Tahun 1987, UMNO telah diharamkan di Malaysia. Ketua Hakim Negara pula telah dipecat rentetan pengharaman UMNO ini.

KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1988

Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir.
.
Mohon RT Sejarah Melayu ini.

Kongsikan ilmu.
Krisis ini ialah konflik antara Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Badan Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri.
.
Bebenang ini ditulis untuk pembelajaran Sejarah sahaja. Silakan baca dan buat penilaian sendiri.
.
Jangan gunakan bebenang ini untuk menyerang mana-mana pihak.
Untuk memahami krisis ini, perlu difahami terlebih dahulu Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan dalam pemerintahan Malaysia ini.

Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis, menerusi bukunya "The Spirit of Laws", pada tahun 1748.
Doktrin ini menyarankan pembahagian kuasa pemerintahan (politik) yang jelas antara badan perundangan (parlimen), eksekutif (kabinet) dan kehakiman (mahkamah).
Doktrin Pengasingan Kuasa bertujuan:

• mengelakkan pertindihan kuasa yang mungkin akan menyebabkan kepentingan konflik (conflict of interest)
• mengelakkan pemusatan kuasa yang mungkin akan membawa kepada kediktatoran (dictatorship)
• mengelakkan penyalahgunaan kuasa (abuse of power) dan penyelewengan
• mewujudkan sistem timbang tara (check and balance)
• menghasilkan sistem pemerintahan yang cekap
• menjamin rakyat mendapat keadilan undang2
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berbentuk Westminster. Jadi doktrin ini tidak diamalkan dengan sepenuhnya kerana Kabinet (badan eksekutif) terdiri daripada ahli2 Parlimen (badan perundangan).
Mengikut Perlembagaan Persekutuan:
• kuasa perundangan dipegang oleh Parlimen
• kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet
• kuasa kehakiman dipegang oleh mahkamah setakat yang diberi oleh undang2 (pasca pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988)
Menelusuri kisah yang membawa kepada Krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 ini, kita perlu pandang ke beberapa tahun di belakang. Bermula daripada Perhimpunan UMNO ke-38. Mari singkap bersama.
KRISIS UMNO 1987

24 April 1987 : Detik bersejarah dalam politik UMNO. Buat pertama kalinya, pemilihan jawatan Presiden UMNO dicabar sedangkan sebelum itu sudah menjadi budaya UMNO proses transisi kepimpinan diserahkan secara tertib daripada Presiden kepada Timbalan Presiden.
Pemilihan itu merupakan pertembungan di antara Pasukan A diketuai Dr. Mahathir manakala Pasukan B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, iaitu Musa Hitam bergabung tenaga dengan Tengku Razaleigh Hamzah serta disokong pula oleh sebahagian besar daripada Menteri, Timbalan Menteri serta bekas Menteri, dan bekas Menteri Besar serta ramai lagi untuk mencabar pucuk kepimpinan parti.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987, sebanyak 133 bahagian UMNO menghadiri perhimpunan tersebut.
26 Jun 1987 : Pasukan B (UMNO 11) tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan dengan mendakwa wujud ketidakteraturan mengikut peraturan pemilihan yang ada.
Maka mereka telah membawa kes ini ke Mahkamah pada 3 Februari 1988 dan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk meminta Mahkamah mengisytiharkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung pada 24 April 1987 sebagai tidak sah dan terbatal.
Dinyatakan bahawa 78 perwakilan daripada 7 bahagian UMNO yang hadir adalah tidak sah kerana terdapat 30 cawangan UMNO tidak berdaftar telah menghadiri persidangan bahagian dan memilih perwakilan dalam PAU-38.
Peristiwa ini membawa kepada campur tangan dan konflik antara Badan Eksekutif dengan Badan Kehakiman. Ketegangan politik bertambah buruk memandangkan masa depan politik Perdana Menteri (Ketua Badan Eksekutif) tidak dapat dipastikan dan bergantung kepada keputusan Mahkamah Agung.
KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1988

