Hari ni kita bercerita ttg trading pula. Walaupun Admin ialah seorang investor dan trader, Admin lebih banyak bercerita dengan orang ttg investing kerana tak banyak ttg trading yang boleh diceritakan.
Namun, hari ini khas buat trader-trader, Admin akan share kepada anda kisah seorang trader lagenda bernama Jesse Livermore.
Jesse Livermore ialah seorang trader yang sangat hebat pada zamannya. Beliau pernah untung sehingga berjuta-juta dan kemudian rugi pula berjuta-juta, pernah bankrap 3 kali, namun bangkit semula setiap kali.
Beliau juga pernah melalui zaman kegelapan yang dahsyat iaitu The Great Depression dan hidup untuk ceritakan pengalaman beliau sehingga sebuah buku ditulis sempena kehidupan beliau iaitu "Reminiscences of a Stock Operator".
Lahir pada tahun 1877, Jesse Livermore asalnya dididik untuk menjadi peladang, namun kemudian keluar dari rumah kerana mahu mengejar minat mencari kekayaan daripada stock market.
Pada usia 14 tahun, beliau mula bekerja dengan syarikat broker Paine Webber dan bermulalah perjalanannya sebagai seorang trader.
Di usia 15 tahun, beliau berjaya mengumpul profit sebanyak $1,000. Pada tahun 1901 pula, profit yang berjaya dikumpul ialah $50,000. Namun, kemudian beliau kehilangan semua profit beliau ketika trade cotton.
Pada tahun 1906, beliau short sell stock Union Pacific (syarikat lokomotif). Semua rakannya menyangka beliau gila kerana Union Pacific ketika itu sedang all time high.
Namun, kemudian berlaku gempa bumi San Francisco yang menyebabkan stock Union Pacific jatuh. Jesse Livermore meraih keuntungan sebanyak $250,000.
Pada tahun 1907, beliau mengesan petanda-petanda stock market akan jatuh, lalu short sell. Ramalan beliau tepat dan beliau kemudian meraih keuntungan sebanyak $1 juta.
Namun, malangnya beliau sekali lagi kehilangan semuanya pada cotton trade pada tahun 1908. Beliau akhirnya diisytihar bankrap pada 1912.
Tahun 1920-an menyaksikan beliau bangkit kembali yang mana beliau terus membuat profit daripada stock market.
Pada tahun 1929, beliau sekali lagi mengesan petanda-petanda market crash sama seperti tahun 1907, lalu beliau sekali lagi short sell stock market. Kali ini, Jesse Livermore meraih profit sebanyak $100 juta!! Namun, sekali lagi beliau kemudian diisytiharkan bankrap pada 1934.
Jika anda lihat kisah Jesse Livermore, anda akan dapati bahawa trading adalah sangat berisiko. Ya, anda boleh meraih kekayaan dalam satu malam, tetapi ia kemudiannya akan membuatkan anda lupa diri sehingga anda kehilangan segala kekayaan anda di dalam trade pada malam seterusnya.
Begitulah dengan Jesse Livermore. Beliau mmg hebat kerana mampu membaca price-volume action dengan baik DI KETIKA KETIADAAN CHART PADA ZAMAN ITU! Namun, sebanyak mana yang beliau profit, sebanyak itu juga yang beliau gunakan untuk trade semula.
Itu adalah punca utama beliau boleh kaya dan papa kedana dalam sekelip mata. Beliau juga hidup bermewah-mewahan dengan kekayaan singkatnya dan ini memusnahkan hidupnya serta keluarganya.
TRADING STYLE JESSE LIVERMORE.
Jesse Livermore tidak bergantung semata-mata dengan price-volume action ketika trade. Sumber tindakan beliau di dalam trade berpunca dari 3 perkara.
1. Price-volume action. 2. Keadaan-keadaan semasa. 3. Tips dari orang-orang dalam.
Ketika trade, Jesse Livermore juga menggunakan keadaan-keadaan semasa untuk meramal pergerakan stock market.
Sebagai contoh pada tahun 1906, apabila beliau short sell stock Union Pacific (syarikat lokomotif), beliau mendapat tahu lebih awal bahawa terdapat gempa bumi di San Francisco dan beliau faham ini akan mencetuskan panic pada stock Union Pacific.
Kemudian, pada tahun 1907 dan sekali lagi pada tahun 1929 iaitu The Great Depression, beliau mengesan pattern yang sama di dalam market sebelum market crash iaitu terdapat kekurangan modal di dalam stock market utk membeli stock.
Beliau meramalkan bahawa akan berlaku kejatuhan yang pantas pada market kerana ramai spekulator akan terpaksa menjual kerana margin call. Tanpa modal yang cukup, tiada buyer yang mencukup utk menyerap kejatuhan ini - market crash.
Jesse Livermore juga menggunakan insider tips dalam membuat keputusan trade. Sebagai contoh, selepas short sell Union Pacific, beliau kemudian mendengar nasihat dari rakannya agar tidak cuba membeli Union Pacific.
Namun, nasihat tersebut terbukti salah apabila Union Pacific kemudiannya kembali naik.
Beliau juga mengambil nasihat dari Teddy Price, seorang cotton trader, supaya membeli stock cotton, walaupun Teddy Price sendiri menjual stocknya. Akibatnya, beliau kerugian sehingga $5 juta.
Walau apa pun, amalan Jesse Livermore yang menggunakan 3 perkara ini sebagai sumber tindakan beliau untuk trade kemudian menjadi ikutan trader-trader selepasnya sehingga ke hari ini.
