NILAKENDRA SERIKANDI EKRANDIA
.
Kisah seram ini hanya fiksyen.
________________________
NILAKENDRA menatap wajahnya pada pantulan cermin di hadapannya. Dibiarkan terbuka jendela pintu biliknya agar tiupan sang angin dapat menyerbu masuk, mendinginkan hawa biliknya itu.
Langsir bilik yang berwarna emas selayaknya kerabat diraja terikat kemas pada kisi-kisi jendela. Perlahan-lahan jari kirinya menyentuh pipi kanannya yang membengkak dan berbintik-bintik merah. Dia menatap pantulan wajahnya pada cermin. Hodoh. Menakutkan.
Rambutnya disikat berulang-ulang sebelum disimpul secara berpusar di belakang kepalanya. Sanggul bercorak sehelai daun yang berwarna perang dikeluarkan dari laci meja solek lalu dicucuk jauh ke dalam pusaran rambut, menahan sanggulan rambutnya tadi.
Perlahan-lahan sanggul itu melentur sendiri mengikut lengkuk kepalanya.
.
Nilakendra bangun dari kerusi lalu menuju ke arah katilnya yang terletak setentang dengan meja solek. Di atas katil itu, terbaring seorang perempuan yang jauh lebih muda berbanding dirinya.
Perempuan muda itu kelihatan tidak bermaya. Matanya terpejam rapat seolah-olah sedang tidur. Nilakendra mencebikkan bibirnya. Dia tahu, perempuan itu tidak tidur. Dia sengaja memejamkan mata kerana tidak ingin melihat wajahnya.
Nilakendra tersenyum. Puas melihat ketakutan yang digambarkan oleh perempuan yang berjaya diculiknya di Belawai beberapa hari yang lalu. Perempuan ini akan menjadi tiket kejayaan perancangan bangsanya.
Sebagai serikandi negaranya, Nilakendra akan melakukan apa sahaja demi mencapai hajat raja mereka. Nilakendra mengapungkan dirinya sehingga jarak antara kakinya dengan lantai bilik itu separas katil.
Nilakendra mendekatkan dirinya ke kepala perempuan muda yang sedang terlantar di atas katil itu sehingga dia betul-betul terapung hanya sejengkal daripada badan perempuan yang ada di atas katilnya. Bibir perempuan itu sedang terkumat-kamit membaca sesuatu.
Nilakendra merengus marah. Dia segera menekup mulut perempuan itu.
.
“Farihah sedang baca apa?” bisik Nilakendra. Halus. Kuku jari telunjuknya diruncingkan lalu digaritkan dagu Farihah dengan kuku runcingnya.
“Buka mata, sayang. Sebentar lagi kita akan bertemu Permaisuri. Bukankah kamu ingin sangat bertemu dengannya?” sambung Nilakendra lagi.
Farihah membuka matanya. Perlahan2 air matanya mengalir keluar. Hati wanitanya rasa tergugah melihat kehodohan wajah yang dijelmakan oleh Nilakendra. Nilakendra sangat rapat dengannya sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas perempuan jahat yang sedang terapung di atasnya itu.
“Kamu sepatutnya rasa beruntung kerana aku memilih kamu dalam misi ini! Bukan menangis seperti budak-budak!” bisik Nilakendra ke telinga Farihah. Perempuan malang itu semakin galak menangis.
“Andai misi ini berjaya, kamu bakal menerima ganjaran yang tidak mampu kamu bayangkan bagaimana lumayannya,” sambung Nilakendra sambil mengukir senyuman manis. Manis tetapi masih menyeramkan sesiapa yang melihatnya.
“Aku pinjam tubuh kamu sekali lagi. Kamu hanya perlu tidur! Jangan nakal. Biar aku yang kemudi!” ujar Nilakendra sambil tersenyum. Pipi kanan Farihah diusap-usap manja. Kemudian, dia mengubah wujudnya menjadi kepulan asap hitam.
.
(bersambung..)
(trivia : nama Nilakendra diambil daripada kisah legenda Indonesia. Salah satu ratu terulung... dalam Hikayat Diwangsa Estodania.. Nilakendra ini memainkan peranan yang sangat besar kepada dunia.)
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tahun 1987, UMNO telah diharamkan di Malaysia. Ketua Hakim Negara pula telah dipecat rentetan pengharaman UMNO ini.
KRISIS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1988
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir.
.
Mohon RT Sejarah Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Krisis ini ialah konflik antara Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Badan Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri.
.
Bebenang ini ditulis untuk pembelajaran Sejarah sahaja. Silakan baca dan buat penilaian sendiri.
.
Jangan gunakan bebenang ini untuk menyerang mana-mana pihak.
Untuk memahami krisis ini, perlu difahami terlebih dahulu Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan dalam pemerintahan Malaysia ini.
Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis, menerusi bukunya "The Spirit of Laws", pada tahun 1748.
Disember-Januari, Jepun menguasai Tanah Melayu. Siri pertempuran yg singkat tetapi sengit, detik permulaan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara ini.
PERTEMPURAN JEPUN DI TANAH MELAYU.
Mohon kerjasama untuk RT sejarah Melayu ini.
Kongsikan ilmu.
Siri pertempuran dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu melibatkan tentera negara-negara Komanwel, penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun semasa Perang Dunia II.
Dalam WWII, British lebih fokus kpd Timur Tengah dan Soviet Union berbanding Asia Tenggara ketika itu. Lagipun, British memandang ekonomi Jepun masih kecil untuk menjadi kuasa tentera yang kuat.
Mari aku ceritakan kisah Kesultanan Melayu yang berliku dari selatan tanah air ini sehingga ada yg mempertikaikan kebenaran status kesultanannya.
- KESULTANAN JOHOR -
Mohon RT sebarkan sejarah bangsa Melayu ini.
Lagipun ilmu perlu disebarkan.
Bebenang Sejarah Melayu yg panjang
ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?
Personally (dgn merujuk kpd fakta2 Sejarah yg dicatat oleh Sejarawan), Sultan Johor kini ialah sultan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah.
Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan.