan masa yang khusus.
Mari kita lihat pendapat ulama yang membolehkan mengkhususkan ibadat pada waktu tertentu:

1.Hadīth Nabi SAW berkenaan baginda menziarahi Masjid Qubā pada setiap hari Sabtu:

كان النبي صلى الله عليه وسلم يأتي مسجد قباء كل سبت ماشيا وراكبا ، وكان عبد الله رضي الله عنه يفعله
Terjemahan: Nabi SAW datang ke masjid Qubā setiap hari sabtu dalam keadaan berjalan dan menunggang. ‘Abd Allāh bin ‘Umar RA juga berbuat demikian. (HR Bukhari, No. 1193).

Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī menjelaskan hadith ini dengan berkata:
وفي هذا الحديث على اختلاف طرقه دلالة على جواز تخصيص بعض الأيام ببعض الأعمال الصالحة والمداومة على ذلك.

Terjemahan: Hadith ini yang mempunyai banyak jalur yang berbeza menunjukkan bahawa harus mengkhususkan sebahagian hari dengan...
...sebahagian amal ṣālih dan berterusan melakukannya. (Fatḥ al-Bārī, 3: 69)

2. Hadīth yang diriwayatkan oleh Abī Hurayrah RA berkenaan solat wuduk Bilāl bin Rabāh RA:
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لبلال عند صلاة الفجر: يا بلال ،
حدثني بأرجى عمل عملته في الإسلام ، فإني سمعت دف نعليك بين يدي في الجنة". قال: ما عملت عملا أرجى عندي: أني لم أتطهر طهورا في ساعة ليل أو نهار ، إلا صليت بذلك الطهور ما كتب لي أن أصلي.

Terjemahan: Daripada Abū Hurayrah RA bahawa Nabi SAW telah bertanya kepada Bilal
ketika solat Fajr (Subuh): “Wahai Bilal, ceritakanlah kepada aku kebaikan yang paling engkau harapkan pahalanya yang telah kau amalkan dalam Islam. Hal ini kerana, aku mendengar suara kedua sandalmu di syurga”. Jawab Bilal: “Aku tidak pernah berharap pahala suatu amalan pun...
...melainkan aku tidak pernah berwuduk siang ataupun malam kecuali aku solat sunat sunat dua rakaat dengan wuduk yang telah aku sendiri tentukan waktunya”. (HR Bukhari, no. 1149).

Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan hadith ini dengan berkata:
ويستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالا توصل إلى ما ذكرنا بالاستنباط فصوبه النبي صلى الله عليه وسلم
Terjemahan: Daripada hadith tersebut, dapatlah di ambil faedah tentang harus untuk berijtihad dalam menetapkan waktu ibadah. Hal ini disebabkan,
Bilal telah mencapai darjat yang telah disebutkan berdasarkan istinbat (ijtihad) lalu Nabi SAW membenarkannya. (Fath al-Bārī, 3: 34).