Hakim memutuskan bahawa UMNO merupakan sebuah parti politik yang tidak sah berdasarkan fakta sebanyak 30 Bahagian UMNO di beberapa buah negeri tidak mendaftar yang secara terang dan jelas melanggar...
... peruntukan seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 (pertubuhan yang menubuhkan cawangan tanpa didaftarkan atau tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan maka cawangan itu dianggap tidak sah disisi undang-undang).
23 Mac 1988 : Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) memanggil mesyuarat tergempar dengan kehadiran 20 hakim di Kuala Lumpur kerana Badan Kehakiman semakin tidak selesa dengan tindak balas Ketua Badan Eksekutif dalam Dewan Rakyat. Hasil mesyuarat, surat kepada YDPA diutuskan.
26 Mac 1988 : Tun Salleh Abas menulis surat kepada YDPA untuk melaporkan perkembangan terkini hubungan antara Badan Eksekutif dan Kehakiman. Surat itu menyatakan serangan Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman khususnya di dalam Dewan Rakyat.
25 Mei 1988: Ketua Badan Eksekutif pula mengutus surat kepada YDPA dan menyatakan bahawa ‘kelakuan yang tidak baik’ Ketua Hakim Negara dan faktor keupayaan fizikal yang menunjukkan bahawa beliau tidak lagi berupaya menjalankan tugas dengan sewajarnya.
Surat tersebut juga meminta YDPA untuk menggantung perkhidmatan Tun Salleh Abas di bawah Perkara 125(5) mulai dari hari yang berikutnya sementara menunggu penubuhan sebuah tribunal di bawah Perkara 125(3), Perlembagaan Persekutuan.
Pada hari yang sama, YDPA membalas surat tersebut dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah tribunal dan menitahkan penggantungan perkhidmatan Tun Salleh Abas.
29 Mei 1988 : Jawatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara digantung.
PENYINGKIRAN KETUA HAKIM NEGARA

31 Mei 1988 : Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Tun Salleh Abas telah melakukan kesalahan ‘berkelakuan tidak baik’ dengan tindakan awalnya menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu ketika itu.
13 Jun 1988 : Tun Salleh Abas telah putuskan sebagai tarikh pendengaran kes ini dengan sembilan panel hakim Mahkamah Agung untuk memutuskan rayuan UMNO 11 tersebut.
14 Jun 1988: Tun Salleh Abas menerima pertuduhan secara bertulis daripada Peguam Negara yang melibatkan 5 pertuduhan penting. Perbicaraan berhubung pertuduhan beliau bermula pada 29 Jun 1988.
Lima pertuduhan tersebut ialah :-

i)Ketua Hakim Negara (KHN) telah membuat satu ucapan menuduh pegawai kerajaan tidak menghormati kedaulatan undang2 dan tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, malahan telah wujud gangguan oleh kerajaan berhubung dgn kebebasan badan kehakiman;
ii)KHN telah membuat satu lagi ucapan menuduh kerajaan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, mendakwa bahawa kerajaan telah mengabaikan kepentingan peranan badan kehakiman,
mencadangkan bahawa kerajaan tidak percaya hakim dan menganjurkan penerimaan undang2 Islam sistem dalam penafsiran Undang-Undang Sivil Malaysia dan aplikasi umum;

iii)Ketua Hakim Negara telah ditangguhkan sine mati kes yang melibatkan isu pilihan kanak-kanak itu dari agama;
iv)KHN dalam surat kepada Raja, membuat kenyataan palsu bertujuan untuk mempengaruhi Raja dan Raja-Raja Melayu untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri yang mungkin kesan negatif menjejaskan hubungan baik antara Raja-raja Melayu dan kerajaan, dan
mengakui bahawa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri telah meninggalkan dia tidak lagi mampu menunaikan dengan baik nya fungsi sebagai Ketua Hakim Negara; dan
v)Ketua Hakim Negara membuat pelbagai kenyataan kepada media selepas beliau penggantungan yang berisi kebohongan dan dihitung untuk mendiskreditkan lagi kerajaan dan mempolitikkan isu-isu antara kerajaan dan dirinya sendiri.
8 Ogos 1988 : Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) telah dilucutkan daripada jawatannya selepas 6 ahli-ahli Tribunal yang dilantik YDPA mendapati beliau bersalah atas lima pertuduhan yang berhubung kait dengan tingkah laku buruk.
PENYINGKIRAN HAKIM MAHKAMAH AGUNG

12 Ogos 1988 : Tribunal Kedua dilantik mengikut Perkara 125 (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat dan mengemukakan satu laporan kepada YDPA mengenai beberapa tuduhan terhadap lima orang Hakim Mahkamah Agung:-
i.Tan Sri Wan Suleiman
ii.Datuk George Seah
iii.Tan Sri Dato’ Haji Mohd. Azmi
iv.Tan Sri Dato’ Seri Eusoffe Abdoolcader
v.Tan Sri Dato’ Wan Hamzah
5 Julai 1988: Tan Sri Dato Abdul Hamid Omar selaku Pemangku Ketua Hakim Negara mencadangkan kepada YDPA untuk memecat 5 Hakim Mahkamah Agung ini atas alasan salah laku kehakiman (selepas berunding dengan Ketua Badan Eksekutif). Cadangan ini diperkenan oleh YDPA.
6 Julai 1988 : Lima Hakim Mahkamah Agung ini digantung jawatan.
23 September 1988 : Tribunal Kedua mencadangkan kepada YDPA supaya Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah disingkirkan daripada jawatan mereka sebagai Hakim Mahkamah Agung. Cadangan diperkenan.
Pada tahun 1994 Tun Hamid memainkan peranan penting dalam memuktamadkan penubuhan Mahkamah Rayuan baru, gelanggang perantara antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah yang besar.
Selain itu, amalan melantik pesuruhjaya kehakiman pada kontrak dua tahun menjadi prosedur standard untuk pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi di zaman beliau juga.
KESIMPULAN.