BAGAIMANA BELIAU MENGANALISA MENGGUNAKAN PRICE-VOLUME ACTION?
Di zaman beliau, tiada chart utk melihat price pattern. Oleh itu, beliau lebih kepada menggunakan teknik pivot.
Dengan teknik pivot, beliau akan melihat di paras mana price kerap bermain, lalu beliau akan menjadikan price tersebut pivot. Beliau kemudian akan meletakkan buffer di sekeliling pivot tersebut.
Buffer ini bertindak sebagai confirmation yang mana jika price melepasi buffer ini, barulah buy signal. Jika price bergerak ke atas dan melepasi buffer, beliau akan trade long, jika price bergerak ke bawah dan melepasi buffer, beliau akan trade short.
Selepas itu, beliau akan mengekori price sehinggalah ia tiba ke pivot seterusnya. Di situ, jika price bergerak melepasi pivot tersebut, beliau akan menambah kedudukannya, namun jika tidak, beliau akan exit trade.
Volume pula digunakan utk menyokong price action. Jika volume meningkat ketika breakout, price akan teruskan pergerakannya. Namun, jika volume tidak meningkat ketika breakout, ada kemungkinan ia hanya false breakout.
Pada masa sama, jika price membuat correction, seharusnya volume akan ikut turun. Jika volume meningkat ketika price membuat correction, itu bukan price correction.
Sebenarnya, jika anda lihat, apa yang dilakukan oleh Jesse Livermore, tak lain dan tak bukan ialah trade di support dan resistance dan menguatkan kedudukan jika wujud breakout serta menjual jika breakout fail.
Manakala, volume analysis yang digunakan beliau pula sama dengan apa yang kita amalkan pada hari ini.
Walau apa pun, Jesse Livermore mementingkan signal confirmation. Bagi beliau, walaupun anda tahu ke mana price akan pergi selepas itu, anda tetap harus menunggu price memberikan signal utk buy dan sell.
Beliau kemudian menyimpulkan pengalaman trade beliau kepada trading rule seperti berikut.
1. Ikut trend ketika trade. Long ketika uptrend, short ketika downtrend.
2. Bukan setiap masa sesuai utk trade. Tunggu peluang muncul.
3. Trade di support dan resistance.
4. Tunggu signal confirmation sebelum entry.
5. Bila untung, jangan kacau. Biarkan.
6. Amalkan cutloss.
7. Berhenti trade ketika trend kelihatan semakin kepenatan.
8. Trade mengikut sektor. Hanya trade pada sektor yang terkuat.
9. Jangan buat averaging pada stock yang anda rugi.
10. Jangan tgu sampai margin call utk clearkan position anda.
11. Jangan trade terlalu banyak stock dalam satu masa.
12. Jangan trade dengan semua modal yang ada.
Beliau sendiri mengaku bahawa setiap kerugian yang beliau tanggung adalah berpunca dari beliau melanggar trading rule beliau sendiri.
Beliau juga meluangkan nasihat kepada trader-trader :
1. Jika anda seorang trader, fikir sebagai trader, bukan investor.
2. Jangan pedulikan fundamental. Hanya price-volume action.
3. Tiada price yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Anda bukan investor.
EmpayarSaham
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
🦺15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME YANG WAJIB DIKETAHUI.
Topik sharing kali ini ialah volume. Volume analisis adalah merupakan antara analisis favourite Empayar Saham.
Suatu ketika dahulu, Admin pernah share topik yang sama yang mana masa tu ade 18 rule asas analisis volume. Kali ini, Admin kemaskini semula menjadikannya kepada 15 RULES ASAS ANALISIS VOLUME.
Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
😱 BAGAIMANA STOCK PRICE BEREAKSI TERHADAP SETIAP JENIS CORPORATE EXERCISE?
Terdapat banyak sbb kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada shareholder-shareholder untuk mengembangkan syarikat.
Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga yang mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.
Walauapapun pilihan corporate exercise yg dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan shareholder-shareholder di dlm syarikat. Oleh itu, penting utk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.
❗BERHATI-HATILAH JIKA EXTERNAL AUDITOR SYARIKAT ANDA RESIGN.
External auditor ialah mereka yang dilantik oleh pihak syarikat utk mengaudit laporan kewangan syarikat agar ianya telus dan memenuhi piawai yang ditetapkan sebelum laporan kewangan tersebut didedahkan kepada umum.
Pentingnya external auditor kerana mereka sebenarnya menjaga kepentingan kita sebagai pelabur dengan cuba memastikan syarikat memberikan maklumat yang cukup dan lengkap serta mudah difahami kita, walaupun mereka sebenarnya dilantik oleh pihak syarikat itu sendiri.
Sebuah syarikat yang bagus seharusnya mempunyai pengurusan yang juga berkualiti dan ini termasuklah bagaimana mereka mengurus dan menjaga kewangan mereka.
Soalan yang biasa Admin terima daripada newbie apabila berkaitan dgn financial report ialah
"Boleh percaya ke syarikat punya financial report?"
Soalan ni sebenarnya telah pun dijangka awal-awal oleh MASB sendiri (Malaysia Accounting Standard Board). Mereka tahu kepentingan utk meningkatkan kepercayaan public terhadap financial report. Itulah sebabnya MASB menetapkan accounting standard atau template utk diikuti semua.
Anda juga patut tahu bahawa syarikat wajib melantik auditor utk mengaudit financial report mereka. 2 benda yang auditor nak tgk dalam audit iaitu adakah financial report tersebut
1. True and fair view. 2. Menepati accounting standard.