DILEMA MARTABAT BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
.
Mari kita telusuri perjuangan ‘survival’ Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah negara kita, khususnya pendidikan.
.
Mohon RT sejarah Bahasa Melayu ini
Kongsikan ilmu.
Status Bahasa Melayu selepas kemerdekaan telah mendapat perhatian yang meluas. Dasar Bahasa Kebangsaan memperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, sejak pemasyhurannya sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi lagi, Bahasa Melayu senantiasa menghadapi cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
10 tahun pasca deklarasi kemerdekaan 1957, Bahasa Inggeris diturunkan statusnya. Perkembangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa pengantar dalam pendidikan menjadi semakin meyakinkan.
Bahasa Inggeris sudah tidak digunakan lagi dalam upacara-upacara rasmi kerajaan, di pejabat-pejabat kerajaan atau sebagai Bahasa pengantar di universiti dan sekolah-sekolah.
Namun, Bahasa Inggeris kembali memberi cabaran terhadap Bahasa Melayu apabila kerajaan memperkenalkan polisi yang mengubah dasar terhadap Bahasa dan pendidikan negara.
Dasar yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih luas. Gejala ini menjadikan martabat dan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa ilmu tercabar.
Pasca merdeka, dilema berlaku untuk memilih Bahasa kebangsaan kerana negara kita sudah lama menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang penjajahan British hampir 100 tahun (1874-1957).
Maka, orang Melayu yang menjadi kerajaan campuran bangsa ketika itu cuba sedaya-upaya memastikan Bahasa Melayu tidak terpinggir khususnya dalam pendidikan. Di sinilah bermula episod untuk merangka silibus pendidikan negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan jaga perpaduan.
Tahun 1951, Laporan Barnes mengakui pentingnya Bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai alat mencapai perpaduan. (asas BM sebagai bahasa perpaduan).
Tahun 1956, Laporan Razak menaikkan kedudukan Bahasa Melayu apabila menegaskan bahawa Bahasa Melayu mesti diajar di semua sekolah dan dijadikan salah satu pelajaran mustahak utk mendapat Sijil Rendah dan Sijil Pelajaran Kebangsaan. Semua Sekolah Jenis Kebangsaan wajib mengajar BM
Tahun 1961, Akta Pendidikan 1961 diperkenalkan dan kedudukan Bahasa Melayu semakin tinggi apabila dua tindakan yang menyuburkan perkembangan Bahasa Melayu dilaksanakan:-
1.menukar Bahasa pengantar Inggeris pada peringkat sekolah rendah dengan Bahasa Melayu.
2.Peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam Bahasa rasmi negara sahaja, iaitu Bahasa Melayu.
.
Kemudian, bermula episod gelap kepada Bahasa Melayu di Malaysia demi ekonomi dan perpaduan.
Tahun 1996, Akta Pendidikan 1996 telah diperkemaskan dengan peraturan mata pelajaran Bahasa Melayu wajib lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran untuk naik ke sekolah menengah.
Bilangan guru khas Bahasa kebangsaan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan ditambah. Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan rakyat berbilang keturunan, atau maksud lain untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu asas pembinaan negara
Dalam fasa ini, Pendidikan Bahasa Melayu menjadi wadah perpaduan rakyat, proses pengilmuan masyarakat, dan penyemaian nilai-nilai kehidupan (seperti yang berlaku di Indonesia kini).
Malangnya, melalui akta ini juga, kedudukan Bahasa Melayu mula tercabar selepas 29 tahun dipandang tinggi. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17(1) diperkenalkan oleh kerajaan.
Akta ini memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk mengecualikan penggunaan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar pendidikan tinggi.
"Bahasa Kebangsaan jadi Bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dlm sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yg ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri Pendidikan daripada subseksyen ini"
Kisah runcing ini sebenarnya bermula sejak tahun 1983 iaitu apabila Dasar Penswastaan dan Pensyarikatan diperkenalkan. Apabila pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam dan pusat pendidikan tinggi swasta diwujudkan.
Dengan pengisytiharan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar di institusi swasta (IPTS) makin bertambah dan penggunaan Bahasa Inggeris di IPTA juga makin meningkat.
Lanjut kisah, kerajaan pada masa itu gagal mengawal penggunaan Bahasa Inggeris di IPTA sehingga mengatasi kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara.
Tahun 2003, kerajaan membuat kejutan lagi apabila mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seperti termaktub dalam hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.
Arahan ini berlaku apabila didapati penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amat tidak memuaskan terutamanya dalam kalangan pelajar di luar bandar. Jadi Bahasa Melayu telah dikorbankan kerana kelemahan pengajaran subjek Bahasa Inggeris.
Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah telah berkurang secara drastik kerana telah diambil oleh Bahasa Inggeris. Kepentingan dan nilai Bahasa Melayu makin berkurangan. Kesannya, kesedaran dan hormat untuk mengunakan Bahasa Melayu dengan betul semakin jatuh.
