👇MEMILIH SAHAM BERKUALITI DENGAN KAEDAH 'C.A.N.S.L.I.M'

Kaedah C.A.N.S.L.I.M ini adalah strategi pemilihan saham yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk meraih pulangan lumayan dalam pelaburan. Image
Kaedah ini menggunakan gabungan kajian fundamental dan teknikal dan mempunyai tujuh kriteria khusus yang perlu diperhatikan oleh pelabur. C.A.N.S.L.I.M ini merupakan akronim disebalik kata-kata kunci pemilihan saham untuk strategi ini.
Mari kita lihat pula tujuh kriteria yang ada dalam C.A.N.S.L.I.M ini.

1.  C- Current Earnings
(Current Quarterly Earnings Per Share)

Current Earnings ini bertujuan untuk kita melihat pertumbuhan perolehan terkini sesebuah syarikat berbanding tahun sebelumnya.
Menurut kajian daripada O’Neil, syarikat yang mempunyai pertumbuhan perolehan untuk suku tahunan yang baik kebiasaanya akan mempengaruhi harga saham berkenaan untuk meningkat naik.
Pertumbuhan perolehan syarikat ini boleh diperhatikan pada pertumbuhan nilai perolehan sesaham atau EPS setiap suku terkini sesebuah syarikat berbanding tahun sebelumnya.
2.  A- Annual Earnings.
(Annual Earnings Increases Over The Last Five Years)

Perolehan tahunan syarikat juga merupakan antara kriteria penting untuk menilai kualiti sesebuah syarikat.
Perolehan ini perlu dinilai untuk tempoh masa beberapa tahun sebelumnya untuk mengenal pasti bagaimana keadaan perolehan sesebuah syarikat dalam keadaan ekonomi yang berbeza.
3.  N- New Products, New Management, New High
(New Products, Management, Events, Information)

Ini boleh digunakan untuk mengenal pasti berita-berita baharu yang berpotensi menjadi pemangkin kepada pergerakan harga saham sesebuah syarikat berkenaan.
Contohnya adalah seperti produk-produk baharu yang boleh membantu meningkatan jualan syarikat, pengurusan baru yang bakal memberi idea baru untuk memajukan syarikat atau paras harga saham yang tertinggi yang pernah dibuat.
Berita seperti ini berpontensi untuk menggerakkan harga saham lebih tinggi pada masa hadapan. Kata kuncinya di sini ialah apa-apa saja yang baru.
4.  Supply And Demand

Penawaran dan bekalan ini digunakan untuk melihat minat belian saham sesebuah syarikat itu dengan melihat jumlah purata dagangan untuk tempoh beberapa bulan sebelumnya.
Jumlah keseluruhan unit saham yang didagangkan di pasaran juga memainkan peranan yang penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham itu. Harga saham yang mempunyai jumlah unit saham dagangan yang sedikit adalah lebih volatile berbanding jumlah unit saham yang banyak.
Dengan kata lain, Ini adalah merupakan perkara asas dalam ekonomi. Semakin tinggi permintaan terhadap barangan yang terhad di dalam pasaran, maka semakin mudah harga barang tersebut meningkat.
5. Leader and Laggard

Kita boleh tentukan sama ada syarikat itu leader atau laggard, di mana syarikat leader biasanya akan lebih sensitif dan bertindak balas dengan lebih cepat kepada berita di  pasaran berbanding syarikat laggard.
Syarikat leader juga kebiasaanya mempunyai harga saham yang lebih tinggi berbanding syarikat pesaingnya yang lain. Saham syarikat yang tergolong dalam kategori leader juga biasanya mempunyai pegerakan harga lebih tinggi berbanding pergerakan harga indeks saham sesebuah pasaran.
Dan Leaders biasanya mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang lebih tinggi daripada syarikat lain yang berada di dalam sektor yang sama. Laggard pula syarikat yang ketinggalan ke belakang berbanding dengan syarikat leader.
6.  Institutional Ownership

Institusi-institusi kewangan atau pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat unit trust dan pelbagai institusi yang lain
mempunyai pakar-pakar yang membuat kajian secara terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan mereka. Institusi ini akan tertarik untuk melabur di dalam syarikat yang berkualiti dan mempunyai potensi untuk berkembang maju di masa hadapan.
Secara tidak langsung, kehadiran institusi memberi keyakinan kepada pelabur runcit untuk turut sama memiliki saham syarikat tersebut.
Oleh itu, penting untuk pelabur mengetahui jumlah pegangan saham yang dimiliki oleh institusi-institusi dalam sesebuah syarikat sebelum membuat keputusan untuk membeli saham syarikat berkenaan.
7.  Market Direction

Pasaran mempunyai beberapa fasa aliran seperti fasa aliran menaik (uptrend), fasa aliran menurun (downtrend) dan fasa aliran mendatar (sideways). Mengetahui arah pasaran adalah penting kerana kebanyakan saham bergerak seiring dengan pergerakan pasaran.
Kita akan mempunyai potensi untuk membuat keuntungan yang lebih banyak jika kita melabur ke dalam saham dan pasaran yang sedang membuat fasa aliran menaik.
Berikut adalah tujuh kriteria pemilihan saham yg berkualiti dicipta oleh William J.O’Neil dlm pemilihan saham. Beliau telah menulis beberapa buah buku. Antaranya adalah How to Make Money in Stocks, How to Make Money Selling Stocks Short, The Successful Investor dan banyak lagi.
Strategi ini sangat sesuai diamalkan ketika pasaran berada dlm fasa menaik. Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2021 akan meningkat dgn lebih tinggi.
Indeks FBMKLCI juga dijangka akan membuat kenaikan lebih tinggi berbanding sebelumnya.

