[Kesabaran Guru & Anak Murid Dalam Pembelajaran & Pengajaran Ilmu]

Direkodkan oleh al-Imām Tāj al-Dīn al-Subkī (m. 771 H) kisah sabar dan sayangnya seorang guru terhadap anak murid. Individu tersebut ialah al-Imām al-Shāfi'ī (m. 204 H) dan al-Imām al-Rabī' al-Murādī (m. 270 H):
ﻭﻗﺎﻝ اﻟﻘﻔﺎﻝ ﻓﻰ ﻓﺘﺎﻭﻳﻪ ﻛﺎﻥ اﻟﺮﺑﻴﻊ ﺑﻄﺊ اﻟﻔﻬﻢ ﻓﻜﺮﺭ اﻟﺸﺎﻓﻌﻰ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﺴﺄﻟﺔ ﻭاﺣﺪﺓ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻣﺮﺓ ﻓﻠﻢ ﻳﻔﻬﻢ ﻭﻗﺎﻡ ﻣﻦ اﻟﻤﺠﻠﺲ ﺣﻴﺎء ﻓﺪﻋﺎﻩ اﻟﺸﺎﻓﻌﻰ ﻓﻰ ﺧﻠﻮﺓ ﻭﻛﺮﺭ ﻋﻠﻴﻪ ﺣﺘﻰ ﻓﻬﻢ
Terjemahan: "al-Qaffāl berkata di dalam kitab al-Fatāwī karangannya berkenaan al-Rabī' yang lambat dalam memahami sesuatu. Lalu gurunya, al-Imām al-Shāfi'ī mengulang akan satu permasalahan itu sebanyak 40 kali tetapi al-Rabī' masih tidak memahaminya
sehingga di beransur keluar dari majlis dengan perasaan malu. Lalu al-Imām al-Shāfi'ī memanggilnya untuk sesi khas bersama al-Rabī' dan diulang lagi pelajaran tersebut sehingga beliau memahaminya".
Lihat betapa sayang dan sabarnya seorang guru terhadap anak muridnya. Sehingga direkodkan dalam muka surat yg sama:

ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ ﻳﻮﻣﺎ ﻳﺎ ﺭﺑﻴﻊ ﻟﻮ ﺃﻣﻜﻨﻨﻰ ﺃﻥ ﺃﻃﻌﻤﻚ اﻟﻌﻠﻢ ﻷﻃﻌﻤﺘﻚ
Terjemahan: Suatu hari al-Imām al-Shāfi'ī berkata kepada al-Imām al-Rabī': "Jika aku boleh memberi mu makan dengan ilmu nescaya telah aku suapkan kamu dengan ilmu tersebut".

Beginilah perjalanan ilmu, memerlukan guru yang sabar dan penyayang...
...serta anak murid yg tekun, bersungguh-sungguh, tidak putus asa dan rela dibetulkan guru barulah proses itu akan berjaya. Ini contoh terbaik bagi seorang guru dan anak murid yang saling sayang menyayangi dan sabar antara satu sama lain.

Wallahu'alam.
Rujukan:

[Tāj al-Dīn 'Abd al-Wahhāb bin Taqī al-Dīn al-Subkī, Tabaqāt al-Shāfi'iyyah al-Kubrā, 2: 134]

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with khair ithnin

khair ithnin Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @KhairIthnin

7 Jun
[Bolehkah Perempuan Meminang Lelaki?]

Kebiasaannya kita akan mendengar seorang lelaki yang akan meminang atau menyatakan hasratnya kepada seorang wanita.

Persoalannya bolehkah seorang wanita menyatakan hasratnya/meminang seorang lelaki yang dianggapnya baik dan soleh?
Terdapat dalam Sahīh al-Bukhārī sebuah kisah yg diceritakan oleh Anas:

سمعت ثابتا البناني قال : كنت عند أنس وعنده ابنة له قال أنس: جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تعرض عليه نفسها قالت: يا رسول الله ، ألك بي حاجة ، فقالت بنت أنس : ما أقل حياءها؟! واسوأتاه! واسوأتاه!
قال: هي خير منك: رغبت في النبي صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها.

Terjemahan: Telah aku dengar bahawasanya Thābit al-Bunānī berkata: Sedang aku bersama Anas dan di sisinya terdapat anak perempuannya,
Read 17 tweets
5 Jun
[Sifat Muslim Dan Mukmin Yang Sempurna]

Nabi Muhammad SAW bersabda:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

"Seorang Muslim (yang sempurna) itu ialah orang yang orang Muslim yang lain selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya."
Riwayat al-Bukhārī (no. 10) daripada hadith Abdullah bin 'Amr dan Muslim (no. 41) daripada hadis Jabir bin 'Abdillah.

Dalam riwayat Ahmad pula ada tambahan, daripada Anas:

المؤمن من أمنه الناس

"Seorang mukmin itu adalah orang yang membuat manusia aman (daripada gangguannya)."
Riwayat Ahmad (no. 12756), Ibn Hajar dalam Fath al-Bārī menghukum sanadnya sebagai Sahih.

al-Suyūtī dalam al-Azhār al-Mutanāthirah fi al-Ahādīth al-Mutawātirah memuatkan lafaz:

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

Menunjukkan hadith ini bertaraf hadith mutawatir disisi beliau.
Read 4 tweets
4 Jun
Saya setuju dgn ini. 5 tahun lamanya saya di sana ajak rakan² untuk bersama-sama menadah terus dari guru, tapi yg ikut? Bila berada dikuliah tercengang apa yg dikata para pensyarah. Mengharapkan tutor. Tutor pula mengharapkan rakan Indonesia. Sedangkan kita ada...
...sahabat² Malaysia yg boleh bawa memberi tutor. Kerana berlainan aliran politik, seseorang itu dijauhi dan langsung tidak dibenarkan bersuara. Malah suaranya cuba dipadam.

Bayangkan lagi, duit zakat yg kita dapat, kita belanjakan ke mana? Hanya ke City Star beli Star buck?
Or pergi ke maktabah beli kitab? Bila dah nak akhir tahun, tanya kitab apa ya yg enta rasa ana kena ada sebelum balik ke Malaysia? Saya biasanya akan cadang kitab guru saya, Syeikh Hisham Kamil. Bayangkan kita ada kekuatan 11k pelajar di Mesir. Jika semua betul² belajar.
Read 7 tweets
30 Mar 20
[Bagaimanakah Terbentuknya 4 Mazhab]

Kita sering maklum berkenaan Mazhab. Mazhab ini secara mudahnya difahami sebagai perkara yg telah dicapai oleh Imam² mengenai sesuatu isu. Lalu orang awam ikut Imam² ini.

Ini thread untuk menerangkan secara ringkas berkenaan 4 Mazhab:
Macam saya sebut Imam² ini berijtihad (mengeluarkan segala keringat untuk menemukan hukum atau jawapan berkenaan sesuatu isu) akan hukum². Kemudian mereka yg tak capai taraf ilmu sehingga berijtihad (dipanggil muqollid atau awam) ikut hukum yg telah ditetapkan Imam.
Peristiwa ini bermula dengan penulisan Hadis. Para sahabat pada awalnya menghafal kalam² Rasulullah. Lalu dilarang oleh Rasulullah sebab takut bercampur aduk dengan Al-Quran. Dan sampai suatu ketika Nabi membenarkan sahabat bernama, Abdullah bin Amru al-'Aş menulis hadis.
Read 18 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(