Ekoran daripada keadaan ini, Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 Mac 2005 telah mengesa pihak kerajaan mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kerana ini boleh mengancam kedaulatan dan jati diri Melayu
"Kemerosotan dalam aspek taraf berlaku apabila penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi semakin mengecil.
Bahkan kemerosotan dalam aspek mutu berlaku apabila percampuran ragam bahasa basahan sehingga Bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
Antara faktor yang menjadi punca kemerosotan itu ialah penjawat awam yang kurang menitikberatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling dan majlis rasmi." - Awang Sariyan, 2005.
Pejuang-pejuang Bahasa Melayu ketika itu mula menggunakan sifat luwes Bahasa Melayu agar Bahasa Melayu mampu bersaing dengan Bahasa Inggeris, khususnya dalam bidang Sains dan Metematik.
"Sebelum perancangan dilakukan, Bahasa Melayu itu sendiri perlu dinilai atau diselidik kekurangannya. Masalah dalaman Bahasa Melayu melibatkan dua perkara yang penting, iaitu pertama, reformasi sistem ejaan dan kedua, perkembangan istilah saintifik" - Asmah Haji Omar.
Bahasa Melayu telah berkembang sejak dulu mengikut peredaran dan perkembangan masa. Bahasa Melayu telah dieja dengan menggunakan huruf palava semasa era Sriwijaya, huruf jawi dengan kedatangan agama Islam ke alam Melayu dan kedatangan orang Eropah huruf rumi (latin).
Sistem Ejaan Baru dilaksanakan untuk sesuaikan dan jadikan Bahasa Melayu fleksibel terhadap kemasukan leksikon (perkataan) bahasa asing terutamanya istilah sains. Penyesuaian ini telah menyebabkan perubahan-perubahan terhadap fonologi, grafem dan struktur dalam Bahasa Melayu.
Sejak tahun 1987 lagi, Asmah Haj Omar telah berusaha memodenkan Bahasa Melayu agar mampu bersaing dengan Bahasa Inggeris. “Penyesuaian dan perubahan kepada bahasa saintifik BM akan berubah dan bertambah mengikut perkembangan sains dan teknologi.”
Segala usaha dan sokongan diperlukan untuk memastikan penciptaan istilah Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi ini dapat dijalankan sepanjang masa dengan berkesan.
Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Hashim Hj. Musa dalam buku beliau bertajuk Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat boleh diberikan perhatian sewajarnya.
Sejak tahun 1997 lagi, sudah banyak kali dipujuk Melayu yang berkuasa untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan perdagangan dan ekonomi yang lain.
Abdullah Hassan menggesa bahawa ekonomi Malaysia boleh berkembang menggunakan bahasa sendiri kerana Bahasa Melayu yang bersifat fleksibel memiliki nilai-nilai ekonomi, sains dan teknologi.
Laporan Bank Dunia pada tahun 1996 menyatakan bahawa ekonomi negara-negara yang tidak berbahasa Inggeris (yang berBahasa sendiri) di Asia membangun dengan pesat seperti ekonomi Korea, Malaysia, China, Thailand dan Indonesia.
KESIMPULAN
.
Bahasa Melayu telah diuji apabila Akta Pendidikan 1996 dan PPSMI dilaksanakan. Rekod cemerlang Bahasa Melayu telah tercalar kerananya. Usaha2 utk meyakinkan masyarakat kpd kemampuan Bahasa Melayu tidak harus terhenti dengan kesilapan2 pemimpin politik.
Laporan Razak diperkenalkan oleh TAR.
Menteri KPM pada tahun 1996 ialah DSNTAR.
.
Dan ini senarai PM Malaysia.
SUMBER.
. 1. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. 2. Asmah Haji Omar, 1992. The Linguistic Scenery in Malaysia.
3.Awang Sariyan, 1996. Warna dan Suasana. Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
.
DLL
Penafian :
.
Bebenang ini ditulis untuk tujuan pembelajaran. Sudah ditapis sebaik mungkin agar tidak menyakiti diri sendiri atau mana-mana pihak.
.
Jangan gunakan bebenang ini untuk menyerang orang lain.
.
SEKIAN.
.
Tolonglah ciap...
Jika anda suka membaca kisah SEJARAH & FOLKLORE NUSANTARA, jemput follow saya kerana saya bersemangat utk menulis bebenang SEJARAH & FOLKLORE NUSANTARA di Twitter ini.
.
Jemput follow dan ciap semula.
.
Silakan dibaca bebenang yang lainnya.
Kembali lagi kita dalam episod claim asal-usul.
.
Personally, aku tidak gemar terlibat dalam perdebatan seperti ini sebab belajar sejarah utk melihat perubahan dunia. Bukan untuk mencari siapa yg salah.
.
Dan cendol, dalam catatan sejarah ditulis bermula dari Indonesia.
.
