Bulan ini Dalam Sejarah.

Disember-Januari, Jepun menguasai Tanah Melayu. Siri pertempuran yg singkat tetapi sengit, detik permulaan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara ini.

PERTEMPURAN JEPUN DI TANAH MELAYU.

Mohon kerjasama untuk RT sejarah Melayu ini.

Kongsikan ilmu. Image
Siri pertempuran dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu melibatkan tentera negara-negara Komanwel, penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun semasa Perang Dunia II. Image
Dalam WWII, British lebih fokus kpd Timur Tengah dan Soviet Union berbanding Asia Tenggara ketika itu. Lagipun, British memandang ekonomi Jepun masih kecil untuk menjadi kuasa tentera yang kuat.

Makanya, kecil jangan disangka anak.
Pendaratan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun dari Indo-China mengugut kerajaan Thai untuk meminjamkan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, (selepas perang lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan).
Dari Thailand, tentera Jepun berpecah tiga, iaitu menyerang Kedah dan Perlis, menyerang Perak dan menyerang pantai timur Tanah Melayu. Ketiga-tiga pasukan ini bergerak turun ke selatan sehingga ke Singapura.
JEPUN DARI PANTAI TIMUR

8/12/1941 :

Selepas Pengeboman Pelabuhan Pearl 7/12/1941, Tentera Darat Ke-25 Jepun sudah mendarat di Pantai Sabak, Kota Bharu dan sedia bertempur dgn Briget Infantri India ke-28. Menggunakan teknik serangan amfibi (amfibious assault)... Image
Jepun dengan pantas mengasingkan unit Hindia British yang mempertahanan pantai, sebelum mengepung dan memaksa pasukan bertahan menyerah. Dari situ, Jepun bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu (Pangkalan Chepa) lalu turun sehingga ke Kuantan. Image
9/12/1941

Jepun berjaya menguasai lapangan terbang Tanah Merah dan Kuala Krai. Kejayaan ini menandakan Jepun berjaya melumpuhkan angkatan udara Pantai Timur British.
10/12/1941

British cuba menghantar kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse (Tentera Laut Force Z) ke tempat pendaratan Jepun di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, serangan bertalu-talu pesawat Jepun berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Image
Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat. Persisiran pantai Tanah Melayu semakin terdedah dan memudahkan Jepun meneruskan pendaratan mereka
JEPUN DARI UTARA

8/12/1941 :

Selepas Pengeboman Pelabuhan Pearl 7/12/1941, Divisyen Ke-5 tentera Jepun pimpinan Leftenan Jeneral Takaro Matsui mendarat di Singgora dan Pattani lalu mula serang Kedah.
9/12/1941:

Tentera Jepun menyerang British di Bukit Kayu Hitam dan Perlis. Serangan pada waktu malam berterusan sehingga ke awal pagi. British terpaksa berundur ke Asun (Kubang Pasu). Dari sini, tentera Jepun juga dipecahkan kepada dua, ke Jitra dan menyerang Pulau Pinang. Image
10/12/1941:

Jepun mengejar British di Asun. Pertempuran berlaku lagi. British tidak ada pilihan lain selain drpd berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Image
Akibatnya, British terpaksa meninggalkan banyak senjata berat di Asun.

Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah.
Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra.

Pasukan Jepun Kolonel Saeki menggunakan kereta kebal....
untuk menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya (akhirnya Jepun berjaya merampas senjata British). Jepun menggunakan taktik penyeludupan untuk mara ke Jitra dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat. Image
Memanfaatkan hujan lebat, British (Mejar Jeneral Murray – Lyon) mengambil keputusan untuk meninggalkan Jitra, lalu berundur ke Gurun. Image
11/12/1941:

Jepun berjaya menawan Jitra. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.

Jepun juga berjaya mengebom Pulau Pinang dan melemahkan British.
12/12/1941:

ke Gurun, British bertahan seketika di Alor Setar. Masih tidak mengenal lelah, Jepun berjaya mengejar British di Alor Setar. British meneruskan larian melalui Sungai Kedah. Bagi melambatkan gerakan Jepun, British meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi Image
13/12/1941:

Jepun berjaya menyeberangi Sungai Kedah, lalu menyerang British. British di Kedah melarikan diri turun ke selatan Tanah Melayu.
16/12/1941

Selepas cuba bertahan sejak 8/12 lagi, Pulau Pinang berjaya diceroboh oleh Jepun. British akhirnya meninggalkan Pulau Pinang dengan tergesa-gesa. Senjata, bot, bekalan, dan radio yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja. Image
JEPUN TURUN KE SELATAN

Selepas berjaya menewaskan British di utara Tanah Melayu, Jepun bergerak turun ke selatan melalui Perak. Sepanjang perjalanan, Jepun meneruskan serangan demi serangan sehingga akhirnya mereka berjaya menguasai bandar-bandar utama British di Perak.
26/12/1941

Jepun berjaya menawan Ipoh selepas menewaskan British di Taiping.

