🤔 APA TEKNIK PALING SEMPURNA DALAM TRADING SAHAM ?

Adakah anda sedang mencari strategi trading yang paling sempurna dalam trading saham?
Adakah anda sedang mencari kaedah teknikal analisis yang paling sempurna?
Jika anda bertanya soalan ini kepada pakar dan profesional yang sudah bertahun-tahun lamanya terlibat dalam pasaran saham, pasti jawaban mereka, TIADA.
Tetapi adakah wujud satu sistem trading tertentu yang memberi signal entri dan exit?
Adakah ia satu petunjuk / signal teknikal untuk entri/ exit yang tepat?
Adakah sistem trading ini sangat berkesan tanpa mengalami kerugian?

Jawabannya juga tetap sama, TIADA.
Jika anda masih baru terlibat dalam pasaran saham, anda mungkin teruja melihat keuntungan profesional trader, sifu, otai, ataupun mereka yang mengelarkan diri sebagai PAKAR segala PAKAR TEKNIK dalam pasaran saham.
Persepsi anda berpendapat mungkin mereka ada TEKNIK RAHSIA dalam pasaran saham sehingga mereka berjaya memperolehi keuntungan konsisten sehingga 5-6 angka.
Jika benar wujud teknik rahsia seperti apa yang mereka guna, berapa RIBU RINGGIT yang anda sanggup bayar kepada mereka untuk mengajar anda teknik tersebut?
Jika saya membuat keuntungan RM10,000 > RM50,000 setiap trade atau setiap hari hanya santai2 duduk di depan komputer, adakah anda rasa berbaloi jika saya mengajar ‘TEKNIK RAHSIA’ tersebut hanya dengan fee coaching sebanyak RM1,000 > RM5,000?
Sebenarnya, persepsi anda 100% tidak tepat sama sekali. Jika anda berfikir bahawa saya mempunyai sistem trading yang sempurna, strategi, atau penunjuk/signal trading yang akan menyelamatkan saya daripada kerugian, jangkaan anda meleset kerana perkara tersebut tidak akan berlaku.
Tiada sebarang kaedah atau strategi sempurna dalam trading saham kerana terlalu banyak faktor / pemboleh-ubah rawak yang akan memberi kesan secara langsung kepada harga saham di pasaran.
Contohnya jika cuaca baik, harga semasa ikan tenggiri ialah RM15/kg, tetapi jika musim tengkujuh, harga ikan tenggiri akan melambung naik ke RM25/kg kerana permintaan yang tinggi tetapi stok ikan kurang. Ini namanya sentimen pasaran.
Namun terdapat dua faktor yang saya gabungkan untuk mencipta sistem trading yang saya guna pakai sehingga ke hari ini. Malah saya berani mengatakan bahawa sistem trading inilah ‘TEKNIK RAHSIA’ yang saya guna selama ini.
Namun, harap maaf kerana teknik tersebut hanya sesuai untuk diri saya sahaja kerana ia sesuai dengan personaliti serta kebolehan yang saya miliki sahaja. Lain orang lain cara nya.
Antara faktor yang saya guna dalam teknik yang saya guna?
Salah satu faktor tersebut ialah analisis teknikal.
ANALISIS TEKNIKAL

Siapakah trader/ pedagang saham yang paling menguntungkan di dunia?

Jika anda menjawab Warren Buffet, anda harus faham dia bukan membeli saham, tetapi dia membeli keseluruhan syarikat.
Jika anda menjawab Dan Zanger, beliau pasti akan jawab, zaman kegemilangan tradingnya ialah sewaktu market bubble, masa tu Y2K heboh ketika abad tahun 1999 akan bertukar ke abad baru, 2000.
Trader/ pedagang saham yang paling menguntungkan di dunia ialah ‘market maker’ dan profesional trader. Mereka membuat wang secara konsisten sejak pasaran saham ini diwujudkan.
Persoalannya, mengapa mereka begitu berjaya?

Mereka berjaya kerana mereka berdagang secara bertentangan ketika pasaran sedang aktif/ rancak. Mereka memerhatikan apakah pelan trader seperti anda, jika anda membeli, mereka menjual kepada anda.
Jika anda menjual, mereka pula membeli saham anda. Mereka tahu apa yang anda akan lakukan seterusnya.
Bagaimana mereka mengetahuinya? PSIKOLOGI manusia.

Beratus-ratus atau beribu-ribu trader/ pedagang saham sudah membuat kesilapan yang sama berulang kali sebelum anda terlibat dengan pasaran saham.
Kebanyakan trader baru setahun jagung akan menjual apabila harga jatuh di paras support kerana mereka membeli saham ketika harga di resistance dengan harapan jika berlaku breakout, harga akan terus terbang.
Keadaan ini kerap berlaku berulang kali dan trader yang bijak mengambil peluang akan membuat keuntungan ke atas mereka. Bunyinya mungkin agak kejam, namun itulah realiti di pasaran saham.
Apa yang dibuat oleh ‘MARKET PLAYER’ atau lebih popular dengan jolokan ‘Jerung’ ialah mengenal pasti trader-trader baru di pasaran dan menjemput anda untuk join group saham mereka dengan ‘umpan’ tips-tips saham atau buycall setiap hari.
Apa tujuan/ intention mereka?

Untuk mendapat keuntungan secara konsisten, mereka a.k.a ‘smart trader’ memerlukan pedagang-pedagang baru untuk menolak harga saham tersebut supaya naik lebih tinggi sehingga mencapai harga sasaran mereka.
Tanpa pedagang baru, mereka tidak akan dapat membuat keuntungan sama sekali kerana harga saham di pasaran tidak akan bergerak naik.
Jika anda membuat keuntungan saham, ia adalah kerana kesilapan orang lain, dan begitulah sebaliknya yang akan berlaku kepada anda juga. Inilah realiti yang anda harus terima dalam roda putaran turun naik harga saham.
Semua institusi / fund manager juga melakukan perkara yang sama, namun mereka membuat dalam skala yang besar. Mereka mengumpul saham-saham yang jatuh di bawah nilai pasaran ketika keseluruhan pasaran menurun (Bear market).
Mereka membeli ketika harga senyap di paras support dan menjualnya kepada orang ramai ketika harga pasaran sedang menaik (Bull market).
Bagaimana mereka mengenal pasti trader/ pedagang baru di pasaran?

Lihat saja di mana-mana chart saham, anda juga akan kenal mereka dengan jelas.
Apa yang saya lakukan untuk mengelak daripada menjadi santapan golongan ‘market maker’?

Saya akan membeli ketika trader baru menjual saham mereka, dan akan menjual saham saya ketika trader baru membeli.
Saya melakukan hal yang sama seperti mana yang dilakukan oleh market maker setiap kali memasuk pasaran saham. Apa yang saya lakukan ini adalah strategi yang bijak, kerana saya akan menjual ketika trader/pedagang lain berebut atau mengejar harga saham yang sudah terbang naik.
Sebaliknya saya akan memerhati dan menunggu peluang membeli ketika mereka dalam keadaan tertekan, emosional kerana harga saham menurun lebih rendah daripada harga belian mereka.
Visual situasi di atas menunjukkan betapa mudahnya market maker membuat keuntungan dari pasaran saham kerana ironiknya, trader baru pasti akan terus –menerus mencari kaedah atau teknik ajaib/rahsia dan secara tidak langsung akan membuat kesilapan yang sama.
Bagaimana kami mengetahui bila timing terbaik membeli dan menjual saham? PSIKOLOGI emosi manusia.

Profesional market maker, Fund manager, sindiket player bukanlah musuh utama anda dalam pasaran saham. Musuh utama anda yang paling besar ialah diri anda sendiri.
Mereka adalah manusia biasa sama seperti anda, dan mereka juga mempunyai emosi seperti anda. Jika anda tidak menguruskan emosi dengan baik, anda akan menjadi mangsa santapan mereka, bukan kerana mereka mempunyai teknik/ kaedah/ strategi trading yang sempurna dalam pasaran saham.
Anda akan teruja, gementar, takut, tamak, bahagia, dan takut apabila mula menekan button buy. Semua emosi ini boleh menyebabkan anda kehilangan wang sekelip mata.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Anda harus mempunyai plan sebelum memasuki pasaran supaya anda tahu apa tindakan yang anda akan laksanakan. Namun anda harus mempunyai disiplin yang tinggi (rock-solid discipline) untuk mengikuti plan.
Jika anda ingin sukses seperti mereka yang berjaya, anda harus berguru ilmu SENI PENGURUSAN DIRI & MENGUASAI EMOSI ANDA (Art of self management and mastering your emotions). Kerana ini adalah salah satu faktor penting.
Note: Semua kenyataan di atas adalah kisah benar perjalanan hidup saya sebagai seorang trader saham sepenuh masa dan tiada kaitan dengan mana-mana individu ataupun group-group saham.