Pasti ada yang mengatakan, amalan yang disebutkan ini masih lagi wahyu dan ianya hadith Nabi dari sudut al-Taqrīr (pengakuan) baginda Nabi SAW.
Tetapi jika kita telusuri lebih mendalam kita akan dapati bahawa terdapat Sahabat Nabi SAW dan juga ulama generasi salaf melakukan sesuatu amalan yang dikhususkan dibawah lembayung syariat yang umum. Contohnya:
1.Abū Hurayrah RA telah mengamalkan tasbih sebanyak 12 000 kali pada setiap malam:
كان ‌أبو ‌هريرة ‌يسبح ‌كل ‌ليلة ثنتي عشرة ألف تسبيحة
Terjemahan: Abū Hurayrah telah bertasbiḥ sebanyak 12 000 kali pada setiap malam. (al-Bidāyah Wa al-Nihāyah, 8: 118)
2.Abu Hurayrah RA juga telah membahagikan masanya kepada 3 bahagian. 1 bahagian untuk membaca al-Quran, satu bahagian untuk tidur dan satu bahagian untuk mengingati hadith baginda SAW.
إني أجزئ الليل ثلاثة أجزاء فجزءا لقراءة القرآن، وجزءا أنام فيه، وجزءا أتذكر فيه حديث رسول الله
Terjemahan: Sesungguhnya aku (Abū Hurayrah RA) telah membahagikan malam kepada 3 bahagian. 1 bahagian untuk membaca al-Qurān, 1 bahagian lagi untuk aku tidur dan 1 bahagian lagi untuk mengulang ingatan tentang hadith-hadīth baginda SAW. (al-Bidāyah Wa al-Nihāyah, 8: 118)
3.Kisah Imam Malik yang membersihkan diri dahulu dan berwuduk sebelum meriwayatkan hadith-hadith baginda SAW. Berwuduk itu adalah satu ibadat dan Imam Malik mengkhususkannya sebelum meriwayatkan hadith.
4.Kisah Imam Bukhari yang membersihkan diri dahulu, berwuduk dan solat dua rakaat sebelum menulis satu hadith di dalamnya. Imam Bukhari juga telah mengkhususkan Ibadat (wuduk dan solat) pada waktu tertentu iaitu waktu mahu menulis hadith.
Manakala, ibadat pada kategori yang pertama yang berbentuk tawqīfī iaitu tidak boleh ditambah dan ditolak, misalnya telah sabit bahawa solat Zuhur itu 4 rakaat. Kita tak boleh kurangkannya kepada 3 rakaat dan menambahnya kepada 5 rakaat.
Berkenaan bacaan Surah Yasīn malam Juma’at, ianya mempunyai asal walaupunnya asalnya adalah Dha’īf iaitu hadith yang direkodkan oleh al-Bayhaqī di dalam Shu’ab al-Īmān dan al-Mundhirī di dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Ianya dihukum Dha’if sendiri oleh al-Bayhaqī:
‌من ‌قرأ ‌ليلة ‌الجمعة حم الدخان ويس أصبح مغفورا له
Terjemahan: Sesiapa yang membaca di malam Juma’at Surah al-Dukhan dan Surah Yasīn, maka dia telah diampunkan dosa-dosanya”. (HR al-Bayhaqī dalam Shu’ab al-Īmān, no. 2248, status: Dha’īf).
‌من ‌قرأ ‌سورة ‌يس في ليلة الجمعة غفر له
Terjemahan: Sesiapa yang membaca Surah Yasīn pada malam Juma’at maka dirinya akan diampunkan. (HR al-Mundhirī dalam al-Tarhīb wa al-Targhīb, no. 948)
Manakala Ibn Hibban telah meletakkan hadith membaca surah Yasīn dalam kitabnya al-Ṣahīh walaupun tiada lafaz pengkhususan malam Jumaat seperti yang direkodkan oleh al-Bayhaqi dan al-Mundhiri.
‌من ‌قرأ ‌يس في ليلة ابتغاء وجه الله غفر له
Terjemahan: Sesiapa yang membaca Surah Yasīn pada suatu malam dengan mengharapkan kereḍaan Allah maka dia diampunkan oleh-Nya. (HR Ibn Hibban, no. 2578)
Jadi sekiranya kita mengambil perkara lafaz “suatu malam” dan kita khususkan dengan adat masyarakat melayu kita iaitu hari Juma’at bertepatan dengan lafaz yang direkodkan oleh hadith yang berstatuskan Dha’if maka itu adalah perkara yang baik dan tidak bertentangan dengan syari’at
Bahkan hadith Dha’if masih boleh digunakan dalam Faḍāil al-A’māl dengan syarat yang tertentu. Sebab kaedah ahli Usul ialah:
لا ينبغي الخروج من عادات الناس إلا في الحرام
Terjemahan: Tidak patut keluar daripada adat manusia melainkan ianya perkara ḥarām. (Ibn Muflih, 2: 43)
Sekiranya kita nak mengamalkan bacaan surah al-Kahfī pula, maka kita kena bijak berdakwah. Cadangan saya, kita bukan menukar amalan tetapi menghimpunkan amalan. Contoh selepas maghrib membaca Surah Yasīn. Selepas Isya’ membaca Surah al-Kahfī.
Atau minggu 1 dan 3 membaca Surah Yasīn dan minggu 2 dan 4 membaca Surah al-Kahfī. Saya hanya beri cadangan kerana surau di mukim saya sudah mula lakukan. Jadi ianya bukanlah suatu yang mustahil. Jika surah al-Kahfī itu berat untuk orang kampong,
mulakan dengan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Yang tak bagusnya, sembang kuat bab Sunnah, tapi tinggal semua amalan-amalan ini.
Perkara ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Perkara ini perlu kepada kajian yang lebih khusus dan terperinci. Kita seharusnya berlapang dada mengenai isu perbezaan pendapat yang masih ianya dibawah lingkungan masalah-masalah ijtihad.

