Selamat siang @sefkelik .
Saya uraikan tentang Sang Sapurba dalam rantaian ciapan ini.
.
Sebagai timbang tara kisah Sang Sapurba yang menjadi susuk penting dlm sejarah Melayu serumpun ini.
.
Jemput baca dan kongsikan.
1. Sang Sapurba merupakan anak sulung Raja Suran yang telah mengembara ke dasar laut iaitu ke Bumi Dika. Di Bumi Dika, Raja Suran telah berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l Bahri dan mendapat 3 anak iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
.
2. Ketiga-tiga anak Raja Suran ini muncul kembali di daratan dalam Kisah Legenda Bukit Si Guntang.
Utaian lebih perinci tentang legenda ini saya sudah pernah rantaikan dalam ciapan ini.
.
Jemput baca.
3. Nama asal Sang Sapurba ialah Nila Pahlawan, tetapi telah ditukar menjadi Sang Sapurba oleh Demang Lebar Daun kerana raut wajahnya yang tampan penuh aura kepahlawanan.
4. Lanjut kisah, Sang Sapurba yang memajukan kerajaan Minangkabau di Sumatera, Pagaruyung khususnya.
.
Patih Suatang telah meminta bantuan Demang Lebar Daun untuk dihantar Sang Sapurba jadi raja di Sumatera.
Kisah ini dicatatkan dalam Sulalatus Salatin yang menjadi kitab utama rujukan sejarah Melayu di Malaysia.
.
BTW... dalam penulisan, nama Sang Sapurba juga selalu ditulis sebagai Sang Si Perba.
.
Selalu juga ditulis bahawa Sang Sapurba sebagai ayah kepada Nila Utama (seperti yg ditulis dalam Malay Annals tulisan Leyden).
.
Berbeza dalam Sulalatus Salatin (susunan A. Samad Ahmad), Sang Sapurba bukanlah ayah kepada Nila Utama, tetapi adik-beradik.
Kekeliruan juga berlaku apa Sang Sapurba disamakan dgn Seri Teri Buana, terutamanya dalam menceritakan asal-usul daulat kesultanan Melayu bersama rakyat.
.
Contoh macam yang ditulis dalam artikel ini. bharian.com.my/taxonomy/term/…
Demikianlah sudut pandang saya tentang Sang Sapurba.
Pandangan ini bersifat peribadi. Maka tidak menggambarkan keseluruhan pandangan rakyat Malaysia.
.
Salam hormat.
Salam Pencinta Sejarah Serumpun.
.
Silakan berbagi pandangan.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
DILEMA MARTABAT BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
.
Mari kita telusuri perjuangan ‘survival’ Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah negara kita, khususnya pendidikan.
.
Mohon RT sejarah Bahasa Melayu ini
Kongsikan ilmu.
Status Bahasa Melayu selepas kemerdekaan telah mendapat perhatian yang meluas. Dasar Bahasa Kebangsaan memperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, sejak pemasyhurannya sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi lagi, Bahasa Melayu senantiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Kembali lagi kita dalam episod claim asal-usul.
.
Personally, aku tidak gemar terlibat dalam perdebatan seperti ini sebab belajar sejarah utk melihat perubahan dunia. Bukan untuk mencari siapa yg salah.
.
Dan cendol, dalam catatan sejarah ditulis bermula dari Indonesia.
.
(1/n)
Dahulukala, disebut sebagai dawet.
Dahulukala juga, Indonesia itu tidak wujud. Begitu juga dengan Malaysia.
.
Dahulukala, era pelayaran dan penjelajahan.
.
Situasinya sama macam kini, berkelana ke bumi orang utk berdagang dan belajar.
.
Kelana juga bawa budaya.
Jika budaya itu hanya dibawa oleh seorang, tidak akan beri impak kepada sekitarnya. Tetapi Tanah Jawa dan Tanah Melayu itu laluan ulang-alik MELAYU.
.
Melaka bukan kecil, Srivijaya juga luas.
.
TM bawa budaya ke TJ. Begitu juga sebaliknya.
.
Mengapa perlu berbalah??
SEKALI LAGI
karya @auzainal
terbitan @imanpublication
. #AwanBacaBuku
.
Buku yang berani lari daripada norma novel melayu masa kini! Itu yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat..
teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan.
Mitologi Nusantara yang satu ini memiliki persamaan dengan beberapa kisah dongeng Eropah dan juga kisah Nabi Musa A.S.
PUTERI BIDASARI
Mohon RT kisah Mitologi Nusantara ini.
Kongsikan ilmu.
Sebagai timbang tara, Snow White diterbitkan oleh Grimm Brothers pada tahun 1812 (Abad ke-19) di Jerman.
Syair Bidasari yang panjangnya 1035 rangkap pula ditulis seawal tahun 1650 (Abad ke-18). Abad ke-19, kisah ini popular di Eropah sehingga diterjemah ke pelbagai bahasa.
Sedekahkanlah 250 RT agar berbaloi saya rasa tulis dan siarkan bebenang seperti ini.
Episod 5 Siri Legenda Puteri Nusantara : BIDASARI
.
Kisah ini panjang, maka saya gunakan wacana mudah agar tidak terlalu panjang.
.
Ceritakanlah kepada anak di kala malam, sebelum beradu.
KITAB TAMADUN MELAYU @thepatriotsasia #AwanBacaBuku
.
Aku ini sangat jarang membeli buku sejarah terbitan rumah penerbit buku komersial (maksudku bukan buku yg ditulis oleh sejarawan) sebab sudah banyak kali kecewa dengan buku konspirasi yang bertopengkan sejarah.
.
Tetapi buku yang satu ini.. sangat menepati cita rasa aku.
1. Teknik penulisan buku ilmiah yang digunakan sangat tidak meragukan. Setiap fakta yg dimuntahkan oleh penulis disandarkan dgn pendapat sejarawan (ini sgt penting jika pembaca hendak menulis buku sejarah)
2. Naratif yang tersusun dengan mantik dan logik yang kemas.
3. Keberangkaian fakta sangat jelas. Malah ayat yang digunakan juga patuh hukum nahu Bahasa Melayu.
4. Pergerakan peristiwa sejarah ditulis dengan teratur dan mudah dicerap minda.
Kita jenguk kisah lipur lara Jepun, Kaguya Hime disinonimkan dengan bulan. Nusantara juga memiliki legenda hampir serupa. Puteri raja yang dikaitkan dengan bulan. Kisah Kedah ditewaskan Acheh.
.
PUTERI LINDUNGAN BULAN
.
Mohon RT kisah legenda Nusantara ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah legenda dari Kedah. Lipur lara penuh duka.
.
Diolah semula dalam bentuk prosa moden utk santapan, dgn harapan kalian akan kongsikan.
.
LEGENDA PUTERI-PUTERI NUSANTARA ; Episod 3
Ceritakanlah kepada anak di kala malam, sebelum beradu.
Mari! Kita mengembara ke masa silam!
Suatu ketika, zaman Melaka sudah sirna, Kota Siputeh, Kedah. Sultan Sulaiman Syah nama rajanya. Punya puteri yang elok parasnya. Puteri Mariam dan Puteri Zaleha. Cahaya mata permata negara. Dilentur rebung seindah-indahnya, akhirnya cahaya mata tinggi sopannya, ayu wajahnya.