*credit perkongsian dan nasihat : otai saham mr.USB

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sahabat EmpayarSaham

Sahabat EmpayarSaham Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @stEmpayarsaham

2 Mar
❤️ TEKNIK FORMING 1,2,3 SESUAI UNTUK INTRADAY TRADER

Teknik Forming 1,2,3 ini sangat sesuai digunakan untuk intraday trading. Teknik ini adalah untuk kita melihat pergerakan harga saham di pasaran yang menyebabkan wujudnya buy signal tanpa candlestick penuh secukupnya.
Salah satu isyarat yang penting adalah dengan kenaikan volume yang tinggi dalam satu-satu masa ke atas sesuatu kaunter. Volume yang perlu difokuskan adalah buying volume berdasarkan jumlah lot belian yang berlaku di dalam pasaran.
Volume pembelian yang tinggi ini bermakna wujudnya momentum dan minat belian ke atas kaunter tersebut yang disebabkan sentimen semasa.
Read 26 tweets
28 Feb
🤑 MITOS JUTAWAN

Hari ni kita detour kejap, lupakan saham buat sementara waktu.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, bagi Admin, adalah menjadi suatu kemestian untuk kita membina kekayaan. Kita harus menanam hasrat di dalam hati kita untuk menjadi kaya suatu hari nanti.

KENAPA? Image
Jawapannya mudah, apabila kita kaya, negara jadi kuat, masyarakat jadi kuat dan seterusnya lebih ramai orang yang kita boleh bantu, terutama sekali golongan yang teraniaya.
Walau bagaimana pun, nak menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali orang menyangka nak jadi kaya, anda perlukan wang modal… Salah… Cabarannya yang sebenar ialah untuk memupuk attitude dan minda yang betul. Dapat kedua-dua ni, wang datang kemudian.
Read 34 tweets
3 Feb
❤️ APA ITU STOCHASTIC ?

Stochastic ialah technical indicator jenis oscillator yang paling popular dan paling meluas digunakan. Kebanyakan penganalisis sentiasa melampirkan sekali stochastic di dalam chart mereka.
Pada masa sama, stochastic juga antara technical indicator yang default dalam kebanyakan trading platform.
Stochastic dipelopori oleh George Lane. Stochastic bekerja dengan mengesan hubungkait di antara closing price dengan price range.
Read 14 tweets
24 Jan
🤠 SIAPA ITU JESSE LIVERMORE?

Hari ni kita bercerita ttg trading pula. Walaupun Admin ialah seorang investor dan trader, Admin lebih banyak bercerita dengan orang ttg investing kerana tak banyak ttg trading yang boleh diceritakan.
Namun, hari ini khas buat trader-trader, Admin akan share kepada anda kisah seorang trader lagenda bernama Jesse Livermore.
Jesse Livermore ialah seorang trader yang sangat hebat pada zamannya. Beliau pernah untung sehingga berjuta-juta dan kemudian rugi pula berjuta-juta, pernah bankrap 3 kali, namun bangkit semula setiap kali.
Read 38 tweets
11 Jan
💵 STOCK SELECTION CRITERIA FROM GURUS OF STOCK INVESTMENT.

Tulisan ini bukan milik Admin. Terlupa terjumpa di mana, tetapi menarik utk dikongsi. Kredit kepada si pemilik tulisan. Image
ADAM KHOO

1. Track records showing consistently increasing revenue, net profit & operating cash flow.

2. Competitive advantage.

3. Future growth drivers.

4. Conservative debt.

5. Above average ROE.

6. Management holding/buying stocks.

7. Undervalued.

8. On uptrend. Image
HO KOK MUN.

1. Good brand name.

2. Can pass on increment in cost to consumers.

3. High profit margin.

4. Business remain the same/predictable.

5. Great management team. Image
Read 6 tweets
10 Jan
🦺15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME YANG WAJIB DIKETAHUI.

Topik sharing kali ini ialah volume. Volume analisis adalah merupakan antara analisis favourite Empayar Saham. Image
Suatu ketika dahulu, Admin pernah share topik yang sama yang mana masa tu ade 18 rule asas analisis volume. Kali ini, Admin kemaskini semula menjadikannya kepada 15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME.
Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
Read 26 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!