Stochastic ialah technical indicator jenis oscillator yang paling popular dan paling meluas digunakan. Kebanyakan penganalisis sentiasa melampirkan sekali stochastic di dalam chart mereka.
Pada masa sama, stochastic juga antara technical indicator yang default dalam kebanyakan trading platform.
Stochastic dipelopori oleh George Lane. Stochastic bekerja dengan mengesan hubungkait di antara closing price dengan price range.
Walaupun stochastic kelihatan lebih kurang sama dengan William %R, stochastic sebenarnya lebih kompleks kerana stochastic turut dilengkapi dengan alat untuk menyaring noise di dalam market dan membuang signal-signal yang tidak tepat.
Stochastic terdiri dari 2 garisan.
1. Garisan %K.
Garisan %K adalah garisan yg lebih laju dan ianya lebih 'kasar'. Konsep dan cara pengiraan garisan %K sebenarnya hampir serupa dgn William %R, kecuali satu perbezaan - William %R membandingkan kedudukan closing price dengan ...
... upper limit price range, manakala stochastic membanding kedudukan closing price dengan lower limit price range.
Lain-lain berkaitan dengan garisan %K adalah serupa dengan William %R. Period garisan %K yang lebih kecil boleh digunakan untuk menentukan price reversal yang kecil, manakala period garisan %K yang lebih besar boleh digunakan untuk menentukan price reversal yang lebih besar.
2. Garisan %D.
Garisan %D adalah garisan yang lebih perlahan dan ianya lebih 'lembut'. Garisan ini merupakan moving average kepada garisan %K.
Terdapat 2 jenis stochastic -
1. Fast stochastic - stochastic yang dibincangkan di atas sebenarnya ialah fast stochastic. Ia sangat sensitif dengan perubahan market tetapi ia juga banyak membuat whipsaw.
2. Slow stochastic - stochastic yang mana garisan %D dari fast stochastic menjadi garisan %K bagi slow stochastic dan garisan %D slow stochastic adalah moving average kepada garisan %K slow stochastic.
Ia lebih baik dalam menyaring noise dan membuang signal2 yang tidak tepat. Slow stochastic kebiasaannya menjadi kegemaran trader.
Seperti juga William %R, stochastic diplot dalam bentuk peratusan. Namun, perbezaan ketara William %R dengan stochastic ialah kedudukan plot 0% dan 100%.
Dalam stochastic, plot paling tinggi ialah 100% dan plot paling rendah ialah 0%. Ianya adalah keterbalikan dari William %R yang mana plot paling tinggi ialah 0% dan plot paling rendah ialah 100%.
Manakala, kawasan di antara 0 ~ 20% didefinisikan sebagai kawasan oversold dan kawasan di antara 80 ~ 100% didefinisikan sebagai kawasan overbought.
Empayar Saham
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Hari ni kita bercerita ttg trading pula. Walaupun Admin ialah seorang investor dan trader, Admin lebih banyak bercerita dengan orang ttg investing kerana tak banyak ttg trading yang boleh diceritakan.
Namun, hari ini khas buat trader-trader, Admin akan share kepada anda kisah seorang trader lagenda bernama Jesse Livermore.
Jesse Livermore ialah seorang trader yang sangat hebat pada zamannya. Beliau pernah untung sehingga berjuta-juta dan kemudian rugi pula berjuta-juta, pernah bankrap 3 kali, namun bangkit semula setiap kali.
🦺15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME YANG WAJIB DIKETAHUI.
Topik sharing kali ini ialah volume. Volume analisis adalah merupakan antara analisis favourite Empayar Saham.
Suatu ketika dahulu, Admin pernah share topik yang sama yang mana masa tu ade 18 rule asas analisis volume. Kali ini, Admin kemaskini semula menjadikannya kepada 15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME.
Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
😱 BAGAIMANA STOCK PRICE BEREAKSI TERHADAP SETIAP JENIS CORPORATE EXERCISE?
Terdapat banyak sbb kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada shareholder-shareholder untuk mengembangkan syarikat.
Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga yang mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.
Walauapapun pilihan corporate exercise yg dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan shareholder-shareholder di dlm syarikat. Oleh itu, penting utk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.
❗BERHATI-HATILAH JIKA EXTERNAL AUDITOR SYARIKAT ANDA RESIGN.
External auditor ialah mereka yang dilantik oleh pihak syarikat utk mengaudit laporan kewangan syarikat agar ianya telus dan memenuhi piawai yang ditetapkan sebelum laporan kewangan tersebut didedahkan kepada umum.
Pentingnya external auditor kerana mereka sebenarnya menjaga kepentingan kita sebagai pelabur dengan cuba memastikan syarikat memberikan maklumat yang cukup dan lengkap serta mudah difahami kita, walaupun mereka sebenarnya dilantik oleh pihak syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat yang bagus seharusnya mempunyai pengurusan yang juga berkualiti dan ini termasuklah bagaimana mereka mengurus dan menjaga kewangan mereka.
Soalan yang biasa Admin terima daripada newbie apabila berkaitan dgn financial report ialah
"Boleh percaya ke syarikat punya financial report?"
Soalan ni sebenarnya telah pun dijangka awal-awal oleh MASB sendiri (Malaysia Accounting Standard Board). Mereka tahu kepentingan utk meningkatkan kepercayaan public terhadap financial report. Itulah sebabnya MASB menetapkan accounting standard atau template utk diikuti semua.
Anda juga patut tahu bahawa syarikat wajib melantik auditor utk mengaudit financial report mereka. 2 benda yang auditor nak tgk dalam audit iaitu adakah financial report tersebut
1. True and fair view. 2. Menepati accounting standard.