THEKAPITAL.MY
Antara contoh kajian C.A.N.S.L.I.M pada OPENSYS
thekapital.my/kajian-canslim…
contoh kajian C.A.N.S.L.I.M pada TAKAFUL
thekapital.my/kajian-canslim…
contoh kajian lain C.A.N.S.L.I.M pada DUOPHARMA
thekapital.my/kajian-canslim…
contoh kajian C.A.N.S.L.I.M pada secto hartanah ECOWORLD
thekapital.my/kajian-canslim…
contoh kajian lain C.A.N.S.L.I.M pada tenaga baru SOLARVEST thekapital.my/kajian-canslim…
Contoh kajian C.A.N.S.L.I.M pada ARBB
thekapital.my/kajian-kes-arb…
Contoh kajian lain C.A.N.S.L.I.M pada DAYANG
thekapital.my/kajian-canslim…
Contoh kajian terbaru C.A.N.S.L.I.M pada AEMULUS
thekapital.my/kajian-canslim…
Lagi kajian C.A.N.S.L.I.M pada PENTAMASTER
thekapital.my/kajian-canslim…
Lagi dan lagi kajian C.A.N.S.L.I.M pada FPGROUP
thekapital.my/kajian-canslim…
Kajian C.A.N.S.L.I.M terbaru pada VSTECS
thekapital.my/kajian-canslim…
Lagi, kajian C.A.N.S.L.I.M terhadap INARI
thekapital.my/kajian-canslim…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sahabat EmpayarSaham

Sahabat EmpayarSaham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @stEmpayarsaham

18 Apr
🤫 MACD : RAHSIA TENTANG MACD YANG HANYA DIKETAHUI OLEH OTAI-OTAI TRADER .

Kalau ikutkan sebenarnya ramai trader yang tahu tentang teori dan psikologi MACD histogram.
Kami juga pernah share tentang teori dan psikologi MACD histogram. Bagi yang terlepas boleh baca di sini.
Tetapi, kali ni rahsia yang bakal kami dedahkan ini, hanya geng otai-otai trader sahaja yang yang tahu.

Kenapa ia rahsia?
Read 33 tweets
28 Mar
🤔 APA TEKNIK PALING SEMPURNA DALAM TRADING SAHAM ?

Adakah anda sedang mencari strategi trading yang paling sempurna dalam trading saham?
Adakah anda sedang mencari kaedah teknikal analisis yang paling sempurna?
Jika anda bertanya soalan ini kepada pakar dan profesional yang sudah bertahun-tahun lamanya terlibat dalam pasaran saham, pasti jawaban mereka, TIADA.
Tetapi adakah wujud satu sistem trading tertentu yang memberi signal entri dan exit?
Adakah ia satu petunjuk / signal teknikal untuk entri/ exit yang tepat?
Adakah sistem trading ini sangat berkesan tanpa mengalami kerugian?

Jawabannya juga tetap sama, TIADA.
Read 38 tweets
2 Mar
❤️ TEKNIK FORMING 1,2,3 SESUAI UNTUK INTRADAY TRADER

Teknik Forming 1,2,3 ini sangat sesuai digunakan untuk intraday trading. Teknik ini adalah untuk kita melihat pergerakan harga saham di pasaran yang menyebabkan wujudnya buy signal tanpa candlestick penuh secukupnya.
Salah satu isyarat yang penting adalah dengan kenaikan volume yang tinggi dalam satu-satu masa ke atas sesuatu kaunter. Volume yang perlu difokuskan adalah buying volume berdasarkan jumlah lot belian yang berlaku di dalam pasaran.
Volume pembelian yang tinggi ini bermakna wujudnya momentum dan minat belian ke atas kaunter tersebut yang disebabkan sentimen semasa.
Read 26 tweets
28 Feb
🤑 MITOS JUTAWAN

Hari ni kita detour kejap, lupakan saham buat sementara waktu.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, bagi Admin, adalah menjadi suatu kemestian untuk kita membina kekayaan. Kita harus menanam hasrat di dalam hati kita untuk menjadi kaya suatu hari nanti.

KENAPA? Image
Jawapannya mudah, apabila kita kaya, negara jadi kuat, masyarakat jadi kuat dan seterusnya lebih ramai orang yang kita boleh bantu, terutama sekali golongan yang teraniaya.
Walau bagaimana pun, nak menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali orang menyangka nak jadi kaya, anda perlukan wang modal… Salah… Cabarannya yang sebenar ialah untuk memupuk attitude dan minda yang betul. Dapat kedua-dua ni, wang datang kemudian.
Read 34 tweets
3 Feb
❤️ APA ITU STOCHASTIC ?

Stochastic ialah technical indicator jenis oscillator yang paling popular dan paling meluas digunakan. Kebanyakan penganalisis sentiasa melampirkan sekali stochastic di dalam chart mereka.
Pada masa sama, stochastic juga antara technical indicator yang default dalam kebanyakan trading platform.
Stochastic dipelopori oleh George Lane. Stochastic bekerja dengan mengesan hubungkait di antara closing price dengan price range.
Read 14 tweets
24 Jan
🤠 SIAPA ITU JESSE LIVERMORE?

Hari ni kita bercerita ttg trading pula. Walaupun Admin ialah seorang investor dan trader, Admin lebih banyak bercerita dengan orang ttg investing kerana tak banyak ttg trading yang boleh diceritakan.
Namun, hari ini khas buat trader-trader, Admin akan share kepada anda kisah seorang trader lagenda bernama Jesse Livermore.
Jesse Livermore ialah seorang trader yang sangat hebat pada zamannya. Beliau pernah untung sehingga berjuta-juta dan kemudian rugi pula berjuta-juta, pernah bankrap 3 kali, namun bangkit semula setiap kali.
Read 38 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(