Wallahu'alam

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with khair ithnin

khair ithnin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @KhairIthnin

23 Sep
Daripada kata² yang popular yg dituturkan seorang ilmuan terulung dari zaman Salaf iaitu 'Abdullah bin al-Mubārak:

اﻹﺳﻨﺎﺩ ﻣﻦ اﻟﺪﻳﻦ ﻟﻮﻻ اﻹﺳﻨﺎﺩ ﻟﻘﺎﻝ ﻣﻦ ﺷﺎء ﻣﺎ ﺷﺎء.

Terjemahan: Sanad itu adalah sebahagian daripada agama, tanpa sanad seseorang boleh..
..berbicara apa sahaja yang dimahunya.

[Ibn Abi Hātim, al-Jarh wa al-Ta'dīl, 2: 16]

Maka lahirlah kitab karangan al-Shaykh al-Muhaddith 'Abd al-Fattāh Abū Ghuddah yang membincangkan betapa pentingnya sanad dalam bidang agama.

Gambaran sanad bukan hanya berpada kepada...
...sesebuah rantaian hadith bahkah ia mempunyai "view" yg lebih besar. Dengan siapa, ilmu agama itu di ambil. Dengan selebriti ke? Dengan yg baru berhijrah dah cerita bagai seorang mujtahid ke? Atau siapa?

Kerana sanad untuk adalah hasil turun temurun sesebuah kefahaman agama..
Read 5 tweets
23 Sep
Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh 'Abdullah bin Amr RA, Nabi SAW bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Terjemahan: Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.

[Sunan Abi Dawud, 2313, Sahih]
Bukan Allah sahaja yg melaknat, bahkan ada sebuah hadith yg khusus secara spesifik berkenaan Rasulullah juga melaknat golongan perasuah ini, daripada 'Abdullah bin 'Amr RA, Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ.
Terjemahan: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.

[Musnad Ahmad, 22399, Sahih]

Jadi di sini bagi menjadi pemimpin yg baik dan organisasi yang utuh, perlu ada usaha mengembalikan kefahaman yg sahih dalam membentuk organisasi yang bersih dari najis rasuah.
Read 4 tweets
23 Jul
[Kesabaran Guru & Anak Murid Dalam Pembelajaran & Pengajaran Ilmu]