(1/n)
Dahulukala, disebut sebagai dawet.
Dahulukala juga, Indonesia itu tidak wujud. Begitu juga dengan Malaysia.
.
Dahulukala, era pelayaran dan penjelajahan.
.
Situasinya sama macam kini, berkelana ke bumi orang utk berdagang dan belajar.
.
Kelana juga bawa budaya.
Jika budaya itu hanya dibawa oleh seorang, tidak akan beri impak kepada sekitarnya. Tetapi Tanah Jawa dan Tanah Melayu itu laluan ulang-alik MELAYU.
.
Melaka bukan kecil, Srivijaya juga luas.
.
TM bawa budaya ke TJ. Begitu juga sebaliknya.
.
Mengapa perlu berbalah??
SEKALI LAGI
karya @auzainal
terbitan @imanpublication
. #AwanBacaBuku
.
Buku yang berani lari daripada norma novel melayu masa kini! Itu yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat..
teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan.
Mitologi Nusantara yang satu ini memiliki persamaan dengan beberapa kisah dongeng Eropah dan juga kisah Nabi Musa A.S.
PUTERI BIDASARI
Mohon RT kisah Mitologi Nusantara ini.
Kongsikan ilmu.
Sebagai timbang tara, Snow White diterbitkan oleh Grimm Brothers pada tahun 1812 (Abad ke-19) di Jerman.
Syair Bidasari yang panjangnya 1035 rangkap pula ditulis seawal tahun 1650 (Abad ke-18). Abad ke-19, kisah ini popular di Eropah sehingga diterjemah ke pelbagai bahasa.
Sedekahkanlah 250 RT agar berbaloi saya rasa tulis dan siarkan bebenang seperti ini.
Episod 5 Siri Legenda Puteri Nusantara : BIDASARI
.
Kisah ini panjang, maka saya gunakan wacana mudah agar tidak terlalu panjang.
.
Ceritakanlah kepada anak di kala malam, sebelum beradu.
Selamat siang @sefkelik .
Saya uraikan tentang Sang Sapurba dalam rantaian ciapan ini.
.
Sebagai timbang tara kisah Sang Sapurba yang menjadi susuk penting dlm sejarah Melayu serumpun ini.
.
Jemput baca dan kongsikan.
1. Sang Sapurba merupakan anak sulung Raja Suran yang telah mengembara ke dasar laut iaitu ke Bumi Dika. Di Bumi Dika, Raja Suran telah berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l Bahri dan mendapat 3 anak iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
.
2. Ketiga-tiga anak Raja Suran ini muncul kembali di daratan dalam Kisah Legenda Bukit Si Guntang.
Utaian lebih perinci tentang legenda ini saya sudah pernah rantaikan dalam ciapan ini.
.
Jemput baca.
KITAB TAMADUN MELAYU @thepatriotsasia #AwanBacaBuku
.
Aku ini sangat jarang membeli buku sejarah terbitan rumah penerbit buku komersial (maksudku bukan buku yg ditulis oleh sejarawan) sebab sudah banyak kali kecewa dengan buku konspirasi yang bertopengkan sejarah.
.
Tetapi buku yang satu ini.. sangat menepati cita rasa aku.
1. Teknik penulisan buku ilmiah yang digunakan sangat tidak meragukan. Setiap fakta yg dimuntahkan oleh penulis disandarkan dgn pendapat sejarawan (ini sgt penting jika pembaca hendak menulis buku sejarah)
2. Naratif yang tersusun dengan mantik dan logik yang kemas.
3. Keberangkaian fakta sangat jelas. Malah ayat yang digunakan juga patuh hukum nahu Bahasa Melayu.
4. Pergerakan peristiwa sejarah ditulis dengan teratur dan mudah dicerap minda.
Kita jenguk kisah lipur lara Jepun, Kaguya Hime disinonimkan dengan bulan. Nusantara juga memiliki legenda hampir serupa. Puteri raja yang dikaitkan dengan bulan. Kisah Kedah ditewaskan Acheh.
.
PUTERI LINDUNGAN BULAN
.
Mohon RT kisah legenda Nusantara ini.
Kongsikan ilmu.
Kisah legenda dari Kedah. Lipur lara penuh duka.
.
Diolah semula dalam bentuk prosa moden utk santapan, dgn harapan kalian akan kongsikan.
.
LEGENDA PUTERI-PUTERI NUSANTARA ; Episod 3
Ceritakanlah kepada anak di kala malam, sebelum beradu.
Mari! Kita mengembara ke masa silam!
Suatu ketika, zaman Melaka sudah sirna, Kota Siputeh, Kedah. Sultan Sulaiman Syah nama rajanya. Punya puteri yang elok parasnya. Puteri Mariam dan Puteri Zaleha. Cahaya mata permata negara. Dilentur rebung seindah-indahnya, akhirnya cahaya mata tinggi sopannya, ayu wajahnya.