30/12/1941

Pertempuran Kampar. Jepun mengejar British ke Kampar (kubu pertahanan British). Pertempuran berlangsung selama 3H3M. British kalah lalu berundur ke kubu pertahanan seterusnya di Slim River. Image
7/1/1942

Pertempuran Slim River. British kalah selepas bantuan Briged Infantri India ke-11 berjaya ditewaskan Jepun sebelum mereka tiba di Slim River. Pertahanan tengah Tanah Melayu British akhirnya lumpuh apabila British tewas. Image
Langkah seterusnya, Tentera Jepun dibahagi dua, satu pasukan menyerang Kuala Lumpur yang merupakan bandar ekonomi di Tanah Melayu ketika itu. Satu pasukan lagi menyerang Pelabuhan Klang.
11/1/1942

Pertempuran Kuala Lumpur

Kuala Lumpur berjaya ditakhluki oleh Jepun. Kejatuhan Kuala Lumpur ini menjadi satu tamparan hebat bagi British kerana Kuala Lumpur merupakan pangkalan utama ketenteraan darat dan udara British. Image
British meminta bantuan ABDACOM (American-British-Dutch-Australian Command) untuk menewaskan Jepun.
14/1/1942 : Selepas menguasai Kuala Lumpur, Jepun terus mengejar British ke selatan dengan melalui Kajang, turun ke Gemas. Image
Di Gemas, Jepun diserang oleh Tentera Imperial Australia (British) dari Segamat. Tentera Jepun kalah buat pertama kalinya. (Pertempuran Jambatan Gemencheh). Tentera Imperial Australia menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan Gemencheh.
. Image
Tahu Jepun akan melalui Jambatan Gemencheh untuk ke Gemas, Tentera Imperial Australia meletupkan Jambatan Gemencheh ketika Jepun melalui jambatan itu. Pertempuran berterusan selama dua hari. Mujurlah Tentera Imperial Australia terpaksa kembali ke Segamat untuk Pertempuran Muar. Image
15/1/1942

Pasukan Jepun (D5) yang menyerang Pelabuhan Klang telah berjaya menguasai Melaka, dan akhirnya tiba di Muar. Tentera Imperial Australia ke Gemas terpaksa patah balik ke Segamat untuk mempertahankan Muar (Pertempuran Muar).
Bermula di selatan Sungai Muar, Jepun D5 berjaya menewaskan Briged Infantri India ke-45 (ABDACOM) dengan membunuh komandernya. Jepun D5 berjaya menawan tebing utama Sungai Muar. Image
Ketika Pertempuran Muar, tentera Jepun semakin ramai berkumpul di situ dari pelbagai arah. Tentera berjalan kaki dan tentera udara mempercepatkan kejayaan Jepun dalam Pertempuran Muar. Image
16/1/1942

Jepun berjaya menguasai Sungai Muar dan Bandar Muar. Tentera Imperal Australia terpaksa melarikan diri ke Bakri untuk bergabung dengan British (membentuk Muar Force).
17/1/1942

British cuba menyerang balas dari Bakri. Malangnya, Jepun yang telah mengejar mereka ke Bakri telah melakukan serangan hendap. Muar Force cuba bertahan di Bakri untuk memberi ruang kepada tentera2 British yang lain turun ke selatan dengan selamat. Image
18/1/1942

Pertempuran Muar diteruskan sehingga ke Parit Sulung. Muar Force cuba memintas Jepun sebelum Jepun sampai ke Johor Bharu. Setibanya di Parit Sulung, Jepun sudah berjaya menewaskan British di sana.
Pertempuran diteruskan selama beberapa hari sehingga akhirnya Muar Force tidak mampu bertahan lalu menyelamatkan diri ke Yong Peng.

23/1/1942

140 orang British yang tidak sempat menyelamatkan diri di Parit Sulung telah dibunuh beramai-ramai oleh Jepun. Image
31/1/1942

British tidak ada pilihan lain selain daripada melarikan diri ke Singapura selepas pertahanan Batu Pahat-Kluang-Mersing kalah. Tambak Johor diletupkan untuk menghalang Jepun memasuki Singapura.
Akhirnya, seluruh Semenanjung Tanah Melayu akhirnya berjaya dijajah Jepun. Hanya Selat Johor yg sempit sebagai pemisah tentera Jepun dgn Tentera British.
JEPUN DI SELATAN

9/2/1942

Pertempuran Singapura bermula. Jepun (Jeneral Yamashita) membedil Pangkalan Udara Kallang, Singapura untuk melemahkan tentera udara British. Kemudian, Jepun mula menyeberang Selat Johor dan mengelilingi utara Singapura. Image
Angkatan Tentera Laut British di Keranji dan Seletar berjaya Jepun tumpaskan. Pertempuran diteruskan di Bukit Panjang dan Bukit Timah.