Direkodkan oleh al-Imām Tāj al-Dīn al-Subkī (m. 771 H) kisah sabar dan sayangnya seorang guru terhadap anak murid. Individu tersebut ialah al-Imām al-Shāfi'ī (m. 204 H) dan al-Imām al-Rabī' al-Murādī (m. 270 H):
ﻭﻗﺎﻝ اﻟﻘﻔﺎﻝ ﻓﻰ ﻓﺘﺎﻭﻳﻪ ﻛﺎﻥ اﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻄﺊ اﻟﻔﻬﻢ ﻓﻜﺮﺭ اﻟﺸﺎﻓﻌﻰ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﺴﺄﻟﺔ ﻭاﺣﺪﺓ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻣﺮﺓ ﻓﻠﻢ ﻳﻔﻬﻢ ﻭﻗﺎﻡ ﻣﻦ اﻟﻤﺠﻠﺲ ﺣﻴﺎء ﻓﺪﻋﺎﻩ اﻟﺸﺎﻓﻌﻰ ﻓﻰ ﺧﻠﻮﺓ ﻭﻛﺮﺭ ﻋﻠﻴﻪ ﺣﺘﻰ ﻓﻬﻢ
Terjemahan: "al-Qaffāl berkata di dalam kitab al-Fatāwī karangannya berkenaan al-Rabī' yang lambat dalam memahami sesuatu. Lalu gurunya, al-Imām al-Shāfi'ī mengulang akan satu permasalahan itu sebanyak 40 kali tetapi al-Rabī' masih tidak memahaminya
Read 8 tweets
7 Jun
[Bolehkah Perempuan Meminang Lelaki?]

Kebiasaannya kita akan mendengar seorang lelaki yang akan meminang atau menyatakan hasratnya kepada seorang wanita.

Persoalannya bolehkah seorang wanita menyatakan hasratnya/meminang seorang lelaki yang dianggapnya baik dan soleh?
Terdapat dalam Sahīh al-Bukhārī sebuah kisah yg diceritakan oleh Anas:

سمعت ثابتا البناني قال : كنت عند أنس وعنده ابنة له قال أنس: جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تعرض عليه نفسها قالت: يا رسول الله ، ألك بي حاجة ، فقالت بنت أنس : ما أقل حياءها؟! واسوأتاه! واسوأتاه!
قال: هي خير منك: رغبت في النبي صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها.

Terjemahan: Telah aku dengar bahawasanya Thābit al-Bunānī berkata: Sedang aku bersama Anas dan di sisinya terdapat anak perempuannya,
Read 17 tweets
5 Jun
[Sifat Muslim Dan Mukmin Yang Sempurna]

Nabi Muhammad SAW bersabda:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

"Seorang Muslim (yang sempurna) itu ialah orang yang orang Muslim yang lain selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya."
Riwayat al-Bukhārī (no. 10) daripada hadith Abdullah bin 'Amr dan Muslim (no. 41) daripada hadis Jabir bin 'Abdillah.

Dalam riwayat Ahmad pula ada tambahan, daripada Anas:

المؤمن من أمنه الناس

"Seorang mukmin itu adalah orang yang membuat manusia aman (daripada gangguannya)."
Riwayat Ahmad (no. 12756), Ibn Hajar dalam Fath al-Bārī menghukum sanadnya sebagai Sahih.

al-Suyūtī dalam al-Azhār al-Mutanāthirah fi al-Ahādīth al-Mutawātirah memuatkan lafaz:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

Menunjukkan hadith ini bertaraf hadith mutawatir disisi beliau.
Read 4 tweets
4 Jun
Saya setuju dgn ini. 5 tahun lamanya saya di sana ajak rakan² untuk bersama-sama menadah terus dari guru, tapi yg ikut? Bila berada dikuliah tercengang apa yg dikata para pensyarah. Mengharapkan tutor. Tutor pula mengharapkan rakan Indonesia. Sedangkan kita ada...
...sahabat² Malaysia yg boleh bawa memberi tutor. Kerana berlainan aliran politik, seseorang itu dijauhi dan langsung tidak dibenarkan bersuara. Malah suaranya cuba dipadam.

Bayangkan lagi, duit zakat yg kita dapat, kita belanjakan ke mana? Hanya ke City Star beli Star buck?
Or pergi ke maktabah beli kitab? Bila dah nak akhir tahun, tanya kitab apa ya yg enta rasa ana kena ada sebelum balik ke Malaysia? Saya biasanya akan cadang kitab guru saya, Syeikh Hisham Kamil. Bayangkan kita ada kekuatan 11k pelajar di Mesir. Jika semua betul² belajar.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(