Krisis ini yang mendapat liputan antarabangsa ini memberi implikasi yang sangat besar kepada pemerintahan dan perlembagaan negara. Implikasinya mencakupi bidang kuasa YDPA dan Majlis Raja-Raja, Perundangan Negara serta Agama Islam dan Gerakan Islam.
Paling ketara Perlembagaan Persekutuan dipinda pada tahun 1988, khususnya Perkara 121. Frasa kuasa Kehakiman Persekutuan daripada Mahkamah Tinggi telah dibuang dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di dalam sebarang perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dinafikan.
RUJUKAN :

1.Tun Salleh Abas. (1989). Kebebasan Kehakiman: Singa di Bawah Takhta di Jerat (Satu Kezaliman).
2.Tun Mohamed Salleh Abas & Das, K. (1989). May Day for Justice.
3.Zulkafli Mansor. (1988/89). Krisis UMNO 1988.
4.Rais Yatim. (1994). The Rule of Law and Executive Power in Malaysia.
5.Parlimen Malaysia. (1988).
6.Isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan 1988. UPSI.
7. Berita Harian
8. Utusan Melayu

Gambar2 hiasan daripada Soscili dan Google Image
Kisah serupa pernah diterangkan oleh @thepatriotsasia . Silalah singkap.
thepatriots.asia/krisis-1988-ke…
Saya suka menulis bebenang Sejarah dan Mitologi Nusantara di Twitter ini.
Jemput follow dan ciap semula.
.
Silakan dibaca bebenang yang lainnya.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Awan W. ⛅️

Awan W. ⛅️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @seketulawan

15 Jan
NILAKENDRA SERIKANDI EKRANDIA
.
Kisah seram ini hanya fiksyen.
________________________
NILAKENDRA menatap wajahnya pada pantulan cermin di hadapannya. Dibiarkan terbuka jendela pintu biliknya agar tiupan sang angin dapat menyerbu masuk, mendinginkan hawa biliknya itu.
Langsir bilik yang berwarna emas selayaknya kerabat diraja terikat kemas pada kisi-kisi jendela. Perlahan-lahan jari kirinya menyentuh pipi kanannya yang membengkak dan berbintik-bintik merah. Dia menatap pantulan wajahnya pada cermin. Hodoh. Menakutkan.
Rambutnya disikat berulang-ulang sebelum disimpul secara berpusar di belakang kepalanya. Sanggul bercorak sehelai daun yang berwarna perang dikeluarkan dari laci meja solek lalu dicucuk jauh ke dalam pusaran rambut, menahan sanggulan rambutnya tadi.
Read 15 tweets
14 Jan
Bulan ini Dalam Sejarah.

Disember-Januari, Jepun menguasai Tanah Melayu. Siri pertempuran yg singkat tetapi sengit, detik permulaan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara ini.

PERTEMPURAN JEPUN DI TANAH MELAYU.

Mohon kerjasama untuk RT sejarah Melayu ini.

Kongsikan ilmu. Image
Siri pertempuran dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu melibatkan tentera negara-negara Komanwel, penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun semasa Perang Dunia II. Image
Dalam WWII, British lebih fokus kpd Timur Tengah dan Soviet Union berbanding Asia Tenggara ketika itu. Lagipun, British memandang ekonomi Jepun masih kecil untuk menjadi kuasa tentera yang kuat.

Makanya, kecil jangan disangka anak.
Read 48 tweets
2 Dec 20
Mari aku ceritakan kisah Kesultanan Melayu yang berliku dari selatan tanah air ini sehingga ada yg mempertikaikan kebenaran status kesultanannya.
- KESULTANAN JOHOR -

Mohon RT sebarkan sejarah bangsa Melayu ini.
Lagipun ilmu perlu disebarkan.

Bebenang Sejarah Melayu yg panjang Image
ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?
Personally (dgn merujuk kpd fakta2 Sejarah yg dicatat oleh Sejarawan), Sultan Johor kini ialah sultan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah.
Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan.
Read 51 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!