13/2/1942

Tambak Johor berjaya dibaiki oleh Jepun. Jepun menggerakkan lebih banyak kereta kebal masuk ke Singapura. Image
14/2/1942

Jepun menyerang Hospital Alexandra yang menempatkan mangsa2 perang. Tentera British yang dirawat di situ habis dibunuh (termasuk doctor dan jururawat). Image
15/2/1941

British (Jeneral Percival) akhirnya mengaku kalah kepada Jepun (Jeneral Yamashita) kerana British sudah kehabisan perang dan makanan.
.
Jepun akhirnya berjaya menguasai keseluran Tanah Melayu (termasuk Singapura) dalam tempoh 70 hari sahaja.
.
.
SELESAI. Image
TRIVIA : Selain daripada kecekapan strategi perperangan Jepun, mudah bagi Jepun untuk menguasai Tanah Melayu kerana Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yacoob banyak membantu Jepun sebagai penterjemah untuk menyebarkan propaganda Jepun.
. Image
Jepun sebenarnya terlalu memandang rendah kepada kesatuan Eropah dan bergantung kepada Perang Dunia II. Selepas WWII selesai, Eropah tidak mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelemahan Jepun, dan akhirnya Jepun menyerah kalah pada 1945.
RUJUKAN

Ibrahim Mahmmod 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara.

Lotfi Ismail 1975. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.

Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan 1982. INTAN.

Zainal Abidin. 1971. Sejarah Malaysia
SUMBER GAMBAR

hids.arkib.gov.my/#/
pekhabar.com
iluminasi.com
orangperak.com
.
dan.... wikipadiaaaa??!!!
Saya cuba bersemangat utk menulis bebenang SEJARAH & FOLKLORE (kisah dongeng / mitos dan legenda) di Twitter ini.
.
Jemput follow dan ciap semula.
.
Silakan dibaca bebenang yang lainnya.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Awan W. ⛅️

Awan W. ⛅️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @seketulawan

16 Jan
Tahun 1987, UMNO telah diharamkan di Malaysia. Ketua Hakim Negara pula telah dipecat rentetan pengharaman UMNO ini.

KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1988

Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir.
.
Mohon RT Sejarah Melayu ini.

Kongsikan ilmu. Image
Krisis ini ialah konflik antara Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Badan Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri.
.
Bebenang ini ditulis untuk pembelajaran Sejarah sahaja. Silakan baca dan buat penilaian sendiri.
.
Jangan gunakan bebenang ini untuk menyerang mana-mana pihak.
Untuk memahami krisis ini, perlu difahami terlebih dahulu Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan dalam pemerintahan Malaysia ini.

Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis, menerusi bukunya "The Spirit of Laws", pada tahun 1748. Image
Read 50 tweets
15 Jan
NILAKENDRA SERIKANDI EKRANDIA
.
Kisah seram ini hanya fiksyen.
________________________
NILAKENDRA menatap wajahnya pada pantulan cermin di hadapannya. Dibiarkan terbuka jendela pintu biliknya agar tiupan sang angin dapat menyerbu masuk, mendinginkan hawa biliknya itu. Image
Langsir bilik yang berwarna emas selayaknya kerabat diraja terikat kemas pada kisi-kisi jendela. Perlahan-lahan jari kirinya menyentuh pipi kanannya yang membengkak dan berbintik-bintik merah. Dia menatap pantulan wajahnya pada cermin. Hodoh. Menakutkan.
Rambutnya disikat berulang-ulang sebelum disimpul secara berpusar di belakang kepalanya. Sanggul bercorak sehelai daun yang berwarna perang dikeluarkan dari laci meja solek lalu dicucuk jauh ke dalam pusaran rambut, menahan sanggulan rambutnya tadi.
Read 15 tweets
2 Dec 20
Mari aku ceritakan kisah Kesultanan Melayu yang berliku dari selatan tanah air ini sehingga ada yg mempertikaikan kebenaran status kesultanannya.
- KESULTANAN JOHOR -

Mohon RT sebarkan sejarah bangsa Melayu ini.
Lagipun ilmu perlu disebarkan.

Bebenang Sejarah Melayu yg panjang Image
ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?
Personally (dgn merujuk kpd fakta2 Sejarah yg dicatat oleh Sejarawan), Sultan Johor kini ialah sultan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah.
Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan.
Read 51 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!